Anda di halaman 1dari 55

Cadangan Aktiviti dan

Kemahiran Pendidikan
Keselamatan Jalan Raya
dalam Mata Pelajaran
Bahasa Malaysia
2
Tahun
17
Tajuk 1 : Mengenali Pengguna Jalan Raya

Kemahiran : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 7.1 Aras 1 (i)
PKJR : 1.7.1
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) berbual tentang perlakuan pengguna jalan raya yang ditunjukkan pada
poster dengan bahasa yang sesuai.
2) membaca perkataan yang disenaraikan dengan sebutan yang betul.
3) menyebut jenis-jenis pengguna jalan raya yang berbeza.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 18 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata nama am
Kosa kata pejalan kaki
penumpang kereta
pembonceng motosikal
penunggang motosikal
pemandu kereta
penumpang pengangkutan awam
penunggang basikal
pengguna kerusi roda
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berhati-hati
rasional
kerjasama
KBT KB : menghubung kait
TKP : visual ruang
Media Pengajaran : Media 1.1 ( Poster Pengguna Jalan Raya )
Media 1.2 ( Kad imbasan gambar dan perkataan )
Buku Aktiviti : Aktiviti 1 ( Mengenal pasti dan menulis ayat berkaitan pengguna jalan raya )
Aktiviti 2 ( Mengenal pasti pengguna jalan raya yang terlibat dalam
satu-satu perjalanan )
Aktiviti 3 ( Mengisi tempat kosong dengan nama pengguna jalan raya
yang betul )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
18
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1 Mengenali Pengguna Jalan Raya
1. Murid melihat poster jalan raya (Media 1.1) dan
menyatakan perkara-perkara yang terdapat dalam
poster tersebut.
2. Murid berbual tentang perlakuan pengguna jalan raya
yang dilihat dalam poster dan menyebutnya berdasarkan
kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru.
(Contoh : berjalan kaki = pejalan kaki,
menunggang basikal = penunggang basikal)
3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan
diberikan kad imbasan (Media 1.2). Kemudian
murid membaca perkataan mengikut kumpulan.
4. Murid mengukuhkan lagi pengetahuan mereka dengan
melengkapkan aktiviti 1 dan 2.
5. Murid melengkapkan aktiviti 3 sebagai pemulihan
dan pengayaan.
Catatan/Media/BBM
Media 1.1
Poster Pengguna Jalan
Raya
Media 1.2
Kad imbasan gambar
dan perkataan
Buku Aktiviti ( Aktiviti 1 )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 2 )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 3 )
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
24
Tajuk 2 : Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berbeza

Kemahiran : Fokus Utama : 2.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)
PKJR : 1.7.2
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) bercerita tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul.
2) menulis perkataan berkaitan pengguna jalan raya.
3) menjelaskan semua pengguna jalan raya ialah pejalan kaki pada sesuatu masa
dan keselamatan pejalan kaki adalah penting.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 25 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata nama am
Kosa kata pimpin tangan
tali pinggang keledar
bebendul jalan

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai rasional
KBT TKP : interpersonal
Kontekstual : Pengetahuan Sedia Ada
Media Pengajaran : Media 1.1 ( Poster Pengguna Jalan Raya )

Buku Aktiviti : Aktiviti 4 ( Melengkapkan peta minda untuk perjalanan yang selamat
ke sekolah )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
25
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
2 Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berbeza
1. Murid melihat poster (Media 1.1) yang dipamerkan.
Murid bersoal jawab berkaitan dengan pengguna jalan
raya yang terdapat dalam poster.
2. Murid bercerita tentang pengalaman mereka menjadi
pengguna jalan raya yang berbeza dalam perjalanan
mereka ke sekolah.
Contohnya, mereka berjalan kaki ke kereta dan menjadi
penumpang untuk ke sekolah. Kemudian setelah
sampai di sekolah mereka keluar dari kereta dan
berjalan ke dalam kawasan sekolah.
3. Murid menjelaskan dalam setiap perjalanan, mereka
boleh menjadi tiga pengguna jalan raya yang berbeza
dan nyatakan tentang keselamatan diri mereka.
4. Murid bersoal jawab tentang aspek keselamatan yang
perlu difikirkan dalam setiap perjalanan berdasarkan
peta minda.
Apakah aspek keselamatan yang perlu anda fikirkan?
Apakah perlakukan yang selamat sebelum, selepas
dan antara perjalanan itu?
5. Murid diminta melengkapkan aktiviti 4 aktiviti ini boleh
dibincangkan dalam kumpulan kecil sebelum dicatatkan
ke dalam buku aktiviti.
Catatan/Media/BBM
Media 1.1
Poster Pengguna Jalan
Raya
Buku Aktiviti ( Aktiviti 4 )
Pimpin tangan minta bantuan orang dewasa
Lihat kereta yang mengundur lihat kanan, kiri,
kanan dan belakang
Perhatikan kenderaan
yang lalu-lalang
sebelum keluar
Pakai tali
pinggang keledar
Masuk dari
bebendul jalan
Jangan ganggu
pemandu
Tunggu orang dewasa untuk
membantu anda keluar dari
kereta ke bebendul jalan
Pejalan
kaki
Penumpang
Pejalan
kaki
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
27
Tajuk 3 : Semua Orang Pejalan Kaki

Kemahiran : Fokus Utama : 2.2 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)
PKJR : 7.2.2, 7.2.3
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) menyatakan lima langkah melintas dengan betul menggunakan perkataan
dan frasa yang jelas.
2) menulis perkataan dan ayat tunggal tentang langkah-langkah melintas
jalan raya yang betul dengan tulisan yang cantik.
3) menyatakan lima langkah melintas dengan selamat.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 28 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata kerja
Kosa kata berhenti
melihat
mendengar
berfikir
berwaspada
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Muzik
Nilai kerjasama
KBT KB : menyusun maklumat
Media Pengajaran : Media 1.3 ( Lirik lagu Melintas Jalan )

Buku Aktiviti : Aktiviti 5 ( Menyenaraikan lima langkah melintas dengan penerangan
yang betul )
Aktiviti 6 ( Menjawab soalan berdasarkan petikan yang diberi )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
28
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
3 Semua Orang Pejalan Kaki
1. Murid menyanyikan lagu Melintas Jalan (Media 1.3).
2. Murid menyatakan lima langkah melintas dengan
selamat berdasarkan lirik lagu.
3. Murid melakukan simulasi prosedur melintas jalan
dengan selamat.
Beberapa orang murid dipilih untuk menjadi orang
dewasa dan kanak-kanak yang hendak melintas
jalan raya.
Murid lain boleh menjadi pemerhati dan menilai sama
ada lima langkah melintas dilakukan dengan betul.
4. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
Mengapakah kita perlu melintas dengan orang dewasa?
Mengapakah kita berhenti sebelum melintas?
Di manakah kita perlu berhenti?
Apakah yang perlu kita lihat sebelum melintas?
Arah manakah yang perlu kita lihat?
Apakah yang perlu kita dengar sebelum melintas?
Bagaimanakah bunyi dapat membantu kita melintas
dengan selamat?
Apakah yang kita fikirkan sebelum melintas?
Apakah yang perlu kita fikirkan sebelum mula melintas?
Mengapakah kita perlu berwaspada semasa melintas?
Apakah yang mungkin berlaku?
5. Murid menulis ayat tunggal yang betul dengan tulisan
yang cantik (Aktiviti 5 dan Aktiviti 6)
Catatan/Media/BBM
Media 1.3
Lirik lagu Melintas Jalan
Buku Aktiviti ( Aktiviti 5 )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 6 )
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
32
Tajuk 4 : Berjalan dengan Selamat di Tempat Letak Kereta

Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 3 (i)
PKJR : 1.7.2
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) bersoal jawab tentang sesuatu perkara berdasarkan topik yang diberi.
2) menulis ayat dalam bentuk perenggan berdasarkan gambar bersiri.
3) menyatakan perlakuan yang selamat di tempat letak kereta.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 33 34 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa ayat tunggal dan ayat majmuk
Kosa kata mengundur
bernyala
kaki lima
tempat letak kereta

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berhemah
KBT TKP : visual ruang
Kontekstual : Pengetahuan Sedia Ada
Media Pengajaran : Media 1.4 ( Poster Tempat Letak Kereta )

