Anda di halaman 1dari 14

1.

0 SEJARAH LARI PECUT



Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga
yang pernah dicatatkan.Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan
dalam kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut
menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula
dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang
stadium yang digunakan.
Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina
melintang keluasan stadium berkenaan.Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu
marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet
menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan
yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari
pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan,
prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan
digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan.
Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri
sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak.
Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan
sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20
meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan
dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini
dikenali sebagai kangaroo start.
Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald
Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari
Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada
Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik
moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood
merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter
diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah
pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400 meter,
Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan
dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat.



2.0 PRINSIP DALAM LARI PECUT

Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang
memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anerobik untuk membuat larian sepantas
mungkin. Dua faktor asas mempengaruhi kepantasan seorang pelari iaitu panjang
langkah dan kekerapan langkah.

A. Arahan Permulaan
Untuk semua acara 400 meter dan termasuk 400 meter, arahan untuk memulakan
perlumbaan adalah ke garisan, sedia, bang .

B. Teknik Mula Lari Pecut
Terdapat dua teknik iaitu gaya berdiri dan daya dekam. Untuk pertandingan masa kini,
gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki menggunakan blok permulaan.


2.1 Kemahiran-Kemahiran Asas Lari Pecut

Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam kelas
pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum. Gaya ini paling digemari di
sekolah rendah rendah kerana ia merupakan gaya yang paling berkesan.Walau
bagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara ini dalam pertandingan rasmi.


2.1.1 Persediaan

Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan ke
garisan diberi.







2.1.2 Ke garisan
Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada
garisan mula tanpa menyentuhnya manakala kaki belakang sedikit ke belakang ,
kira-kira 30-40cm dan mengimbangkan badan.
Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
Condongkan badan ke hadapan.
Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan
kaki hadapan.
Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.






Rajah 1 : Kegarisan , pandang sisi dan pandang kanan
2.1.3 Sedia
Condongkan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.
Bengkokkan lutut kaki hadapan.
Kaki belakang tolak ke tanah.
Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tmbakan pistol ataupun
tiupan wisel.






Rajah 2 : Kedudukan kaki, punggung dan bahu semasa sedia
2.1.4 Bang atau mula

Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.






Rajah 3 : Kedudukan badan semasa mula lari. Tolakan dari kaki hadapan
















2.2 Fasa-Fasa Dan Teknik-Teknik Lari Pecut

Mengikut pakar fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut:

1) Fasa permulaan

2) Fasa sedia

a) Fasa berlepas
b) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
c) Fasa larian di selekoh

3) Fasa penamat


2.2.1 Fasa Permulaan

Bukan semua atlit adalah sama dari segi teknik permulaan. Walaupun terdapat banyak
variasi, pada amnya terdapat tiga cara iaitu:

1. Gaya Peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start)
2. Gaya sederhana (Medium Start)
3. Gaya Panjang (Elongated Start)










Memulakan Larian Dengan Blok

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat.Terdapat
banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan melihat gaya,
yang dicadangkan oleh Mach seorang atlit dan jurulatih yang berwibawa (dalam Payne,
1985).

Gaya larian juga melibatkan tiga gaya:
Gaya peluru
Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok
hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari
bahagian hadapan blok hadapan.
Gaya sederhana
Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Gaya panjang
Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga
tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.






Rajah 4 : Blok permulaan

Penempatan Blok Di Selekoh
Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu
penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok
diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke
garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen kepada garis dalam.



2.2.2 Fasa Pecutan

Selepas arahan pelepas ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok
permulaan.
a) Fasa berlepas

Kedudukan Tangan:
Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari
penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama
lain, diletak di beIakang garis mula.

Kedudukan Kepala Dan Leher:
KepaIa dari Ieher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke
hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,pinggul
diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.

Pergerakan Tangan Dan Kaki:
Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas)
dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki.
Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke
hadapan.Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan
dibengkokkan 90 darjah.

Lutut
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah.
Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam
jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke
condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

b) Teknik Kelajuan Maksimum Dan Pengekalan Kelajuan

Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut,
pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada kelajuan
maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai
kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan
ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari pada
kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 - 18 meter, maka apa yang diperlukan
oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan
maksimum.
c) Teknik Larian Di Selekoh

Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa
'centrifugal'. Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk
rnengimbangkan kuasa 'centrifugal', seorang pelari seharusnya merendahkan badan
ke arah dalam. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang
badan mengarah ke dalam.

2.2.3 Teknik Penamat

Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari
10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m
untuk 200 m. Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut
sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian
ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan
menarik tangan ke belakang.
























2.3 Latihan Kemahiran-Kemahiran Asas

Berikut merupakan aktiviti yang perlu dilakukan setiap kali mengadakan latihan lari
pecut.

2.3.1 Aktiviti wajib

a) Jalan Menendang Ke Belakang

Jalan seperti biasa
Gerakkan tangan seperti gerakan tangan semasa berlari (bengkok pada siku
dan digerakkan ke hadapan dan ke belakang bertentangan dengan kaki di
hadapan.
Setiap kali mengangkat kaki - tumit kaki atau 6 kali.

b) Jalan Mendaratkan Bebola Kaki Dahulu

Jalan seperti biasa - gerakkan tangan seperti gerakan tangan semasa berlari.
Semasa kaki mendarat di hadapan - mendaratkan bebola kaki dahulu dengan
keadaan lutut bengkok, diikuti oleh tumit kaki.
Lakukan peri'daratan kaki cara- ini secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8
meter.
Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama.
Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.

c) Jalan Dengan Lutut Diangkat Tinggi

Jalan seperti biasa - tinggikan hayunan tangan.
Semasa kaki dibawa ke hadapan, lutut diangkat seberapa tinggi yang boleh.
Lakukan aktiviti mengangkat lutut tinggi secara beruang-ulang sejauh 5 hingga
8 meter. Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama.
Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.








d) Jalan Dengan Kaki Lurus Ke Hadapan

Jalan seperti biasa - hayunkan tangan seperti semasa berlari.
Apabila mengangkat lutut tinggi ke hadapan, luruskan kaki ke hadapan dahulu
sebelum mendaratkan kaki.
Lakukan aktiviti secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter. Pusing dan
patah balik dengan pelakuan yang sama.
Ulangi aktiviti sebanyak 5 atau 6 kali.


