Anda di halaman 1dari 7

1

Panduan untuk Tugasan




CARA MENULIS TAJUK

A. ISU/FOKUS KEMAHIRAN BERBAHASA


Contoh :

1. Penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran menulis karangan surat
rasmi bahasa Melayu tahun 4 melalui kaedah penulisan terkawal.

2. Penambahbaikan amalan penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) menggunakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran lisan
bahasa Melayu Tahun 5

3. Penambahbaikan amalan penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) menggunakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran membaca
dan memaham bahasa Melayu Tahun 5

4. Penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran membaca dan memaham
bahasa Melayu Tahun 5 dengan menggunakan teknik KWLH

5. Penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran membaca mekanis bahasa
Melayu tahun 5 dengan menggunakan Big Book


B. ISU/FOKUS AMALAN PEDAGOGI DALAM PdP


1. Penambahbaikan amalan pelaksanaan set induksi dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu Tahun 5 dengan menggunakan TMK

2. Penambahbaikan amalan penggunaan teknik penyoalan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu Tahun 3 dengan menggunakan teknik penyoalan
bercapah

3. Penambahbaikan amalan pengawalan kelas dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu Tahun 4 dengan menggunakan ganjaran positif











2

ISI KANDUNGAN PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
(Bincangkan secara ringkas perkara-perkara yang berkaitan dengan
penyelidikan tindakan) Rujuk 1-3

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Menilai kembali pengalaman PdP yang berkaitan dengan fokus kajian dengan
amat jelas. (rujuk muka surat 4-8)

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Refleksi ini terhasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran (1.2).
Pastikan anda mengaitkan isu atau fokus penyelidikan dan intervensi yang
akan dilaksanakan sama ada dengan teori, model, kaedah atau pendekatan
ke arah penambahbaikan PdP penyelidik. (rujuk muka surat 9 11)

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
2.1 Isu Kajian
Perenggan pertama :
Kaitkan pernyataan dengan topik kajian. (rujuk muka surat 18-19)

Perenggan kedua:
Kemukakan isu/masalah kajian yang dipilih dengan tinjauan literatur/kajian-
kajian yang lepas. (Bahagian ini membincangkan tinjauan literatur secara
khusus berbanding dengan tinjauan literatur/kajian lepas dalam mana-
mana bahagian yang lain) (rujuk muka surat 20). Masukkan group citation
pada bahagian ini.

Perenggan ketiga:
Kaitkan dengan kepentingan menjalankan kajian. (rujuk muka surat 21)

Perenggan keempat:
Kaitkan dengan manfaat kajian kepada sama ada individu, kumpulan,
organisasi, kementerian atau masyarakat umum. (rujuk muka surat 21)


2.1.1 Tinjauan awal
Pastikan anda telah melaksanakan tinjauan awal. (Tunjukkan bukti)
Ada dinyatakan data diperoleh daripada instrumen tinjauan awal.
(Anda perlu menggunakan triangulasi)

2.1.2 Analisis Tinjauan Awal
Ada dinyatakan cara data tinjauan awal dianalisis.
(Anda perlu tunjukkan bukti)
* 2.1.1 dan 2.1.2 Rujuk muka surat 22 30








3

2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian
Pastikan anda menilai fokus berdasarkan kriteria:
a) Kebolehtadbiran
b) Kepentingan
c) Kebolehgunaan
d) Kawalan
e) Kolaboratif
f) Kerelevanan kepada sekolah

* Huraikan dengan jelas dan terperinci. Rujuk contoh muka surat 34 -
37



3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Contoh :
Menambah baik amalan penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) dalam
pengajaran dan pembelajaran lisan bahasa Melayu.

Menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan

* Memberi pandangan umum dan menyeluruh tentang tujuan penyelidikan
tindakan yang dilaksanakan

3.2 Objektif Khusus

Contoh:

a) Guru dapat menambah baik amalan (PENCAPAIAN TINDAKAN)
penggunaan bahan bantu belajar untuk mengajarkan kemahiran
bercerita murid Tahun 4 (FOKUS/ISU) dengan menggunakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TINDAKAN)

b) Guru dapat menambah baik amalan (PENCAPAIAN TINDAKAN)
teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
Tahun 4 (FOKUS/ISU) dengan menggunakan teknik penyoalan
bercapah. (TINDAKAN)

c) Guru dapat menambah baik amalan (PENCAPAIAN TINDAKAN)
pengurusan bilik darjah murid Tahun 3 (FOKUS/ISU) dengan
menggunakan token. (TINDAKAN)

d) Guru dapat menambah baik penguasaan murid Tahun 5
(PENCAPAIAN TINDAKAN) untuk menulis karangan fakta
(FOKUS/ISU) dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. (TINDAKAN)

e) Guru dapat menambah baik disiplin murid Tahun 4 (PENCAPAIAN
TINDAKAN) dalam pengawalan kelas (FOKUS/ISU) dengan
menggunakan ganjaran positif (TINDAKAN)




4

f) Guru dapat menambah baik amalan (PENCAPAIAN TINDAKAN)
dalam pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
Tahun 2 (FOKUS/ISU) dengan menggunakan bahan maujud
(TINDAKAN)

g) Guru dapat menambah baik kemahiran berfikir murid Tahun 5
(PENCAPAIAN TINDAKAN) dalam pengajaran membaca dan
memaham (FOKUS/ISU) dengan menggunakan i-THINK (TINDAKAN)

h) Guru dapat menambah baik penguasaan murid Tahun 2 Cemerlang
(PENCAPAIAN TINDAKAN) untuk menulis ayat majmuk
(FOKUS/ISU) dengan menggunakan gambar bersiri. (TINDAKAN)

* Ditulis secara eksplisit, boleh diukur dengan data yang dikumpul melalui alat
kajian, dan kaedah dinyatakan dengan lebih spesifik.

3.3 Soalan Kajian
Contoh :
a) Adakah guru dapat menambah baik amalan penggunaan Bahan Bantu
Belajar untuk mengajarkan kemahiran bercerita murid Tahun 4
Perdana dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ?
atau;

b) Adakah guru dapat menambah baik penguasaan kemahiran bercerita
murid Tahun 4 Perdana dengan menggunakan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi?

c) Adakah guru dapat menambah baik minat murid dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu Tahun 3 Waja dengan menggunakan
bahan maujud sebagai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran?

d) Adakah guru dapat membantu murid Tahun 2 Kenari menambah baik
penguasaan mengeja dan membatangkan suku kata yang betul
dengan menggunakan kaedah jari dan pergerakan tangan?

e) Adakah guru dapat membantu murid Tahun 3 Waja menambah baik
penguasaan membina ayat tunggal dengan menggunakan bahan
maujud sebagai bahan sumber PdP?

f) Adakah guru dapat menambah baik amalan kawalan disiplin murid
Tahun 3 Waja dengan menggunakan ganjaran positif dalam PdP?










5

4.0 KUMPULAN SASARAN
Perenggan pertama:
Fokus kepada anda sendiri sebagai penyelidik.

Perenggan kedua:
Fokus kepada murid

* Bagi kedua-dua sasaran tersebut, pastikan ada dibincangkan:
a) Bilangan
b) Jantina
c) Jawatan/nama kelas
d) Prestasi akademik
e) Ciri-ciri unik yang lain

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan Kitaran Kajian 1
5.1.1 Perancangan (Plan)
Anda perlu menyatakan model penyelidikan tindakan yang akan dipilih
untuk menjalankan penyelidikan ini. Contoh : Model Kemmis dan Mc
Taggart (1988). Masukkan rajah model dalam penyelidikan.

Seterusnya, anda akan membincangkan : (Apakah yang hendak /akan
dilaksanakan?)
Kaedah/teknik/model/bahan dan sebagainya yang dipilih untuk
dilaksanakan dalam PdP bagi menangani fokus/isu kajian tersebut.
(Nyatakan juga rasional pemilihan strategi/kaedah/teknik/model/bahan
dan sebagainya).