Buku Aktiviti : Aktiviti 7 ( Menulis semula ayat yang diberi berdasarkan gambar )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
33
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
4 Berjalan dengan Selamat di Tempat Letak Kereta
1. Murid melihat gambar ilustrasi kawasan tempat letak
kereta (Media 1.4) dan bersoal jawab dengan rakan
berkaitan gambar tersebut dengan bimbingan guru.
Siapakah pengguna jalan raya yang berkongsi
tempat letak kereta?
4 Hampir semua jenis pengguna jalan raya pemandu,
penunggang motosikal, pejalan kaki
Apakah bahaya yang boleh dihadapi oleh pejalan kaki
di kawasan tempat letak kereta?
4 Kenderaan sentiasa mengundur di tempat letak
kereta dan pemandu mempunyai tahap penglihatan
yang terhad terhadap pejalan kaki dan kenderaan
yang berada di belakangnya.
4 Kebiasaannya tidak terdapat laluan pejalan kaki dan
tiada tempat yang selamat untuk menunggu semasa
masuk dan keluar dari kereta.
Bagaimanakah anda boleh mengetahui bahawa
sebuah kereta sedang mengundur?
4 Dengar bunyi enjin dan sensor undur.
4 Lampu mengundur bernyala.
4 Kereta mengundur perlahan-lahan.
Dari arah manakah kenderaan akan datang
di kawasan tempat letak kereta? Bagaimanakah
anda boleh mengetahuinya?
Adakah semua pemandu melakukan perkara yang
sepatutnya semasa berada di kawasan tempat letak
kereta? Apakah yang anda boleh jangkakan?
Apakah yang anda harus lakukan jika anda melihat
ibu bapa anda sedang menunggu di dalam kereta
ketika keluar dari sekolah?
2. Jika berkesempatan, bawa murid keluar ke kawasan
tempat letak kereta dan lakukan demonstrasi berikut;
prosedur masuk dan keluar dari kereta di kawasan
tempat letak kereta
prosedur selamat ketika melintas di kawasan tempat
letak kereta
mengenal pasti kereta mengundur di kawasan
tempat letak kereta (lampu undur, sensor undur)

( Beri keutamaan kepada aspek keselamatan dan pastikan
semua prosedur dilaksanakan sebelum aktiviti di atas
dijalankan.)
Catatan/Media/BBM
Media 1.4
Poster Tempat Letak
Kereta
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
34
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
3. Jika aktiviti luar kelas tidak dapat dilakukan, bahagikan
kelas kepada beberapa kumpulan kecil dan murid
dikehendaki berbincang cara mereka boleh menjaga
keselamatan di tempat letak kereta.
Contoh:
Tunggu hingga kereta berhenti sepenuhnya sebelum
membuka pintu.
Lihat sekeliling untuk melihat jika ada kenderaan yang
bergerak sebelum membuka pintu.
Berhati-hati semasa membuka dan menutup pintu.
Tunggu orang dewasa datang dan membantu anda
keluar dari kenderaan.
Pimpin tangan orang dewasa apabila berjalan
di tempat letak kereta.
Jika ibu bapa menunggu anda di dalam kereta
yang berada dalam keadaan diparkir, berdiri
di kaki lima dan tunggu sehingga mereka datang
menjemput anda.
4. Murid dibimbing untuk menyusun pernyataan dan
menulis (Aktiviti 7) tentang ciri-ciri keselamatan semasa
berada di kawasan tempat letak kereta berdasarkan
maklumat yang diberikan.

5. Murid membuat rumusan bahawa mereka perlu
mengamalkan langkah-langkah keselamatan
di kawasan tempat letak kereta, sama seperti ketika
berada berdekatan dengan jalan raya. Hal ini kerana
kenderaan boleh bergerak dengan laju dari semua arah
yang sukar untuk dijangka.
Catatan/Media/BBM
Buku Aktiviti ( Aktiviti 7 )
Unit 1 Tahun 2
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
37
Tajuk 1 : Patuhi Peraturan Jalan Raya

Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i)
Fokus Sampingan : 4.1 Aras 2 (ii)
PKJR : 3.1.1
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) mengemukakan pendapat tentang kepentingan mematuhi peraturan
jalan raya dengan bahasa yang betul.
2) menyusun perkataan menjadi ayat yang betul.
3) menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada
pejalan kaki, pembonceng motosikal dan penumpang.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 38 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa ayat perintah
Kosa kata peraturan
situasi
berbahaya
memimpin
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berwaspada
KBT KB : membanding beza
TKP : interpersonal
Media Pengajaran : Media 2.1 ( Poster Peraturan Jalan Raya )
Buku Aktiviti : Aktiviti 8 ( Menyusun perkataan menjadi pernyataan yang betul dan
membina ayat )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya
38
Catatan/Media/BBM
Media 2.1
Poster Peraturan
Jalan Raya
Buku Aktiviti ( Aktiviti 8 )
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1 Patuhi Peraturan Jalan Raya
1. Guru berbincang dengan murid tentang kepentingan
peraturan, contohnya:
di sekolah
di rumah
2. Murid menyatakan kepentingan mematuhi peraturan
dan mengaitkannya dengan peraturan jalan raya;
memastikan semua selamat.
memastikan kita tidak membahayakan orang lain.
3. Murid menyatakan peraturan jalan raya berdasarkan
poster (Media 2.1).
4. Murid berbincang tentang kesan yang mungkin berlaku
sekiranya peraturan tidak dipatuhi berdasarkan
poster.
5. Murid menyenaraikan contoh peraturan jalan raya
berkaitan dengan melintas.
Contoh:
Mengamalkan lima langkah melintas.
Melintas dengan orang dewasa.
Pimpin tangan orang dewasa sebelum melintas.
Menggunakan lintasan pejalan kaki.
6. Murid menyenaraikan peraturan jalan raya yang perlu
dipatuhi oleh pembonceng motosikal dan penumpang.
7. Guru meminta murid menyiapkan aktiviti 8.
8. Guru menerangkan dan memberi penekanan tentang
peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi supaya lebih
selamat semasa di jalan raya.
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya
41
Tajuk 2 : Amalkan Peraturan Jalan Raya

Kemahiran : Fokus Utama : 4.2 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 10.1 Aras 3 (i)
PKJR : 3.1.3
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) menyatakan peraturan jalan raya berdasarkan poster dengan menggunakan
ayat yang betul.
2) menulis karangan pendek berdasarkan tajuk.
3) membezakan peraturan jalan raya untuk pengguna jalan raya yang berbeza.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 42 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa ayat majmuk
Kosa kata pejalan kaki
penumpang kereta
pembonceng motosikal
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berwaspada
KBT KB : membanding beza
BCB : perbincangan
Media Pengajaran : Media 2.1 ( Poster Peraturan Jalan Raya )
Media 2.2 ( Kad pernyataan )
Buku Aktiviti : Aktiviti 9 ( Memadan peraturan jalan raya dengan pengguna jalan raya
yang betul )
Aktiviti 10 ( Menulis karangan tentang pengguna dan peraturan jalan raya )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya
42
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
2 Amalkan Peraturan Jalan Raya
1. Guru mempamerkan Media 2.1 dan meminta murid
menyenaraikan peraturan jalan raya berdasarkan media
tersebut.
2. Beberapa orang murid melakonkan perlakuan yang
selamat di jalan raya seperti yang ditunjukkan dalam
poster.
3. Murid lain meneka lakonan tentang peraturan
jalan raya yang ditunjukkan dan jenis pengguna yang
terlibat.
4. Setiap kumpulan akan memilih set kad pernyataan
berdasarkan kumpulan pejalan kaki, penumpang kereta
dan pembonceng motosikal.
5. Wakil kumpulan diminta menyatakan maklumat yang
diperolehi di hadapan kelas.
6. Murid melengkapkan aktiviti 9.
7. Murid menulis karangan berdasarkan aktiviti 9
( Pilih satu pengguna jalan raya )
Catatan/Media/BBM
Media 2.1
Poster Peraturan Jalan
Raya
Media 2.2
Kad Pernyataan
Buku Aktiviti ( Aktiviti 9 )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 10 )
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya
46
Tajuk 3 : Kenal Pasti Peraturan Jalan Raya di Kawasan Kamu

Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i)
Fokus Sampingan : 7.1 Aras 2 (i)
PKJR : 3.1.4
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) bersoal jawab tentang perkara yang menarik berdasarkan peraturan
jalan raya.
2) membaca ayat dan memadankan gambar situasi peraturan jalan raya
yang dibincangkan dengan betul.
3) menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada
pejalan kaki, pembonceng motosikal dan penumpang.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 47 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata perintah
Kosa kata jangan
tunggu
sila
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berwaspada
KBT KB : membanding beza
TKP : interpersonal
Media Pengajaran : Media 2.3 ( Kad imbasan gambar )
Buku Aktiviti : Aktiviti 11 ( Padankan gambar situasi dengan peraturan yang sesuai )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya
47
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
3 Kenal Pasti Peraturan Jalan Raya di Kawasan Kamu
1. Murid bersoal jawab tentang peraturan jalan raya yang
perlu diamalkan berdasarkan kad imbasan gambar
(Media 2.3).
Tempat letak kereta/ tunggu sehingga
pusat beli-belah orang dewasa membuka
pintu dan memimpin anda
Hentian bas jangan melintas jalan sehingga
bas telah meninggalkan
hentian bas
Kawasan perumahan jangan bermain di laluan
kenderaan
beri perhatian kepada
kenderaan yang mengundur.
Perjalanan dari rumah mematuhi peraturan jalan raya
ke bandar
Ketika membonceng sentiasa memakai topi keledar
walaupun jarak perjalanan
yang dekat.
2. Murid menyenaraikan jawapan pada papan tulis
mengikut kategori yang telah dibincangkan.
3. Murid membaca dan memadankan gambar situasi
dengan peraturan yang dibincangkan. (Aktiviti 11)
Catatan/Media/BBM
Media 2.3
Kad imbasan gambar
Buku Aktiviti ( Aktiviti 11 )
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya
50
Tajuk 4 : Patuhi Peraturan Jalan Raya

Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i)
Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)
PKJR : 3.1.1
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) bersoal jawab tentang perkara yang menarik berdasarkan peraturan
jalan raya dengan ayat yang betul.
2) menulis ayat perintah dengan tulisan yang cantik.
3) menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada
pejalan kaki, pembonceng motosikal dan penumpang.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 51 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata nama am, ayat perintah
Kosa kata jejantas
tali pinggang keledar
kereta
topi keledar
bebendul jalan
lintasan pejalan kaki
hentian bas
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berwaspada
KBT KB : membanding beza
TKP : interpersonal
Media Pengajaran : Media 2.4 ( Poster Pekarangan Sekolah )
Buku Aktiviti : Aktiviti 12 ( Menulis ayat perintah tentang peraturan sebagai
penumpang kenderaan )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya
51
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
4 Patuhi Peraturan Jalan Raya
1. Murid meneliti poster (Media 2.4) dan bersoal jawab
tentang hubung kait peraturan jalan raya yang terdapat
dalam poster dengan frasa yang diberi.
Contoh perkataan atau frasa adalah seperti:
Warden lalu lintas (dengar dan patuhi)
Jejantas (guna jika ada)
Tali pinggang keledar ( sentiasa pakai apabila berada
di dalam kereta )
Masuk dan keluar dari kereta (bebendul jalan)
Melintas (gunakan lima langkah untuk melintas
dengan selamat)
Orang dewasa (berpimpin tangan dengan orang
dewasa untuk melintas)
Menghadap lalu lintas (berjalan menghadap lalu lintas
jika tidak terdapat laluan pejalan kaki)
Topi keledar (pakai dengan betul dan kancingkan)
Lima langkah melintas dengan selamat
(gunakan lintasan pejalan kaki)
Hentian bas (jangan bermain di sekitar hentian bas)
2. Murid berbincang tentang peraturan jalan raya yang
diguna pakai semasa turun dan naik dari kenderaan
di sekolah.
3. Murid menulis ayat perintah dengan tulisan yang cantik
dalam aktiviti 12.
Contoh:
Ikut arahan warden trafik.
Gunakan tempat melintas atau jejantas.
Jangan berlari semasa melintas.
Amalkan lima langkah melintas.
Catatan/Media/BBM
Media 2.4
Poster Pekarangan
Sekolah
Buku Aktiviti ( Aktiviti 12 )
Unit 2 Tahun 2
Peraturan Jalan Raya
55
Tajuk 1 : Kenali Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Kemahiran : Fokus Utama : 7.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)
PKJR : 1.4.1, 1.4.8
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) membaca perkataan dan frasa dengan sebutan yang jelas.
2) menamakan papan tanda dan mewarnakan dengan betul.
3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat
dan penanda jalan.
4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda
jalan.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 56 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa perkataan dan frasa
Kosa kata persimpangan
selekoh
bonggol
jalur derum
dibenarkan berpusing balik
had laju
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berdisiplin
hemah tinggi
KBT KB : menjana idea
membanding beza
mencirikan
TKP : verbal linguistik, visual ruang
Media Pengajaran : Buku Bergambar
Buku Aktiviti : Aktiviti 13 ( Mewarna dan menamakan papan tanda jalan )
Aktiviti 14 ( Mengenal pasti sistem jalan raya dan mencari perkataan
berkaitan )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
56
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1 Kenali Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
1. Murid menyatakan pelbagai papan tanda yang terdapat
di kawasan sekolah.
2. Bersoal jawab tentang maksud papan tanda yang
disebut oleh murid.
3. Murid membaca perkataan dan frasa yang ditunjukkan.
(Senarai perkataan atau frasa berdasarkan aktiviti 13)
4. Murid berbincang tentang perbezaan antara:
papan tanda
isyarat
penanda jalan
5. Murid diperkenalkan dengan papan tanda, isyarat dan
penanda jalan yang lain seperti:
lorong motosikal sahaja
lampu isyarat di hadapan
jalur derum
bonggol
had laju
dibenarkan berpusing balik
selekoh
6. Bersoal jawab tentang maksud dan tujuan papan
tanda, isyarat dan penanda jalan yang dipelajari.
Kepada siapa papan tanda, isyarat dan penanda
jalan ditujukan?
Apakah tindakan yang perlu dilakukan?
7. Murid mewarna dan menulis nama papan tanda
jalan pada ruang yang disediakan.
(Aktiviti 13 dan 14)
Catatan/Media/BBM
Buku Bergambar
Buku Aktiviti ( Aktiviti 13 )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 14 )
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
59
Tajuk 2 : Kategori Papan Tanda Jalan

Kemahiran : Fokus Utama : 7.1 Aras 1 (i), (ii)
Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i)
PKJR : 1.4.1, 1.4.6, 1.4.8
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) membaca perkataan dan frasa dengan sebutan yang jelas.
2) menulis ayat tunggal berdasarkan gambar dengan
tulisan yang kemas dan cantik.
3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat
dan penanda jalan.
4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda
jalan.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 60 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata nama am, ayat tunggal/ayat majmuk
Kosa kata pematuhan
wajib
amaran
larangan
panduan
lintasan
melintas
respons
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berdisiplin
hemah tinggi
KBT KB : menjana idea
membanding beza
mencirikan
TKP : verbal linguistik
Media Pengajaran : Buku Bergambar
Buku Aktiviti : Aktiviti 15 ( Membina ayat mengunakan frasa dan mewarna )
Aktiviti 16 ( Menulis mesej bagi setiap sistem jalan raya yang diberi )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
60
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
2 Kategori Papan Tanda Jalan
1. Murid membaca dan menyatakan maksud perkataan
dan frasa pelbagai pengguna jalan raya yang
terdapat dalam buku bergambar.
2. Murid mendengar penjelasan guru tentang tanda
jalan mengikut kategori pematuhan (wajib dan larangan),
amaran dan panduan.
3. Murid dibahagi kepada kumpulan pengguna jalan raya
yang berikut:
Pejalan kaki
Pemandu
Penunggang motosikal
Penunggang basikal
Setiap kumpulan dikehendaki mengasingkan tanda jalan
mengikut tiga kategori tersebut berdasarkan bahan
Buku Bergambar.
4. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
5. Murid melakar satu papan tanda jalan bagi kategori
pematuhan (wajib dan larangan), amaran dan panduan.
6. Murid menulis ayat tunggal berdasarkan frasa yang
berkaitan papan tanda, isyarat dan penanda jalan.
Murid melengkapkan aktiviti 15 dan 16.

