Anda di halaman 1dari 2

Permainan tradisional merupakan permainan yang diamalkan oleh masyarakat sesebuah negara itu

sejak turun-temurun. Biasanya permainan ini terhasil daripada corak kehidupan dan kebudayaan
sesebuah masyarakat itu yang dijelmakan dalam bentuk permainan pula. Dalam masa yang sama
permainan tradisional ini turut memaparkan pelbagai impak positif yang cuba diterapkan dalam jiwa
ahlinya secara tidak langsung. Jadi, ada banyak fungsi yang berupaya dimainkan oleh permainan
tradisional itu tanpa kita sedari.
Permainan tradisional dimainkan secara berkelompok atau beramai-ramai yang menyaksikan semua
pihak berinteraksi antara satu sama lain. Hubungan kejiranan mampu dijalin menerusi pembabitan
semua ahli dalam sebarang acara yang melibatkan permainan tradisional ini. Konsep permainan
tradisional yang menekankan aspek kerjasama menyebabkan semua ahli masyarakat mudah
memahaminya lalu dijelmakan pula dan bentuk kehidupan berjiran yang lebih mapan sifatnya. Oleh
itu, permainan tradisional ini berupaya mengeratkan hubungan sesama anggota masyarakat di
sesebuah kawasan kejiranan itu.
Biasanya permainan tradisional turut melibatkan suasana yang ceria dan menghiburkan kerana
permainan ini boleh dimainkan di kawasan terbuka dan tertutup. Penekanan yang ketara terhadap
aspek keceriaan menyebabkan semua yang terlibat dalam sesuatu permainan tradisional akan
berasa gembira setiap kali selesai melakukannya. Perasaan gembira amat penting dalam kehidupan
manusia supaya mereka mampu untuk melakukan pelbagai peranan lain pula dengan lebih
berkesan. Sesungguhnya, permainan tradisional mampu menjadikan kehidupan seseorang itu lebih
menarik dan gembira jika dilakukan dengan kerap.
Satu kelebihan ketara permainan tradisional ialah permainan ini mampu meningkatkan minda
seseorang. Ada banyak permainan tradisional yang memerlukan kemahiran minda yang tinggi
seperti dam, congkak dan sebagainya. Kemahiran minda yang tinggi penting untuk memastikan
seseorang itu berupaya untuk menandingi lawannya dalam sesuatu permainan tradisional pula.
Kekerapan bermain permainan tradisional mengasah bakat seseorang bukan sahaja dalam
berkemahiran berfikir tetapi juga dalam bidang lain juga. Oleh itu, permainan tradisional mampu
mengasah minda individu menjadi lebih tajam dan pantas dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Akhir sekali permainan tradisional berupaya meningkatkan kebudayaan sesebuah masyarakat itu
kerana permainan tradisional sebahagian daripada kebudayaan sesuatu bangsa itu. Usaha untuk
terus memainkan permainan tradisional menjadi bukti betapa kebudayaan sesebuah masyarakat itu
masih dipandang tinggi dan dihargai sejak turun-temurun lagi. Permainan tradisional memastikan
kebudayaan yang unik itu tidak akan pupus ditelan zaman terutama dengan kemunculan
permainan-permainan era moden yang banyak menggunakan komputer. Hakikatnya, permainan
tradisional menjadi satu cara untuk mengekalkan kebudayaan sesebuah masyarakat itu.
Kesimpulannya, permainan tradisional merupakan satu aspek kebudayaan yang harus
diperjuangkan dan dikekalkan dalam dunia ini. Permainan ini walaupun mula dipinggirkan oleh
generasi muda amat penting dikekalkan demi keseinambungan masyarakat itu. Kita harus sedar
permainan tradisional yang dicetuskan oleh generasi lalu merupakan lambang kehidupan
masyarakat yang sudah diamalkan sejak dahulu. Maka, kehilangan permainan tradisional boleh
mengundang kepupusan kebudayaan masyarakat pula.
PELAJAR PERLU FIKIR
USAHA BAGI MENGHIDUP DAN MENGEKALKAN
Menjadikan permainan ini satu pertandingan peringkat nasional, negeri, daerah, sekolah
Berusaha menanam minat dalam kalangan golongan muda
Mewujudkan lebih banyak kawasan untuk kemudahan permainan ini
Menonjolkan permainan ini kepada negara luar atau pelancong asing

Anda mungkin juga menyukai