Anda di halaman 1dari 21

SUNGKAI - Dua ibu murid Tahun Empat di sebuah sekolah aliran Cina di sini kecewa dan

sedih dengan cara seorang guru lelaki mendenda anak mereka kerana tidak membuat kerja
sekolah pada Khamis lepas.

Mereka mendakwa guru berusia 26 tahun itu mengalungkan loceng di leher anak lelaki
masing-masing dan diberi makan rumput serta dipanggil 'lembu'.

Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, 32, berkata beliau diberitahu oleh rakan anaknya
bahawa guru itu turut merakam gambar anaknya dalam keadaan demikian menggunakan
telefon bimbit serta menunjukkan gambar itu kepada murid-murid di kelas lain sambil
mengugut akan memuat naik gambar itu dalam laman sosial Facebook.

Katanya beliau amat sedih, kecewa dan sakit hati apabila mengetahui perkara itu dan akibat
kejadian itu, anak lelakinya mengalami fobia dan takut untuk ke sekolah semalam, katanya
kepada pemberita di kawasan Surau Awamiah, Taman Permai di sini, hari ini.

Siti Aisyah Hashim, 32, pula berkata mereka telah mengadakan pertemuan dengan guru itu
dan guru besar sekolah berkenaan di Balai Polis Sungkai petang semalam bagi
menyelesaikan perkara itu.

Dalam pertemuan itu, katanya guru berkenaan hanya memohon maaf dan terus beredar dari
balai polis sebaik pertemuan itu selesai dan beliau menganggap permohonan maaf guru itu
tidak ikhlas.

Sementara itu, seorang daripada murid itu berkata mereka tidak disuruh memakan rumput
yang diberikan dalam kejadian pada 9 pagi itu tetapi diberi amaran supaya tidak
menanggalkan loceng itu sehingga 1.30 petang, jika tidak mahu dirotan sebanyak 10 kali.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw mengesahkan bahawa Yarni telah
membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Siasatan polis dibuat dengan memanggil kedua-dua pihak dan murid terbabit.

Perjumpaan dihadiri Guru Besar sekolah berkenaan dan pegawai dari Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) Batang Padang.

"Hasil perbincangan mendapati guru itu mengaku melakukan perkara itu tetapi menafikan
memberi mereka makan rumput," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Som Sak berkata guru itu mengambil tindakan demikian kerana kedua-dua murid
berkenaan tidak menyiapkan kerja rumah bahasa Inggeris sejak dua minggu lepas.

Dalam laporan polisnya di Balai Polis Sungkai pada 1.20 petang semalam, Yarni Kasuma
mendakwa anaknya bersama-sama seorang lagi rakan kelas telah didenda memakai loceng
di leher semasa murid lain menikmati waktu rehat.- Bernama