Catatan/Media/BBM
Buku Bergambar
Buku Aktiviti ( Aktiviti 15 )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 16 )
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
63
Tajuk 3 : Ambil Langkah Bijak

Kemahiran : Fokus Utama : 7.1 Aras 1 (ii)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i)
PKJR : 1.4.1, 1.4.6, 1.4.8
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) membaca dan menyatakan maksud perkataan dan frasa dengan
sebutan yang jelas.
2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk menggunakan frasa yang diberi.
3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat
dan penanda jalan.
4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda
jalan.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 64 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata majmuk, ayat tunggal/ayat majmuk
Kosa kata perlakuan
bijak
langkah
tindakan
berhemah
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berdisiplin
berhemah
KBT KB : menjana idea
membanding beza
mencirikan
KMD : meramal
TKP : verbal linguistik
visual ruang
Media Pengajaran : Buku Bergambar
Buku Aktiviti : Aktiviti 17 ( Menamakan dan menulis penerangan ringkas fungsi sistem
jalan raya yang diberi )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
64
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
3 Ambil Langkah Bijak
1. Murid menyenaraikan dan membaca nama dan
maksud papan tanda, isyarat dan penanda jalan
yang telah dipelajari.
2. Murid melakukan aktiviti permainan kotak beracun
menggunakan buku bergambar.
Murid memilih sekeping gambar dan
mempamerkannya kepada rakan sekelas.
Murid lain membaca dan menyatakan maksud
papan tanda yang dipamerkan.
Murid bersoal jawab tentang tindakan yang perlu
dilakukan berdasarkan papan tanda, isyarat dan
penanda jalan yang dipamerkan.
3. Beberapa orang murid menjalankan aktiviti simulasi
di dalam bilik darjah.
Sekumpulan murid akan melakonkan watak sebagai
pengguna jalan raya.
Beberapa orang murid memegang simbol dan
berperanan sebagai papan tanda jalan.
Pengguna jalan raya akan bergerak melalui
stesen-stesen yang mempunyai papan tanda.
4. Murid lain memerhati tindakan pengguna jalan raya
yang melalui beberapa papan tanda dan isyarat serta
memberi respons terhadap aksi yang dilihat.
5. Murid melengkapkan aktiviti 17.
Catatan/Media/BBM
Buku Bergambar
Buku Aktiviti ( Aktiviti 17 )
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
66
Tajuk 4 : Jom, Jalan-Jalan

Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i)
Fokus Sampingan : 10.1 Aras 3 (i)
PKJR : 1.4.1, 1.4.8
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) bersoal jawab tentang papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang
dilihat dengan menggunakan ayat yang betul.
2) menulis karangan berdasarkan isi-isi yang diberi.
3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat
dan penanda jalan.
4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda
jalan.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 67 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata nama am, ayat tunggal/ayat majmuk
Kosa kata penanda jalan
garisan kuning
jalur derum
lawatan
perhatikan
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berdisiplin
hemah tinggi
KBT KB : menjana idea
mencirikan
BCB : perbincangan
Buku Aktiviti : Aktiviti 18 ( Mengenal pasti sistem jalan raya )
Aktiviti 19 ( Menulis karangan tentang pemerhatian yang telah dilakukan )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
67
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
4 Jom, Jalan-Jalan
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti luar bilik
darjah dan melengkapkan borang grafik yang
diberi (Aktiviti 18).
2. Setiap murid diminta memerhati dan mencatat papan
tanda, isyarat dan penanda jalan yang dilihat.
3. Murid bersoal jawab tentang penanda jalan yang dilihat
semasa aktiviti lawatan dan berbincang secara asas
tentang fungsi penanda jalan tersebut.
Contoh:
Garis putus-putus
Garis lurus
Garis berkembar
Warna garisan putih dan kuning
4. Murid menulis karangan berdasarkan aksi
pengguna jalan raya yang dilihat semasa melakukan
aktiviti luar kelas dengan bimbingan guru (Aktiviti 19).
Catatan/Media/BBM
Buku Aktiviti ( Aktiviti 18 )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 19 )
Unit 3 Tahun 2
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
71
Tajuk 1 : Boleh Dilihat dan Lebih Selamat

Kemahiran : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i)
PKJR : 2.1.5, 4.3.2
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) berbual tentang tajuk yang dipelajari dengan menggunakan bahasa
yang sesuai.
2) membina ayat tunggal berdasarkan perkataan atau frasa yang diberi.
3) menyatakan sebab-sebab mereka sukar dilihat di jalan raya.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 72 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa ayat tunggal
Kosa kata perabot jalan
jalur pemantul cahaya
pakaian pemantul cahaya
ves pemantul cahaya
penyelenggara
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Seni Visual
Sains
Kemahiran Hidup
Nilai berhati-hati
berdikari
rasional
KBT KB : menjana idea
membuat kesimpulan
TKP : intrapersonal
Media Pengajaran : Media 4.1 ( Poster Kebolehlihatan )
Buku Aktiviti : Aktiviti 20 ( Membina ayat dari perkataan dan frasa yang diberi )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya
72
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1 Boleh Dilihat dan Lebih Selamat
1. Seorang murid dipakaikan dengan baju berwarna hijau
dan seorang lagi berwarna putih.
2. Kedua-duanya diminta berdiri berhampiran dengan
pokok atau di hadapan papan hitam. Murid ditanya
dengan soalan:
Siapakah yang paling mudah dilihat?
Mengapakah dia mudah dilihat?
3. Murid diterangkan tentang konsep penyamaran yang
bermaksud berpadu dengan alam sekitar dan
menyebabkan sesuatu objek sukar untuk dilihat.
4. Murid berbual tentang faktor yang menyebabkan
pejalan kaki sukar dilihat di persekitaran jalan raya.
5. Murid menyatakan kepentingan bagi pengguna
jalan raya mudah dilihat supaya mereka lebih selamat.
6. Murid dipamerkan dengan poster (Media 4.1) dan
bersoal jawab tentang kebolehlihatan pemantul
cahaya dalam poster yang dilihat.
7. Murid membina ayat tunggal berdasarkan perkataan
atau frasa yang diberi. (Aktiviti 20)
Catatan/Media/BBM
Media 4.1
Poster Kebolehlihatan
Buku Aktiviti ( Aktiviti 20 )
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya
75
Tajuk 2 : Cuaca dan Waktu

Kemahiran : Fokus Utama : 2.2 Aras 2 (i)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i)
PKJR : 4.3.2, 4.3.3, 2.1.5
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) mengemukakan pendapat berdasarkan eksperimen yang dilakukan.
2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan.
3) menyatakan keadaan cuaca dan waktu yang berbeza mempengaruhi
kebolehlihatan melalui uji kaji.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 76 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata adjektif, ayat tunggal/ayat majmuk
Kosa kata cuaca
waktu
cahaya
warna
objek
plastik lut sinar
Pengisian Kurikulum : Ilmu Sains
Nilai berhati-hati
KBT KB : menganalisis
membuat kesimpulan
Konstruktivisme : mengembang idea
Media Pengajaran : Media 4.2 ( Poster Hari Hujan )
Buku Aktiviti : Aktiviti 21 ( Menulis kesimpulan berdasarkan pemerhatian )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya
76
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
2 Cuaca dan Waktu
1. Murid dipamerkan dengan Media 4.2 yang
menunjukkan gambar pejalan kaki melintas jalan raya
di kawasan yang gelap semasa hujan.
2. Dengan bimbingan guru, murid membincangkan kesan
cahaya dan cuaca terhadap kebolehlihatan pejalan kaki.
Contoh:
cuaca mendung, jerebu dan hujan
awal pagi dan lewat petang
pakaian berwarna gelap
aspek keselamatan semasa hujan
pemandu kurang jelas penglihatan pada waktu hujan.
3. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan
menjalankan uji kaji di bawah:

Kumpulan A
Objektif :
Untuk menunjukkan kesan hari hujan terhadap kebolehlihatan
pejalan kaki.
Bahan :
1 gelas berisi air, 1 gelas kosong dan 1 objek seperti pensel
atau pemadam.
Cara :
Letakkan objek di hadapan gelas yang kosong dan lihat melalui
gelas dari sudut yang bertentangan.
Kemudian, letakkan objek di hadapan gelas yang berisi air dan lihat
melalui gelas dari sudut yang bertentangan.

Kumpulan B
Objektif :
Untuk menunjukkan kesan pencahayaan dan waktu terhadap
kebolehlihatan pejalan kaki.
Bahan :
Sehelai plastik lut sinar tidak berwarna, sehelai plastik lut sinar berwarna,
1 objek seperti pensel atau pemadam.
Cara :
Letakkan objek hadapan plastik lut sinar tidak berwarna dan lihat
dari sudut yang bertentangan dengan objek.
Letakkan objek di hadapan plastik lut sinar berwarna dan lihat
menerusinya dari sudut yang bertentangan dengan objek.

