Anda di halaman 1dari 41

CATAN

TOKOH-TOKOH DAN ALIRAN-


ALIRAN SENI BARAT
CATAN ALIRAN SENI CATAN BARAT
DEFINISI CATAN
Proses melukis dengan menggunakan bahan
pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu
permukaan.
Komponen alat dan media yang digunakan
ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat
arkrilik. Kanvas, kertas, air, minyak linseed,
turpentin dan sebagainya. Berus, pisau lukis
dan sebagainya.
SEJARAH SENI CATAN
Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba.
Pada masa itu aktiviti catan hanya
menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media
yang digunakan adalah seperti mozek dan fresko.
Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan
zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke
abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti
cat minyak, air, tempera dan fresko.
Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran
baru yang menentang pemikiran tradisi.
KARYA DELACROIX
Karya ini telah
dihasilkan pada aliran
Romantisme.
Berjudul Liberty Leading
the People (1830).
Gaya karya
distailisasikan seperti
gaya gothik.

KARYA VINCENT VAN
GOGH
Karya ini dihasilkan pada
Kurun ke-19.
Aliran Impressionisme.
Berjudul : Bedroom.
Mempunyai garis-garis
kasar dan warna yang
terang.
Mencipta bentuk dan
suasana yang dilihat.

KARYA WARHOL
Karya ini dihasilkan pada
penghujung abad ke-20.
Aliran Pop Art.
BerjudUl : Marylin
Monroe
Tema aliran ini berkisar
kebudayaan semasa dan
yang popular pada masa
itu.
Gaya umpama poster
untuk pengiklanan.
ALIRAN-ALIRAN SENI CATAN DI BARAT
Klasik
Barroque
Romanticisme
Impressionnisme
Post-Impressionnisme
Ekspressionisme
Kubisme
Surelisme
Seni Pop
ALIRAN KLASIK
Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu
zaman kelahiran semula.
Figura sebagai pemusatan tumpuan karya.
Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.
Menggunakan perspektif, ruang dan unsur seni.
Karya-karya mendapat perhatian daripada
golongan bangsawan.
Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar
orang-orang bangsawan dan golongan kaya.
ALIRAN ROMANTICISM
Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18.
Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan
yang berlaku pada zaman itu.
Mesej karya tertumpu kepada kedamaian, keharmonian, kecintaan.
Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura
Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman
klasik.
Penggunaan garisan luar yang terang.
Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan, kejatuhan gereja
dan pemerintahan beraja.
Warna yang digunakan ialah warna yang kusam, suram dam kelam.
Warna itu menggambarkan kesengsaraan, kezaliman yang berlaku
pada zaman itu.
ALIRAN BARROQUE
Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance
tinggi.
Barroque membawa maksud mutiara yang
tidak sempurna tetapi indah.
Karya menumpukan kepada komposisi, aksi,
warna dan cahaya.
Latar belakang karya berwarna gelap
Karya tertumpu kepada objek
ALIRAN IMPRESSIONISME
Aliran muncul pada abad ke-19.
Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.
Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit
pada kanvas.
Warna bertindih-tindih.
Tidak melukis secara "detail".
Mementingkan keserasian warna, cahaya serta watak-watak alam.
Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang
, malam.
Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.
Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.
ALIRAN POST-IMPRESSIONISME
Realiti itu sentiasa baru dan tegas
Bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk.
Bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di
dalam kehidupan.
Melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik
untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat.
Melukis sebagai pernyataan dan simbol diri.
Perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan
tidak mengikut orang lain.
Warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak
hati spontan pelukis.
ALIRAN KIUBISME
Menolak tradisi catan yang mementingkan objek
realiti.
Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah
penciptaan dan menolak peniruan.
Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2
dimensi.
Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri.
Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan
lutsinar.
Warna yang bertenaga
ALIRAN EKSPRESIONISME
Menolak ciri-ciri tradisi klasik
Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan
emosi pelukis.
Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek
dan objek.
Penggunaan warna yang dramatik
Tidak ada imej yang jelas.
Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak
menggunakan berus.
ALIRAN SUREALISME
Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi
kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.
Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.
Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.
Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan
seakan misteri.
Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan
dicantum-cantum.
ALIRAN SENI POP
Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular
yang mempengaruhi kota raya New York dan London.
Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan
populariti.
Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.
Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New
Realist.
Warna yang terang pada permukaan yang berbidang
yang besar.
Konsep moden yang mirip kepada kesesuaian zaman
sains dan teknologi.
SEJARAH CATAN TEMPATAN
Di Malaysia, seni catan mula berkembang pada awal abad ke19.
Terdapat kepercayaan bahawa pengembara-pengembara Eropah
dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis Negeri-Negeri Selat
berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan
tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh
minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan
catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai
Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan / catan
landskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan
Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke-19 apabila Seni
Eropah terutama Seni Perancis mula memberi kesannya kepada
seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti
Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan
Konstruktivisme.
Sumbangan golongan Cina kepada seni perkembangan seni
Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat
cina seperti Yu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang
untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura
untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan
dalam lukisan berus cina dan kaligrafi di China.
Pada mulanya hala tuju penghijrah-penghijrah awal dari China
adalah untuk meneruskan sara hidup masing-masing. Seni halus
tidak pernah difikirkan. Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan
berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan
berdasarkan kreativiti artistik mereka. Terdapat antara mereka yang
terlibat dalam Pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis
amatur. Di antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah
Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai
Horng, Chung Hoong Kong dan Wei Sin.
Kesimpulannya pada awal tahun 1920an terdapat
pelukis yang mempamirkan hasil karyanya. Pameran
Seni Lukis Seni yang terawal di Singapura ialah
pameran Lian Xiao OhPastel He Qui Qo pada tahun
1926.
Aktiviti-aktiviti seni yang awal di Pulau Pinang bermula
apabila pengasasan Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh
Sir Francis Light di bawah Syarikat Hindia Timur.
Pelukis-pelukis Inggeris yang tinggal di Pulau Pinang
gemar melukis pemandangan laut dan keindahan alam
semulajadi di pulau tersebut. Kemungkinan terdapat
pelukis tempatan yang membekalkan lukisan-lukisan
kepada para penaung Syarikat perniagaan Eropah.

