Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI INDIVIDU KARNIVAL PERMAINAN TRADISONAL

Nama Penuh: Glandy Ernester Anak Rengan


No. Kad Matrik: 201006122
No. Kad Pengenalan: 920522-13-5503

Pada 18 Februari 2014, Karnival Permainan Tradisional IPG Kampus Batu
Lintang telah pun diadakan. Karnival Permainan Tradisional ini (KPT) ini dianjurkan
oleh 4 buah kelas yang mengambil elektif PJ iaitu kelas BC1, BC2, BM, dan kelas
Prasekolah dari semester 5 yang juga merupakan pelajar PISMP ambilan Januari
2012. Penganjuran karnival ini merupakan sebahagian daripada tugasan pelajar
untuk menilai keberkesanan pengurusan dan pentadbiran bakal-bakal guru dalam
mengelolakan sesebuah program. Di samping itu, penganjuran karnival ini juga
bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para guru pelatih dan murid-murid
mengenali permainan-permainan tradisional yang kian dilupakan dan hampir lenyap
ditelan zaman. Berkonsepkan temanya iaitu Permainan Tradisi Citra Budaya,
penganjuran karnival ini pada tahun ini membuat sedikit kelainan dari tahun yang
lepas dengan melibatkan peserta yang terdiri daripada para pelajar dari dua buah
sekolah iaitu dari SK Batu Lintang dan dari SK Ong Tiang Swee. Jumlah pelajar dari
kedua-dua buah sekolah ini masing-masingnya seramai 40 orang. Jadi, kemeriahan
suasana sepanjang karnival amat terasa sekali. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa aspek penting yang perlu dikenal pasti sama ada dari segi kekuatan
program, kelemahan, peluang yang dicipta melalui program, cabaran sepanjang
program dan penambahbaikan pada masa akan datang.
Aspek kekuatan yang saya dapat kenalpasti dalam penganjuran karnival ini
ialah dari segi permilihan permainan tradisional itu sendiri. Hal ini demikian kerana
kesemua permainan yang dipilih begitu baik dan mendapat sambutan daripada
peserta iaitu para pelajar. Contohnya, semasa mengikuti pertandingan tarik upih,
kesemua peserta begitu bersemangat sekali dan ini sekali gus menunjukkan bahawa
permainan yang dipilih ini begitu menarik minat para murid-murid. Dalam pada masa
yang sama, pemilihan permainan ini juga berupaya memberi kesedaran bukan
hanya kepada pihak penganjur malah kepada para peserta mengenai
tanggungjawab masyarakat Malaysia secara umumnya untuk meneruskan tradisi
dan mengekalkan keaslian permainan tradisional ini supaya tidak pupus ditelan
zaman. Jelasnya, pemilihan permainan tradisional ini amat bertepatan dengan tema
karnival ini iaitu Permainan Tradisi Citra Budaya.
Selain itu, kekuatan lain yang dapat saya lihat ialah dari segi keberkesanan
pengurusan permainan. Keberkesanan pengurusan masa ini merangkumi pelbagai
aspek iaitu penyediaan bahan, pengurusan peserta, peraturan dan arahan-arahan
yang diberikan. Jika kita dapat lihat, dalam penganjuran karnival permainan ini
penyusunan alatan dan para peserta yang ingin bertanding begitu teratur sekali.
Selain itu, penerangan mengenai peraturan juga begitu baik yang mana arahan-
arahan yang diberikan jelas dan mudah difahami oleh para peserta. Oleh hal yang
demikian, pertandingan permainan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan sekali. Buktinya, kesemua para peserta dapat bertanding sesama mereka
secar sihat dan ini sekali gus menigkatkan semangat kesukanan dalam diri pelajar.
Jelasnya, pengurusan permainan yang baik penting dalam memastikan sesebuah
pengelolaan program itu berjalan dengan lancar.
Dari segi kelemahan pula, pengurusan masa merupakan salah satu daripada
kelemahan itu. Hal ini demikian kerana pengurusan masa yang tidak terancang akan
menyebabkan aktiviti-aktiviti lain terjejas. Contohnya, aspek pengurusan masa ini
dapat dilihat dalam permainan golek kelapa. Masa yang diambil dalam permainan ini
melebihi had masa yang telah ditetapkan sehingga menyebabkan aktiviti-aktiviti lain
seperti pelaksanaan permainan tuju selipar dan majlis penutupan terpaksa
disingkatkan. Pengurusan masa yang kurang bijak ini juga menimbulkan masalah
kepada para ibu bapa yang ingin mengambil anak mereka pulang dari sekolah dan
sekali gus sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan dalam diri mereka kerana
terpaksa menunggu anak mereka begitu lama.
Dari aspek penambahbaikan, pihak penganjur karnival ini haruslah lebih peka
dengan pengurusan masa. Hal ini demikian kerana masa itu emas. Sebagai
penganjur mahupun pengelola, ketepatan masa haruslah diutamakan supaya segala
aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Dalam hal ini,
disiplin dalam diri penganjur untuk menepati masa itu amat penting sekali.
Contohnya, mereka harus bersedia ke tapak permainan lebih awal supaya
permainan dapat diawalkan dan masa yang diperuntukkan akan mencukupi untuk
melaksanakan semua aktiviti.
Dari segi peluang saya melihat bahawa perlaksanaan program ini memberi
ruang dan peluang kepada para peserta mahupun pihak penganjur untuk mengenali
permainan tradisional secara lebih mendalam. Selain itu, mereka juga berpeluang
untuk merasai sendiri permainan tradisional ini dengan mencuba untuk bermain
permainan ini. Contohnya melalui permainan tarik upih murid-murid akan lebih
memahami apa permainan ini dan bagaimana untuk bermain permainan ini. Segala
pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh para pelajar ini amat penting
dalam membentuk kecintaan terhadap tradisi nenek moyang mereka pada zaman
dahulu. Oleh hal yang demikian, penganjuran karnival ini amat bersesuaian dalam
usaha untuk mengekalkan budaya dan tradisi ke dalam jiwa murid-murid khasnya
dalam aspek permainan tradisional.
Konklusinya, perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini mencapai
objektifnya. Hal ini kerana sepanjang perlaksanaan karnival ini, pengurusan dan
pentadbiran yang mantap telah ditunjukkan oleh kesemua pihak penganjur dalam
memastikan apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Diharapkan program
sebegini akan dapat diteruskan pada masa akan datang dan segala kekurangan dan
kelemahan haruslah ditambahbaik supaya mutu penganjuran karnival ini pada masa
akan datang lebih tinggi. akhir sekali, diharap semua pihak beroleh pengalaman dan
pengetahuan baharu sepanjang penganjuran karnival ini kerana pengalaman dan
pengetahuan itu amat penting untuk melengkapkan diri dengan pelbagai cabaran di
masa akan datang. Sekian, terima kasih.