Kumpulan C
Objektif:
Untuk menunjukkan kesan pakaian berwarna gelap terhadap
kebolehlihatan pejalan kaki.
Bahan:
Sehelai baju T putih dan sehelai baju T warna gelap.
Cara:
Letakkan baju tersebut bersebelahan satu sama lain dan perhatikan
kedua-duanya dari jarak yang berbeza.
Lakukan pemerhatian dengan menggunakan latar belakang yang berbeza.
4. Setiap kumpulan akan berbincang dan
mengemukakan hasil uji kaji kepada kelas.
5. Murid melengkapkan borang uji kaji dalam aktiviti 21.
Catatan/Media/BBM
Media 4.2
Poster Hari Hujan
BBM
Bahan-bahan untuk uji kaji
tidak disediakan.
Bahan uji kaji
a) Cuaca hujan:
2 biji gelas
Objek (pensel/pemadam)
b) Waktu dan cahaya
Plastik lut sinar
berwarna
Plastik lut sinar tidak
berwarna
Objek (pensel/pemadam)
c) Warna
1 helai baju T putih
1 helai baju T
berwarna gelap
Sekeping kad putih
(saiz manila kad)
Sekeping kad warna
gelap (saiz manila kad)
Buku Aktiviti ( Aktiviti 21 )
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya
79
Tajuk 3 : Perabot Jalan

Kemahiran : Fokus Utama : 4.2 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i)
PKJR : 1.3.1, 1.3.2, 2.1.5, 4.3.2
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) memerihalkan tentang perabot jalan berdasarkan pemerhatian dan
maklumat yang diterima.
2) membina ayat tunggal menggunakan rangkai kata yang diberi.
3) menyatakan perabot jalan yang boleh menghalang kebolehlihatan.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 80 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata majmuk, ayat tunggal
Kosa kata peti surat
pasu bunga
lampu jalan
tong sampah
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Seni Visual
Kemahiran Hidup
Nilai rasional
KBT KB : menjana idea
Konstruktivisme : mengembang idea
Media Pengajaran : Media 4.3 ( Kad imbasan gambar )
Buku Aktiviti : Aktiviti 22 ( Melengkapkan perkataan )
Aktiviti 23 ( Melengkapkan pernyataan dan mencari perkataan )
Aktiviti 24 ( Membina ayat berdasarkan rangkai kata )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya
80
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
3 Perabot Jalan
1. Murid melihat dan menamakan gambar perabot jalan
yang terdapat pada kad imbasan.
2. Murid dan guru bersoal jawab:
Apakah perabot jalan? ( Murid menyenaraikan )
Nyatakan kebaikan perabot jalan.
Contoh keselesaan, kemudahan, perhiasan
Nyatakan keburukan perabot jalan.
Contoh:
i) Pejalan kaki akan terlindung jika saiznya hampir
sama dengan saiz perabot jalan.
ii) Warna pakaian pejalan kaki seakan-akan sama
dengan perabot jalan.
iii) Perabot jalan juga boleh menghalang
penglihatan pejalan kaki.
3. Murid dibawa ke persekitaran kawasan sekolah dan
menamakan perabot jalan yang ada.
4. Murid mengenal pasti perabot jalan yang mungkin
menghalang pejalan kaki daripada dilihat oleh pengguna
jalan raya yang lain atau sebaliknya.
5. Simulasi:
Beberapa orang murid diminta berdiri di belakang
mana-mana perabot jalan yang mungkin
menghalang pejalan kaki daripada dilihat oleh pengguna
jalan raya yang lain atau sebaliknya.
6. Murid menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan
pejalan kaki sukar dilihat.
7. Murid membuat kesimpulan daripada aktiviti simulasi.
Contoh: Pejalan kaki tidak boleh berada di belakang
perabot jalan yang boleh menghalang
mereka daripada dilihat.
8. Murid melengkapkan aktiviti 22 dan 23 dengan
bimbingan guru.
9. Murid membina ayat tunggal menggunakan rangkai
kata (Aktiviti 24).
Catatan/Media/BBM
Media 4.3
Kad imbasan gambar
Buku Aktiviti ( Aktiviti 22 )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 23 )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 24 )
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya
85
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya
Tajuk 4 : Kebolehlihatan di antara Dua Buah Kereta yang Diletakkan

Kemahiran : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 5.1 Aras 2 (i)
PKJR : 4.3.1, 4.3.2, 2.1.5
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) berbual tentang perkara yang dipertontonkan dalam tayangan video dengan
menggunakan bahasa yang sesuai.

2) membaca kuat ayat-ayat yang diberikan dengan sebutan dan intonasi
yang betul.
3) menyatakan situasi bahaya yang boleh mempengaruhi kebolehlihatan di
antara dua buah kereta yang diletakkan.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 86 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata adjektif
Kosa kata cerun bukit
berpadu
but kereta
saiz
Pengisian Kurikulum : Ilmu Sains
Nilai berhati-hati
berdikari
KBT KB : merumus
BCB : bacaan mekanis
Media Pengajaran : Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap1
Segmen : Kebolehlihatan ( 07.39 08.42 minit )
Buku Aktiviti : Aktiviti 25 ( Menulis kata-kata nasihat )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
86
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
4 Kebolehlihatan di antara Dua Buah Kereta yang
Diletakkan
1. Murid dipertontonkan dengan tayangan video teknikal
serta menyenaraikan bahaya yang dapat dikenal pasti
melalui tayangan video tersebut. Contoh :
Kanak-kanak melintas jalan di antara kenderaan.
Warna pakaian kanak-kanak kelihatan berpadu
dengan keadaan sekeliling.
Pemandu tidak nampak pejalan kaki melintas
di cerun bukit.
Kanak-kanak kecil sukar dilihat.
2. Secara berpasangan, murid diminta berbual tentang
bahaya yang terdapat dalam video yang dipertontonkan.
3. Murid membaca kuat ayat-ayat yang telah disenaraikan
di atas secara kelas dan kumpulan.
4. Murid dibawa ke tempat letak kereta dan
mendemonstrasikan situasi berdiri di antara 2 buah
kereta yang diletakkan.
5. Murid membuat pemerhatian untuk memahami situasi
yang menyebabkan mereka terlindung di antara dua
buah kereta yang diletakkan.
6. Dengan bimbingan guru, murid berbincang dan
membuat kesimpulan berdasarkan keadaan bahaya
berdiri di antara dua buah kereta yang diletakkan.
7. Murid menulis kata-kata nasihat kepada pejalan kaki.
(Aktiviti 25)
Catatan/Media/BBM
Video
Kemahiran Asas
Keselamatan Jalan Raya
Tahap1 Segmen :
Kebolehlihatan
( 07.39 08.42 minit )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 25 )
Unit 4 Tahun 2
Kebolehlihatan di Jalan Raya
89
Tajuk 1 : Jalan Raya adalah Kompleks dan Berbahaya

Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 1 (ii)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 2 (i)
PKJR : 1.1.1, 1.5.1, 7.1.3
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) menyatakan jawapan yang sesuai berdasarkan soalan yang dikemukakan.

2) membina sekurang-kurangnya dua ayat majmuk berdasarkan kosa kata
yang diberikan.
3) menyatakan bahawa jalan raya ialah tempat yang kompleks dan berbahaya.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 90 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa ayat majmuk, kata adjektif
Kosa kata jalan lurus
jalan sempit, lalu lintas sehala
lalu lintas dua hala
jalan lebar
pembahagi jalan
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berhati-hati
rasional
kerjasama
KBT KB : membanding beza
TKP : kinestetik
Media Pengajaran : Media 5.1 ( Poster Pantun Nasihat )
Media 5.2 ( Poster Blok Pertengahan )
Media 5.3 ( Kad imbasan gambar dan kad imbasan perkataan )
Buku Aktiviti : Aktiviti 26 ( Membina ayat majmuk berdasarkan situasi melintas )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas
90
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1 Jalan Raya adalah Kompleks dan Berbahaya
1. Murid membaca serangkap pantun nasihat yang
dipamerkan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Murid bersoal jawab tentang mesej pantun yang dibaca.
3. Murid menjawab soalan berkaitan mesej yang
terdapat dalam pantun.
4. Murid dipamerkan dengan ilustrasi persimpangan
Blok Pertengahan (Media 5.2) yang ada garisan lorong.
Murid diminta membayangkan mereka berdiri di X dan
hendak melintas ke Y. Murid bersoal jawab dengan
guru tentang:
Arah datangnya kenderaan?
Sebelum dan semasa melintas jalan, arah mana
pejalan kaki perlu perhatikan kenderaan?
5. Murid diperkenalkan kepada jenis-jenis jalan raya
berdasarkan gambar dan kad perkataan
(Media 5.3) yang ditunjukkan oleh guru seperti:
Jalan sempit lalu lintas sehala
Jalan sempit, lalu lintas dua hala
Jalan lebar, lalu lintas dua hala
Jalan lebar, lalu lintas dua hala dengan pembahagi jalan
6. Murid menjalankan aktiviti permainan tag dengan
bimbingan guru:
Bawa murid ke luar kelas dan cari kawasan lapang
untuk mereka berlari.
(Jika ruang atau waktu tidak mengizinkan, memadai
dengan memanggil 2 atau 3 orang murid untuk
mendemonstrasikannya di dalam kelas)
Lukis dua garisan selari untuk dijadikan contoh
jalan raya.
Pilih beberapa orang murid untuk menjadi pasukan
pengejar dan pelari. Pasukan pengejar akan
berdiri di antara dua garisan dan pasukan pelari pula
berdiri secara rawak di tepi garisan.
Apabila isyarat diberi, mereka akan cuba menyeberang
jalan sambil mengelak pasukan pengejar dari
menyentuh mereka.
Permainan ini dimainkan dua pusingan, satu dengan
jalan yang sempit dan satu lagi dengan jalan yang lebar.
Catatan/Media/BBM
Media 5.1
Poster Pantun Nasihat
Media 5.2
Poster Blok Pertengahan
Media 5.3
Kad imbasan gambar
Kad imbasan perkataan
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas
91
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
a) Jalan sempit:
b) Jalan lebar:
pasukan pelari pasukan pengejar
7. Di dalam kelas, bincangkan kesimpulan permainan dan
cabaran yang dilalui untuk menyeberang jalan:
Apakah yang perlu dilihat atau diperhatikan oleh
setiap murid yang melintas jalan?
(pengguna jalan raya yang lain)
Arah manakah mereka perlu lihat?
(sekeliling, termasuk belakang)
Apakah langkah-langkah lain yang perlu diambil
semasa melintas?
(tidak terjatuh atau berlanggar dengan orang lain)
Yang manakah lebih mudah untuk melintas sama ada
jalan lebar atau sempit? Mengapa?
Adakah lebih mudah untuk melintas jika terdapat lebih
atau kurang pengejar (sibuk/lengang) atau pasukan
pengejar berlari secara perlahan (laju/perlahan)?
8. Murid membuat rumusan dalam aktiviti 26.
Catatan/Media/BBM
Buku Aktiviti ( Aktiviti 26 )
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas
96
Tajuk 2 : Mengimbas Lalu Lintas

Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 1 (ii)
Fokus Sampingan : 8.1 Aras 2 (i)
PKJR : 7.3.1
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) menyatakan maklumat kenderaan yang ditayangkan menggunakan
ayat yang betul.

2) menulis perkataan yang sesuai untuk melengkapkan ayat yang diberikan.
3) menyatakan tujuan mengimbas lalu lintas untuk mengenal pasti risiko
dan bahaya.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 97 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata arah
Kosa kata video
mengimbas
memerhati
kenderaan
melihat
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berhati-hati
rasional
KBT KB : mengitlak
TKP : visual ruang
Media Pengajaran : Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 1
Segmen: Pengenalan ( 00.04-00.15 )
Buku Aktiviti : Aktiviti 27 ( Menjawab soalan berdasarkan video )
Aktiviti 28 ( Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul dan
melengkapkan ayat yang diberi )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas
97
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
2 Mengimbas Lalu Lintas
1. Murid melihat dan memerhatikan kenderaan yang
terdapat dalam Video Teknikal Tahap 1 yang
menggambarkan pergerakan lalu lintas.
2. Murid menjawab soalan-soalan yang berikut:
Berapa banyakkah kenderaan yang kamu nampak?
Apakah jenis kenderaan yang kamu nampak?
(contohnya kereta, lori, bas, motosikal)
Adakah kenderaan tersebut bergerak laju
atau perlahan?
Apakah warna kenderaan tersebut?
3. Murid menulis hasil pemerhatian pada borang
pengurusan grafik (Aktiviti 27).
4. Tayangkan video yang sama buat kali kedua kerana
kebanyakan murid mungkin belum dapat menjawab
semua soalan. Tanyakan apa lagi yang mereka lihat
(Anda akan dapati tontonan yang berulang kali membantu
murid melihat atau memerhati dengan lebih teliti).
5. Jika perlu tayangkan video buat kali ketiga supaya murid
dapat melihat dan menjawab semua soalan.
6. Murid berbincang sama ada mereka dapat melihat
perkara lain apabila memberi tumpuan dengan
memerhatikan kenderaan.
7. Murid diterangkan bahawa perkataan lain untuk melihat
kenderaan ialah mengimbas kenderaan.
Mengimbas melibatkan bukan hanya melihat
kenderaan tetapi mencari petunjuk sama ada
kenderaan sedang bergerak laju dan boleh
membahayakan pejalan kaki.
8. Bincangkan akibat jika mereka tidak nampak lalu lintas
semasa sedang melihat.
9. Murid menyiapkan aktiviti 28.
Catatan/Media/BBM
Video
Kemahiran Asas
Keselamatan Jalan Raya
Tahap 1
Segmen : Pengenalan
( 00.04 - 00.15 minit )
atau
Iklan Televisyen
Keselamatan Jalan Raya
(boleh didapati di
www.panducermat.org.my)
Buku Aktiviti ( Aktiviti 27 )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 28 )
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas
100
Tajuk 3 : Mencari Petunjuk

Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 1 (ii)
Fokus Sampingan : 10.1 Aras 2 (i)
PKJR : 7.2.6
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) menyatakan petunjuk untuk mengenal pasti situasi sesebuah
kenderaan dengan bahasa yang betul.

2) membina perenggan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan.
3) menggunakan pelbagai kemahiran dan pancaindera untuk
mengumpul maklumat tentang lalu lintas.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 101 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata nama am
Kosa kata pemelahuan
laluan
deria
petunjuk
komunikasi
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Nilai berhati-hati
rasional
kerjasama
KBT KB : membuat inferens
membanding beza
TKP : interpersonal
Buku Aktiviti : Aktiviti 29 ( Menjawab soalan berdasarkan gambar )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas
101
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
3 Mencari Petunjuk
1. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
Contoh :
Bagaimanakah kamu tahu sesebuah kenderaan
sedang bergerak? Deria manakah yang kita gunakan
untuk mengesan pergerakan kenderaan?
(lihat, dengar, sentuh, rasa, bau)
Bagaimanakah kamu tahu sesebuah kenderaan itu
berada dalam keadaan melahu (enjinnya hidup
tetapi kenderaan tidak bergerak) atau sedang
bergerak?
Bagaimanakah kamu tahu sama ada kenderaan
bergerak ke arah kamu atau menjauhi kamu?
Mengapakah pentingnya mengetahui arah
pergerakan kenderaan bergerak?
2. Murid melakukan demonstrasi (melihat mata ke mata
dengan rakan). Lakukan aktiviti melontar dan
menyambut objek secara berpasangan.
Pasangan yang pertama melontar tanpa rakannya
sempat untuk bersedia (membuat komunikasi mata ke
mata). Pasangan yang kedua melontar hanya apabila
mereka telah membuat komunikasi mata ke mata.
3. Murid diterangkan bahawa objek tersebut sukar untuk
disambut sekiranya tiada komunikasi mata ke mata.
Kaitkan aktiviti ini dengan membuat komunikasi mata
ke mata sewaktu berada di persekitaran jalan raya.
4. Murid berbincang tentang kepentingan komunikasi
mata ke mata yang melibatkan semua pengguna jalan
raya.
5. Murid membina perenggan berdasarkan bahan
rangsangan. (Aktiviti 29)
Catatan/Media/BBM
Buku Aktiviti ( Aktiviti 29 )
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas
103
Tajuk 4 : Pemerhatian Lalu Lintas

Kemahiran : Fokus Utama : 10.1 Aras 2 (i)
Fokus Sampingan : 1.2 Aras 1 (ii)
PKJR : 7.2.6
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) membina perenggan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan dengan
ayat yang gramatis.
2) menjelaskan tentang lalu lintas yang ditunjukkan dengan menggunakan ayat
yang betul.

