Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
menyebabkan pencemaran terhadap alam. Oleh sebab itu, orang ramai dapatmelindungi alam
kita supaya tidak tercemar dengan merujuk kepada nilai-nilai murni di bawah.Masyarakat
perlu ada
nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar,
iaitu sikap
memelihara alam sekeliling
supaya dapat mengelakkan ancaman kepupusan flora dan fauna.Sebagai contoh, masyarakat
tidak melakukan aktiviti-aktiviti seperti pembakaran terbuka dan penebangan hutan dan
sebaliknya, berganding bahu memelihara flora dan fauna di sekelilingnya.Selain itu, nilai ini
membolehkan masyarakat untuk mendidik diri masing-masing bagaimanacaranya untuk
memulihara alam sekeliling
. Sebagai contoh, masyarakat telah mengalakkankerajaan untuk menanam semula pokok-
pokok yang telah ditebang dan juga mewujudkan ladanghutan supaya dapat mengekalkan
kewujudan species flora tersebut.
Nilai
peka terhadap isu-isu alam sekitar
juga adalah satu nilai yang perlu ditanam dalamkalangan masyarakat, iaitu sikap yang
prihatin terhadap persoalan alam sekeliling
agar dapatmenghargai dan menyedari kepentingan alam sekitar yang bersih. Sebagai contoh,
masyarakatsentiasa memastikan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan
sertakesejahteraan mereka. Di samping itu, nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar
membolehkanmasyarakat untuk
berusaha menyelesaikan
sebarang konflik flora dan fauna yang sedangdihadapinya supaya dapat mengekalkan
keunikan alam sekitar. Seperti contohnya, masyarakatsering bekerjasama mencari
penyelesaian untuk menangani masalah seperti pembakaran terbukadi kawasan mereka agar
keselamatan dan juga keselesaan hidup dapat dijamin pada masa yangakan datang.Masyarakat
juga haruslah mempunyai
nilai keharmonian antara manusia dengan alamsekitar
, iaitu sikap
saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alamsekeliling
agar dapat menjamin alam sekitar yang sentiasa terjaga dan terpelihara. Sebagaicontoh,
masyarakat sering mengguna semula atau mengitar semula supaya dapat
mengurangkan permintaan bahan mentah untuk diproses dan akhirnya, menjimatkan masa
serta tenaga. Selainitu, nilai ini dapat mewujudkan
kualiti kehidupan terpelihara
agar insan-insan pada masadepan boleh menikmati keindahan serta keunikan yang telah
dijaga dengan teliti. Contohnya,masyarakat memelihara kualiti kehidupan dengan menanam
pokok serta tidak membuangsampah merata-rata dan juga tidak melakukan sebarang aktiviti
yang boleh mencemarkan udara.
"KAJIAN FLORA DAN FAUNA"
Definisi Istilah Kajian Flora Dan Fauna
Flora bermaksud tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada satu-satu daerah atau pada
suatu masa manakala fauna pula bermaksud seluruh binatang yang hidup di suatu
tempat. Kepupusan pula menurut Kamus Bahasa Melayu ialah habis lenyap.
Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa
semuanya, punah. Dalam botani, flora mempunyai dua maksud:
Kepentingan Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Alam Sekitar Mengikut Unesco
1976
Menurut Ford (1981), Pendidikan Konservasi merupakan satu usaha yang dilakukan
secara berterusan supaya masyarakat memiliki kesedaran terhadap konservasi
mengenai alam sekitarnya dan segala permasalahannya yang memiliki
pengetahuan, sikap, keahlian, motivasi dan komitmen dalam menangani masalah
konservasi ini. Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu
dilaksanakan dan harus dititikberatkan kerana alam sekitar memainkan peranan
yang penting dalam kehidupan manusia. Persekitaran alam sekitar sangat berkait
rapat dengan manusia untuk menjalani kehidupan seharian. Segala pencemaran
yang telah berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara dan bunyi
dapat memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan
juga manusia itu sendiri. Oleh itu, UNESCO 1976 telah menggariskan enam objektif
utama Pendidikan Konservasi iaitu kesedaran, pengetahuan, sikap, kemahiran
membantu, kebolehan menilai, dan kerjasama yang terjalin.
