Anda di halaman 1dari 7

SK TAMAN UNIVERSITI 2

PKSR 1
BAHASA MELAYU TAHUN 5
KERTAS 1

Masa : 50 minit

Arahan:
Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat
pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan , pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan
kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Soalan 1 18

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang
paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.









1 Lelaki itu kelihatan tunduk kesedihan
setelah hakim_________________
hukuman penjara 20 tahun.
A jatuhkan B menjatuhkan
C menjatuh D dijatuhi


2 Biarlah __________________ yang
menentang Hang Jebat yang derhaka
itu, kata Hang Tuah kepada Bendahara
Tun Perak.

A saya B kita
C hamba D patik





3 Juruacara itu _______________ majlis
tersebut dengan serangkap pantun.

A merasmikan B memberikan
C mengemukakan D memulakan

4 Nabilah _______________ dulang
yang berisi minuman untuk dihidangkan
kepada para tetamu.

A menatang B menjinjing
C menjulang D menjunjung

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.







5 Gadis itu tersenyum kerana menerima
________ poskad daripada kawannya
yang tinggal di Peranchis.

A sehelai B sekeping
C satu D sebuah






6 Puan Hendon bercadang untuk
___________________ anak lelakinya
dengan anak Puan Maimon.

A menjodoh B jodoh
C menperjodoh D menjodohkan


Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.




7 Tan Seng memanjat pokok rambutan
yang berbuah ________________ di
tepi rumahnya.

A lebat B pendek
C rendah D rendang

8 Ibu merebus beberapa ____________
daun jambu batu untuk dijadikan ubat
sakit perut.

A keping B biji
C helai D bidang

9 _______________ tertangkap ,
barulah penjenayah itu menyesal atas
perbuatannya.

A Selagi B Sebelum
C Setelah D Selama


10 Sarah amat tertarik hati akan corak
kain itu ______________ membeli
kain tersebut untuk dibuat baju raya.

A kerana B lantas
C jika D dan



11 Saya menegur murid-murid yang
________________ membuat bising
di dalam perpustakaan.

A berbuat B buatan
C membuat D dibuat

12 Motosikal abang yang ____________
dibaiki di bengkel.

A musnah B buruk
C rosak D elok

13 Sebaik-baik sahaja adik terpandang
ubat itu , ____________________ dia
bersembunyi di belakang ibu .

A awal-awal B betul-betul
C erat-erat D cepat-cepat

14 Aisyah sedang menyapukan inai pada
_____________ bakal pengantin itu .

A rerambut B peparu
C lelangit D jejari


15 Pak Ramlan menyemai benih-benih
padi di _________________ semaian
pada bulan April .

A batas B gelung
C petak D relung

16 ____________________ hidup dalam
kemiskinan,____________ Pak Haron
berazam untuk menyekolahkan anak-
anaknya sehingga ke peringkat yang
paling tinggi .

A Biarpunmaka
B Meskipun .. namun
C Biarpun . lalu
D Jangankan . pun







17 Perasaan Encik Ismail ____________
sejak kematian isteri yang disayangi.

A sedu-sedan B kusut-masai
C gundah-gulana D segar-bugar

18 _____________ Siti datang , berikan
buah rambutan ini kepadanya , pesan
ibu kepada saya.

A Sejak B Sekiranya
C Semasa D Sedangkan

19 Romzi terpaksa __________________
hingga lewat malam kerana hendak
menyiapkan kerja sekolahnya .

A bersengkang mata
B tidur tidur ayam
C membuka mata
D menjolok mata

20 Sejak Ramli kecil , bapanya telah
mula menabung untuknya . Kini
wang itu digunakan untuk membiayai
perbelanjaannya di universiti .

Peribahasa yang paling sesuai bagi
ayat di atas ialah

A sedikit- sedikit lama-lama jadi
bukit.
B di mana ada kemahuan di situ
ada jalan .
C berat sama dipikul ringan sama
dijinjing.
D hendak seribu daya, tidak hendak
seribu dalih.

21 Adik berasa takut apabila tersedar pada
tengah malam lalu mengejutkan abang.

Perkataan seerti bagi mengejutkan
ialah

A menggerakkan
B menghilangkan
C membangunkan
D menggoyangkan


22 Mohan berasa sedih kerana segala
usahanya tidak pernah dihargai oleh
majikannya .

Perkataan berlawan bagi majikan
ialah

A pekerja B penolong
C pentadbir D pembantu

Soalan 23 - 24

Pilih ayat a- ayat yang menggunakan
perkataan bergaris dengan betul.


23 I Pesawat yang dinaiki Hafiz akan tiba
di lapangan terbang dalam masa
satu jam lagi.
II Aina dan adik-adiknya hidup dalam
kesusahan sejak ibu bapa mereka
meninggal dunia.
III Berita kemalangan jalan raya itu
tersiar dalam muka depan akhbar
hari ini.
IV Walaupun tidak dalam , aliran
sungai itu amat deras dan
berliku- liku .

A II dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I , II dan IV sahaja
D I , III dan IV sahaja

24 I Suasana di negara Iran kini semakin
tegang.
II Nasha tetap tegang dengan
pendapatnya.
III Otot lengannya menjadi tegang
selepas melakukan senaman yang
berat itu.
IV Tali ampaian yang diikat terlalu
tegang akan mudah terputus.

A I , II dan III sahaja
B I , III dan IV sahaja
C II , III dan IV sahaja
D I , II , III dan IV




25 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat
tanya di bawah.

Apakah yang sedang dilakukan oleh murid-
murid sekolah itu?

A Mereka berasa gembira kerana
dapat bergotong-royong untuk
membersihkan kawasan sekolah.
B Mereka menceriakan kawasan
sekolah dengan menjalankan
aktiviti gotong-royong.
C Mereka sedang bergotong-royong
untuk membersihkan kawasan
sekolah.
D Mereka menjalankan aktiviti
gotong-royong di kawasan
sekolah.

26 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat
di bawah.

Bagaimanakah keadaan kesihatan ibu kamu
sekarang ?

A Saya akan melawat ibu saya di
hospital esok.
B Mudah-mudahan ibu saya cepat
sembuh.
C Sudah seminggu ibu saya sakit.
D Ibu saya sudah beransur sihat.

Soalan 27 -28 .Pilih ayat yang sama maksud
dengan ayat yang diberikan.

27 Sikap mementingkan diri menyebabkan
Rubee tidak disenangi oleh rakan-
rakannya.

A Rubee tidak menyukai sikap
rakan-rakannya yang
mementingkan diri.
B Rubee tidak menyukai sikapnya
yang suka mementingkan diri.
C Rakan-rakan Rubee tidak
menyukai sikap Rubee yang
mementingkan diri.
D Oleh sebab Rubee bersikap
mementingkan diri , dia tidak
disukai oleh rakan-rakannya.








28 Ayah melarang adik bermain di luar
kerana hari hujan.

A Adik, bermainlah di dalam rumah
sahaja kerana hari hujan , kata ayah.
B Jangan bermain di luar rumah
kerana hari hujan , kata ayah
kepada adik.
C Adik , jangan bermain hujan di
luar rumah , kata ayah.
D Adik , tolong bermain di dalam
rumah kerana hari hujan , kata ayah.

Soalan 29-30
Pilih ayat-ayat yang betul.

29 A Abang menghadiahi sehelai
selendang untuk ibu dan kakak.
B Adik terkejut bila disergah oleh
abang.
C Beberapa orang pelancong asing
kelihatan sedang mencuba
permainan congkak.
D Tidak ke mana-manakah kalian di
masa cuti sekolah nanti ?

30 I Yang tidak berkemampuan harus
sama-sama kita bantu.
II Semua ahli-ahli persatuan itu hadir
dalam mesyuarat agung yang
diadakan.
III Razak mengulang kaji pelajaran
hingga larut malam kerana
peperiksaan semakin hampir.
IV Sungguhpun sudah beberapa kali
diberi amaran oleh guru didiplin.

A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I , II dan IV sahaja
D I , II , III dan IV



Soalan 31 35
Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Pak Abu memancing ikan , Pergi ke pasar membeli baulu ,
Dapat seekor ikan tenggiri; Untuk dibuat barang hantaran ;
Ilmu itu mesti diutamakan, Jangan bertindak secara melulu ,
Agar senang di kemudian hari. Berfikir dahulu untuk kebaikan .

Jantung pisang dibuat kerabu , Bagai si buta kehilangan tongkat ,
Untuk hidangan tengah hari; Meraba-raba ke sana sini ;
Carilah kawan yang berilmu , Hidup bermasyarakat mestilah muafakat ,
Musuh durjana jangan dicari. Agar permusuhan dapat dihindari .

Ikan terubuk dimasak kari ,
Dimakan bersama sambal kerang ;
Usah bersikap meninggi diri ,
Kelak menjadi umpatan orang .










