Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan

Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi


dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji
bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin
mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Sosiolinguistik, linguistik
antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi
interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya. Analisis wacana kritis ialah
bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.
Konsep Sosiolinguistik

Berbicara mengenai sosiolinguistik berkaitan erat dengan bahasa (language) dan
masyarakat (society) serta fungsi-fungsi bahasa dalam kalangan masyarakat. Bahasa
didefinisikan sebagai alat komunikasi verbal yang dipergunakan oleh masyarakat.
Masyarakat adalah sekelompok atau beberapa kelompok orang yang sama-sama
memiliki tujuan tertentu.

Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Nama
sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio (singkatan daripada sosiologi-
disiplin yang meneliti masyarakat) dan linguistik-disiplin yang meneliti bahasa.
Sosiolinguistik adalah bahagian pengajian (studies) dan pengkajian (research) yang
menggabungkan dua disiplin, iaitu sosiologi dan linguistik. Dengan sifat penggabungan
dua disiplin ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua entiti, iaitu bahasa dan
masyarakat. Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur,
yakni hubungan antara kedua-dua entiti tersebut yang rapat. Pengkajian dan pengajian
sosiolinguistik bermatlamat untuk menunjukkan hubungan sistematik yang wujud antara
Sosiolinguistik
Bidang utama dalam
disiplin linguistik.
Entiti (bahasa dan
masyarakat)
struktur bahasa dengan struktur sosial, iaitu sama ada sesuatu struktur bahasa itu
menyebabkan sesuatu struktur sosial tertentu atau sebaliknya (Teo Kok Seong: 42-43).

Menurut Dittmar (1976), istilah sosiolinguistik pertama kali muncul dalam tulisan
Currie (1952) yang menyatakan bahawa kajian tersebut bertujuan untuk melihat
hubungan antara perlakuan bahasa dan status sosial. Istilah tersebut, yang pada
mulanya bermaksud untuk menyatakan suatu pendekatan antara-disiplin untuk
penyelidikan mendapat penerimaan umum. Di England, tugas sosiolinguistik muncul
dengan buah fikiran Malinowski yang diluaskan oleh Firth. Walaupun istilah institutional
linguistics lebih digunakan, namun bidang yang diliputi tidak berbeza daripada yang
dimaksudkan dengan sosiolinguistik. Bidang sosiolinguistik juga merupakan daya usaha
kelompok ahli antropologi dan sesuai dengan hakikat bahawa sosiolinguistik itu
merupakan cabang kepada bidang antropologi, khususnya antropologi sosial yang
mementingkan analisis struktur sosial masyarakat (Nik Safiah Karim, 1981: 1).
Menurut Fishman, kajian sosiolinguistik adalah bersifat kualitatif. Sosiolinguistik
lebih berhubungan dengan perincian-perincian penggunaan bahasa yang sebenarnya
seperti deskripsi pola-pola pemakaian bahasa atau dialek di dalam budaya tertentu,
pilihan pemakaian bahasa atau dialek tertentu yang dilakukan penutur, topik dan latar
pembicaraan.
Pendapat Tokoh
Dittmar (1976)
Hubungan antara
perlakuan bahasa
dan status sosial
Fishman Bersifat kualitatif
Nik Safiah Karim
(1988:1)
Memperkatakan
aspek-aspek
perhubungan antara
bahasa dengan
masyarakat
Abdul Hamid
Mahmood
(1995:169)
Dikenali sebagai
Linguistik
Antarapologi, atau
Linguistik Sosial
Nik Safiah Karim (1988:1), Secara kasarnya, sosiolinguistik ialah bidang yang
memperkatakan aspek-aspek perhubungan antara bahasa dengan masyarakat.
Menurut Abdul Hamid Mahmood (1995:169) pula, Sosiolinguistik yang juga dikenali
sebagai Linguistik Antarapologi, atau Linguistik Sosial, ialah satu cabang yang mengkaji
hubungan anatara bahasa dengan masyarakat. Tuntasnya, sosiolinguistik adalah bidang
yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat.
Konsep Antropologi Linguistik


Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata Antropo yang bererti manusia
dan logy atau logos bererti ilmu yang mempelajari. Linguistik pula berkaitan dengan
kajian bahasa. Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya
terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat
dalam tindakan bermasyarakat. Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang
dikatakan memberikan penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan
penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik.



Antropologi
Linguistik
Mengkaji
hubungan antara
bahasa dan
budaya.
Etnolinguistik.
Aspek kajian Sosiolinguistik