3) menggunakan pelbagai kemahiran dan pancaindera untuk
mengumpul maklumat tentang lalu lintas.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 104 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata adjektif
Kosa kata pemerhatian
terang
gelap
sibuk
lengang
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berhati-hati
rasional
kerjasama
KBT KB : membanding beza
BCB : perbincangan
Buku Aktiviti : Aktiviti 30 ( Mencatatkan pemerhatian berdasarkan gambar yang diberi )
Aktiviti 31 ( Memberi penerangan lalu lintas berdasarkan gambar yang diberi )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas
104
Unit 5 Tahun 2
Mengimbas Lalu Lintas
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
4 Pemerhatian Lalu Lintas
1. Murid dibawa ke luar bilik darjah untuk membolehkan
mereka memerhatikan lalu lintas.
2. Murid diminta memilih pasangan dan membuat catatan
pemerhatian lalu lintas dan melengkapkan aktiviti 30.
3. Murid pulang ke kelas selepas memerhatikan lalu lintas
selama 10 minit dan mengadakan perbincangan
berkaitan dengan pemerhatian yang telah dilakukan.
4. Murid merekodkan jawapan berdasarkan soalan yang
berikut :
a) Di manakah pejalan kaki perlu melihat dan
memerhatikan lalu lintas?
b) Bilakah jalan raya lebih selamat?
c) Bilakah jalan raya paling tidak selamat?
apabila lalu lintas datang dari segenap arah
apabila awal/lewat hari dan semua orang sedang
melakukan perjalanan pergi/balik ke tempat kerja
atau sekolah pada waktu yang sama.
apabila cuaca buruk
apabila awal/lewat hari kerana keadaan pencahayaan
(Catatan : Pemerhatian tambahan juga boleh dilakukan
pada waktu yang lain untuk membuat perbandingan
lalu lintas pada waktu atau hari yang berbeza.)
5. Murid menjelaskan tentang lalu lintas yang ditunjukkan.
6. Murid membina perenggan berdasarkan gambar.
(Aktiviti 31)

Catatan/Media/BBM
Buku Aktiviti ( Aktiviti 30 )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 31 )
107
Tajuk 1 : Tali Pinggang Keledar

Kemahiran : Fokus Utama : 4.2 Aras 3 (i)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1(i)
PKJR : 6.1.1 , 6.2.4, 6.2.6, 10.1.3
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) mengemukakan pandangan yang membina tentang kepentingan memakai
tali pinggang keledar.
2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan dan
frasa yang diberi.
3) menyatakan kepentingan memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 108 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata nama am
Kosa kata tali pinggang keledar
pita pelekat
keselamatan
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai kasih sayang
KBT KB : menyusun maklumat
BCB : mencatat nota
TKP : kinestetik
Media Pengajaran : Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 1
Segmen : Tali pinggang keledar ( 08.44 - 09.13 minit )
BBM : Bahan-bahan untuk uji kaji ( tidak disediakan )
Buku Aktiviti : Aktiviti 32 ( Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan
yang diberi )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 6 Tahun 2
Menjadi Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab
108
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1 Tali Pinggang Keledar
1. Murid menonton tayangan video segmen
tali pinggang keledar.
2. Murid berbincang dengan guru tentang video yang
ditonton dan menyatakan kepentingan memakai tali
pinggang keledar.
3. Murid menjalankan uji kaji untuk mendemonstrasi
fungsi tali pinggang keledar.
Anda memerlukan kereta mainan, anak patung dan
pita pelekat atau tali untuk dijadikan tali pinggang keledar.
Letakkan anak patung di atas kereta mainan. Minta
murid untuk menyampaikan pendapat tentang
kesan kepada anak patung sekiranya kereta mainan
mengalami perlanggaran.
Bincangkan dengan kelas tentang kesan-kesan
kecederaan akibat perlanggaran itu. Bayangkan
sekiranya perlanggaran tersebut benar-benar berlaku.
Apakah yang akan terjadi kepada anak patung
tersebut? (Uji kaji ini boleh diulang dengan
kelajuan yang berbeza dan perhatikan kesan yang
berlaku kepada anak patung.)
Dengan menggunakan pita pelekat, tali atau getah,
ikatkan anak patung pada kereta mainan. Minta
murid menyampaikan pendapat apabila kereta mainan
mengalami perlanggaran. Beri tumpuan kepada
kemungkinan yang berlaku kepada anak patung.
4. Murid mengaplikasikan simulasi sebagai penumpang
kereta.
5. Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk
berdasarkan perkataan dan frasa yang diberi (Aktiviti 32).
tali pinggang
keselamatan
memakai
6. Murid membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk
yang ditulis.
Catatan/Media/BBM
Video
Kemahiran Asas
Keselamatan Jalan Raya
Tahap 1 Segmen :
Tali pinggang keledar
( 08.44 - 09.13 minit )
BBM
Bahan-bahan untuk uji kaji
tidak disediakan :
kereta mainan,
anak patung dan
tali/pita pelekat/getah.
Buku Aktiviti ( Aktiviti 32 )
Unit 6 Tahun 2
Menjadi Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab
110
Tajuk 2 : Menjadi Penumpang yang Bertanggungjawab

Kemahiran : Fokus Utama : 4.2 Aras 3 (i)
Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1(i)
PKJR : 6.1.1 , 6.2.4, 6.2.6, 10.1.3
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) mengemukakan pandangan yang membina tentang kepentingan menjadi
penumpang yang bertanggungjawab.
2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan dan
frasa yang diberi.
3) menyatakan kepentingan memakai tali pinggang keledar dan mengetahui
perlakuan sebagai penumpang yang selamat dan bertanggungjawab.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 111 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa ayat tunggal, ayat majmuk, imbuhan apitan
Kosa kata perlakuan
kecederaan
pemakaian
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai kasih sayang
KBT KB : membanding beza
TKP : visual ruang
Media Pengajaran : Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 1
Segmen : Tali pinggang keledar ( 08.44 - 09.13 minit )
Buku Aktiviti : Aktiviti 33 ( Membina ayat menggunakan perkataan dan frasa yang diberi )
Aktiviti 34 ( Warnakan gambar yang diberi )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 6 Tahun 2
Menjadi Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab
111
Catatan/Media/BBM
Video
Kemahiran Asas
Keselamatan Jalan Raya
Tahap 1
Segmen :
Tali pinggang keledar
( 08.44 - 09.13 minit )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 33 )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 34 )
Cadangan untuk kerja
rumah
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
2 Menjadi Penumpang yang Bertanggungjawab
1. Tayangkan Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan
Raya Tahap 1. Guru dan murid bersoal jawab tentang
tayangan video berkaitan dengan perkara-perkara yang
dilakukan oleh penumpang yang bertanggungjawab.
Contohnya :
sentiasa memakai tali pinggang keledar
pakai tali pinggang keledar dengan betul
tidak mengganggu pemandu (tidak bermain dan
berdiri di dalam kereta, bercakap dan berbual dengan
suara yang kuat dan meminta pemandu menguatkan
bunyi muzik)
2. Murid mengemukakan pandangan berdasarkan
soalan-soalan yang diberikan oleh guru.
Contohnya:
Apakah yang akan berlaku sekiranya penumpang
tidak memakai tali pinggang keledar?
(Kecederaan boleh berlaku sewaktu perlanggaran
atau apabila kereta berhenti secara tiba-tiba.
Keadaan ini membahayakan diri sendiri dan
orang lain.)
3. Murid membina ayat menggunakan perkataan
dan frasa yang diberikan.
4. Guru merumuskan isi pelajaran yang telah dibincang
dalam aktiviti 33. Murid menyemak hasil
kerja untuk membuat pembetulan.
5. Murid mewarnakan gambar yang memaparkan
penumpang memakai tali pinggang keledar ketika
berada di dalam kereta. (Aktiviti 34)
Unit 6 Tahun 2
Menjadi Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab
115
Tajuk 1 : Pengguna Jalan Raya yang Berhemah

Kemahiran : Fokus Utama : 4.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 10.1 Aras 2 (i)
PKJR : 1.6.3, 1.6.4
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) menyatakan perasaan berdasarkan topik dengan struktur ayat yang betul.
2) membina satu perenggan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
3) menyatakan ciri-ciri pengguna jalan raya yang berhemah dan pentingnya
menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 116 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata nama am
Kosa kata berhemah
berebut-rebut
kerjasama
memberi laluan
menghormati
berkongsi
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berhemah
KBT KB : menilai
membuat kesimpulan
menghubung kait
TKP : muzik
Media Pengajaran : Iklan Televisyen Upih
Media 7.1 ( Lirik lagu Berhemah di Jalan Raya )
Buku Aktiviti : Aktiviti 35 ( Menanda nilai murni yang terdapat dalam rakaman video
yang ditonton )
Aktiviti 36 ( Menerangkan nilai murni yang diberi )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 7 Tahun 2
Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berhemah
116
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1 Pengguna Jalan Raya yang Berhemah
1. Bersoal jawab dengan rakan tentang pengalaman
seharian dalam pelbagai situasi sebagai pengguna
jalan raya. Contoh:
Apakah yang berlaku semasa kamu menaiki bas?
Apakah perasaan kamu jika kamu ditolak
semasa menaiki bas?
2. Murid menonton rakaman iklan televisyen Upih. Murid
menanda nilai murni pada senarai semak berdasarkan
rakaman yang dilihat. (Aktiviti 35)
3. Murid menyatakan nilai murni yang telah dikenal pasti
berdasarkan rakaman video iklan televisyen Upih.
4. Murid menyatakan ciri-ciri pengguna jalan raya yang
berhemah. Murid bersoal jawab tentang kepentingan
menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.
5. Murid membina ayat berdasarkan situasi dan nilai yang
diberi pada lembaran kerja (Aktiviti 36) dengan
bimbingan guru.
6. Murid membaca lirik lagu yang dipaparkan dan
menyanyikan lagu Berhemah di Jalan Raya.
Catatan/Media/BBM
Media 7.1
Lirik lagu Berhemah di
Jalan Raya
Iklan Televisyen
Upih
Buku Aktiviti ( Aktiviti 35 )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 36 )
Unit 7 Tahun 2
Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berhemah
120
Tajuk 2 : Berhemah di Jalan Raya