http://www.sinarharian.com.my/kecewa-guru-denda-anak-macam-lembu-1.244345

















ARKIB : 14/05/2009
Komitmen guru tingkatkan sistem pendidikan
Oleh MARZITA ABDULLAH
KUALITI sistem pendidikan tidak boleh me ngatasi kualiti guru-guru. Dengan
perkataan lain guru yang sebenarnya menjamin kualiti sistem pendidikan di
sesebuah negara.
Laporan Mckinsey ini diakui oleh semua sistem pendidikan di seluruh dunia. Oleh
itu, falsafah ini selaras dengan tema Hari Guru Kebangsaan 2009 iaitu Guru
Pembina Negara Bangsa. Guru berkualiti adalah suatu ke mestian dan bukan lagi
keistimewaan dalam konteks pendidikan di negara ini.
Ini juga ditekankan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan
Profesionalisme Keguruan) Datin Asariah Mi or Shaharuddin bahawa berkualiti itu
mesti ada dalam diri seseorang guru.
Guru berkualiti itu ialah seorang guru yang sentiasa berkualiti pada masa ini dan
masa depan dan untuk menjamin sistem pendidikan kita kekal berkualiti, guru kita
perlu sentiasa relevan dengan cabaran semasa dan akan datang, ini suatu
kemestian jika kita hendak berjaya dan mencapai hasrat Wawasan 2020, tegasnya.
Kementerian Pelajaran katanya bertang gungjawab menghasilkan guru berkualiti
dan kerana guru berkualiti menjamin kemen jadian pelajar dari segi prestasi dan
sahsiah.
Ini juga ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu
kemenjadian adalah outcome yakni kita menekankan tentang pencapaian, hasilnya
bukan output. Misalnya kita latih seratus orang kita keluarkan seratus orang tetapi
outcome ataupun kesannya adalah kepada pelajar. Kalau guru itu berkualiti maka
pelajar akan menjadi insan yang kamil dan cemerlang, katanya.
Berdasarkan tema Guru Pembina Negara Bangsa ini juga beliau melihat peranan
guru amat penting dalam membina negara bangsa justeru pelancaran buku
Standard Guru Malaysia (SGM) pada 16 Mei ini amat penting dalam memenuhi
tuntutan kualiti berkenaan.
SGM menekankan tiga stan dard yang harus menjadi pegangan bagi guru iaitu
amalan nilai profesionalisme keguru an, pengetahuan dan kefaha man dan
kemahiran pengaja ran dan pembelajaran (P&P).
Guru akan membuat pena rafan kendiri dengan melihat instrumen, melihat dirinya
berbanding dengan standard yang telah dimaktubkan dalam SGM. Keperluan
penarafan kendiri adalah untuk guru me nambah baik kualiti diri dan tugas masing-
masing.
Mereka menggunakan ins trumen ini boleh mengetahui di mana diri dia, dia boleh
berusaha mencapai standardnya yang kita tetapkan. Guru sendiri ataupun pihak-
pihak tertentu boleh juga membuat penilaian terhadap guru, katanya.
Namun tegas Asariah, SGM bukan suatu penilaian untuk menghukum guru dan
bukan untuk dikuatkuasakan tetapi hanya untuk diuar-uarkan bahawa guru di negara
ini mem punyai standard kualitinya sendiri seperti guru di negara lain terutama
negara maju.
Guru yang baik adalah guru yang sentiasa mahu mempertingkatkan diri dan akan
melihat di mana diri mereka dalam sistem. Bagi guru yang sering tertanya tentang
berkualiti, apa standard yang mereka perlu ada maka SGM adalah petunjuknya.
Walaupun pembikinan SGM berasaskan negara luar namun penanda arasnya
dibangun kan dalam konteks dan budaya serta amalan nilai-nilai masyarakat negara
ini.
Melahirkan guru berkualiti dan guru ce merlang pokok pangkalnya adalah bermula
daripada pengambilan calon dan latihan yang diikuti oleh guru-guru berkenaan.
Justeru kata Asariah, pengambilan guru yang ber kualiti bukan sahaja dengan
kelayakan akademik tetapi mengenal potensi seseorang itu yang boleh digilap untuk
menjadi guru yang berkesan.
Untuk itu calon perlu me lalui ujian Malaysian Teacher Selection Test (MTest).
Perkara yang kita tekankan ialah dari segi kematangan fikiran dan dalam MTeST itu
ada satu komponen iaitu Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK), yang menekankan
aspek yang kita kenal pasti daripada guru-guru selain adanya Malaysia Educations
Selection Inventory (MEdSI) oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) katanya.
Kementerian Pelajaran sentiasa berusaha mencari jalan untuk menambah baik cara
pengambilan guru-guru baru dan mengenal pasti calon yang ada potensi untuk
dibangunkan sebagai insan guru yang berkesan.
Selain daripada ujian ini, calon-calon juga dikehendaki menghadiri temu duga untuk
mengenal pasti kebolehan berkomunikasi, kematangan berfikir, cara menyampaikan
