Anda di halaman 1dari 6

[CINTA ADALAH FITRAH] December 12, 2006

Cinta adalah fitrah manusia?


"Kebelakangan ini kerap kita mendengar soalan tentang bolehkah sebenarnya
bercinta dalam Islam, mungkin dek kerana terpengaruh dengan aluan nasyid nasyid
longlai dan fatwa cinta di dalamnya, ramai pula orang ingin merasakan nikmat
bercinta . Persoalan ini sebenarnya satu soalan yang agak sukar untuk dirungkai,
apa lagi bagi orang yang tak punyai pengalaman .

Cinta boleh menjadi fitnah


Memang benar cinta itu adalah satu fitrah bagi semua manusia normal. Dan fitrah
itu sesuatu yang suci. Maknanya cinta itu pada asalnya satu fitrah yang bersih,
cuma bila dicemari oleh nafsu dan dicampurkan dengan perkara terlarang yang
mendorong ke arah maksiat besar, fitrah
boleh berubah menjadi fitnah pula. Di antara tujuan diciptakan perasaan ini adalah
untuk menguji perempuan dan lelaki, sepertimana firman Allah dalam surah Al-
Furqan: (( dan kami telah jadikan sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain
fitnah, adakah kamu
melihatnya? Sesungguhnya Tuhanmu Maha Melihat )).

Seperti yang telah dinyatakan, Allah Taala telah menetapkan jalan yang halal
mengikut syara' untuk memenuhi naluri fitrah ini iaitu melalui jalan perkahwinan,
dan telah diharamkan segala jalan lain selain perkahwinan supaya manusia tidak
terjebak dalam perkara haram
dan kotor yang dimurkai Allah Taala. Ini kerana manusia itu secara semulajadinya
memang inginkan kepada keseronokan yang ditimbulkan oleh nafsu, dan syaitan
pula akan sentiasa mengambil kesempatan mendorong mereka ke jalan nafsu yang
menjadikan manusia hilang akal dan bimbingan diri.

Cinta itu boleh berubah menjadi satu fitnah bilamana ia dicampurkan dengan
perkara perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Apabila larangan Allah
diperlekehkan, nafsu lantas mengemudi hati, maka hilanglah rasa malu di dalam
diri. Dek kerana itu, maka kebelakangan ini sering kita direntet oleh isu yang
mengigit sukma lakunya. Antara perilaku sumbang yang semakin sebati dikalangan
remaja hari ini.

1. Memandang kepada bukan mahram


Firman Allah di dalam surah an-Nur, ayat 30, mafhumnya: ((Katakanlah pada lelaki
yang beriman: "hendaklah mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluan
mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka… ).

Apabila pandangan melihat benda yang tidak elok, maka manusia akan terdorong
untuk melakukan maksiat seperti zina. Oleh sebab itu, Allah telah mengharamkan
memandang kepada wanita yang bukan mahram dengan sengaja, maksudnya

http://prosacksblog.blogspot.com
Page 1
[CINTA ADALAH FITRAH] December 12, 2006

dengan shahwat dan tanpa sebab syar'ie, seperti kehakiman, muamalat harian
tujuan untuk menikahi perempuan yang dilihat dengan syarat-syarat tertentu.
(rujuk bab an-nazru tulisan dari. Abdul Karim Zaidan dalam "Al-mufassal fi ahkam
almar'ah wa baitul muslim", jilid 3.) Ini kerana pandangan yang tidak bersebab itu
boleh membangkitkan syahwat serta menimbulkan fitnah, juga mungkin akan
mengikat hati lelaki pada wanita.

Justeru, pandangan mata perlulah dijaga demi keselamatan hati dan rohani, kerana
pandangan juga boleh membawa kepada zina, seperti sabda Rasulullah, "dua mata
itu boleh berzina melalui pandangannya" -riwayat Bukhari. Rasulullah pernah
berpesan pada Saidina Ali bin Abi Talib Karamullahiwajhah: " Wahai Ali,jangan kamu
turuti pandangan pertama (yang tidak disengajakan dengan pandangan seterusnya,
sesungguhnya pandangan pertama itu tidak mengapa, tapi yang kedua bukan
haqmu.."-riwayat Tarmizi.

2. Berjumpa dan berjalan berdua-duaan


Seorang perempuan tidak dibenarkan bermusafir sendirian, dan bertemu lelaki
ajnabi sendirian, seperti sabda Nabi s.a.w: " Tidak bermusafir seorang perempuan
kecuali ada bersamanya mahramnya, dan tidak boleh seseorang masuk
menemuinya kecuali ada mahramnya."- hadis riwayat Imam Bukhari. Perempuan
juga dilarang berjalan bersama sama lelaki, dalam sunan Abi Daud, diriwayatkan
bahawa Nabi s.a.w memerintahkan para wanita agar berjalan di tepi laluan jalan,
tidak di tengah kerana mengelakkan mereka dari bercampur dengan lelaki.
Sedangkan percampuran begini dilarang, apatah lagi berjalan berdua - duaan.