Anda juga perlu memilih mana-mana teori, strategi atau pendekatan
PdP yang sesuai, misalnya Teori Behaviourisme oleh Skinner,
Kontruktivisme, Kecerdasan Pelbagai dan sebagainya untuk
disepadukan dalam PdP semasa intervensi tersebut. Teori, strategi
atau pendekatan ini akan digunakan dalam PdP intervensi anda dan
ditulis dalam RPH (Rancangan Pengajaran Harian) semasa intervensi
tersebut.

Bincangkan tempoh pelaksanaan intervensi, kumpulan yang terlibat
dan sebagainya dengan jelas.


5.1.2 Tindakan (Act) (Bagaimanakah cara-cara untuk melaksanakannya?)
Penerangan tentang tujuan tindakan untuk setiap aktiviti yang akan
dirancang.

Bincangkan cara-cara /langkah-langkah yang akan dilaksanakan
dalam penyelidikan kitaran pertama ini dengan terperinci.

Anda perlu menyatakan cara pemantauan tindakan yang akan
dilaksanakan untuk memastikan langkah-langkah yang telah
ditetapkan dilaksanakan dengan sepenuhnya. Nyatakan juga mereka
yang akan terlibat dalam pemantauan (Guru Pembimbing, Pensyarah


6

Pembimbing, Guru Besar, Guru Penolong Kanan atau rakan penyelidik
sendiri) dan instrumen pemantauan yang digunakan seperti Borang
Perlakuan Guru, Borang PR1(untuk pelatih), dan sebagainya.

5.1.3 Pemerhatian (Observe) (Apakah yang akan diperhatikan semasa
intervensi?)
Terangkan perkara yang akan anda perhatikan dalam pemerhatian
kitaran pertama ini?

Contoh : Anda menyatakan bahawa anda akan memerhatikan dan
memperincikan perlakuan murid apabila teknik ganjaran positif
dilaksanakan di dalam kelas.

5.1.4 Refleksi (Reflect) (Apakah refleksi kendirinya?)
Anda akan menerangkan perkara yang akan dilihat dalam refleksi
nanti. Contoh :
Anda akan menyatakan bahawa anda akan melihat sama ada adanya
kekuatan dan kelemahan intervensi pada kitaran pertama.
Anda akan menyatakan akan membuat cadangan penambahbaikan
terhadap kitaran 1.


5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data


5.2.1 Pemerhatian
5.2.2 Temu bual Intrumen contoh yang diplih
5.2.3 Analisis dokumen

*Tunjukkan alat contoh pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen yang
akan digunakan dalam kitaran pertama.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
5.3.1 Pemerhatian (senarai semak/rekod naratif dll)
5.3.2 Temu bual (tema/kategori)
5.3.3 Analisis dokumen (senarai semak/peratus/min dan sisihan
piawai/naratif)

* Tunjukkan kaedah data yang akan dianalisis dalam kitaran pertama.
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
5.4.1 Jadual Pelaksanaan
* Tunjukkan dalam bentuk jadual dan carta gant
5.4.2 Kos Kajian
* Tunjukkan dalam bentuk jadual.




7


SENARAI RUJUKAN
* Anda perlu menunjukkan senarai rujukan yang telah digunakan dalam penyediaan proposal
ini.


LAMPIRAN
* Anda perlu melampirkan bahan-bahan lain (Contoh : data mentah tinjauan awal,borang
soal selidik, borang perlakuan guru dll) dalam proposal anda.



Nota :

1. Penambahbaikan mana-mana dalam panduan tugasan dan format penulisan
proposal ini boleh dibuat hanya dengan persetujuan pensyarah penyelia
masing-masing.
2. Buku Penyelidikan Tindakan Panduan Penulisan Laporan terbitan Freemind
horizons (2013) yang digunakan sebagai rujukan utama ialah buku panduan
untuk penulisan laporan (untuk semester ke-8 nanti). Dengan hal yang
demikian, anda perlu mengubah suai cara laporan penulisan tersebut kepada
cara penulisan proposal.
3. Anda digalakkan merujuk buku-buku panduan penulisan penyelidikan tindakan
yang lain.
4. Anda dikehendaki menjalankan penyelidikan tindakan dalam dua kitaran.




Disediakan oleh:
Ahmad Fazil Bin Zainal Abidin
Penyelaras Penyelidikan Tindakan
Jabatan Pengajian Melayu, IPG KTB