idea dan berhujah dan ini telah diperke nalkan sejak 10 tahun yang lalu.
Kini Kementerian Pelajaran sendiri amat berbangga bahawa trend permohonan guru
tidak lagi menjadikan profesion keguruan sebagai pilihan akhir. Apatah lagi baru-
baru ini bagi permohonan bagi Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(KPLSPM) banyak calon yang memohon adalah mereka yang mempunyai
keputusan SPM cemerlang malah memperoleh keputusan 13 1A.
Mereka meletakkan pilihan keguruan sebagai pilihan pertama berbanding lapan
pilihan yang lain. Bagi saya, itu telah memperlihatkan kejujuran dan keikhlasan
mereka untuk menjadi guru, katanya.
Jika di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), guru menjalani latihan dan apabila
mereka keluar menjadi guru baru, mereka terus dinilai melalui Program Jaminan Kua
liti yakni apabila ditempatkan di sekolah. Di sana mereka wajib meminta dinilai oleh
guru besar dalam tempoh enam bulan pertama mereka ditempatkan di sekolah.
Mereka dinilai daripada personaliti, P&P, kokurikulum dan aspek pengurusan dan
dari semasa ke semasa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan memantau prestasi
guru.
Selepas enam bulan guru besar akan me mulangkan semula borang penilaian
kepuasan pelanggan kepada IPGM dan kita menganalisis, apakah pandangan Guru
besar terhadap prestasi guru-guru ini selama enam bulan, katanya.
Dan untuk itu IPGM telah menetapkan kualiti standard bahawa guru baru mesti
melepasi sekurang-kurangnya 80 peratus da ripada standard kualiti guru permulaan
yang ditetapkan.
Pada 2008, guru keluaran IPGM telah melepasi standard kualiti guru permulaan
yang ditetapkan dan ini memenuhi keperluan MS ISO 9001:2000 Kementerian
Pelajaran.
Menyedari latihan praperkhidmatan itu tidak boleh menjamin seorang guru untuk
kekal berkualiti berkhidmat dalam tempoh 30 tahun akan datang maka program
latihan dalam perkhidmatan guru amat penting agar mereka sentiasa
mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, Kemen terian Pelajaran menyediakan peluang
untuk guru menambah ilmu, mendapatkan kema hiran dan kursus motivasi agar
mereka peka tentang tugas dan tanggungjawab dan kecintaan mereka terhadap
profesion ini.
Mulai tahun lalu, Ketua Pengarah Pela jaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom sendiri
telah mengarahkan peruntukan terus kepada sekolah untuk melaksanakan latihan
dalam perkhidmatan berasaskan sekolah.
Tahun ini sahaja, kira-kira RM47 juta telah diperuntukkan kepada semua sekolah
untuk sekolah menjalankan latihan di samping kur sus yang diadakan oleh IPGM
dan pihak lain.
Dengan peruntukan itu guru besar melalui jawatankuasa latihan perkhidmatan
peringkat sekolah akan membuat analisis keperluan la tihan dalam kalangan guru
mengenai bidang yang diperlukan oleh guru dan pada pandangan Guru besar
memang guru itu memerlukannya.
Mereka boleh mendapat khidmat dari IPGM atau pensyarah untuk datang ke se
kolah melaksana kursus atau menghantar guru mengikuti kursus yang diperlukan.
Kata Asariah, cabaran untuk melahirkan guru yang berkualiti adalah tanggungjawab
bersama dan masyarakat tidak boleh me letakkannya kepada satu-satu pihak sahaja
sebaliknya semua pihak bertanggungjawab, misalannya pihak IPGM
bertanggungjawab melahirkan guru permulaan yang berkualiti.
Apabila guru ini ditempatkan di sekolah, sekolah pula perlu menyambut dan menyo
kong agar guru ini dapat melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya. Justeru IPGM
me ngalu-alukan maklum balas daripada guru besar dan pengetua mengenai
perkara yang perlu ditambah baik.
Ini kesedaran kita. Setelah keluarkan pro duk kita, kita hantar kepada pelanggan.
Pe langgan beri maklum balas apa yang perlu ditambah baik dan kita mengharapkan
pihak sekolah terus membimbing guru.
Maklumlah guru yang baru ini, walaupun sudah menjalani latihan selama empat
tahun mereka perlu masa menyesuaikan diri. Untuk itu mereka memerlukan
bimbingan yang berterusan daripada pihak sekolah, katanya.
Menurut beliau, latihan permulaan tidak mencukupi sebaliknya guru perlu latihan
berterusan untuk pengetahuan, kemahiran dan sikap tentang cara mereka perlu ber
depan dan menangani cabaran semasa.
Justeru, kata Asariah, sokongan, komit men, kerjasama dan keterbukaan semua war
ga pendidik menyahut cabaran itu merupa kan kunci kejayaan warga pendidik dan
sistem pendidikan itu sendiri.


Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0514&sec=Rencana&pg=re_
06.htm#ixzz3AlV3qJS2
Utusan Melayu (M) Bhd












Isu Kesantunan Guru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bila disebut mengenai pendidikan di sekolah, guru adalah individu yang berkait
rapat dengan hal tersebut. Guru sering kali dianggap sebagai idola dan contoh
terbaik kepada semua murid bahkan masyarakat setempat di sekitar kawasan
sekolah. Suatu ketika dulu, masyarakat amat menyanjung dan menghormati insan
yang bergelar guru. Masih saya ingat lagi, cerpen-cerpen yang ditulis di dalam buku
kompilasi cerpen guru-guru lama. Mereka sering menceritakan bagaimana
masyarakat setempat sangat menghargai mereka. Khususnya masyarakat di desa,
mereka sering memberikan pisang, ubi, lauk-pauk, kuih-muih dan sebagainya
kepada guru yang telah berpenat lelah mengajar anak-anak mereka di sekolah.
Namun kini, situasinya jauh berbeza. Dalam era teknologi di hujung jari ini,
masyarakat seolah-olah tidak menyedari dan menghargai apa yang telah dilakukan
oleh para guru.

Saban hari, terpapar cerita-cerita kurang enak sebagai tajuk utama muka depan
akhbar. Guru cabul murid, guru mengedar dadah, guru ditangkap khalwat dan
berbagai-bagai lagi cerita mengenai guru dipaparkan. Ibarat kata pepatah, kerana
setitik nila, habis susu sebelanga. Guru juga manusia biasa yang diciptakan Allah
yang sudah pasti tidak akan lari daripada melakukan kesalahan. Oleh kerana cerita-
cerita negatif di dada akhbar mengenai guru tersiar, habis semua guru menerima
kesannya. Ibu bapa juga seolah-olah tidak mempercayai guru yang diamanahkan
untuk mendidik anak-anak mereka di sekolah. Ada sahaja salah guru di mata ibu
bapa. Guru membuat tanda soal di dalam buku kerja anak mereka yang secara
terang-terangan tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan juga boleh menjadi
isu besar.

Namun demikian, tidak dinafikan bahawa ada segelintir guru yang mencemarkan
profesion perguruan dengan pelbagai perkara negatif seperti khalwat, cabul, rogol
dan sebagainya. Sudah menjadi lumrah alam, manusia tidak akan terlepas daripada
melakukan kesilapan. Guru-guru harus lebih berhati-hati dan berfikir sebelum
melakukan sebarang tindakan kerana dikhuatiri tindakan yang dilaksanakan boleh
mencemarkan profesion perguruan.
Saksikan.


Pernahkah anda menonton video-video klip beliau?
Suatu masa dahulu, nama Cikgu Shida menjadi popular dalam sekelip mata dan
menjadi sebutan ramai. Siapakah Cikgu Shida? Cikgu Shida atau nama sebenarnya
Roshida binti Abdul Aziz merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah
sekolah yang terletak di Parit, Perak. Guru berusia 40 tahun ini menjadi terkenal
kerana aksi miming di laman video popular iaitu Youtube. Artikel yang dipetik
daripada laman sesawang akhbar tersohor negara iaitu Harian Metro menceritakan
bagaimana minat Cikgu Shida untuk membuat video miming ini bermula. Niat suka-
suka begitulah jawapan beliau apabila ditanya wartawan. Pelbagai jenis lagu telah
dibuat lakonan nyanyian miming oleh beliau. Ada sesetengah videonya telah
ditonton lebih sejuta penonton sejak video tersebut dimuat naik ke laman sesawang
Youtube. Video-video beliau turut ditonton oleh masyarakat dari luar negara. Satu
pencapaian yang agak hebat bagi individu biasa.
Pelbagai tohmahan dan tidak kurang juga pujian telah diberikan kepada beliau.
Ada pihak yang menyokong dan ada juga pihak yang mengeji tindakan beliau
menghasilkan klip video lakonan miming. Namun, ia sedikit pun tidak melemahkan
semangat Cikgu Shida untuk menghiburkan orang lain dengan caranya yang