Seperti yang termaktub dalam objektif UNESCO 1976, kesedaran terhadap alam
sekitar merupakan objektif yang pertama Pendidikan Konservasi. Masyarakat
haruslah mempunyai kesedaran untuk menjaga alam sekitar. Memelihara alam
sekitar tidak hanya ditujukan oleh pekerja yang menjaga alam sekitar seperti Alam
Flora tetapi ia harus ditujukan kepada semua golongan tidak mengira pangkat dan
peringkat umur. Semua orang perlu melibatkan diri kerana kita semua adalah
penghuni bumi maka dengan itu bersama-samalah kita menjaga bumi ini dengan
sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang masih kecil juga, mereka
perlu disemai mengenai perasaan untuk menyayangi alam sekitar dan harus
memberi didikan cara untuk menjaga alam sekitar dengan cara yang berhemah. Bak
kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika perkara sebegini tidak
disemai dari usia yang masih kecil, impaknya ke arah negatif dapat dilihat. Sebagai
contoh, kanak-kanak jika tidak diajar dengan cara betul, mereka akan membuang
bungkusan plastik makanan ringan di merata-rata tempat walaupun tong sampah
sudah disediakan. Jika masyarakat menggangap masalah ini remeh dan hanya
membiarkan perkara ini berlalu, masalah yang lebih serius akan mulai berlaku.
Contohnya, masalah green house effect, penipisan lapaisan ozon dan kenaikan
purata suhu merupakan isu-isu yang patut kita mengambil perhatian dengan
tindakan yang sewajarnya.
Selain itu, pengetahuan terhadap alam sekitar merupakan objektif yang kedua dalam
Pendidikan Konservasi mengikut UNESCO 1976. Hal ini kerana untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat, sememangnya pengetahuan amat penting. Melalui
pengetahuan, barulah kita boleh menyedarkan masyarakat betapa pentingnya alam
sekitar dalam kehidupan seharian. Melalui pengetahuan juga, kita dapat memberi
pemahaman yang lebih mendalam terhadap alam sekitar, serta mampu menangani
masalah yang timbul dan mempunyai rasa tanggungjawab sebagai makhluk yang
bergantung kepada ciptaan-Nya. Melalui kaedah ini, kita akan dapat memberi
peluang dan kesempatan kepada orang ramai untuk memberi kesedaran di samping
menambahkan ilmu pengetahuan, dan memberi komitmen untuk berganding bahu
dalam melakukan usaha konservasi alam semula jadi. Sebagai makhluk yang tinggal
di muka bumi ini juga, kita seharusnya mempunyai tanggungjawab untuk
mengekalkan keindahan bumi ini dengan sempurna demi menjaga kepentingan
untuk meneruskan kehidupan bersama-sama masyarakat serta kehidupan yang lain
dalam keadaan yang harmoni dan amai-damai.
