Anda di halaman 1dari 7

ARNAB YANG PEMALAS

Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat.


Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan
seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu
hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba
musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh. Ya, betul kata awak.
Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun
dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan
kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,kata tupai.
Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita akan buat sarang, kata arnab
lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang.
Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata tupai. Tapi bukan
sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari
makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat sikap
sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup
kerana tiada tempat berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata
tupai. Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini
sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan
sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.





KERBAU BALAR
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah,
tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza
warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak
dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.
Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka
akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang
merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang
menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau
bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang
sebenarnya terjadi.
Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu
melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar
yang susah untuk ditangkap lagi.








KAWAN YANG TIDAK JUJUR
Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie.
Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang
kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya
itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya
menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie
berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor
singa.
Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk
melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu.
Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,kata Joe. Joe
berjalan kea rah singa. Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan
bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu
di sana, kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi,
kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui
Ronnie. Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera
dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam
gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua
sahabat itu menjadi makanan singa.







ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU
Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony
tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan
mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung!
Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi
di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat
takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas
kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung!
Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-
mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka
selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-
rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul
seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran
jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan
itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan
rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu
semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-
mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak
sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.






ANJING DENGAN BAYANG-BAYANGNYA
Ketika perniaga daging itu sibuk melayan pelangagnnya,anjing liar itu segera
melompat menghampiri bangku penjual daging lalu menyambar sepotong
daging.kemudian,ia segera melarikan diri.
Eh,anjing yang jahat!Berani kaumencuri daging aku!Jerit perniaga daning
dengan marah sambil mengejar anjing liar dengan pisau pemotong
dagingnya.Namun anjing liar itu berlari terlalu pantas dan penjual daging tdak
dapat mengejarnya.
Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang
sungai.Setelah pasti keselamatannya terjamin,ia berhenti dengan termengah-
mengah.
Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai,Ketika ia menjenguk ke
dalam sungai,ia berasa sunguhterkejut apabila melihat seekor anjing lain sedang
menggoggong sepotong daging yang lebih besar.Ia tidak tahu bahawa itu adalah
bayang-bayangnya sendiri.Aku mesti mendapatkan dagingnya itu, fikir anjing
liar itu.
Tanpa berfikir panjang,ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam
sungai itu.Namun malang baginya,sebaik sahaja ia membuka mulutnya,daging yang
sedang digonggong itu terjatuh ke dalam sungai.
Ahhhbodohnya aku!Aku sepatutnya bersyukur dengan makanan yang aku
ada.Bersikap tamak hanyalah merugi kan diri sendirirungut si anjing liar
itu.Ahitnya anjing liar terpaksa pulang dalam kelaparan.




LABAH-LABAH BUNCIT
Dalam sebuah belukar tinggal seekor labah-labah. Sarangnya lebih besar
daripada sarang labah-labah lain. Dahulu bapanya yang membuat sarang itu.
Kemudian ia menambah di sekeliling sarang itu.
Labah-labah itu berlari dengan pantas dari tengah ke tepi sarang. Ia menangkap
mangsanya. Binatang yang ditangkap segera dimakan. Badannya semakin hari
semakin besar. Perutnya buncit. Ia memang kuat makan. Perutnya sentiasa
berasa lapar.
Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah. Satu dari arah timur dan satu lagi
dari arah barat. Kedua-dua labah-labah mahu menjemput labah-labah buncit
makan kenduri. Kenduri itu diadakan pada waktu yang sama. Ia menjadi serba
salah. Labah-labah buncit bertanya jiran-jirannya. Mereka juga mendapat
jemputan. Jiran di kiri pergi ke jemputan arah barat. Jiran di kanan pergi ke
jemputan arah timur. Labah-labah buncit mendapat akal. Ia meminta kerjasama
jiran-jirannya.
Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-jirannya. Sesiapa yang makan
dahulu tarik tali itu. Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada
perutnya supaya tidak terlepas.
Kedua-dua labah-labah itu pun pergi. Apabila jamuan dihidang, jiran kanan pun
menarik tali dari arah timur. Pada masa yang sama jiran kiri menarik dari arah
barat pula. Labah-labah buncit tidak dapat mengikut ke barat. Ia tidak sempat
membuka ikatan perutnya.
Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing. Perut
labah-labah buncit semakin tercerut. Setelah tidak berjaya menarik, kedua-dua
jirannya pun terhenti. Mereka menikmati hidangan. Selepas makan mereka pun
pulang.
Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan. Mereka cuba membuka tali yang
tercerut di perut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka
ikatan itu.
Beberapa hari kemudian labah-labah buncit sedar. Ia berjaya membuka ikatan di
perutnya. Sejak itu ia tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar seperti
selalu. Pinggangnya pun ramping bekas kene cerut. Hingga sekarang pinggang
labah-labah kecil dan genting.

Anda mungkin juga menyukai