tersendiri. Video klip miming Cikgu Shida menjadi kontroversi hangat kerana di
dalam video-video beliau, beliau menggayakan pelbagai jenis kostum dengan
memek muka dan aksi yang agak keterlaluan dilihat namun lucu. Apa yang menjadi
isu adalah aksi yang ditunjukkan beliau seolah-olah tidak sesuai dengan kerjayanya
seorang guru.
Cikgu Shida turut dijemput sebagai tetamu undangan di dalam beberapa
rancangan bual bicara mengenai hiburan. Malah, beliau turut turut ditawarkan
membintangi drama. Namun, apakah pandangan masyarakat terhadap beliau?
Adakah apa yang dilakukan oleh Cikgu Shida ini melanggar etika guru?
Melalui pembacaan daripada blog dan komen-komen di akhbar, didapati bahawa
kebanyakan anggota masyarakat tidak begitu senang dengan tingkah laku Cikgu
Shida ini. Menurut mereka, Cikgu Shida sudah mencemarkan imej profesion
perguruan, memalukan kaum wanita dan tidak layak menjadi contoh. Tidak kurang
juga yang meminta agar Cikgu Shida diberhentikan atau dipecat oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia daripada menjadi guru. Namun demikian, Cikgu Shida
khabarnya merupakan seorang guru yang komited, kreatif dan cemerlang dalam
pengajarannya. Menurut khabaran itu juga, oleh sebab itu, guru besar sekolah
tersebut tidak mengambil apa-apa tindakan tatatertib ke atas beliau. Banyak komen
daripada blogger-blogger menyatakan bahawa Cikgu Shida telah melanggar etika
perguruan. Adakah ianya benar?
Menurut Kamus Dewan(1995), etika merupakan sebuah sistem dasar akhlak,
adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dari pandangan Islam pula, etika merupakan
akhlak dan tingkahlaku yang baik yang diamalkan oleh seorang yang baik
peribadinya. Menurut Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), etika ialah
akauntabiliti dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Setiap penjawat awam harus mematuhi dan memahami larangan serta kebenaran
tingkahlaku Perkhidmatan Awam. Etika juga boleh disimpulkan sebagai suatu aturan
tingkahlaku yang baik dan berakauntabiliti yang perlu diamalkan oleh setiap individu.
Setiap profesion mempunyai kod etika kerja yang tersendiri. Profesion perguruan
juga tidak terlepas daripada mempunyai etika kerja sendiri. Etika kerja perguruan
digubal bagi memartabatkan profesion perguruan. Setiap individu yang bergelar guru
wajib mematuhi kod etika ini selama masih dirinya bergelar guru. Ia adalah untuk
menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion keguruannya. Di Malaysia,
Tatasusila Profesion Keguruan yang disarankan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia merupakan landasan dan garis panduan bagi setiap guru. Menurut
Tatasusila Profesion Keguruan ini, setiap guru mempunyai akauntabiliti ke atas
murid, ibu bapa, masyarakat dan negara, rakan sejawat dan profesion.
Ikrar Tatasusila Profesion Keguruan:
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu,yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha
menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang
percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun
Negara. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab mebimbing anak muda
untuk mecapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini, kami menerima
Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan
profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya :
i. Tanggungjawab terhadap pelajar
ii. Tanggungjawab terhadap ibu bapa
iii. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
iv. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