Sosiolinguistik lebih cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam
masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat.
Selain itu, merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-
macam perkara seperti fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan istilah akuntasi di
kalangan ahli ekonomi, kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial
di antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa, pelacakan bahasa rahsia
bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti, mantra dan pelbagai
istilah lain lagi.
Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat
aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial,
kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Secara
mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa
dengan masyarakat.
Manusia menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi untuk berhubung,
menyampaikan pendapat dan buah fikiran serta mengeratkan silaturrahim sesama
anggota masyarakat. Melalui percakapan, seseorang akan mengenali seseorang yang
lain melalui pertuturan yang diucapkannya berdasarkan bunyi-bunyi perkataan,
bagaimana ia menyusun fakta dan ayat-ayat tertentu akan dapat menunjukkan asal-usul
seseorang. Mereka juga akan mengetahui apa pekerjaannya, prinsip hidupnya,
sosioekonominya dan lain-lain.
Bidang-bidang seperti inilah yang menjadi aspek kajian ilmu sosiolinguistik di
samping mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan serta gelaran dalam sesuatu
Fokus kepada
variasi bahasa
Bahasa alat
komunikasi
Fungsi bahasa
Peranan bahasa Kata sapaan
Boleh mengenali
seseorang
masyarakat. Contohnya, dalam bahasa Melayu, adanya penggunaan gelaran seperti
aku, patik, beta, pak cik, adik, Puan Sri encik, dan sebagainya.
Berikut ialah sub topik lain yang diperkatakan dalam sosiolinguistik ialah ;

Aspek Kajian Antropologi Linguistik



Antropologi linguistik yang ada kalanya disebut sebagai etnolinguistik menelaah bahasa
bukan hanya dari strukturnya semata-mata tetapi lebih kepada fungsi penggunaannya
dalam konteks situiasi sosial budaya. Kajian antropologi linguistik antara lain ialah
membahaskan struktur dan hubungan kekeluargaan melalui istilah kerabat, konsep
warna, pola penjagaan anak, atau tentang bagaimana anggota masyarakat saling
berkomunikasi pada situasi tertentu seperti adat-istiadat, lalu mengaitkannya dengan
konsep kebudayaan masyarakat.
Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian
bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation.
Bahasa rasmi
Bahasa
kebangsaan
Pidgin Kreol
Bilingualism Multilingualism Dialek Ideolek
Ragam
Bahasa
Sikap
terhadap
bahasa
Kesetiaan
terhadap bahasa
dan
perancangannya
Etnolinguistik
Membahaskan
struktur
Hubungan
kekeluargaan
(kerabat, warna)
Kaedah
participant
observation.
Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada sesuatu etnik,
menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadang-kadang membawa
kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama.
Aspek yang berkaitan dengan Sosiolinguistik.

Bidang sosiolinguistik membincangkan pelbagai aspek hubungan bahasa dengan
masyarakat. Antara aspek tersebut ialah kedwibahasaan, kepelbagaian bahasa,
bahasa, kelainan bahasa, sikap terhadap bahasa, perancangan bahasa dan
sebagainya. Bidang sosiolinguistik terapan pula menggabungkan kajian sosiolinguistik
dengan kajian pendidikan. Bidang ini telah menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri.
Secara kasarnya, sosiolinguistik ialah bidang yang memperkatakan aspek-aspek
hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Mengikut Bright (1966), tugas ahli
sosiolinguistik ialah untuk memperlihatkan perbezaan-perbezaan yang saling
mempengaruhi antara struktur bahasa dengan struktur sosial. Hymes (1968)
mendefinisikan kegiatan bidang sosiolinguistik sebagai satu aktiviti disiplin di mana ahli-
ahli sosiologi, antropologi dan falsafah memainkan peranan penting masing-masing,
tetapi peranan yang penting ialah yang disumbangkan oleh ahli-ahli linguistik (Wong
Shek Seng, 1987: 1).
Pelbagai aspek
hubungan bahasa
dengan masyarakat
Kedwibahasaan
Kepelbagaian
bahasa
Kelainan bahasa
Sikap terhadap
bahasa,
Perancangan
bahasa

