0 Refleksi pengajaran
Setelah beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali
dilakukan pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam
ayat. Perkara ini dapat dikesan dengan jelas semasa saya menyemak latihan
membina ayat yang telah dibuat oleh murid. Murid murid menghadapi masalah
untuk menulis huruf besar pada pangkal ayat dan menulis huruf besar pada huruf
pangkal kata nama khas.
Hasil beberapa perbincangan dan temubual bersama guru mata pelajaran
bahasa Melayu, beliau berpendapat bahawa murid murid tahun 4 cemerlang
sememangnya mempunyai masalah menulis huruf besar dengan betul. Justeru,
berdasarkan masalah itu telah menyedarkan saya untuk berusaha menyediakan
satu kajian bagi menangani masalah ini demi meningkatkan kemahiran murid
murid dalam menulis huruf besar. dengan betul.
2.0 Fokus kajian
Saya mendapati murid murid yang berprestasi rendah amat lemah dalam
penulisan dan sering melakukan kesalahan, khasnya ketika membina ayat Setelah
beberapa minggu mengajar, saya mendapati masalah yang kerap kali dilakukan
pelajar semasa menulis ayat ialah kesalahan menulis huruf besar dalam ayat.
Oleh itu, murid murid perlu didedahkan dengan pelan tindakan yang dapat
membantu mereka supaya lebih peka dengan menulis huruf besar setiap kali
menulis. Justeru, perlu dilaksanakan satu alternatif pengajaran dan pembelajaran
yang lain bagi memastikan murid - murid dapat menulis huruf besar di tempat yang
sesuai dan sepatutnya. Kesilapan yang dilakukan oleh murid murid boleh
diperbaiki sekiranya menggunakan strategi, kaedah dan teknik yang berkesan.
Saya mendapati tiga aspek murid murid gagal menulis huruf besar dengan
betul iaitu, menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas, pangkal ayat
dan menulis huruf besar di tengah perkataan. Hasil ujian diagnostik, saya
mendapati bahawa masalah utama yang dihadapi murid ialah tidak dapat menulis
huruf pada pangkal kata nama khas. Berdasarkan dapatan tesebut, saya telah
memfokuskan kajian saya terhadap masalah menulis huruf besar pada pangkal kata
nama khas sahaja. Untuk tujuan itu, saya telah melaksanakan satu pelan tindakan
yang drastik lagi berkesan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran tersebut.
Hasil perbincangan bersama guru mata pelajaran bahasa Melayu, didapati
punca murid murid - murid ini tidak dapat menulis huruf besar dengan betul adalah
disebabkan mereka kurang faham tentang menulis huruf besar yang betul. Mereka
kurang diberi penekanan tentang konsep menulis huruf besar dan kata nama khas.
Maka, mereka akan membuat kesimpulan bahawa menulis huruf besar ini tidak
penting ketika menulis ayat. Pemahaman tentang konsep tersebut perlu dijelaskan
oleh saya agar mereka memahami konsep kata nama khas supaya mereka dapat
membezakan kata nama khas dengan kata nama am. Selain itu, saya juga telah
memberikan nota nota sampingan untuk menambah pemahaman murid.Di
samping itu, didapati murid murid ini kurang diberi latihan yang berkaitan dengan
menulis huruf besar. Hal ini disebabkan guru kurang menekankan aspek ini dalam
menulis. Latih tubi terhadap latihan latihan secara terbimbing dan berterusan
mampu memberi pemahaman kepada murid murid tentang kepentingan menulis
huruf besar dengan betul.
Sesungguhnya, saya percaya bahawa masalah ini boleh diatasi berdasarkan
kebolehtadbiran pelaksanaan pelan tindakan yang dilaksanakan. Untuk tujuan itu,
saya telah merangka beberapa strategi, diperkukuhkan lagi dengan pemilihan
kaedah yang berkesan dan dibantu oleh kekuatan teknik dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.
Kejayaan pelan tindakan dibuktikan dengan pencapaian murid berdasarkan
pascaujian yang telah dijalankan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian tindakan ini adalah untuk:
i) Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas
ii) Menilai keberkesanan tindakan tindakan yang dijalankan bagi membantu murid
menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.
iii) Penguasaaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas.
4.0 KUMPULAN SASARAN / RESPONDEN KAJIAN
Saya telah membuat kajian ke atas murid murid tahun empat Sekolah Kebangsaan
Ismail Petra 2. Pemilihan kumpulan sasaran dikenal pasti melalui pemerhatian
mengajar di dalam kelas dan perbincangan dengan guru matapelajaran serta
disahkan melalui ujian ujian yang diberikan kepada murid murid.