Kod etika perguruan menjadi garis panduan bagaimana bertingkahlaku dalam
profesion yang banyak menguji kesabaran ini. Kod etika perguruan juga menyatakan
dengan jelas tentang tanggungjawab guru sebagai pemegang amanah di dalam
bidang pendidikan. Amanah yang dipikul oleh insan bernama guru adalah amat
besar. Guru harus mendidik dan mencorak generasi muda yang bakal memimpin
negara pada masa akan datang. Maka, guru haruslah mengikut dan mematuhi kod
etika perguruan agar guru masih lagi berjalan dan berlari di atas landasan yang
betul.
Terdapat pelbagai isu berkaitan dengan etika guru seperti kesantunan guru,
kepedulian guru, penampilan guru, berniaga di sekolah, pengurus masa dan juga
pengurus kewangan. Kesemua masalah dan isu berkaitan guru dapat dikelaskan
kepada enam isu itu. Keenam-enam isu tersebut merupakan isu berkaitan guru yang
terjadi di Malaysia. Berbalik kepada isu yang ditimbulkan apabila tersebarnya video
lakonan miming Cikgu Shida. Adakah perilaku Cikgu Shida yang mana minatnya
untuk membuat video miming tersebut salah di sisi etika keguruan? Adakah beliau
telah melanggar kod etika perguruan dan Tatasusila Profesion Keguruan?
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) iaitu Encik
Hashim Adnan berpendapat bahawa isu Cikgu Shida ini tidak melanggar etika
perguruan dan ia hanya bersifat mencari hiburan untuk diri sendiri. Beliau turut
meminta masyarakat untuk melihat apa yang dilakukan oleh Cikgu Shida dari sudut
yang positif. Beliau mengatakan Cikgu Shida berjaya menunjukkan kreativitinya
kerana berjaya melakonkan pelbagai watak dengan pelbagai aksi yang lucu untuk
ditonton. Selain itu, beliau juga berkata laman sesawang Youtube mampu dilayari
sesiapa sahaja dari seluruh dunia dan ini bererti video itu boleh ditonton pelbagai
golongan, sekali gus menaikkan institusi perguruan. Kenyataan beliau telah dikecam
oleh mereka yang tidak menyukai video lakonan miming Cikgu Shida kerana
berpendapat beliau seolah-olah menyokong apa yang dibuat oleh Cikgu Shida.
Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza-beza mengenai isu ini.
Pada pendapat saya sebagai seorang guru pelatih, Cikgu Shida sebenarnya
merupakan seorang guru yang berbakat dan kreatif dalam mengajar. Sewaktu
melayari laman sesawang youtube, saya ada menonton sebuah klip video Cikgu
Shida. Beliau telah mencipta sebuah lagu patriotik dan mengajarkan lagu tersebut
kepada murid-muridnya di sekolah. Selain itu juga, terdapat video yang
menunjukkan murid-murid beliau membuat persembahan dengan bimbingan dan
tunjuk ajar dari beliau. Bukan mudah bagi seorang guru untuk membimbing murid-
murid sekolah rendah untuk membuat persembahan yang kreatif dan menarik.
Selalunya, ia akan memakan masa yang agak lama untuk melatih murid-murid
membuat persembahan. Rata-rata guru yang diberi tanggungjawab untuk melatih
murid membuat persembahan sudah pasti akan ketandusan idea untuk mencari
aktiviti persembahan yang sesuai dengan kebolehan dan tahap murid. Begitu juga
dengan Cikgu Shida. Beliau kreatif di dalam memilih persembahan dan membimbing
murid-muridnya. Usaha beliau yang komited dapat dilihat dalam video tersebut
apabila murid-muridnya berjaya membuat persembahan dengan baik. Ini
menunjukkan, latihan dan bimbingan yang diberikan oleh beliau berkesan.
Namun demikian, mengenai video lakonan nyanyian Cikgu Shida, ianya agak
kurang manis untuk dilakukan oleh seorang insan yang bergelar guru. Tambahan
lagi, guru wanita. Pada pendapat saya, video lakonan nyanyiannya telah melanggar
kod etika perguruan. Walaupun pada hakikatnya, beliau hanya berniat sekadar untuk
mengisi lapang, namun, gaya dan perwatakan beliau dalam video tersebut agak
kurang menyenangkan. Rata-rata laman sesawang dan juga komen-komen
penonton menyatakan video tersebut amat memalukan dan mencalarkan imej
seorang guru dan profesion perguruan. Ada juga segelintir komen dan pendapat
yang menunjukkan tanggapan negatif mereka terhadap guru selepas menonton
video lakonan nyanyian Cikgu Shida. Maka, apabila terdapatnya pendapat yang
sebegini, saya berpendapat bahawa Cikgu Shida telah melanggar kod etika
perguruan di bawah isi tanggungjawab kepada rakan sejawat dan profesion.
Antara isi penting tanggungjawab kepada rakan sejawat dan profesion adalah
seperti yang berikut:-
i. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau
membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
ii. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
kami sebagai guru.
iii. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin
dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas
dan sosial.
iv. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu
dalam profesion perguruan.
v. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
vi. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