Seterusnya, selepas pengetahuan diberikan kepada masyarakat mengenai
masalah alam sekitar, barulah perubahan sikap boleh berlaku. Perubahan sikap
boleh membentuk nilai-nilai estetika dan bermotivasi untuk memanfaatkan alam
sekitar secara lestari. Lestari merujuk kepada kebijaksanaan dan kepandaian, maka
lestari yang dimaksudkan ini ialah kebijaksanaan mengurus alam sekitar. Berlainan
pula dengan pembangunan lestari yang membawa maksud kepandaian membina
bangunan tanpa mengabaikan kepentingan alam sekitar yang seiring dengan zaman
teknologi terkini. Dengan kata lain, pembangunan yang dijalankan haruslah dalam
keadaan yang sistematik dan tidak menjejaskan alam sekitar. Malah, diingatkan juga
bahawa pencemaran yang belaku sekarang adalah hasil-hasil tangan manusia yang
tidak bertanggungjawab dan yang ingin meraut keuntungan semata-mata tanpa
berfikir dengan panjang mengenai kesan tindakan tersebut. Oleh yang demikian,
sikap dan nilai-nilai murni terhadap alam sekitar haruslah dipupuk dan ditanam dalam
sanubari kanak-kanak ataupun para pelajar sejak mereka kecil lagi dan bertindak
secara proaktif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
Tambahan lagi, salah satu daripada objektif yang termaktub dalam UNESCO 1976
ialah kemahiran membantu. Pendidikan Konservasi ini akan melahirkan masyarakat
yang mempunyai kemahiran untuk membantu memelihara alam semula jadi dengan
cara yang kreatif, unik serta selamat penggunaannya dan boleh menyelesaikan
masalah alam sekitar yang dihadapi dengan cara yang bijak. Amalan bantu-
membantu ini mempunyai pelbagai faedahnya kerana ia dapat menguji sejauh mana
tindakan kita jika dikelompokkan di dalam satu kumpulan yang besar di mana
dipenuhi dengan pelbagai lapisan masyarakat yang berbilangsa dan kaum.
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar tidak akan hanya berjaya jika ia
ditangani oleh sebelah pihak sahaja. Sebagai contoh, pertandingan tarik tali
memerlukan komitmen yang padu daripada ahli pasukannya kerana jika sebahagian
daripada ahli pasukannya tidak membantu antara satu sama lain maka kegagalan
adalah jawapannya. Apatah lagi, bagi mereka yang memimpin sesuatu aktiviti kerana
aktiviti itu tidak dapat berjalan dengan lancar jika anak buahnya tidak berusaha untuk
mewujudkan ikatan yang padu dan masing-masing dengan kerenahnya yang
tersendiri. Oleh itu, kita harus saling bantu-membantu supaya mudah mewujudkan
perfahaman.
Pendidikan Konservasi yang kelima ialah kebolehan menilai. Pendidikan Konservasi
akan membantu seseorang individu dan masyarakat supaya dapat menilai dan
mengambil kira faktor persekitaran dalam semua aspek tindakan. Melalui
pengetahuan yang ada, seseorang individu mampu menilai sesuatu yang dapat
memberikan hasil yang positif dan juga hasil yang negatif. Contohnya, tabiat
membuang sampah merata-rata merupakan masalah yang sukar ditangani kerana
sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Individu haruslah peka dan
memahami keadaan ini mengenai kesan daripada melakukan tindakan tersebut.
Mereka harus memahami bahawa daripada tindakannya itu, kesan yang seterusnya
boleh berlaku seperti dapat mencemarkan pemandangan. Jika hal ini berterusan
berlaku di negara kita, kegiatan perlancongan ke negara kita boleh terjejas.
Pelancong sudah semestinya tidak mahu melawat negara yang dipenuhi sampah
sarap yang terbiar di sana sini, malah sudah tentu sampah sarap yang berlonggok itu
mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Tuntasnya, setiap pihak mestilah
sedar dan berfikir dengan teliti sebelum melakukan perkara yang tidak
bertanggungjawab ini.
Pendidikan Konservatif yang terakhir ialah kerjasama. Pendidikan Konservasi
mampu melahirkan masyarakat yang sentiasa bekerjasama dan sentiasa
bertanggungjawab dalam menghadapi isu dan krisis yang berkaitan alam sekitar.
Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi
juga hubungan dengan alam di persekitarannya. Kesejahteraan yang dinikmati oleh
manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia
dengan alam tabii di sekitarnya. Manusia adalah khalifah Allah SWT yang diturunkan
ke dunia ini sebagai pentadbir dan pengurus yang bertanggungjawab ke atas
pembangunan di dunia ini.