Anda di halaman 1dari 11

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDIDIKAN SENI VISUAL


TINGKATAN 3

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
2

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,
mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.



OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk:

1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual
3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan
dalam kehidupan dan kerjaya
4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang
berkualiti
5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual
6. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain
7. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia
dan antarabangsa
8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya
9. menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitarannya dan kaitan dengan keselesaan hidup
10. membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
3
BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mengenali dan mengetahui unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka.
2 Mengetahui dan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan dalam Asas Seni Reka melalui pengamatan
dan pemerhatian terhadap sumber alam,benda buatan manusia dan hasil seni visual.
3 Mengetahui, memahami danmeneroka Asas Seni Reka menerusipenerokaan pelbagai media dan teknik dalam
penghasilan Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional.
4 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasikan Asas Seni
Reka melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betulserta dapat menerangkan tentang hasil
kerja sendiri, di samping mengamalkan nilai baik.
5 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisional dengan mengaplikasi Asas Seni Reka
melalui penggunaan mediayang sesuai dan teknik yang betul, mematuhi prosedur serta dapat membuat
apresiasi terhadap hasil kerja sendiri dengan menggunakan istilah seni visual di samping mengamalkan nilai
baik
6 Menghasilkan karya Seni Halus, Komunikasi Visual dan Kraf Tradisonal dengan mengaplikasikan Asas Seni
Reka dan mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan
kreatif, serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkansumber alam,
warisan seni visual tanah air dan luar negara, di samping mengamalkan nilai baik.







PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
4

TAJUK


BAND

DESKRIPTOR


SENI HALUS
LUKISAN
CATAN
ARCA
CETAKAN


1

Menerangkan hubung kait sejarah dengan idea, penggunaan peralatan, bahan serta
proses penghasilan karya seni halus secara mendalam dengan baik


2

Membanding beza hasil seni zaman dahulu dan sekarang berdasarkan idea, alat,
bahan dan proses penghasilan dengan baik.



3

Menghasilkan lakaran idea asas karya seni halus dengan mengaplikasikan asas seni
reka melalui ekperimentasi dan penerokaan menggunakan pelbagai media dan
teknik dengan baik, dan betul.



4

Menterjemah hasil daripada ekperimentasi dan penerokaan untuk mencipta lakaran
idea serta menghasilkan karya dengan mengaplikasikan asas seni reka, imaginasi,
olahan media, teknik, proses dan prosedur yang baik dan betul dan tepat



5

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif hasil daripada
eksperimentasi dan penerokaan dengan baik.

Menghasilkan karya seni halus yang kemas, menarik dan kreatif dengan
mengaplikasikan asas seni reka dengan cemerlang, daya imaginasi sendiri,

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
5
baik dan relevan serta boleh mewujudkan komunikasi kesan visual dan mesej
dengan cemerlang
Menggunakan pelbagai jenis media, teknik, proses serta prosedur yang betul
dan tepat sewaktu menghasilkan karya.

Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan
menggunakan bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang
terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.

6

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif hasil daripada
eksperimentasi dan penerokaan dengan cemerlang dan tekal.

Menghasilkan karya seni halus yang cemerlang dan kreatif dengan
mengaplikasikan asas seni reka, daya imaginasi sendiri, kreatif dan unik serta
boleh mewujudkan komunikasi kesan visual dan mesej betul dan tepat.

Menggunakan pelbagai media, jenis teknik, proses serta prosedur yang betul
dan tepat sewaktu menghasilkan karya.

Menafsir dan menilai hasil kerja sendiri dan rakan secara lisan dengan
menggunakan bahasa seni dengan betul dan fasih serta mengamalkan nilai
kendiri yang terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada
rakan.


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
6


KOMUNIKASI VISUAL


1



Memahami jenis dan ciri bidang komunikasi visual serta mengetahui penggunaan
peralatan, bahan serta proses penghasilan reka bentuk.



2


Memahami prinsip rekabentuk illustrasi, risalah dan pembungkusan dan proses
penghasilan dengan baik



3



Menghasilkan lakaran idea risalah atau pembungkusan dengan mengaplikasikan
asas seni reka melalui ekperimentasi serta penerokaan idea dengan menggunakan
pelbagai media dan teknik dengan baik dan betul



4

Menterjemah hasil daripada ekperimentasi dan penerokaan idea untuk mencipta
reka bentuk risalah atau pembungkusan dengan memberi penekanan kepada
tipografi dan reka letak yang betul serta penggunaan media, teknik dan prosedur
yang betul dan tepat.


5

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif hasil daripada
eksperimentasi dan penerokaan dengan baik.

mencipta reka bentuk risalah atau pembungkusan secara kreatif dengan
memberi penekanan kepada tipografi, reka letak dan gubahan warna yang

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
7
betul dan tepat dengan menggunakan media, teknik dan prosedur yang betul
dan tepat

Mencipta reka bentuk risalah atau pembungkusan dengan mengaplikasikan
asas seni reka dengan cemerlang, daya imaginasi sendiri, baik dan relevan
serta boleh mewujudkan komunikasi kesan visual dan mesej dengan baik.

Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan
menggunakan bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang
terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.




6

Menganalisis dan menterjemahkan idea secara kreatif hasil daripada
eksperimentasi dan penerokaan dengan cemerlang dan tekal.

mencipta reka bentuk risalah atau pembungkusan secara kreatif dan unik
dengan memberi penekanan kepada tipografi, reka letak dan gubahan warna
yang betul dan tepat dengan menggunakan pelbagai media, teknik dan
prosedur yang betul dan tepat

Menafsir dan menilai hasil kerja sendiri dan rakan secara lisan dengan
menggunakan bahasa seni dengan betul dan fasih serta mengamalkan nilai
kendiri yang terpuji yang tekal dan menjadi pembimbing dan contoh yang baik
kepada rakan.



PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
8

KRAF TRADISIONAL


1



Mengetahui sejarah , alat, bahan, teknik dan proses batik dan tenunan secara asas




2


Memahami alatan,bahan dan teknik serta proses batik dan tenunan dengan baik



3


Menghasilkan batik atau tenunan secara peniruan dengan mengaplikasikan asas
seni, penggunakan alat,bahan, teknik serta proses yang betul


4


Mencipta batik atau tenunan melalui penerokaan idea sendiri dengan
memberi penekanan kepada bentuk dan ragam hias dengan baik

Menggunakan alat, bahan, teknik, proses dan prosedur yang betul dalam
penghasilan kraf tradisional.




5


Mencipta batik atau tenunan melalui penerokaan idea sendiri dengan
memberi penekanan kepada bentuk dan ragam hias dengan kreatif.

Menggunakan alat, bahan, teknik, proses dan prosedur yang betul dan tepat
dalam penghasilan kraf tradisional.

PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
9



Menafsir dan menilai hasil kerja seni sendiri secara lisan dengan
menggunakan bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang
terpuji dan menjadi pembimbing serta contoh yang baik kepada rakan.


6


Mencipta batik atau tenunan melalui penerokaan idea sendiri dengan
memberi penekanan kepada bentuk dan ragam hias dengan kreatif dan
cemerlang.

Menggunakan alat, bahan, teknik, proses dan prosedur yang betul dan tepat
dalam penghasilan kraf tradisional.


Menafsir dan menilai hasil kerja sendiri dan rakan secara lisan dengan
menggunakan bahasa seni dengan betul serta mengamalkan nilai kendiri yang
terpuji dan menjadi pembimbing seta contoh yang baik kepada rakan


PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
10




PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
11