Anda di halaman 1dari 2

Nama lengkap al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.

Selain itu beliau


dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff adalah seorang ahli
matematika, astronomi, astrologi, dan geografi yang berasal dari Persia. Al-Khawarizmi telah
dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi,
al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliaulah yang menemukan Al Jabru wal
Mukobala. (penjabaran dan penyelesaian). Di nama latinkan menjadi Aljabar.

Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-
Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan
al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau
di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di
Baghdad.

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat
awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut
mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqah, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih
menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu
tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas
al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang
perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru
Pertama).
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb ("Kanun")
telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa
Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku
itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan
sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-
19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul al-Adwiyat al-Qalbiyyah ("The
Remedies of the Heart") yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah
menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya.
Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja, tetapi turut
merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu
bahasa), syair, prosa, dan agama. Ini dapat diperhatikan dalam sebuah lagi kitab agung beliau
berjudul Kitab al-Syifa (Bahasa Arab: ) yang memuatkan penulisan berkaitan sains
dan falsafah.

Sir Isaac Newton (4 Januari 1642 - 31 Mac 1727) merupakan ahli fizik Inggeris terkenal yang
menulis buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica yang diterbitkan pada 5 Julai 1687.
Dalam buku tersebut, Newton menerangkan daya tarikan graviti alam dengan hukum-hukum
gerakan Newton dan ini telah menjadi asas kepada mekanik klasik. Beliau juga pengasas
kalkulus pembezaan.
Newton dilahirkan di Woolsthorpe-by-Colsterworth, hamlet di kauunti Lincolnshire. Bapanya
meninggal tiga bulan sebelum kelahiran Newton, dan dua tahun kemudian ibunya berkahwin
dengan lelaki lain dan meninggalkan Newton dengan neneknya. Newton merupakan kanak-
kanak pintar. Ramai orang telah mendengar cerita tentang Newton yang sedang duduk di kebun
dan melihat sebiji epal luruh.
Beliau sedar bahawa, seperti juga daya graviti menarik buah epal ke bumi, graviti memastikan
bulan sentiasa berada dalam orbitnya. Hal ini boleh dibandingkan seperti seutas tali yang terikat
ke seketul batu yang diputarkan di sekeliling kepala, jika tali putus batu akan tercampak jauh.
Tanpa graviti, bulan akan melayang ke angkasa lepas. Newton cuba mencipta teleskop untuk
mengkaji bintang, tetapi mendapati bahawa jika beliau menggunakan kanta, imej yang terang
mempunyai tepi bewarna.
Semasa mencari sebab mengapa hal ini berlaku, beliau telah berjaya mencipta teleskop cermin.
Teleskop ini tidak menimbulkan tepi bewarna dan banyak daripada teleskop masa kini adalah
berdasarkan rekaan Isaac Newton.


Albert Einstein (14 Mac 1879 18 April, 1955) adalah seorang ahli fizik teori berbangsa
Jerman yang telah dipandang sebagaiahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau
mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada
perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan
dengan Hadiah Nobeldalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan
fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik Teori".
Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai kemashyuran di
seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan kecerdasan.

Pythagoras (kira-kira 580 SM500 SM, Greek: ) merupakan seorang
ahli matematik dan falsafah dari Greece. Beliau paling terkenal untuk Teorem Pythagoras, dan
merupakan pengasas falsafah Pythagoreanism, yang menyatakan bahawa semua berkait
dengan matematik, dan boleh diramal atau diukur dalam sebuah corak atau ulangan. Beliau juga
dikenal sebagai Bapa Nombor. Banyak tidak diketahui mengenai ajaran-ajaran beliau kerana
banyak legenda dan dongeng mengelilingi hidup beliau, tetapi didapati beliau amat berpengaruh
dalam bidang falsafah pada abad ke-enam SM.

Anda mungkin juga menyukai