Anda di halaman 1dari 4

ANGIN PASANG @ HERNIA @ ULURAN

SOALAN:
Salam ustaz. ambo nok tnya ni. untuk ubati sakit hernia/uluran/angin pasang..nak amal makan apa?
mertua saya sdg mnderita sakit tu.
JAWAPAN:
Wsalaam WMT, AlhamduLILLAH, syukur ke hadrat ALLAH Jalla Waala atas pinjaman Kudrat dari
ALLAH kepada sang faqir yang masih disempatkan ALLAH untuk berkongsi kepada semua. Semoga
kesejahteraan dari ALLAH beserta Tuan yang bertanya dan sekeluarga jua kepada sekalian yang
membaca.
Adapun di dalam bahasa Perubatan Allopathy, ianya digelar Hernia, dalam perubatan Melayu
dipanggil Uluran, Angin Medu (setelah melepasi paras pusat ke atas), Angin Pasang dan sebagainya.
Puncanya terbahagi kepada tiga pecahan utama iaitu :
1) Angin
2) Lendir
3) Urat (Saraf)
Uluran atau hernia atau uluran ini adalah masalah bengkak pada urat ari-ari (sekitar atas kemaluan)
dan juga bengkak pada batu kemaluan menyebabkan ada saluran angin yang terdorong naik ke
bahagian atas membawa ke dada (angin medu) yang jika dibiarkan boleh membawa kepada maut.
NauzubILLAH.
Kebanyakan yang mengalami penyakit ini adalah dari kalangan lelaki, amat jarang berlaku pada
wanita (lazimnya akibat lalai dalam penjagaan pantang semasa selepas bersalin).
Tanda-tandanya adalah seperti berikut:
1) Bahagian atas pusat ke dada terasa keras.
2) Nafas di dada tersekat atau tersumbat.
3) Terasa sakit atau pedih di bahagian tengkuk.
4) Kekuatan tubuh kurang kuat pada tubuh sebelah kiri.
5) Kurang berpeluh
6) Kencing tidak tus (tidak lawas)
7) Kurang selera makan
Dan lain-lain lagi.
Di sini sang faqir akan kongsikan beberapa ikhtiar alamiah yang boleh dibuat bagi membantu
mengurangkan kesakitan dan insyaALLAH untuk kesembuhan, seperti berikut :
Sediakan Madu lebah (6 sudu besar untuk sehari), Akar dan daun pegaga (secekak-sehari), Gula
Batu (5 ketul kecil), Habbatus Sawda(7 cubit -sebaiknya bijian) dan air putih mati (air masak yang
telah sejuk) 3 cawan sehari, untuk 3 kali minum. Amal sehingga 7 hari berturut-turut. Jika pesakit
ada masalah kencing manis? Tiada masalah, jangan bimbang, pengambilan madu yang betul tidak
akan memudaratkan pesakit kencing manis.
Semua bahan tersebut dibersihkan setelah itu dicampur dan dilumatkan (termasuk gula batu).
Kemudian, semua bahan tadi dicampurkan ke dalam air, dan ditapis. Campur dengan 2 sudu besar
madu, minum setiap pagi sebelum sarapan, sebelum makan tengahari dan sebelum tidur.
Boleh juga dicuba :
Sediakan madu lebah (6 sudu besar untuk sehari), minyak/pati Habbatus Sawda (7 cubit atau 5
sudu kecil minyak/pati). Juga untuk amalan 7 hari berturut-turut.
Kedua-dua bahan tersebut, dicampur, sebelum sarapan 2 sudu madu lebah + 1-2 cubit H/Sawda atau
1-2 sudu pati Habbatus Sawda. Petang sebelum maghrib dan malam sebelum tidur.
Digalakkan menyapu atau menggosok minyak/pati Habbatus Sawda ke bahagian sekeliling testis
(telur), sebelum tidur, setiap malam.
Antara langkah yang perlu dibuat (first aid) jika pesakit merasa sakit, baringkan pesakit, luruskan kaki
kemudian disilangkan dan ditolak, usaha sebaik mungkin sehingga sampai ke dada.
Ulangi langkah ini beberapa kali (Gilirkan kaki kanan di atas kaki kiri, kemudian kaki kiri di atas kaki
kanan) sehingga pesakit lega atau terkentut (sebaiknya).
InsyaALLAH Tohour.
Kurangkan pengambilan kafein (Teh, kopi, nescafe), kerana ianya akan berisiko bertambahnya
penyakit tersebut dan kurang kesan ubat kepada pesakit, terutamanya jika sudah berumur.
Kurangkan pemakanan yang bersifat sejuk dan angin, seperti buah tembikai, labu (kuning), kubis, cili
dan lain-lain lagi.
InsyaALLAH, sekadarnya secara ringkas first aid bagi masalah hernia atau angin pasang atau uluran.
Semoga dipermudahkan ALLAH.
Wassalam.
Sirajuddin Zabidi apakah puncanya ustaz,adakah d sebabkan mengangkat benda2 berat.
4 July 2013 at 06:41 Like

Nur Ashikin Sthu sy pnyakit itu klo pda prempuan ia brlku sjk slps lhir lgi..rsa skit nye akn dtg apbla
mmbuat krja2 brat.brdri trlalu lma..
4 July 2013 at 08:41 Like

Nur Ashikin Syur kubis mmg sme skali xboley d mkn
4 July 2013 at 08:45 Like

Ramly Rasul Tumpang bertanya & pencerahan ustaz:- Apa nama penyakit yang terbentuk daripada
tali perut yang memasuki koyakan muscle di salur urat ke kantung telur (bagi lelaki). Semakin besar
koyakan (jika tidak dirawat awal) tali perut akan semakin banyak memasuk...See More
4 July 2013 at 12:39 Like

D Suhaimi Said Maaf Ustaz. Dengan tidak mengurangi rasa hormat, saya rasa baik Ustaz google
untuk lebih jelas apa itu hernia, pathophysiology dan rawatannya. Salam.
4 July 2013 at 13:11 Like

Wan Asrul Al-Kalantani Salaamun Alaik D Suhaimi Said, Terima kasih atas teguran dan pesanan D
Suhaimi Said, memang betul ada kurangnya maklumat post di atas, sebab itu saya nyatakan, SECARA
RINGKAS.

Untuk terangkan keseluruhannya tentang hernia, pathophysiology, pasang surut, angin pasang dan
lain lain masalah berkaitan ruangannya tidak sesuai di sini.

Ala Kulli Hal, saya berterima kasih kepada D Suhaimi Saad atas keprihatinan tersebut. Semoga ALLAH
meletakkan D Suhaimi Said dalam kebahagiaan sentiasa.
4 July 2013 at 13:23 Like 1

Wan Asrul Al-Kalantani Ramly Rasul, betul dah tu, cuma penghuraiannya agak panjang untuk
dijelaskan semuanya.

Kerana hernia secara lazimnya dibahagi kepada 4 bahagian, iaitu Hernia diafragma, Inguinal,
umbilical dan femoral.

Boleh jadi permasalahan yang ditanya itu adalah dalam.kategori hernia umbilical.

Angin pasang itu berlaku pada testis lazimnya.

Maaf atas kekurangan dan kedaifan saya.
4 July 2013 at 13:33 Like

Wan Asrul Al-Kalantani Lea Nazlea, Wsalaam WMT, untuk bayi, ibu digalakkan memakan kurma dan
madu sepanjang tempoh menyusu, elakkan pemakanan yang sejuk, contoh nasi dingin dan
sebagainya.
Bayi selepas mandi terutamanya (jika boleh setiap kali melakukan penukaran lampin),diurut lembut
dengan ibujari dari ari-ari ke atas sebelum pusat(pastikan jangan melebihi pusat), sampai di pusat
lakukan urutan pusingan lawan jam, sebaiknya juga dilakukan pada malam hari sebelum ibubapa
tidur.
Pastikan jika menggunakan minyak berangin, perut jangan didedahkan dalam jangka masa yang lama
tanpa bengkung, kerana akan membawa kepada risiko kembung + hernia.

Minyak untuk masalah hernia anak-anak, boleh buat sendiri, sediakan minyak zaitun kemudian
dicampurkan dengan minyak H/sawda', dikacau atau gaul hingga sebati, biarkan selama satu malam,
keesokkannya sudah boleh digunakan untuk urutan, selain dari itu disapukan ke testis bayi tersebut
(arah dari pangkal testis ke pangkal zakar).

InsyaALLAH Tohour.
Bottom of Form

Anda mungkin juga menyukai