3. Berpegangan tangan
Di dalam Islam, mengikut pendapat jamhur dan rojih, seorang muslim diharamkan
bersalaman/bersentu han dengan semua wanita (iaitu dalam hal biasa, dibolehkan
dalam hal darurat seperti perubatan), kecuali dengan mahramnya: ibunya, adik
beradiknya,anaknya, ibu mertuanya, ibu saudaranya, anak saudaranya, isterinya
dan anak tirinya( anak isteri).

Jika dilihat dari sirah Rasulullah, baginda amat tegas menjauhi persentuhan lelaki
perempuan, hatta dalam hal penting sekalipun seperti bye'ah. Bahkan rasulullah
akan mengambil bye'ah wanita melalui ikrar sahaja. Daripada Aisyah r.a, katanya:
Nabi mengambil bye'ah para wanita dengan ikrar, baginda tidak pernah menyentuh
tangan wanita kecuali wanita yang halal baginya.-riwayat Bukhari.

Namun yang demikian, mengapa masih ramai anak anak muda berpasangan
berpegangan tangan, sedangkan baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"sekiranya seseorang itu mencucuk kepalanya dengan jarum besi, itu adalah lebih
baik baginya dari menyentuh perempuan yang tidak halal baginya"- riwayat Tabrani
dengan sanad yang soheh. Telah menjadi fitrah pada lelaki dan wanita apabila

http://prosacksblog.blogspot.com
Page 1
[CINTA ADALAH FITRAH] December 12, 2006

bersentuhan keduanya maka akan timbul rasa seronok di hati. Ini akan menjadi
satu permulaan kepada perkara maksiat. Syaitan pula akan sentiasa mengambil
kesempatan menghiasi perkara yang dimurkai Allah agar kelihatan indah.

Bersentuhan sangat berkaitan dengan hawa nafsu, dan hawa nafsu itu adalah buta
dan tuli. Apabila nafsu menjadi raja, maka syaitan pun bertepuklah tangan. Bagi
wanita pula,malu itu adalah ibarat mahkota yang tidak perlukan singgahsana.
Tetapi sekiranya mahkota ini tercabut dari singgahsananya, maka jadilah wanita itu
lebih dahsyat daripada 70 ekor syaitan!

4. Berdua-duaan / dating/ khalwah ajnabiyah


Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-
duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah
syaitan"-(riwayat imam Ahmad). Tidak syak lagi bahawa berdua-duaan satu perkara
yang amat besar bahayanya. Nafsu shahwat akan memungkinkan segalanya,
ditambah lagi syaitan yang akan berusaha kuat untuk menjerumuskan manusia ke
jalan kemaksiatan. Apabila sudah berada di landasan keseronokan nafsu, seseorang
baik lelaki mahupun wanita akan lupa kekuasaan Allah, kemurkaan dan azabNya.
Mereka juga akan melupakan nilai kesucian diri dan kemuliaan sifat terpuji. Dalam
keadaan berdua-duaan amatlah mudah untuk terjatuh ke dalam jenayah yang
besar. Bahkan ianya merupakan satu peringkat yang paling menghampirkan diri
kepada zina, dan ianya terbukti dengan kes-kes penangkapan khalwat, dan
muqaddimah zina serta zina itu sendiri yang berpunca dari berdua-duaan.

Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah daripada berdua-duaan dengan perempuan,


Demi diriku yang berada dalam tanganNya, tidaklah berkhalwat dua orang lelaki
dan perempuan kecuali ada syaitan diantara mereka.. dan jika sekiranya seorang
lelaki berhimpit dengan seekor bab* yang berlumuran lumpur dan kotoran itu lebih
baik baginya dari berhimpit bersentuhan bahu dengan perempuan yang tidak halal
baginya". Hadis di atas jelas mengharamkan khalwat dan duduk berdua bersama,
kalau di zaman kita ini termasuklah duduk berdua-duaan bersebelahan di dalam
bas, wayang dan sebagainya. Satu alasan yang popular bagi mereka yang ingin
berdua-duaan ialah untuk mengulangkaji pelajaran. Menuntut ilmu itu memanglah
satu perkara yang dituntut, tapi apakah sudah tidak ada pelajar lain di atas muka
bumi ini untuk belajar bersama sama. atau sudah tiada pelajar yang sama jantina
yang boleh membantu dalam pelajaran.