Berdasarkan kepada isi (i) dan (v). Tanggungjawab kepada rakan sejawat dan
profesion perguruan memerlukan seorang guru menjaga nama baik seseorang guru
di hadapan murid dan ibu bapa serta tidak melakukan sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seorang guru. Tindakan Cikgu Shida yang beraksi sedemikian
rupa adalah amat memalukan. Saya yang menonton video-video lakonan nyanyian
beliau juga berasa malu. Beliau sanggup berpakaian seperti lelaki dan mencalitkan
warna-warna hitam seolah-olah misai dan janggut untuk menjayakan lakonan
nyanyiannya. Gerak tari dan memek muka beliau jelas menunjukkan beliau tidak
berasa malu untuk beraksi di hadapan kamera. Pelbagai kritikan pedas dan cercaan
dapat dibaca ada ruangan komen dalam laman sesawang youtube. Ada antara
pelayar Youtube mengatakan bahawa Cikgu Shida sudah mencemarkan profesion
perguruan. Malah, ada yang mengatakan Cikgu Shida seorang yang gila dan tidak
waras akal fikirannya.

Rujuk komen
Sebagai seseorang yang memegang jawatan sebagai guru, beliau seharusnya
lebih bijak menjaga nama baik profesion dan maruah dirinya sendiri. Beliau
seharusnya menjaga tingkahlaku, dan imej bersih seorang guru. Seorang guru
haruslah mempunyai tingkahlaku yang sopan dan menjaga adab serta tatasusilanya
di hadapan umum. Apabila menonton video-video miming beliau, saya lantas
beristighfar kerana terkejut melihat aksinya. Saya akui beliau memang seorang
individu yang berani. Namun, perlu ada batasannya kerana selagi seseorang itu
bergelar guru, maka segala tindakannya haruslah terkawal agar tidak melanggar
etika. Akibat daripada keberanian beliau menghasilkan video ini, ramai individu
mempertikaikan gelaran Cikgu pada Cikgu Shida. Mereka memperlekehkan Cikgu
Shida dengan mengatakan beliau tidak layak menjadi guru dan bermacam-macam
lagi. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bahawa guru-guru di sekolah
mempunyai masa rehat yang terlalu banyak dan menghabiskan masa dengan aktiviti
yang tidak berfaedah seperti merakam video sendiri, berniaga dan sebagainya. Imej
profesion perguruan telah tercalar di situ.
Ramai yang beranggapan bahawa beliau telah mencemarkan dan menjejaskan
profesion perguruan. Dalam Etika Profession Perguruan juga ada menyebut:
i. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga mencemarkan sifat
profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai
terhadap profession perguruan.
ii. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
Jelaslah di sini, bahawa tindakan beliau itu menyalahi etika profesion perguruan.
Mungkin selepas ini, beliau akan lebih berhati-hati dan menjaga etika kerjanya.
Selain itu juga, isu beliau menjadi pertikaian hangat kerana tindakannya tidak
sopan dan tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang Muslimah. Di sekolah,
seorang guru wanita Islam kebiasaannya akan memakai tudung. Begitu juga Cikgu
Shida. Pada pendapat saya, beliau bukanlah seorang wanita yang bertudung atas
dasar terpaksa kerana menjawat jawatan guru. Penampilan beliau di dalam
rancangan bual bicara FBI yang disiarkan di TV9 jelas menunjukkan beliau seperti
guru-guru biasa di sekolah yang berpenampilan sopan dan menutup auratnya. Jelas
ketara imejnya sebagai seorang seorang guru.
Namun demikian, di dalam video lakonan nyanyiannya, imejnya berubah. Malah
ada di dalam sesetengah video hasilannya, beliau tidak memakai tudung.
Khususnya apabila beliau melakonkan watak lelaki. Auratnya sebagai seorang
wanita Muslimah juga tidak dijaga dengan baik. Lehernya juga kadang-kadang
terdedah. Beliau seolah-olah terlalu menghayati watak yang dibawa sehingga
menjejaskan batasnya sebagai seorang wanita beragama Islam. Ada juga yang
menyuarakan pendapat seandainya video ini dihasilkan oleh seorang guru lelaki, ia
mungkin tidak menjadi masalah dan isu besar.
Rakyat Malaysia terkenal dengan sifat sopan-santun dan merendah diri. Kaum
wanita berbangsa Melayu khususnya dikenali sebagai seorang yang lemah lembut,
bersopan-santun dan juga pemalu. Namun, daripada video-video beliau, ramai yang
beranggapan bahawa nilai sopan dan pemalu tersebut telah hilang dalam video.
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, isu etika guru juga meliputi isu
kesantunan. Kesantunan dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:-
i. Kesantunan berpakaian
a. Jenis Pakaian
b. Solekan
ii. Kesantunan tingkahlaku
a. Tatacara bertindak
b. Gerak geri guru
iii. Kesantunan berbahasa
a. Cara berkomunikasi
Dalam isu ini, ia terletak di bawah isi kesantunan tingkah laku. Guru merupakan
contoh dan ikutan bagi murid-murid. Maka, guru haruslah menunjukkan sifat dan
kesantunan yang tinggi agar murid-murid lebih menghormati guru tersebut. Menurut
Prinsip Kesantunan Leech (1983), terdapat 6 prinsip kesantunan yang wajar
dipatuhi.
i. Santun/berhemah : meminimumkan kos dan memaksimumkan faedah kepada orang
lain
ii. Budiman : meminimumkan faedah atau manfaat dan memaksimumkan kos ke atas diri