Dalam pada itu, sosiolinguistik merupakan disiplin antara sosiologi dan linguistik,
iaitu dua bidang ilmu empiris yang mempunyai kaitan sangat erat. Sosiologi adalah
kajian yang objektif dan ilmiah mengenai manusia dalam masyarakat, dan mengenai
lembaga dan proses sosial yang ada dalam masyarakat. Sosiologi berusaha
mengetahui bagaimana masyarakat itu terjadi, berlangsung dan tetap ada. Dengan
mempelajari lembaga sosial dan segala masalah sosial dalam satu masyarakat, akan
diketahui cara manusia menyesuaikan diri dengan lingkungannya, bagaimana mereka
bersosial dan menempatkan diri dalam tempat masing-masing dalam masyarakat.
Linguistik pula adalah bidang ilmu yang mempelajari bahasa atau bidang ilmu yang
mengambil bahasa sebagai objek kajiannya. Dengan demikian, sosiolinguistik itu adalah
bidang ilmu disiplin yang mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan penggunaan
bahasa itu dalam masyarakat (Noriah Mohamed, 1998: 2).
Aspek Sosiolinguistik
Kajian yang objektif dan ilmiah
mengenai manusia dalam masyarakat
Mengenai lembaga dan proses sosial
yang ada dalam masyarakat.
Ciri-ciri khas variasi bahasa, fungsi-
fungsi bahasa dan pemakai bahasa.
Mengkaji aspek linguistik, struktur
dan penggunaan bahasa yang
berhubungan institusi atau fungsi
sosial, kebudayaan dan
penggunaannya.
Kajiannya juga melampaui dialek dan
bentuk-bentuk pertuturan yang
berbeza oleh perbezaan status
individu-individu dalam sesebuah
masyarakat bahasa.
Selain itu, sosiolinguistik adalah kajian tentang ciri-ciri khas variasi bahasa,
fungsi-fungsi bahasa dan pemakai bahasa kerana ketiga-tiga unsur ini selalu
berinteraksi, berubah dan saling mengubah satu sama lain dalam satu masyarakat tutur
atau masyarakat bahasa (Fishman 1972: 4). Menurut beliau lagi, sosiolinguistik berbeza
daripada linguistik. Dalam sosiolinguistik, pada umumnya, yang dikaji bukan deskripsi
linguistik secara terperinci dari segi kegramatisan tetapi tentang perbahanan dan
pemahaman tentang perhubungan antara bahasa dengan berbagai-bagai institusi
sosial. Selain itu, sosiolinguistik adalah kajian mengenai bahasa dan pemakaiannya
dalam konteks sosial dan budaya (Appel, Hubert dan Meijer 1976: 10).
Tambahan lagi, sosiolinguistik juga adalah suatu cabang linguistik yang mengkaji
aspek linguistik, struktur dan penggunaan bahasa yang berhubungan institusi atau
fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat tertentu.
Skop sosiolinguistik ini meliputi soal seperti perhubungan antara demografi dan
pemeliharaan bahasa, penemuan bahasa dan kedwibahasaan, perkembangan bahasa
pidjin dan kreol serta dialek sosial, penukaran kod dan perancangan bahasa termasuk
standardisasi bahasa dan sebagainya (Wong Khek Seng, 1987:2).
Tetapi, sosiolinguistik bukan sekadar mengenai disiplin yang terkandung di
dalamnya sahaja. Kajiannya juga melampaui dialek dan bentuk-bentuk pertuturan yang
berbeza oleh perbezaan status individu-individu dalam sesebuah masyarakat bahasa.
Jadi, fakta penting dalam sosiolinguistik ialah bentuk-bentuk kelakuan sosial masyarakat
pengguna sesuatu bahasa itu. Sosiolinguistik juga adalah bidang yang mengkaji
berbagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti
perhubungan sosial yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan
sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh keperihalan taraf
pemakai-pemakainya dan sebagainya (Arbak Othman, 1983: 156).
Perbezaan Sosiolinguistik dan Antrapologi Linguistik

Objek kajian sosiologi adalah masyarakat. Masyarakat selalu berkebudayaan.
Masyarakat dan kebudayaan tidak sama, tetapi berkaitan sangat erat. Masyarakat
menjadi kajian pokok sosiologi dan kebudayaan menjadi kajian pokok antropologi. Jika
diibaratkan sosiologi merupakan tanah untuk tumbuhnya kebudayaan. Kebudayaan
selalu bercorak sesuai dengan masyarakat. Masyarakat berkaitan dengan susunan
serta proses hubungan antara manusia dan golongan. Adapun kebudayaan berkaitan
dengan isi / corak dari hubungan antara manusia dan golongan. Oleh kerana itu baik
masyarakat atau kebudayaan sangat penting bagi sosiologi dan antropologi.
Rumusan

Kesimpulannya, bidang sosiolinguistik itu adalah merupakan satu bidang yang
membabitkan kajian bahasa dan masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ahli-ahli
sosiolinguistik banyak memperkatakan mengenai cakupan bidang sosiolinguistik ini.
Disiplin ini banyak menawarkan pelbagai isu menarik yang berhubungan antara bahasa
dengan masyarakat.
Kebanyakan ahli sosiolinguistik mengaitkan takrifan mereka dengan subbidang
sosiolinguistik yang mereka kaji dengan fokus sama ada kepada aspek bahasa atau
aspek masyarakat bahasa berkenaan. Walau bagaimanapun, hubung jalin antara aspek
bahasa dengan masyarakat itu masih dapat dilihat dengan jelas, terutamanya apabila
kajian membabitkan latar belakang masyarakat dan kaitannya dengan pelbagai pola
penggunaan bahasa (Nik Safiah Karim, 1981: 4).
Sosiolinguistik mempelajari dan membahaskan aspek-aspek kemasyarakatan
bahasa, khususnya perbezaan-perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang
berkaitan dengan fakta-fakta kemasyarakatan. Selain itu, banyak fungsi yang dimainkan
oleh bahasa. Fungsinya sebagai alat perhubungan. Tetapi ada juga aspek-aspek lain
yang disumbangkan oleh bahasa, peranannya yang dimainkan selari dengan fungsi
utamanya. Aspek-aspek ini menjadi antara bidang yang dicakupi oleh sosiolinguistik.
Manakala, antaropologi linguistik merupakan ilmu tentang manusia, khususnya
tentang asal-usul, aneka warna bentuk fizikal, adat-istiadat, dan kepercayaan pada
masa lampau. Antropologi memandang bahawa dalam budaya terkandung aspek
bahasa. Dengan demikian apabila di daerah terdapat persamaan bahasa bererti
mempunyai kekerabatan budaya yang dekat.

Anda mungkin juga menyukai