Anda di halaman 1dari 8

2

2.0 Aspek-aspek KSSR


KSSR mula diperkenalkan pada tahun ini iaitu 2011.. KSSR mula diterapkan kepada
murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam
persekolahan atau peringkat awal pendidikan. KSSR selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip KBSR iaitu pendekatan
bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan
yang sama untuk semua murid, dan pendidikan seumur hidup. Oleh disebabkan KSSR
adalah penambahbaikan KBSR maka prinsip-prinsip yang terkandung dalam KBSR
digunakan dalam KSSR.
Struktur KSSR terdapat enam tunjang iaitu tunjang komunikasi, perkembangan
fizikal dan estetika, kemanusiaan, ketrampilan diri, sains dan teknologi, serta tunjang
kerohanian sikap dan nilai. Berbanding KBSR yang hanya mengandungi tiga tunjang
sahaja iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembang diri individu.
KSSR telah membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras,
Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Bagi tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3)
akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta
kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Manakala tahap dua sekolah rendah (tahun 4
hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT,
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam KSSR ialah
penggabungan pendekatan dan kaedah serta bagaimana pendekatan dan kaedah itu
dilaksanakan merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran. Sesuatu strategi
pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk
mencapai kesan pengajaran yang optimum. Strategi yang baik akan menggunakan
masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran-
pembelajaran yang paling maksimum.





3

3.0 Perbezaan Antara KBSR dan KSSR
Aspek KBSR KSSR
Reka Bentuk Komunikasi
Manusia Dengan Alam
Sekelilingnya
Perkembangan Diri
Individu
Komunikasi
Kerohanian, Sikap dan
Nilai
Kemanusiaan
Keterampilan Diri
Perkembangan Fizikal
dan Estetika
Sains dan Teknologi

Organisasi Berasaskan mata pelajaran Tahap I
Modul Teras Asas
Modul Teras Tema
Modul Elektif

Tahap II
Modul Komunikasi
Modul Komunikasi Elektif
Modul Kerohanian, Sikap
dan Nilai
Modul Fizikal dan
Estetika
Modul Sains dan
Teknologi
Modul Kemanusiaan

Kandungan Berlaku perubahan kandungan kepada SEMUA mata pelajaran
Pedagogi Kemahiran Berfikir dalam
P&P
Aplikasi Kecerdasan
Pelbagai Dalam P&P
Penggunaan TMK
Pengajaran Berasaskan
Kajian Masa Depan
Pembelajaran Secara
Konstruktivisme
Pembelajaran Secara
Kontekstual
Pembelajaran Akses
Kendiri
Pembelajaran Masteri
Belajar Cara Belajar
Penegasan dan
penekanan kepada
pendekatan berikut:
a) Kemahiran Berfikir
dalam P&P
b) Aplikasi Kecerdasan
Pelbagai Dalam P&P
c) Penggunaan TMK
d) Pengajaran
Berasaskan Kajian
Masa Depan
e) Pembelajaran Secara
Konstruktivisme
f) Pembelajaran Secara
Kontekstual
g) Pembelajaran Akses
Kendiri
h) Pembelajaran Masteri
4

i) Belajar Cara Belajar

Kaedah
Pentaksiran
Penekanan yang
ketara kepada
pentaksiran
sumatif
Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan
(SPPK)
Dijalankan secara berterusan
untuk mengesan
perkembangan dan
pencapaian murid dalam
pembelajaran
Menggunakan kaedah
pentaksiran pelbagai
Bersifat autentik dan holistic

Pengurusan
Kurikulum
Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas
menyebabkan berlaku perubahan kepada pengurusan
kurikulum di pelbagai peringkat.

Peruntukan Masa Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada
beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris


3.1 Huraian
Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan mengekalkan
prinsip KBSR, penambahbaikan telah dilakukan pada aspek reka bentuk, organisasi,
pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk
membentuk KSSR. Terdapat 7 perbezaan antara KBSR dan KSSR iaitu dari aspek
reka bentuk kurikulum, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum.
Perbezaan pertama adalah dari segi reka bentuk kurikulum. Reka bentuk KBSR
adalah berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam
sekeliling serta perkembang diri individu. Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR,
terkandung kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Kemahiran ini merupakan
tunggak utama pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara matapelajaran
yang tergolong dalam bidang ini termasuk, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Bahasa
Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada tahap 1
dan tahap 2.
Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling yang mana
mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap. Matapelajaran yang terkandung
dalam bidang manusia dan alam sekeliling ini ialah Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Sains dan Kajian Tempatan. Seterusnya, bidang yang ketiga dalam KBSR ialah
perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah
5

komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk
meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup seperti bertukang dan
penghayatan keseniaan serta kesihatan.
Namun, setelah pembaharuan dilakukan, berdasarkan reka bentuk kurikulum
transformasi KSSR pula dilihat terdapat enam tunjang iaitu tunjang komunikasi,
perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi,
serta tunjang kerohanian sikap dan nilai. Kesemua tunjang ini membawa kepada
perkembangan individu yang seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta
mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Jika kita lihat di dalam KSSR, reka bantuk
yang digunakan lebih terperinci dan jelas berbanding dengan KBSR.
Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan
kepada proses menggabung jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi sama
ada berlaku dalam bentuk lisan dan juga bukan lisan dalam bahasa Malaysia, Inggeris,
Cina atau Tamil semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui tunjang
komunikasi ini murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar,
membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul (4M).
Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan
aspek kerohanian, sikap dan nilai. Bidang pembelajaran ini berfokus kepada
pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, matapelajaran
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi matapelajaran yang utama bagi
tunjang ini.
Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan. Ia dibina sejajar dengan keperluan
pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan
hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran
dan nilai berkaitan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global.
Selain itu memupuk semangat patriotism serta pepaduan dalam diri pelajar. Subjek
yang terlibat secara langsung ialah subjek Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.
Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda
pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian
dan berketrampilan. Melalui tunjang ini pemupukan sifat kepimpinan serta sahsiah diri
setiap pelajar dapat dicapai melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dirancang
dengan rapi.
Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, dan inteleknya (JERI). Kesihatan jasmani murid menjamin
perkembangan tubuh badan yang sihat dan cerdas. Potensi estetika merujuk kepada
pemupukan kreativiti, dan apresiasi pelajar yang dapat digunakan dalam melahirkan
ekspresi diri melalui daya imaginasi mereka. Kreativiti, dan apresiasi dapat dipupuk
6

melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni
visual dan muzik.
Akhir sekali, reka bentuk tunjang Sains dan Teknologi adalah bertujuan
memenuhi keperluan perkembangan komunikasi teknologi maklumat yang mana ia
menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu,
kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Tunjang ini menunjukkan
perbezaan utama antara KBSR dan KSSR dimana KBSR tidak begitu menekankan
bidang teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dari segi perbezaan organisasi kandungan, KBSR adalah berdasarkan semua
matapelajaran dan tidak dibahagikan kepada tahap 1 dan 2 dan dilaksanakan selaras
dengan semua matapelajaran. Tidak seperti KBSR, organisasi kurikulum dalam KSSR
telah diperhabarui dengan penambahbaikan di mana organisasi kurikulum KSSR
dibahagi-bahagi kepada dua tahap iaitu tahap 1 (tahun 1 hingga 3) dan tahap 2 (tahun
4 hingga 6). Di dalam organisasi kurikulum tahap 1, modul yang diajarkan ialah
berdasarkan Modul Teras Asas, Modul Teras Tema, dan Modul Elektif. Dalam tahap 2
pula, modul yang diajarkan adalah berdasarkan 6 tunjang dalam KSSR iaitu Modul
Komunikasi, Modul Komunikasi Elektif, Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai, Modul
Fizikal dan Estetika, Modul Sains dan Teknologi, Modul Kemanusiaan.
Perbezaan ketiga iaitu dari segi kandungan, didapati bahawa berlaku
perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran yang diajarkan semasa KBSR di
dalam kurikulum KSSR yang baharu ini. Terdapat perubahan berlaku pada semua
mata pelajaran. Pendidikan seks diajar menerusi Pendidikan Kesihatan di bawah
Modul Teras Asas bagi tahap satu. Selain daripada itu, mata pelajaran Matematik turut
mengalami perubahan. Jika pada peringkat KBSR konsep 3M (membaca, menulis,
mengira) ditekankan, namun pada pelaksanaan KSSR, konsep 4M ditekankan
(membaca, menulis, mengira, menaakul). Menaakul juga dikategorikan dalam
kebolehan menganalisis sesuatu maklumat. Kemahiran ini juga penting dalam
kehidupan seharian untuk membaca situasi yang berlaku di sekeliling kita dan bersedia
untuk melakukan perubahan-perubahan yang diperlukan dalam masyarakat.
Penaakulan berupaya mengembangkan kapasiti pemikiran logikal dan dan kapasiti
pemikiran kritis.
Seterusnya perbezaan keempat yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR
ialah dari aspek pentaksiran. Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses
pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar
serta untuk membuat keputusan. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi
penekanan kepada penilaian sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah
Penilaian Kemajuan Berasakan Sekolah (PKBS). seperti Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji
pencapaian murid. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di
sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
7

Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR,
maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem
Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan
peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS),
memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina
modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR
dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid
dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik
dan holistik. Selain itu modul pengajaran dan pembelajaran pula mengandungi
cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan bagi memudahkan proses pentaksiran.
Akan tetapi, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan
aspek yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat
adalah dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR
mempunyai persamaan iaitu kemahiran berfikir dalam P&P, aplikasi kecerdasan
pelbagai dalam P&P, penggunaan TMK, pengajaran berasaskan kajian masa depan,
pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran
akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.
Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek
peruntukan masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa
matapelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pada kedua-dua
kurikulum tersebut. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu
manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. Masa yang diperuntukan untuk
pelaksanaan KBSR iaitu selama 1350 minit juga bertambah kepada 1380 minit
seminggu dalam KSSR (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit).
Selain itu, pihak sekolah juga dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa
dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta
prasarana sekolah.









8

4.0 Implikasi Perubahan Kurikulum KSSR
Disebabkan pembaharuan KBSR kepada KSSR telah menimbulkan beberapa implikasi.
Antaranya ialah penambahan matapelajaran sejarah dan subjek pendidikan seks.
Melalui subjek sejarah yang bersangkut paut dengan sejarah tanah melayu akan
memberikan impak yang positif kepada pelajar. Sebab utamanya ialah sejarah akan
membuka mata serta minda pelajar sekolah rendah akan perkara yang mereka rasa
tidak begitu penting iaitu semangat sayang akan tanah air serta betapa pentingnya
perpaduan serta kerjasama antara satu sama lain. Semangat sayang akan tanah air
atau semangat patriotisme yang tinggi akan melahirkan seorang insan yang memiliki
semangat dalam memajukan serta pertahankan negara yang tercinta.
Subjek pendidikan seks telah diterapkan dalam Matapelajaran pendidikan
jasmani. Menerusi pendidikan seks ini sebanyak enam tunjang disenaraikan sebagai
teras pengisisan kurikulum yang merangkumi perkembangan manusia, perhubungan,
perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual
serta masyarakat dan budaya. Melalui semua aspek ini akan dilaksanakan secara
berperingkat bermula dari tahun satu hingga enam. Objektif pengenalan pendidikan
seks ini sekiranya dapat dicapai maka lahirlah murid yang dapat membezakan antara
baik dan buruk menerusi pendidikan seks yang diajar secara terperinci serta teratur.
Kemahiran asas iaitu 3M dalam KBSR telah diperbaharui dengan 4M dalam
KSSR. 4M iaitu membaca, menulis, mengira dam menaakul. Menaakul ialah kemahiran
berfikir yang membolehkan seseorang pelajar itu membuat keputusan berdasarkan
akal dan logik. Menaakul dapat memberikan ruang kepada pelajar serta galakan
untuknya mengasah kemahiran tersebut dan tentunya akan membolehkan mereka
membezakan antara yang positif dan negatif.
Penilaian Berasakan Sekolah (PBS) merupakan sistem peperiksaan yang masih
digunakan sehingga sekarang. Akan tetapi semasa dahulu PBS digunakan sepenuhya.
Jika dahulu penilaian pelajar 100 peratus berdasarkan peperiksaan, dengan
terbentuknya KSSR serta Penilaian Berasaskan Sekolah bakal merubah persepsi
masyarakat terhadap peperiksaan UPSR. Peperiksaan UPSR akan mengandungi 2
komponen iaitu PBS dan peperiksaan. PBS mewakili 40 peratus dan peperiksaan pula
mewakili sebanyak 60 peratus. Denagn cara ini bukan peperiksaan yang menentukan
9

tahap pelajar tersebut malah aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut semasa
disekolah.

Anda mungkin juga menyukai