Perkembangan seni moden boleh dikesan sehingga tahun
1920an semasa kumpulan Penang Impressionist
ditubuhkan. Kumpulan ini terdiri daripada ekspatriat
Eropah yang kebanyakannya suri rumah berbangsa Inggeris.
Disebabkan sikap-sikap kolonialistik pada masa itu, pelukis-
pelukis tempatan Pulau Pinang tidak menyertai Peneng
Impresionist. Dua orang pelukis tempatan yang diterima
menganggotainya ialah Puan Lim Cheng Kung dan Abdullah
Ariff. Penerimaan Abdullah Ariff di dalam kumpulan itu
adalah kerana perkhidmatan beliau sebagai seorang
pendidik seni yang diperlukan, manakala Puan Lim pula
merupakan seorang isteri jutawan yang dapat memberi dari
segi kewangan.
Pada tahun 1920an merupakan peringkat penting dalam sejarah
seni lukis Pulau Pinang. Yung Mun Seng telah datang ke Pulau
Pinang dari Singapura dan mendirikan studio seninya. Pelukis
pertama yang mengadakan pameran seni lukis di Malaysia adalah
Ooi Hwa yang telah mempamirkan karya-karyanya di Pulau Pinang
pada tahun 1927. Ooi Hwa dan Lee Cheng Yong mungkin
merupakan pelukis pertama yang pergi ke luar negari untuk
mempelajari Seni Akademi Seni halus Shanghai. SITC (Sultan Idris
Training College) ditubuhkan pada tahun 1922. Mata pelajaran seni
merupakan salah satu mata pelajaran seni yang telah di ajar di
samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni
diajar bersama-samadengan pertukangan tangan seperti membuat
dan lain-lain seni pertukangan rakyat pada ketika itu.
1935-penuntut sekolah Seni Halus Shanghai telah
menubuhkan Salon Art Studies Society yang
kemudiannya ditukar kepada Persatuan Pelukis-Pelukis
Cina. 1936-Kelab Seni Lukis Cina P.Pinang diasaskan
oleh Yong Mun Seng yang beraliran Realisme Barat dan
Post Impressionisme. 1938-Lim Hak Tai menubuhkan
Akademi Seni Halus Nanyang dan antara pelukis
terkenal yang berjaya dilahirkan ialah Cheong Shuu
Peng,Georgette,Chen Song Swee. Pada tahun 1948, Tay
hooi Keat menjadi warganegara Malaysia pertama yang
pergi ke Britain untuk mempelajari seni lukis di
Camberwell School of Art.
Selepas perang tamat, Pulau Pinang menjadi
pusat daya tarikan para pelukis. Frank Sullivan,
penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd
Hoessein Enas di Pulau Pinang pada tahun 1949
dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala
Lumpur . Hoession seterusnya menubuhkan
Angkatan Pelukis semenanjung dan menjadi
tokoh seni kebangsaan yang terkenal.
1949-Persatuan Seni Singapura telah ditubuhkan
oleh Dr. Gibson Hill yang juga mengetuai Raffles
Museum.