5.0 Pelaksanaan tindakan
5.1 Tinjauan masalah
Dalam tinjauan masalah, saya telah membuat pemerhatian sewaktu sesi pengajaran
dan pembelajaran. Tinjauan masalah ini juga dilakukan melalui perbincangan
bersama guru mata pelajaran serta menjalankan ujian diagnostik.Hasil dari tinjauan
masalah mendapati bahawa masalah menulis huruf besar pada pangkal kata nama
khas ini memang wujud dalam kalangan murid.
5.2 Pelaksanaan tindakan
5.2.1 Strategi 1 : Penerangan Konsep Kata Nama Khas Menggunakan Perisian
Power Point.
Sesi penerangan ini telah dijalankan pada 6 April 2010. Penggunaan alat bantu
mengajar menggunakan aplikasi teknologi teknologi maklumat dan komunikasi telah
membantu murid memahami kata nama khas melalui contoh contoh bergambar
yang menarik. Saya juga mewarnakan huruf pangkal perkataan bagi setiap gambar
gambar tersebut menggunakan warna merah pada pangkal perkataan untuk
meningkatkan pemahaman murid. Selain itu, responden juga didedahkan dengan
penggunaan kata nama khas dalam ayat. Ini bertujuan bagi memastikan murid dapat
membezakan antara kata nama am dengan kata nama khas yang terdapat dalam
sesuatu ayat.
Refleksi : Didapati responden sudah dapat membezakan perbezaan kata nama
khas dan kata nama am. Walau bagaimanapun, saya mendapati responden masih
lemah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas yang melibatkan dua atau
lebih rangkai kata seperti Perdana Menteri, Cikgu Aminah dan Si Jalak. Responden
masih keliru tentang menulis huruf besar bagi setiap pangkal kata tersebut.
5.2.2 Strategi 2 : Nota Ringkas.
Pada strategi kedua, saya telah memberikan nota ringkas dalam bentuk jadual
kepada responden. Jenis jenis kata nama khas berserta contohnya telah
ditunjukkan secara ringkas dalam nota tersebut. Saya terlebih
dahulu mengulangkaji nota ini lima minit sebelum pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan.
Refleksi : Murid sudah dapat membezakan antara kata nama khas dengan kata
nama am berdasarkan nota jadual perbandingan. Walau bagaimanapun, saya
mendapati responden tidak boleh mengaplikasikannya ketika menulis ayat.
Contoh nota ringkas :
manusia Zaidi, Mei Fong,Subramaniam
binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam)
tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)
bangunan Puduraya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak
(pejabat)
judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku)
benda Proton Perdana(kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)
5.2.3 Strategi 3 : Teknik Bantu Bimbing
Teknik bantu - bimbing ialah latihan yang diberikan kepada responden dengan
pengawasan dan bimbingan daripada saya. Setiap kesalahan yang dilakukan murid
ketika menjawab soalan latihan akan diperbetul terus oleh saya agar responden
dapat mengetahui kesalahan yang mereka lakukan dan seterusnya membetulkan
jawapan tersebut. Latihan yang diberikan kepada responden terdiri daripada
berbagai bagai bentuk soalan yang memerlukan murid membetulkan kesalahan
ayat yang menggunakan huruf kecil keseluruhannya. Saya telah menjalankan
strategi ini selama empat minggu iaitu pada 28 Mac 2010 hingga 22 April 2010.
Refleksi : Pelaksanaan strategi ini mula menampakkan hasil apabila masuk minggu
kedua. Pascaujian yang dijalankan menunjukkan responden telah berjaya dengan
jayanya dalam penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada pangkal
kata nama khas.
6.0 Dapatan Kajian
Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut :
Bil Nama Murid praujian pascaujian Peningkatan
Markah
( /20)
Peratus
(%)
Markah
( /20 )
Peratus
(%)
Markah
( /20 )
Peratus
(%)
1 MUHAMMAAD
AIMAN B.
AYOB.
3 15 19 95 16 80
2 MUHAMMAD
RAFIQ AMIR B.