Kemahiran : Fokus Utama : 4.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 10.1 Aras 2 (i)
PKJR : 1.6.3, 1.6.4
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) menyatakan perasaan berdasarkan topik dengan struktur ayat yang betul.
2) membina satu perenggan ayat berdasarkan bahan rangsangan yang diberi
dengan ayat yang gramatis.
3) menyatakan ciri-ciri pengguna jalan raya yang berhemah dan pentingnya
menjadi pengguna jalan raya yang berhemah.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 121 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa imbuhan awalan, kata adjektif
Kosa kata berhemah
bersopan santun
berdisiplin
cermat
laluan
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berhemah
KBT KB : menilai
membuat kesimpulan
menghubung kait
BCB : perbincangan
Media Pengajaran : Iklan Televisyen Potong Q
Media 7.2 ( Poster Berkongsi Laluan )
Buku Aktiviti : Aktiviti 37 ( Menulis karangan berdasarkan gambaran yang diberi )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 7 Tahun 2
Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berhemah
121
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
2 Berhemah di Jalan Raya
1. Bersoal jawab tentang kepentingan menjadi pengguna
jalan raya yang berhemah berdasarkan bahan
rangsangan. (Rujuk Aktiviti 36)
2. Murid menonton rakaman iklan televisyen Potong Q.
Murid mengenal pasti perlakuan yang dilihat dan
menyatakan akibat daripada perlakuan yang
ditunjukkan dalam iklan tersebut.
3. Murid dipamerkan dengan Media 7.2 dan bersoal jawab
berdasarkan situasi tersebut:
Apakah yang berlaku?
Di manakah situasi ini berlaku?
Siapakah yang perlu memberi laluan dahulu?
Mengapa?
Apakah yang akan berlaku jika kedua-duanya tidak
bertolak ansur?
4. Murid menyatakan perasaan dan cadangan untuk
mengelak risiko dan bahaya di laluan pejalan kaki.
5. Murid menulis karangan dalam perenggan pada
lembaran kerja yang diberi dengan bimbingan guru.
(Aktiviti 37)
Catatan/Media/BBM
Buku Aktiviti ( Aktiviti 36 )
Iklan Televisyen
Potong Q
Media 7.2
Poster Berkongsi Laluan
Buku Aktiviti ( Aktiviti 37 )
Unit 7 Tahun 2
Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berhemah
125
Tajuk 1 : Melintas dengan Selamat

Kemahiran : Fokus Utama : 3.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 7.1 Aras 2 (i)
PKJR : 4.2.1, 7.1.1, 7.1.2, 7.1.3, 7.1.5
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) menyampaikan maklumat menggunakan frasa dan ayat yang sesuai.
2) membaca ayat yang diberikan dengan sebutan yang betul dan jelas.
3) menyatakan arah selamat untuk berjalan dan bahagian-bahagian jalan raya
yang selamat digunakan untuk melintas.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 126 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata kerja
Kosa kata bebendul jalan
orang dewasa
langkah
berwaspada
bunyi
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berhati-hati
KBT KB : menyusun atur
BCB : mencatat nota
TKP : visual ruang
Media Pengajaran : Media 8.1 ( Kad imbasan )
Buku Aktiviti : Aktiviti 38 ( Menulis keputusan yang perlu diambil )
Aktiviti 39 ( Menyusun ayat mengikut turutan yang betul )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 8 Tahun 2
Melintas dengan Selamat
126
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1 Melintas dengan Selamat
1. Murid diterangkan bahawa jalan raya ialah tempat yang
berbahaya dan perkara yang tidak dijangka boleh
berlaku walaupun di kawasan yang biasa dilalui.
2. Murid bersoal jawab untuk menyatakan arah yang
selamat untuk berjalan kaki.
Contohnya:
berjalan mengikut arah yang bertentangan
dengan kenderaan
3. Murid diberi penerangan dengan jelas oleh guru tentang
kepentingan berjalan menghadap lalu lintas.
4. Murid melakukan sumbang saran tentang
bahagian-bahagian jalan raya yang boleh meningkatkan
keselamatan untuk melintas. Contoh :
lintasan pejalan kaki (lintasan belang, lintasan
berlampu isyarat dan lintasan undan)
jejantas
pembahagi jalan
bebendul
persimpangan yang diselia/dikawal
blok pertengahan yang membolehkan keadaan lalu
lintas dilihat dengan jelas dari semua arah
5. Murid dipamerkan empat kad imbasan (kad 1 - 4 yang
teratas) menggunakan Media 8.1.
6. Murid menyusun atur kad-kad imbasan yang lain
untuk melengkapkan langkah-langkah melintas dengan
selamat (Media 8.1).
7. Murid membaca langkah-langkah melintas dengan
selamat yang telah dilengkapkan.
8. Murid melengkapkan aktiviti 38 dan 39.
Catatan/Media/BBM
Media 8.1
Kad imbasan
Buku Aktiviti ( Aktiviti 38 )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 39 )
Unit 8 Tahun 2
Melintas dengan Selamat
130
Tajuk 2 : Langkah Cermat, Jiwa Selamat

Kemahiran : Fokus Utama : 3.1 Aras 1 (i)
Fokus Sampingan : 10.1 Aras 3 (i)
PKJR : 7.2.1, 7.2.2, 7.2.3, 7.2.4
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1) menyatakan sesuatu maklumat mengikut keutamaan berdasarkan
lima langkah melintas jalan raya dengan selamat.
2) menulis karangan berpandukan isi-isi yang diberi.
3) menyatakan arah selamat untuk berjalan dan bahagian bahagian jalan raya
yang selamat digunakan untuk melintas.
Aktiviti : ( Rujuk muka surat 131 )
Sistem Bahasa : Tatabahasa kata kerja
Kosa kata berhenti
melihat
mendengar
berfikir
berwaspada
Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Nilai berhati-hati / berwaspada
KBT KB : menyusun atur
BCB : mencatat nota
TKP : visual ruang
Media Pengajaran : Media 8.2 ( Poster Aliran Melintas dengan Selamat )
Buku Aktiviti : Aktiviti 40 ( Menulis karangan berdasarkan isi yang diberi )
Aktiviti 41 ( Menjawab soalan berdasarkan gambar yang diberi )
Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran kenderaan.dan pembelajaran
dilaksanakan )
Unit 8 Tahun 2
Melintas dengan Selamat
131
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
2 Langkah Cermat, Jiwa Selamat
1. Murid meneliti Media 8.2 Aliran Melintas dengan
Selamat dan menyenaraikan lima langkah melintas
dengan selamat iaitu:
berhenti
melihat
mendengar
berfikir
berwaspada
2. Murid membaca maklumat yang terdapat dalam carta
aliran (Media 8.2) dengan sebutan yang jelas.
3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk
melakukan simulasi cara melintas dengan selamat.
4. Kemudian murid meneliti dan berbincang tentang
langkah-langkah dalam dua situasi:
sekiranya tiada tempat selamat untuk melintas
sekiranya tiada kemudahan untuk melintas
5. Aktiviti di luar kelas:
murid dibawa ke bahagian jalan raya untuk
mengaplikasi situasi sebenar melintas jalan raya di
bawah pengawasan guru dan petugas jalan raya.
( pastikan segala prosedur diurus terlebih dahulu )
6. Murid melaksanakan prosedur melintas jalan dengan
selamat dengan memimpin tangan guru atau petugas
jalan raya.
7. Murid diminta menyatakan perkara yang perlu dilakukan
sewaktu hendak melintas jalan dan sebab-sebab perlu
mengikut prosedur yang betul untuk melintas jalan.
8. Murid diminta mencatat hasil simulasi aktiviti di luar bilik
darjah dengan bimbingan guru. (Aktiviti 40)
9. Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan
gambar (Aktiviti 41).
Catatan/Media/BBM
Media 8.2
Poster Aliran Melintas
dengan Selamat
Buku Aktiviti ( Aktiviti 40 )
Buku Aktiviti ( Aktiviti 41 )
Unit 8 Tahun 2
Melintas dengan Selamat