Tahun 50-an, Syed Ahmad Jamal dan Yeo Jin Leng serta
beberapa orang lain pulang ke tanah air sesudah menerima
latihan di England.Mereka memperkenalkan aliran abstrak
ekspressionisme kepada masyarakat tempatan melalui karya
mereka. Wednesday Art Group telah ditubuhkan pada tahun
1952 di Kuala Lumpur oleh Peter Harris, Penguasa Seni di
Kementerian Pendidikan dan beliau adalah lepasan sekolah
seni di United Kingdom. Beliau memperkenalkan estetik dan
teknik seni lukis moden kepada guru-guru dan pelukis muda
tempatan yang berminat. Di antara pelukis-pelukis yang
mendapat tunjuk ajar dan galakan beliau ialah Patrick Ng,
Cheong Lai Tong, Zakariah Noor, Ismail Mustan, Dzulkifli
Buyong, Ho Kai Peng, Liu Siat Mooi, Grace Selvanayagam,
Phoon Poh Hoon, Jolly Koh dan Syed Ahmad Jamal.
1954 tertubuhnya The Selangor Art Society yang
menganjurkan agar anggotanya berjumpa untuk melukis pada
hari Khamis Hoessein Enas bersama dengan kawan-kawannya
menubuhkan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) pada
tahun 1956 dengan cogan katanya seni untuk masyarakat
dan menggunakan kaedah figurative. Pada 27Ogos 1958,
tertubuhlah Balai Seni Lukis Negara, merupakan lambang
pengiktirafan kerajaan kepada kegiatan seni. Pelukis Malaysia
pertama yang mengadakan pameran solo di seberang laut
ialah Chuah Thean Teng yang diadakan di London pada tahun
1959 dan dipersembahkan oleh Majlis Kesenian Persekutuan.
Catan batik eksotik yang dihasilkan sejak beliau membuka
Yahong Gallery pada tahun 1955 telah meninggikan taraf batik
daripada hasil pertukangan tangan kepada bentuk seni halus.
Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada
tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab
Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di
bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui
kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang
menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan
pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan
pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada
lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di
Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal,
Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan
lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni
lukis avant-garde di negara ini.
Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Institut
Teknologi terdiri dari kumpulan New Scene
seperti Redza Piyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong
Kam Kow, Tan Teong Eng, Joseph Tan dan lain-lain
lagi. Kumpulan ini telah mendebarkan keadaan
seni lukis tempatan dengan ungkapan-ungkapan
yang mencabar. Pendekatan gaya catan mereka
yang berasaskan optik dan maklumat telah
mengejutkan pelukis-pelukis tempatan dan
masyarakat umum.
Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan
tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan
Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang
teguh di awal 1970an. 1974 Abdul Latif Mohidin telah
menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-
ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam
sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis
SeMalaysia. Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan
pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah
badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki
kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan
mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di
Malaysia dan luar negara.
TOKOH CATAN TANAH AIR
Yong Mung Sen
Abdullah Ariff
Peter Harris
Mohammad Hoessein Enas
Chuah Thean Teng
Zakariah Noor
Ismail Mustam
Dzulkifli Buyong
Syed Ahmad Jamal
Abdul Latif Mohidin