RAHIMIN
9 45 17 85 8 40
3 MUHD
FATHULHAKIM
B. AB RAHMAN
9 45 17 85 8 40
4 WAN
MOHAMAD
SAIFUL NIZAM
B. WAH AN
5 25 15 75 10 50
5 WAN
ZULKAHAKIM
B. ZULKIFLI
14 70 20 100 6 30
6 NUR AFIQAH
SYAZWANI BT
SAMSUDIN
15 75 20 100 5 25
7 NURFADZIELA
BT MOHD
RAMZI
15 75 19 95 4 20
8 NURUL
HASLINDA BT
ROHAIMI
7 35 18 90 11 55
9 SITI NURALISA
FATIRAH BT
ERWAN
6 30 16 80 10 50
10 NIK NOR
SHAHIRA BT
NIK AZMAN
6 30 17 85 11 55
MIN PURATA
8.9
45
17.8
89
8.9
44.5
Penilaian terhadap penguasaan murid dalam menulis kata nama khas dilakukan
melalui perbandingan antara praujian dan pascaujian. Praujian telah diadakan pada
28 Mac 2010. Ujian pos pula telah dijalankan pada 22 April 2010 . Dapatan data
praujian menunjukkan markah responden berada dalam tahap yang rendah iaitu,
kurang daripada 75 %. Walau bagaimanapun markah responden telah meningkat
dengan cemerlang pada pascaujian. Dalam pascaujian semua responden telah
menunjukkan peningkatan yang cemerlang iaitu, memperoleh markah lebih daripada
75%.
Selain itu, analisis menunjukkan min purata bagi praujian ialah sebanyak
45% manakala min purata bagi pascaujian ialah 89%. Dapatan ini telah
menunjukkan peningkatan min purata responden sebanyak 44.5 % . Dapatan
peningkatan min purata dalam ujian pascaujian telah membuktikan bahawa terdapat
peningkatan pencapaian setiap murid dalam menulis huruf besar pada pangkal kata
nama khas.
Graf perbandingan ujian pra dan ujian pos.
Berdasarkan graf di atas, jelas menunjukkan keseluruhan responden telah
mencapai peningkatan kepada tahap cemerlang pada pascaujian. Ini menunjukkan
bahawa semua responden telah berjaya dipulihkan.
7.0 Perbincangan dan Kesimpulan
Hasil analisis ini menunjukkan segala strategi dan usaha yang dilaksanakan telah
menunjukkan hasil yang membanggakan. Semua responden yang terlibat berjaya
menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas dengan
baik.
Pada pengamatan saya, kekuatan kajian ini terletak pada strategi dan
perlaksanaan tindakan yang terancang dan berkesan. Walau bagaimanapun, saya
mendapati bahawa terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki dalam
melaksanakan kajian ini, iaitu memberikan lebih banyak peneguhan kepada
responden. Peneguhan tersebut berupa hadiah untuk memberi galakan kepada
responden untuk menjawab soalan yang diberikan. Peneguhan ini juga diharapkan
dapat menghilangkan rasa bosan responden untuk mengikuti pembelajaran di
sepanjang tempoh pelaksanaan tindakan.
8.0 Cadangan kajian seterusnya
Saya berharap agar kajian tindakan ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada
para pengkaji bagi menjalankan kajian tindakan terhadap masalah yang timbul
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hasil kajian ini, saya
mendapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan
amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan
menyeronokan.
9.0 Senarai Rujukan
Abdul Kadir Bin Hj Amin. ( 1996 ). Analisis Kesilapan Bahasa dalam Pendidikan Bahasa.
Jurnal Kajian Pendidikan Guru Bilangan 2 1996 ( Februari ). Bahagian Pendidikan
Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Abdul Karim Bin Haji Jawi. ( 2003 ). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Hudiya
dalam Aspek Tanda Baca dengan Kaedah Pembelajaran Khususserta Bimbingan
Rakan Sebaya. Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2003 Anjuran Bersama MPTAR
dan JPB Sri Aman-Betong.
Encik Kaparing Tahir ( Ketua ), Encik Jaudin Kontingi, Puan Kuinah @ Erus
Sahamin. Diperoleh
April 2, 2010 dari http://ilmu.edublogs.org/
FARIDAH SERAJUL HAQ, NOOREINY MAAROF, RAJA MOHD. FAUZI RAJA
MUSA,
Masalah Penulisan Naratif di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Diperoleh
April 10, 2010
dari http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jdidik27-01.pdf.
MADIHAH BT. MUSA. Meningkatkan Kemahiran Murid-murid Tahun 1 Ibnu Sina
Dalam Membina
Ayat Mudah Dan Penggunaan Tanda Baca Yang Betul Dalam Matapelajaran
Bahasa Inggeris
Melalui Latih Tubi Tatabahasa Diperoleh Mac 30 2010 dari
http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article49.pdf
Norhadi Bin Sarponen. (2009). Masalah dalam kemahiran menulis . Diperoleh April
15, 2010
http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/bahasa-melayu/
Puan Zaridah binti Zuber. ( 2006 ) Kertas cadangan kajian tindakan Diperoleh Mac
15, 2010 dari
http://zaridahzuber.blogspot.com/2009/05/kertas-cadangan-kajian-
tindakan.html