Cuba kita renungi kata-kata Imam Hasan al-Basri : "Jangan kamu berdua-duaan
dengan perempuan, walaupun kamu berkata. saya mengajarkannya al-Quran".
Demikianlah beberapa hujah dari baginda Rasulullah sendiri serta para ulama
tentang larangan dan bahaya khalwah atau berdua-duaan dengan orang yang
bukan mahram.

http://prosacksblog.blogspot.com
Page 1
[CINTA ADALAH FITRAH] December 12, 2006

PERSOALAN : Telefon dan SMS - boleh atau tidak Seperti yang kita tahu, telefon dan
SMS merupakan alat perantaraan komunikasi yang tidak wujud di zaman rasul,
sahabat mahupun tabiin. Dalam hal ini saya mengembalikan hukum sesuatu
perbuatan itu kepada asalnya, iaitu mengikut kaedah usul fiqh, asal kepada setiap
satu itu adalah harus, selagi tidak ada nas yang mengharamkannya. Atau dalam
masalah telefon barangkali dapat kita lihat dalam bab mendengar percakapan
wanita , satu bab yang ada dalam kitab fiqh. Bercakap dan mendengar percakapan
antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram/ajnabi, dengan satu hajat atau
tujuan yang baik, adalah diharuskan di dalam Islam, selagimana ianya aman dari
fitnah, tidak menimbulkan shahwat, dan tidak melalaikan dari mengingati Allah
Ta'ala.

Di dalam Soheh Bukhari dan soheh muslim misalnya, terdapat hadis yang
menerangkan bagaimana Rasulullah mengambil bye'ah dari para muslimah dengan
percakapan. Ibnu Hajar dalam syarah Soheh Bukhari, kitab Fathul Bari
menyimpulkan dari hadis ini bahawa, mendengar percakapan perempuan itu adalah
harus, dan suara mereka bukanlah aurat. Imam Nawawi pula dalam syarah sahih
muslim menyatakan: dalam hadis ini kita dapati bahawa percakapan wanita itu
harus untuk kita mendengarnya dengan ada hajat atau tujuan, dan suara mereka
bukanlah aurat. (rujuk Mufassal, Abd karim Zaidan, jilid 3, m/s 276/277)

Antara dalil lain yang mengharuskan percakapan antara lelaki dan wanita yang
bukan mahram ialah Al-Qur'an memperbolehkan laki-laki bertanya kepada isteri-
isteri Nabi saw dari balik tabir. Allah berfirman: "Apabila kamu meminta sesuatu
(keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang
tabir ..."(al-Ahzab: 53) Permintaan atau pertanyaan dari para sahabat itu sudah
tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Mukminin. Mereka memberi fatwa
kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan meriwayatkan hadits-hadits
bagi orang yang ingin mengambil hadits mereka. Pernah ada seorang wanita
bertanya kepada Nabi saw. dihadapan kaum laki-laki. Ia tidak merasa keberatan
melakukan hal itu, dan Nabi pun tidak melarangnya.

Dan pernah ada seorang wanita yang menyangkal pendapat Umar ketika Umar
sedang berpidato di atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar tidak mengingkarinya,
bahkan ia mengakui kebenaran wanita tersebut dan mengakui kesalahannya sendiri
seraya berkata, "Semua orang (bisa) lebih mengerti daripada Umar." Di dalam Al-
Quran juga kita dapat mengikuti kisah seorang wanita muda, putri seorang syeikh
yang sudah tua (Nabi Syu'aib alaihissalam) yang bercakap dengan Musa,
sebagaimana dikisahkan dalam Al-Qur'an: "... Sesungguhnya bapakku memanggil
kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan)-mu memberi minum (ternak)
kami ..." (al-Qashash: 25)
Sebelum itu, wanita tersebut dan saudara perempuannya juga berkata kepada
Musa ketika Musa bertanya kepada mereka: "... Apakah maksudmu (dengan

http://prosacksblog.blogspot.com
Page 1
[CINTA ADALAH FITRAH] December 12, 2006

berbuat begitu)? Kedua wanita itu menjawab, 'Kami tidak dapat meminumkan
(ternak kami), sebelum penggembala- penggembala itu memulangkan (ternaknya),
sedangkan bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya." (al-Qashash:
23)

Selanjutnya, Al-Qur'an juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi


antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan
kaumnya yang laki-laki. Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita
menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannya,
sebagaimana pendapat yang terpilih. Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan
pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh Al-Qur'an diistilahkan dengan al-
khudhu bil-qaul (tunduk/lunak/ memikat dalam berbicara), sebagaimana disebutkan
dalam firman Allah: "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita
yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu melunakkan suara dalam
berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan
ucapkanlah perkataan yang baik." (al-Ahzab: 32)

Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang bias membangkitkan nafsu orang-
orang yang hatinya "berpenyakit. " Namun, dengan ini bukan bererti Allah melarang
semua pembicaraan wanita dengan setiap laki-laki. Perhatikan hujung ayat dari
surat di atas: "Dan ucapkanlah perkataan yang baik". Melalui hujah ini, maka harus
untuk seseorang bercakap melalui telefon, atau menghantar SMS, dengan hajat dan
tujuan yang baik di sisi syara' seperti yang dibawakan dalam contoh-contoh di atas
serta aman dari fitnah, syahwat dan tidak melalaikan kita dari mengingati Allah
Ta'ala. Semua ini hanya dapat ditentukan oleh diri orang yang menelefon atau
memberi sms itu sendiri, samaada percakapannya itu menimbulkan fitnah atau
tidak, melalaikan atau
tidak, maka kalau dia berdusta pada dirinya sendiri dan orang lain,maka itu antara
dia dan Allah Ta'ala.