sendiri.
iii. Sokongan / berkenan : meminimumkan cacian dan memaksimumkan pujian terhadap
orang lain
iv. Merendah diri / kerendahan hati : meminimumkan pujian, memaksimumkan cacian
terhadap diri sendiri
v. Persetujuan : meminimumkan perbalahan, memaksimumkan persetujuan antara diri
dengan orang lain
vi. Simpati : memaksimumkan simpati antara diri dengan orang lain
Berdasarkan model ini, guru haruslah mengamalkan setiap aspek kesantunan
dalam kehidupan supaya menjadi guru yang dihormati dan disegani serta menjadi
contoh ikutan kepada murid-murid di sekolah.
Apabila masyarakat memanggil kita dengan gelaran cikgu, ia bagaikan satu
penghormatan kepada kita. Tipikal rakyat Malaysia, menganggap guru ataupun lebih
mudah dikenali sebagai cikgu adalah seorang yang sempurna dalam segala hal.
Cikgu pada minda rakyat Malaysia merupakan seorang yang lemah lembut, sopan
dan baik budi pekerti serta akhlaknya. Di dalam isu Cikgu Shida ini, andai kata
beliau bukanlah seorang guru, sudah tentu ia tidak menjadi perdebatan hebat. Andai
beliau merupakan seorang jurutera, arkitek dan merakamkan video lakonan
nyanyian begini, masyarakat tentu tidak mengambil kisah. Namun, gelaran cikgu
yang ada pada beliau menyebabkan beliau dicemuh kerana tipikal rakyat Malaysia
memang begitu.
Dalam laman facebook Cikgu Shida, beliau pernah mengatakan beliau tidak
selesa dipanggil Cikgu Shida, sebaliknya lebih senang sekiranya dipanggil dengan
nama Cik Shida sahaja. Bagi beliau, gelaran cikgu hanya sesuai dipanggil di tempat
dia bekerja sahaja. Pada pandangan saya, Cikgu Shida sebenarnya sedar akan
tindakannya itu sedikit sebanyak mencalarkan imej profesion perguruan. Oleh sebab
itu, dia meminta orang ramai memanggilnya dengan panggilan cik sahaja dan
bukannya cikgu. Namun disebabkan minatnya untuk membuat lakonan nyanyian,
beliau meneruskan penghasilan video-video ini. Malah beliau turut menganggapnya
sebagai satu cabang seni.
Ada individu daripada ruangan laman Facebook yang berpendapat, gelaran cikgu
itu perlu dibawa walaupun di mana jua guru itu berada. Dalam agama Islam pun,
guru itu mendapat tempat tertinggi selepas kedua ibu dan bapa. Sehingga seorang
guru itu meninggal dunia, gelaran cikgu itu tidak akan pernah terpisah daripada
namanya. Orang ramai akan tetap mengingatinya sebagai guru.
Dalam minda masyarakat Malaysia, seorang guru itu haruslah merupakan
seorang insan yang sempurna. Elok penampilan, tersusun tutur bahasa, baik tingkah
laku dan tinggi akhlak pekerti adalah trait-trait personaliti guru dalam minda
masyarakat kita. Mereka amat berharap guru yang mengajar anak-anak mereka di
sekolah merupakan individu yang berakauntabiliti dan berintegriti serta sesuai
dijadikan contoh ikutan anak-anak mereka. Rasa percaya mereka terhadap guru
akan timbul dengan melihat guru-guru yang wajar dijadikan contoh bagi anak-anak
di sekolah.
Kerjaya guru tugas mulia di sisi Islam, apatah lagi membabitkan disiplin ilmu
berkaitan agama. Islam sebagai satu agama yang mementingkan ilmu pengetahuan,
memandang tinggi martabat seorang pendidik sama ada berkaitan ilmu duniawi atau
ukhrawi. Dalam hal ini, Rasulullah SAW membuktikan betapa pentingnya peranan
guru dalam proses penyebaran dakwah Islamiah pada zaman permulaan Islam.
Sebagai utusan terakhir kepada umat manusia, Baginda SAW sendiri mengajar dan
mendidik umat manusia berpandukan wahyu Ilahi. Baginda juga merupakan seorang
guru pada zamannya.
Dewasa ini, pelbagai berita yang boleh dikira sebagai keadaan di mana martabat
guru cuba direndahkan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Memang ada segelintir
guru yang membuat onar tetapi sebahagian besar menjalankan tanggungjawab
mendidik anak bangsa dengan baik. Ibarat kata pepatah, jangan kerana seekor
kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit sama.
Sesungguhnya segala amal bakti seorang guru dalam menyampaikan ilmu yang
bermanfaat kepada anak didiknya akan melayakkan dirinya mendapat ganjaran
kebaikan, meskipun setelah pergi mengadap Ilahi. Firman Allah SWT yang
bermaksud: "Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan
untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai
balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya." (Surah al-Muzammil,
ayat 20). Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal dunia
seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara;
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya." (Hadis
riwayat Muslim). Jelas di sini bahawa profesion perguruan itu mendapat tempat yang
tinggi di dalam agama Islam. Ianya merupakan sebuah profesion yang mulia. Maka,
sebagai seorang yang bergelar guru, kita haruslah menjaga nama baik profesion
dan tidak melanggar etika-etika perguruan agar masyarakat kekal memandang mulia
kerjaya guru sehingga akhir zaman nanti. InsyaAllah!


http://ceritagurukini.blogspot.com/2012/09/isu-kesantunan-guru.html