Petua Hilangkan Kelemumur

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

Petua Hilangkan Kelemumur

Petua 1:
Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh
kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang
sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat
serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.
Petua 2:
Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini
dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia
selepas anda bersyampu. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda
akan sentiasa berbau harum.
Petua 3:
Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan
kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran
itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas
dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan
hilang dan rambut akan kembali hilang.
Petua 4:
Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam
mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut.
Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.
Petua 5:
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat. Campurkan
dengan dua gelas air. Selepas itu, ditapis lalu usaplah air tadi ke kepala anda
yang ada kelemumur. Lalu bilas dengan air biasa.
Petua 6:
Ambil segenggam jerami padi dan dibakar hangus dicampurkan dengan
semangkuk santan cair dan jus limau nipis dari sebiji limau nipis.Campur
kesemua bahan ini dan sapukan rata-rata di kepala anda. Bungkus rambut
dengan tuala kira-kira 30 minit. Kemudian cucilah rambut seperti biasa
dengan syampu.
Untuk kelemumur yang agak serius, lakukan dua kali seminggu selama 2
minggu. Kemudian sebulan sekali.
Petua 7 :
Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian
tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan
syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa
hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
Petua 8 :
Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk
sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan
pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Lakukan dua kali seminggu.
Petua 9:
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga
hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan
seminggu dua (2) kali sebelum mandi. Selamat mencuba.

Anda mungkin juga menyukai