Cinta sebagai satu fitrah


Islam menggariskan satu sistem yang syumul yang merangkumi seluruh aspek
kehidupan. Oleh kerana Allah sendiri yang mencipta kita, Dia Maha mengetahui
segala naluri dan fitrah kita. Kerana itulah Islam meraikan fitrah dan kehendak
naluri manusia, dan salah satu daripadanya adalah cinta. Dari Muhammad
Muhammad As-sharif, dari Universiti Al-Azhar dalam bukunya " Islah Al-Ummah
A'lah Huda As-Sunnah" (islah @ reformasi ummah di atas cahaya sunnah)
menyatakan bahawa telah difitrahkan yang seorang lelaki akan mempunyai
perasaan terhadap perempuan, dan begitulah sebaliknya.

Ini kerana perempuan itu dijadikan daripada rusuk lelaki, sebab itu lelaki ada
perasaan terhadap wanita yang sememangnya dijadikan daripada satu bahagian
tubuh dirinya sendiri. Kalau dilihat dari kisah kehidupan awal manusia, seperti

http://prosacksblog.blogspot.com
Page 1
[CINTA ADALAH FITRAH] December 12, 2006

diceritakan dalam kitab sirah imam Ibnu Kathir, "al-bidayah wa an-nihayah", dan
beberapa kitab lain, bahawa nabi Adam alaihissalam sendiri kesunyian ketika mula
diciptakan di dalam syurga, lalu Allah menciptakan Hawa bagi menjadi teman hidup
Adam. Tapi Allah tidak membiarkan mereka bercinta begitu saja tanpa ada ikatan,
mereka lantas diijabkabulkan. Allah Taala berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya
pada diri Rasulullah itu ada satu contoh yang amat baik untuk kamu ikuti..".
sepanjang rentetan sejarah rasul dan para sahabat, perkataan cinta itu wujud
dalam rumahtangga mereka.

Apabila seseorang jatuh cinta dengan perempuan, mahu menjadikannya sebagai


serikandi hidup, maka dibenarkan dia melihat perempuan itu mengikut batas
syara'. Terdapat hadis hadis dalam bab bolehnya melihat orang yang berkenan
untuk dibuat isteri (maknanya melihat kepada yang bukan aurat), contohnya hadis
riwayat Imam Tirmizi: daripada Mughirah bin Syu'bah, bahawa dia hendak
meminang seorang perempuan, lalu bersabda Rasulullah s.a.w: " Pergilah kamu
melihatnya, sesungguhnya ia akan memanjangkan lagi kasih sayang antara kamu
berdua nanti.. "Tafsirannya, bila jatuh hati atau berkenan pada seseorang
perempuan, tindakan seterusnya adalah mengikat ikatan samaada khitbah atau
pertunangan ataupun berkahwin. Selepas itu mereka barulah mereka bercinta
sebagai suami isteri.

Maka daripada perkara di atas, Islam menyediakan ruang untuk bercinta, iaitu
percintaan untuk perkahwinan. Maknanya di sini Islam meletakkan cinta itu sebagai
satu tanggungjawab, bukan satu permainan atau keseronokan semata mata. Jika
benar benar mencintai seorang perempuan itu, seorang lelaki hendaklah
menunaikan tanggungjawabnya, jika sudah bersedia maka ikatlah dengan ikatan
yang sah, jika belum bersedia, banyak-banyaklah berdoa pada Allah dan jangan
sekali kali melakukan perkara yang berlanggar dengan syara'yang boleh
mencemarkan kesucian cinta sebagai satu fitrah. Justeru, bersamalah kita
mengawal fitrah yang indah ini agar tidak terpesong ia menjadi fitnah, InsyaAllah.
Hanya cinta Allah yang boleh memimpin kita meniti lembah sunyi menuju
firdausi.Wallahua’ lam.

Jangan mudah melafaz kasih,kasih itu untuk siapa..


Jangan mudah melafaz sayang,sayang itu pada siapa..
Jangan mudah melafaz cinta,cinta itu pada Yang Esa,
Cintakan bunga,bungakan layu..cintakan manusia kan pergi.

http://prosacksblog.blogspot.com
Page 1