2.3.2 Gabungan Kesemua 4 Cara Berjalan

Aplikasikan kesemua 4 cara berjalan seperti yang diterangkan di atas.
Gabungan dilakukan secara berterusan, iaitu tanpa berhenti.
Tidak perlu ikut turutan tertentu. Boleh tukar bila-bila masa secara rawak.
Jarak untuk melakukan sesuatu cara jalan serta jarak keseluruhan pelakuan
terpulang kepada keperluan dan kemampuan atlet berkenaan.
Latihan dilakukan seeara pantas - hayunan tangan pun pantas seperti aksi
larian.
Dicadangkan latihan diadakan secara berulang-alik di atas trek 100 meter atau
keliling trek larian.

2.3.3 Latihan Rintangan (Resistance Training)

a) Lari Menarik Rakan

Dalam pasangan - A sebagai Pelari dan B sebagai penahan.
A berlari di hadapan dengan Gelung getah di bahagian abdomennya.
B berpegang kedua-dua hujung gelung getah dan cuba memperlahankan
larian A.
A terpaksa berusaha keras - cuba menarik B sambil berlari.
Lakukan aktiviti sejauh 30 meter.
Tukar peranan - ulangi aktiviti.







b) Lari Menarik Tayar

Perseorangan.
1 atau 2 tayar kereta ( bergantung pada kemampuan atlet ) diikat pada
pinggang atlet.
Lari sambil menarik tayar di belakang.
Lari sejauh 30 meter rehat 1 atau 2 minit, kemudian ulangi aktiviti.
Ulangi aktiviti beberapa kali - bilangan ulangan bergantung pada kemampuan
atlet berkenaan

c) Latihan dengan Pengejar

Dalam pasangan.
A dan B berlari sambil memegang satu batang rotan dengan tangan kanan
A di hadapan dan B di belakang.
Apabila A melepaskan batang rotan, B pun melepaskan batang rotan dan
terus mengejar A sehingga boleh menyentuh/memotongnnya.
B diberi jarak 30 hingga 50 meter untuk menyentuh/memotong A.
Tukar peranan dan ulangi aktiviti.

d) Variasi

A dan B berlari anak, A di hadapan dan B, 5 atau 6 langkah di belakangnnya.
Apabila wisel dibunyikan, kedua-dua A dan B memecut dengan B cuba
menyentuh/memotong A.
B diberi jarak antara 30 hingga 50 meter untuk mencapai objektifnya.
Tukar peranan dan ulangi aktiviti.













2.3.4 Latihan Memecut

Dalam pasangan.
2 garisan, X dan Y dilukis di atas trek larian, berjarak 6 meter.
A ditempatkandi hadapan garisan Y dan B, 20 meter di belakang garisan X.
Bermula dengan B berlari pantas ke arah A. Apabila B tiba di garisan X, A
mula memecut.
B cuba mengejar dan menyentuh A sejauh lebih kurang 40 meter.
Rehat 1 atau 2 minit. Ulangi latihan.
Tukar peranan A dan B.

2.3.5 Latihan Menamatkan Larian

Dalam pasangan.
2 garisan X dan Y dilukis di atas trek larian - jarak 20 meter - garisan Y
merupakan garisan penamat.
A berdiri 25 meter di belakang garisan X dan B, 1 atau 2 meter di hadapan
garisan X.
A berlari pantas ke arah B. Apabila A tiba di garisan X, B pun memecut ke
arah garisan Y.
A cuba mengejar dan memotong B sebelum garisan Y - kedua-dua pelari
dikehendaki berlari terus melepasi garisan Y - melakukan "dip" pada garisan Y
sekiranya jarak antara A dan B tidak jauh berbeza ..
Rehat antara 3 hingga 5 minit - ulangi aktiviti. Tukar peranan A dan B dari
semasa ke semasa.



2.3.6 Latihan Ansur Maju

a) Latihan mendorong

Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.
Berlari mengutip pundi saga/kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan.
Larian bayang-bayang secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang
lagi berlari untuk mengelakkan diri disentuh.
Lari berganti-ganti ulang-alik : larian20 meter berkumpulan.


b) Larian teknik pecut

Berlari dengan melangkah panjang.
Berjalan dengan lutut tinggi , berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.
Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki
diluruskan.
Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
Berlari menyepak ke belakang.
Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.
Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90
darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.


2.3.7 Latihan Kekuatan Kaki dan Latihan Pecutan.

Melonjak untuk jarak.
Melangkah panjang ( bounding)
Melonjak dan melangkah melepasi halangan.













LAKARAN ARENA

Rajah 5 : Trek balapan 400 m

A : Garisan permulaan 100 m
B : Garisan penamat semua acara larian
C : Garisan permulaan 10,000
D : Garisan permulaan 200 m
E : Garisan permulaan 1,500 m
F : Garisan pemotong 800m


A B
C
D
E F

Anda mungkin juga menyukai