Anda di halaman 1dari 3

Kauseling

Seorang kaunselor yang baik dan boleh dipercayai memerlukan kemahiran-


kemahiran asas kaunseling untuk menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling
dengan jayanya. Terdapat lima belas jenis kemahiran asas yang sangat penting bagi
membantu proses pengajaran dan pembelajaran klien yang memerlukan khidmat
kaunseling guru.

Menurut Otman Mohamed (2005), kemahiran yang pertama ialah kemahiran
tingkah laku memberi perhatian. Seorang guru kaunseling yang baik wajib
menunjukkan respon tingkah laku positif bagi membantu murid bersedia untuk
berkongsi masalah dan meluahkan perasaan. Contoh respon tingkah laku yang
positif ialah menunjukkan mimik muka yang berseri bagi menunjukkan kesediaan
guru mendengar masalah murid. Jika guru tidak menunjukkan mimik muka berseri,
tiada tentangan mata dan tiada anggukan kepala, murid akan berasa tidak selesa
untuk berkongsi masalah dan guru tidak dapat membantu murid menyelesaikan
masalah murid.

Kemahiran asas yang seterusnya ialah kemahiran mendengar. Seorang guru
kaunseling yang baik perlu mempunyai kemahiran mendengar agar guru dapat
membantu mengurangkan rasa sedih murid yang mempunyai masalah. Lazimnya
setelah berkongsi masalah murid akan berasa lega. Kemahiran mendengar juga
penting kerana ia dapat membantu guru memahami, merasai dan menyatakan
dengan tepat masalah yang dihadapi oleh murid Kemahiran ini juga penting bagi
membantu guru mentafsir perasaan terpendam murid. Malahan kemahiran
mendengar secara aktif juga penting kerana dapat membekalkan lebih banyak
maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjut. Sebagai contoh, murid yang
kerap gagal dalam pelajaran di sekolah akibat daripada perpecahan keluarga tidak
ingin menceritakan punca sebenar kegagalannya dalam pelajaran kerana guru tidak
menunjukkan tingkah laku positif.

Manakala kemahiran asas yang seterusnya ialah kemahiran menyoal.
Kemahiran menyoal sangat penting terhadap guru kaunseling kerana, dengan
kemahiran menyoal yang baik guru dapat mengumpul seberapa banyak maklumat
mengenai masalah murid. Berdasarkan maklumat-maklumat dari soalan terbuka dan
tertutup itu guru akan dapat memahami gambaran jelas masalah murid yang
memerlukan khidmat kaunseling. Misalnya setelah murid meluahkan masalahnya,
guru boleh bertanya soalan terbuka seperti Cuba kamu ceritakan perasaan sebenar
kamu setelah ibu bapa kamu bercerai?

Kemahiran yang seterusnya ialah kemahiran memahami. Seorang guru
kaunseling yang baik perlulah berupaya untuk memahami masalah murid sebelum
guru berupaya untuk menyelesaikannya. Jika guru tidak memahami benar masalah
murid, khuatir guru terberi penyelesaiannya tidak sesuai dengan masalah murid.
Contohnya, murid yang selalu dipukul di sekolah kerana kerap mengusik kawan
datang kepada guru dan menceritakan masalahnya kepada guru. Guru yang tidak
dapat memahami masalah dengan baik akan menyebelahi pihak murid tersebut dan
menjadikan murid tersebut tidak sedar akan kesalahannya.
Kemahiran berempati juga penting untuk dikuasai oleh seorang guru
kaunseling yang berjaya, Ini adalah kerana kebiasaannya murid yang berjumpa
dengan guru kaunseling mempunyai emosi yang tidak stabil seperti marah, sedih,
kecewa dan tertekan, sebagai guru kaunseling yang baik guru perlu dapat merasai
perasaan sebenar murid agar guru dapat memberikan gambaran kepada murid
bahawa guru telah memahami dengan jelas masalah yang dihadapinya dan dapat
meningkatkan keselesaan murid untuk terus bercerita masalahnya kepada guru.
Contohnya, setelah murid bercerita mengenai perasaannya guru mengulas semula
perasaan murid seperti kamu berasa sangat sedih dengan penceraian ibubapa
kamu sehingga kamu tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran.

Bibliografi
Otman Mohamed. 2005. Prinsip Psikoterapi Dan Pengurusan Dalam Kaunseling. Ed.
Ke- 2. Serdang: Univirsiti Putera Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai