Anda di halaman 1dari 4

Menyediakan Sistem Perparitan

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan


hendaklah sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat
dialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai


Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu
sungai mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa,
kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan
pembuangan bahan-bahan buangan.
Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses
pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang
terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi
dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Memelihara Hutan
Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai
digemari menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang
sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-
lereng bukit.
Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi
masalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu
menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.Hutan boleh berfungsi
sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir
dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai
penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu
menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan
kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini
sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia


Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan
samapah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini,
kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini
tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan
sebagainya.
Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai
sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.
Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan
terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha
seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus
sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku


banjir adalah:-

1. Hujan yang berterusan.


Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir
berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai.
Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan
kawasan tanah rendah dipenuhi air.

2. Proses pembandaran.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang
dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan
mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang
ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini
merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai
dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah
ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan
bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air
akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

3. Hakisan sungai.
Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu
hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik
manusia.Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air
akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah
tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai.
Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia
yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa
industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan
pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi
cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung
atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah
ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

4. Hutan tadahan.
Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis
tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai
pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan
menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua
peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak
pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan
membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran
air secara semula jadi.Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke
bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat
menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak
mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini
limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

5. Sistem perparitan tidak terancang.


Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan
sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air
yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan
banjir kilat berlaku.

KESAN-KESAN BANJIR
Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan
sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir
adalah:
1. Kemusnahan Tanam-tanaman
Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian
menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah
getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan
merugikan para petani.

2. Kemusnahan Harta Benda


Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta
menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang
elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada
penduduk.

3. Penyakit
Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia.
Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama
limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga
mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.
4. Kematian
Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di
kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai.

5. Kerugian Kerajaan
Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan,
telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan
ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai
kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan
yang tinggi. Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai
keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping
menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.