Anda di halaman 1dari 11

TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA

(TITAS)
DR SUHAILA ABDULLAH
Pensyarah di Bahagian Falsafah dan Tamadun
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
USM, Pulau Pinang

Nota Ringkas ini disediakan atas permintaan pelajar dan sekadar untuk membantu pelajar
memahami kursus ini.
Sebenarnya, pelajar perlu menyediakan nota ringkasnya sendiri, ok..
Saya jug amat menyarankan agar para pelajar sekalian membaca buku-buku TITAS untuk
keterangan dan ulasan yang lebih mendalam.
PENGERTIAN DAN TAKRIF TAMADUN
madanna :
Memperelok budi pekerti
Membuka, bina bandar
Madani ;
sifat sopan dan halus
pencapaian material yang tinggi
Civilisation
civitas: bandar atau kota
Bandar tanda ketamadunan
TAKRIF TAMADUN IBN KHALDUN, ALBERT SCHWEITZER, DAN E.L FARMER
Takrif Ibn Khaldun :
kehidupan beradab, berbudi bahasa, halus, maju, makmur
Takrif Albert Schweitzer :
kemajuan manusia yang membawa kesempurnaan
Takrif E.L Farmer :
unit budaya besar, mengandungi norma sosial, tradisi, institusi diwarisi
CIRI-CIRI UTAMA TAMADUN
Penempatan kekal
Sistem pertanian
Pengeluaran makanan
Sistem organisasi dan institusi sosial
Politik dan Pentadbiran
Ekonomi
Pendidikan

HUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMA
Agama bentuk pandangan semesta
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA
Budaya tinggi tanda kehidupan bertamadun
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BANGSA
Bangsa - tujuan beri identiti pada sesebuah kelompok.
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN
FAKTOR GEOGRAFI
- kedudukan strategik
FAKTOR AGAMA
-hayati kehidupan beragama
FAKTOR POLITIK-
Politik yang stabil
FAKTOR EKONOMI
- aktiviti ekonomi :penempatan, pertanian, penternakan, perdagangan dll.
FAKTOR SOSIAL
- Perkembangan ilmu
- kecemerlangan kehidupan manusia
KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN
i Keruntuhan nilai agama dan moral
ii Penindasan
iii Sikap tertutup
iv Malapetaka
INTERAKSI ANTARA TAMADUN
perkongsian nilai, pemikiran
toleransi, menghormati
kaedah interaksi;
kehidupan bersama
berjiran
penyebaran agama
perdagangan
penjelajahan dan penerokaan
dll
HASIL INTERAKSI ANTARA TAMADUN
Asimilasi
Akulturasi
Akomodasi
Amalgamasi
Terjadi konflik
INTERAKSI POSITIF ANTARA TAMADUN
TAMADUN ISLAM
Pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.
Baginda s.a.w memberi perlindungan dan hak kepada penganut Yahudi dan Kristian
Zaman Abasiyyah dan Kerajaan Islam Andalusia
- intelektual Yahudi dan Kristian diberi peluang menyumbang
INTERAKSI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN CINA
Hubungan perdagangan
Perkahwinan
Penyebaran agama Islam
Sains teknologi
I
NTERAKSI TAMADUN CHINA dan INDIA
Penyebaran agama Buddha
Permindahan teknologi
Perkembangan ilmu
Kepentingan Dialog Antara Tamadun
Perkongsian nilai sejagat
Hubungan baik & kerjasama
Hormati perbezaan
menghormati, toleransi.
PENILAIAN TERHADAP TAMADUN
UNSUR PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN
ETIKA / NILAI
KELUARGA
- pertalian persaudaraan dan nilai-nilai murni
MASYARAKAT
- mengekalkan perpaduan
ALAM SEKITAR
- Pelihara alam sekitar
KERAJAAN
- Peranan pemimpin
PENDIDIKAN
matlamat utama bekalkan ilmu
KESIHATAN
- keperluan asas manusia
Kepentingan Ilmu Ketamadunan
Pemahaman tentang tamadun manusia
prinsip, nilai dan amalan
Bebas prasangka
**
TAMADUN CINA
Disediakan oleh: Dr Aila
PANDANGAN SEMESTA, PEMIKIRAN CINA, DAN NILAI-NILAI PENTING.
Individu Dalam Masyarakat
Individu unit asas yang membentuk masyarakat.
Pertubuhan sosial iaitu institusi keluarga diiktiraf.
Nilai Kekeluargaan
Konfusianisme amat mementingkan institusi perkahwinan
He (keharmonian) dianggap penting dalam keluarga.
jian (jimat cermat) dan qin (ketekunan).
Sistem Organisasi & Institusi Sosial
Negara China mengamalkan pemerintahan beraja. Raja menduduki tangga teratas dalam susun
lapis masyarakat Cina.
Raja/ Maharaja dianggap sebagai wakil tuhan
Sistem Masyarakat
i. Golongan cerdik pandai;
ii. Golongan petani;
iii. Golongan tukang; dan
iv. Golongan peniaga.
Konsep Ren
Ren adalah konsep asas dalam sistem etika masyarakat Cina.
Naluri untuk sentiasa membuat kebaikan dan kebajikan.
Meninggikan martabat manusia.
Membezakan antara manusia dan haiwan
Kata Konfusius: Jangan lakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka orang lain lakukan kepada
anda
Asas kepada konsep ren adalah konsep zhong (ketaatan), konsep shu (kemaafan),
konsep xiao(ketaatan/ berbakti)
dan konsep di (hormat)
Kata Konfusius: Apa yang ingin kita lakukan untuk diri kita, kita lakukan juga untuk orang lain.
Apa yang ingin kita sempurnakan untuk diri kita, maka sempurnakanlah juga untuk orang lain.
Ren adalah sifat utama bagi martabat kehidupan manusia yang merangkumi perasaan kemanusiaan
terhadap orang lain
dan memelihara harga diri sendiri.
Ren sering diterjemahkan sebagai kebajikan atau kebaikan manusia.
Ren juga merujuk kepada hubungan baik antara satu sama lain.
Ren boleh juga dikatakan sebagai memenuhi kewajipan seseorang kepada keluarga dan
masyarakatnya.
Dalam hal ini, Konfusius pernah berkata:
Jangan lakukan untuk orang lain apa yang anda tidak ingin mereka lakukan untuk anda.
Ren- paling sering dikaitkan dengan Confucius
Ini adalah kepercayaan umum bahawa Confucius adalah individu yang pertama memperkenalkan
konsep ren.
Walau bagaimanapun, sebelum masa Konfusius lagi, istilah ren sudah ada tetapi jarang digunakan.
Siapa secara tepatnya mengungkapkan konsep ren ini tidak diketahui.
Akan tetapi, pemahaman popular dan penggunaan ren yang kita kenal sekarang lebih dikaitkan
dengan Confucius.
Confucius menggunakan konsep ren ini untuk menggambarkan atau memaksudkan kebajikan
lengkap,
seperti yang terkandung nilai-nilai sejumlah kewajipan moral yang diikuti masyarakat Cina pada
masa Konfusius dan seterusnya digunapakai hingga kini.
Oleh sebab itu, ren biasanya diterjemahkan sebagai kebajikan atau kemanusiaan
Dengan kata lain, cinta antara sesama manusia dan interaksi yang baik adalah sumber
kemanusiaan, yang bersumberkan dari dalam diri manusia itu sendiri.
Berperilaku mulia melayakkan seorang individu itu menjadi manusia teladan, yang memelihara dan
menjaga hubungan baik antara dirinya dan keluarga dan semua yang berada di sekelilingnya.
J unzi
Junzi (Chun Tzu) ialah personaliti yang ideal dalam Konfusianisme.
Junzi merujuk kepada seorang budiman.
Junzi mempunyai beberapa peranan antaranya: mempelajari ilmu, memperbaiki diri dan mentadbir
manusia.
Bersikap amanah dan bersedia memikul tanggungjawab yang diberikan dan melaksanakan tugas
dengan baik.
Junzi (Chun-tzu) dalam kata lain, dapat ditakrifkan sebagai manusia ideal, lelaki superior, orang
budiman dalam erti yang paling ketara.
Di antara sifat seorang Junzi ialah: (1) kebaikan, (2) kejujuran, (3) kesopanan, (4) kebijaksanaan,
dan (5) ketulusan.
iii. Konsep Lima Hubungan
i. Antara suami dan isteri;
ii. Antara bapa dan anak;
iii. Antara adik beradik;
iv. Antara pemerintah serta rakyat; dan
v. Antara kawan serta sahabat.


Konsep lima hubungan ini amat berkait rapat dengan konsep ren yang dinyatakan melalui ibubapa
lima hubungan pemerintah dan rakyat, bapa dan anak, hubungan antara adik beradik, suami dan
isteri, dan kawan dan teman.
Dari kesemua hubungan tersebut, sifat berbakti biasanya ditekankan.
Pemerintah, sebagai contohnya merupakan contoh moral bagi seluruh rakyat di sesebuah negara.
Dengan itu, boleh dikatakan bahawa kewajipan untuk menjadi baik terletak pada semua individu.


Konsep Lima Hubungan ini memberi petunjuk dan cara berkaitan hal-hal yang harus dilakukan
dalam kehidupan sosial.

3 dari 5 hubungan melibatkan keluarga, memandangkan keluarga adalah unit asas bagi sesebuah
masyarakat:
(A) ayah dan anak (menyayangi / menghormati)
(B) kakak dan adik (baik / hormat)
(C) suami dan isteri (baik / mendengar)
(D) yang lebih tua teman dan rakan yang lebih muda (perhatian / hormat)
(E) pemerintah/penguasa dan rakyat (murah hati / setia/ prihatin)

Jelasnya dalam tamadun dan kehidupan masyarakat Cina, terdapat banyak nilai murni yang telah
dikemukakan oleh Konfusius untuk memelihara dan membina diri, keluarga, masyarakat dan
negara.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai