Anda di halaman 1dari 3

Rujukan:

1. http://www.beritasemasa.com.my/beban-tugas-guru-malaysia

Sekarang memang ada kebenarannya yang mana kalangan guru-guru terlalu sibuk
dengan kerja pengkeranian sehinggakan tugas utama, main core mengajar
adakalanya terjejas. Agak berbeza dengan situasi jika dibandingkan dengan zaman
60-90an, guru dilihat fokus mengajar.
Oleh itu sekarang ini, Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin sekarang ini sedang
berusaha keras untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dibebani
kalangan guru di Malaysia hari ini.
Beban Tugas Guru Dikurangkan!
Datuk Seri Najib Razak berkata kaedah untuk mengurangkan beban tugas
pentadbiran guru akan diberi perhatian segera dalam pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Perdana Menteri (gambar) berkata langkah tersebut memerlukan tindakan supaya
guru boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka pada fungsi pengajaran
teras.
Beliau berkata aspek bebanan tugas guru merupakan antara perkara yang telah
dibincangkan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri
Pelajaran.
Itulah pembaharuan yang kita akan laksanakan bagi mengurangkan beban guru
dalam tugas yang tiada kaitan dengan tugas utama sebagai pendidik, katanya pada
majils perayaan jubli emas Sekolah Sultan Alam Shah, di sini, malam tadi.
Najib berkata keperluan guru harus diberi keutamaan sebagai motivasi untuk
mereka menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan luar bilik serta
pencapaian dan kejayaan sesebuah sekolah itu bergantung kepada warga pendidik.
Cadangan Berita Semasa Untuk Kurangkan Beban Guru
1. Pertama-tama sekali yang harus dilakukan ialah dengan mengurangkan
keterlibatan golongan guru-guru atau murid-murid yang terlalu fokus dengan
kehadiran menteri ke sesebuah sekolah ataupun apa jua program dan aktiviti
berkaitan dengan parti.
2. Kedua, kurangkan bilangan pelajar untuk sesebuah kelas. Sebenarnya, purata
kecekapan pengajaran guru adalah hanya sekitar 23 28 orang murid untuk
seorang guru sahaja. Jikalau ia dilaksanakan sistem penyampaian antara guru
dengan muridnya akan masih dalam keadaan terkawal. Sekaligus dapat
mengurangkan bebanan dan tekanan tugas guru sehingga 40%.
3. Ketiga, ataupun boleh diwujudkan satu jawatan iaitu pembantu guru. Mungkin
boleh dilaksanakan?
Apa yang kami perhatikan sekarang ini, kalangan guru rata-ratanya dilihat beban
tugas mereka semakin bertambah dan bertambah berbanding di zaman 60-90. Jiau
auu, Jikalau dahulu satu kad laporan untuk seorang guru sahaja (guru kelas). Tetapi
tidak sekarang. Benar?
Sekarang satu kad laporan sehingga 2-4 guru berlainan mesti sediakan ulasannnya
tersendiri. Bagaimana jikalau guru tersebut mengajar 3 subjek dengan satu kelas
purata 50 murid. Itu, tidak masuk lagi tugasan yang lain lagi. Lagipun bilangan murid
yang mencecah 50 orang untuk satu-satu kelas sudah tidak relevan lagi.
Rombak.rombak.rombak!
Bagi kami apabila beban kerja diserahkan kepada guru, guru akan kurang
memberikan perhatian kepada murid kelas sendiri secara peribadinya. Ini realiti yang
berlaku hari ini. Apa kata kalangan guru-guru, golongan ibubapa dan bekas pelajar
sekolah sendiri dengan sistem yang ada sekarang?


2. http://www.cikguhailmi.com/2013/12/10-isu-pendidikan-malaysia-2013.html
Isu Buli
Untuk tahun ini, masih ada kedengaran beberapa kes buli dalam kalangan
pelajar yang dilaporkan ke media massa. Dimulakan dengan isu buli ketua
kelas di SMK Tun Hussein Onn sehinggalah isu buli dalam asrama di SMK
Julau, Sarawak.

Walaupun kes yang berlaku di 2 buah sekolah ini adalah tidak serius
sehingga menyebabkan kematian, namun perkara seperti ini perlu sentiasa
dipandang serius. Semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras kes
buli ini sehingga ke tahap sifar!


Isu Cikgu Berpolitik
Oleh sebab pada tahun ini kita didemamkan dengan demam politik untuk
hampir sepanjang tahun, maka muncul lah beberapa cikgu yang saya rasa
sedikit melampau bila bermain dengan isu politik. Maka muncul lah kes-kes
macam Cikgu Doggie. Serius juga kesnya, sehinggakan diambil tindakan oleh
polis dan KPM sendiri.
Isu politik ini berterusan lagi apabila seorang guru di Selangor telah
menghukum pelajar-pelajarnya yang sekolah rendah berdiri hanya kerana
perbezaan fahaman politik.

Anda mungkin juga menyukai