TOKOH CATAN ANTARABANGSA
Leonardo Da vinci
Michelangelo
Rembrandt
Vincent Van Gogh
Paul Cezzane
Pablo Picasso
Salvado Dali
Claude Monet
MEDIA CATAN
CAT AIR
Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna
dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar,
lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air
dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya
disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan
ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat
air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat
air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000
hingga 14. Palet juga diperlukan untuk
membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas
atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk
mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.
CAT POSTER
Cat poster boleh didapati dalam tiub atau
botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan
bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah
air. Berus yang digunakan untuk berkarya
menggunakan cat poster ialah jenis lembut
dan keras. Manakala kertas daripada jenis
cartridge yang tebal dan berpermukaan licin
digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk
menghasilkan campuran warna.
CAT TEMPERA
Bahan warna berbentuk serbuk atau pelekat
dalam tiub yang sedia proses. Ia mengandungi
bahan pengilat seperti kuning telur atau gam
cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan
cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah
berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain
kanvas atau papan. Biasanya teknik yang
diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang
nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan
warna rata dan licin.
CAT MINYAK
Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk
tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak
ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh
digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau
minyak kacang. Berus yang digunakan adalah
jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda,
kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod.
Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto,
glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling
atau teknik melembut.
TEKNIK CATAN
TEKNIK BASAH ATAS KERING
CIRI-CIRI
Teknik ini melibatkan
sapuan warna basah ke
atas permukaan kertas
yang kering untuk
menghasilkan kesan legap.
Teknik ini banyak
digunakan kerana sesuai
dengan beberapa jenis
media dan agak senang
dikawal sapuan warnanya.
Teknik ini juga boleh
menggunakan warna yang
basah dan disapukan ke
atas lapisan warna yang
telah kering bagi
mendapatkan kesan lut
sinar.
CAMPURAN WARNA
Campuran warna yang
hendak digunakan haruslah
tidak pekat dan tidak
terlalu cair. Kertas
hendaklah kering. Sapuan
berus yang spontan adalah
digalakkan.
CARA
Warna disapu ke atas
kertas lukisan yang kering.
Mulakan dengan lapisan
yan nipis dan ditindih
berperingkat-peringkat
dengan ton yang semakin
gelap. Untuk mendapatkan
kesan transparensi,
basahkan berus dan celup
ke dalam warna yang cair,
sapu di atas kertas lukisan.
Biarkannya kering dan
ulangi aktiviti yang sama.

TEKNIK BASAH ATAS BASAH
CIRI-CIRI
Teknik ini melibatkan
sapuan warna cair ke atas
permukaan kertas yang
basah. Ia menghasilkan
kesan lut sinar. Teknik ini
merupakan teknik yang
dramatik bagi media cat air
dan yang paling sukar
untuk dikawal sapuannya.
Pelukis harus membiarkan
warna terdahulu yang
masih lembap. Sapuan
warna berikutnya adalah
lebih tinggi kandungan air
dan pewarnanya. Jika tidak,
warna akan bercampur dan
hasilnya nampak kotor.
CAMPURAN WARNA
Campuran warna
hendaklah tidak terlalu
pekat atau terlalu cair.
Sebaik-baiknya ia harus
mempunyai nilai warna
yang cukup terang. Ini
kerana warna cat air akan
nampak kurang cerah
apabila kering. Gunakan
sapuan berus yang
spontan.
CARA
Kertas dibasahkan dengan
satu lapisan air atau warna
yang cair. Warna disapukan
apabila permukaan masih
basah. Jika menggunakan
lakaran pensel, elakkan
daripada memadam
garisan kerana ini akan
menimbulkan kesan
berbulu. Seterusnya ia
akan meninggalkan kesan
kering berlegap.
TEKNIK BERUS KERING
CIRI-CIRI
Teknik yang melibatkan
sapuan warna terus dari
tiub ke atas permukaan
kertas. Teknik ini boleh juga
melibatkan sapuan warna
yang pekat ke atas lapisan
warna yang telah kering
untuk menghasilkan kesan
jalinan. Ia akan memberi
kesan kering berlegap.
CAMPURAN WARNA
Gunakan warna terus dari
tiub atau bancuhkan warna
yang dikehendaki itu
dahulu dengan pekat.
Kertas hendaklah kering.
Sebaik-baiknya, asingkan
warna yang telah
dibancuh.
CARA
Gunakan berus yang kering
untuk mengambil warna yang
telah dibancuh. Warna
disapukan dengan rata pada
bahagian tertentu di atas
permukaan kertas yang kering.
Sapukan pada bahagian
tersebut satu demi satu
supaya warna pada setiap
bahagian tidak bercampur.
Gunakan berus yang halus bagi
menandakan jalinan yang
halus. Jika ingin menimbulkan
kesan tindihan, biarkan warna
kering dahulu. Kemudian,
sapukan warna yang pekat ke
atas lapisan warna yang telah
kering.