31 Apakah jenis puisi di atas?

A Pantun
B Syair
C Sajak
D Seloka

32 Frasa umpatan orang dalam rangkap
ketiga pantun membawa maksud

A selalu disebut-sebut oleh orang lain
B akan dikutuk dan dikeji oleh orang lain
C akan menjadi kebanggaan orang lain.
D akan sentiasa dikenang oleh orang lain

33 Mengapakah hidup bermasyarakat mesti
sentiasa bermuafakat?

A Supaya kita sentiasa bersatu-padu
B Supaya senang hendak membuat sesuatu
pekerjaan.
C. Supaya permusuhan dan pergaduhan
dapat dijauhi.
D Supaya aktiviti gotong-royong dapat
dijalankan dengan mudah.


34 Pada pendapat kamu, apakah yang akan
berlaku jika kita suka bertindak dengan
melulu?

A Kita mungkin akan memusuhi orang lain
B Kita mungkin akan mengecewakan ibu
ibu dan bapa.
C Kita mungkin akan gagal dalam
melakukan sebarang pekerjaan.
D Kita mungkin akan bertindak di luar
kawalan dan membahayakan diri
orang lain.


35 Mengapakah kita mesti mengutamakan
ilmu?

A Agar kita dihormati
B Agar kita mudah mendapat kawan
C Agar hidup kita akan senang di
kemudian hari.
D Agar kita mendapat segala yang dihajati





Soalan 36 40
Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sikap menjadikan hidangan makanan segera sebagai alas perut oleh sesetengah orang ialah
tabiat yang tidak elok untuk diamalkan. Hal ini kerana makanan ayam goreng , kentang goreng , burger
dan sebagainya secara berlebihan akan menjejaskan kesihatan sesetengah orang.

Menurut kajian , golongan pekerja merupakan golongan yang paling ramai makan makanan segera.
Kesibukan bertugas menyebabkan mereka kurang mengendahkan pengambilan makanan seimbang. Oleh
hal yang demikian , mereka gemar makan makanan segera bagi mengelakkan rasa lapar.

Mereka dikatakan sering makan makanan segera pada waktu makan tengah hari dengan alasan
terpaksa mengejar masa , sibuk dengan urusan pejabat atau mahu menghadiri mesyuarat. Golongan kanak-
kanak pula dikatakan terbuka selera untuk merasai makanan segera apabila menonton iklan yang kerap
ditayangkan di kaca televisyen.

Walaupun pada dasarnya makanan segera dibuat dalam bentuk yang kecil , tetapi makanan tersebut
sebenarnya mengandungi lemak atau kadar kolesterol yang tinggi. Lemak yang terkumpul secara sedikit
demi sedikit ini akan mengakibatkan penyakit seperti lemah jantung , darah tinggi , pertambahan berat
badan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun , ini tidak bermakna kita tidak boleh makan makanan segera . Sebaliknya ,
kita dinasihatkan memakannya secara terkawal . Cara yang paling baik adalah dengan makan makanan
seimbang. Amalan pemakanan seimbang , senaman dan rehat yang cukup merupakan asas penting bagi
memperoleh kesihatan yang baik supaya tubuh badan sihat .

36 Petikan di atas adalah tentang

A makanan segera dan kesannya
B keburukan makan makanan segera
C cara-cara memesan makanan segera
D orang yang gemar makan makanan
segera.

37 Mengapakah kita tidak digalakkan makan
makanan segera ?

A Bentuknya kecil.
B Badan semakin berat.
C Tabiat yang tidak baik.
D Makanan tersebut banyak kolesterol
39. Bagaimanakah kita dapat menjaga
kesihatan kita ?

A Sering berehat apabila penat
bekerja.
B Tidak makan makanan
segera dengan kerap.
C Mengimbangkan amalan
pemakanan seharian kita.
D Melakukan senaman asas
apabila ada masa terluang.




.

38 Berikut adalah sebab golongan pekerja
makan makanan segera kecuali

A kesuntukan masa.
B terpengaruh dengan iklan.
C terpaksa menghadiri mesyuarat
D banyak kerja yang patut dilakukan.

40. Makksud simpulan bahasa alas perut
ialah __________________

A makan dalam kuantiti yang
sedikit sahaja.
B makan sekadar menghilangkan
rasa lapar
C makan segera untuk
menghilangkan rasa lapar
D makan makanan segera sekurang-
kurangnya seminggu sekali.




JAWAPAN.

1. B
2. C
3. D
4. A
5. B
6. D
7. A
8. C
9. C
10. B
11. A
12. C
13. D
14. D
15. C
16. B
17. C
18. B
19. A
20. A
21. C
22. A
23. C
24. B
25. C
26. D
27. D
28. B
29. C
30. A
31. A
32. B
33. C
34. D
35. C
36. A
37. D
38. B
39. C
40. B

Anda mungkin juga menyukai