Anda di halaman 1dari 24

1.

0 Pendahuluan / pengenalan
1.1 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk
melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif,
bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ke-5, Tun
Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bertujuan
memperkemaskan pelaksanaan program-program Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) serta memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan
berterusan supaya output yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak tempatan dan
antarabangsa, di samping mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam arena global.
PIPP mengariskan enam teras iaitu membina Negara bangsa, membangungkan modal
insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan,
memartabatkan profesion perguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan.

PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi tiga


aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. Matlamat PIPP adalah
untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Dua pendekatan utama telah
dikenalpasti sepanjang tempoh RMK-9. Pendekatan yang digunakan bagi memastikan
hasrat ini bergerak lancar selaras dengan pelancarannya adalah berdasarkan dua
pendekatan iaitu menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dan kesamarataan
peluang pendidikan dan kecemerlangan institusi pendidikan

1
1.2 Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Hala tuju pendidikan negara memerlukan perancangan yang sistematik untuk menjana
kecemerlangan pendidikan. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Teras
Keenam. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan menekankan usaha
menyemarakkan kecemerlangan institusi pendidikan ke arah memupuk pelajar minda
kelas pertama. Ini amatlah penting kerana ia menyediakan asas yang kukuh untuk
melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih gemilang dan menjadikannya
bertaraf dunia. Matlamat institusi pendidikan dan sekolah kluster secara khususnya
menitikberatkan pendekatan yang lebih berfokus bagi memastikan kepelbagaian kaedah
pendidikan untuk memenuhi keperluan, minat dan kecenderungan setiap individu murid
ke arah memaksimumkan potensi dan kebolehan sebenar murid.

Pendidikan berkualiti untuk semua merupakan agenda utama KPM. Sepanjang tempoh RM
Ke-9, KPM berhasrat untuk mengembangkan sepenuhnya potensi institusi pendidikan sehingga
membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia.
KPM berhasrat untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan tujuan melahirkan
modal insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat mencabar.

2
1.3 Sekolah Kluster

Penubuhan Sekolah Kluster diwujudkan sejajar dengan teras PIPP dalam melonjakkan
institusi pendidikan yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Kewujudan sekolah ini
memberi pendekatan untuk mengembangkan potensi sekolah dalam kluster
kecemerlangan institusi pendidikan.
Konsep sekolah kluster ialah mengelompokkan sekolah berdasarkan aspek
kecemerlangan pengurusan dan kecemerlangan pelajar. Tinjauan literature menunjukkan
bahawa amalan ini dilaksanakan di luar Negara untuk peningkatan kualiti pendidikan.
Pengelompokkan yang dilakukan berdasarkan lokaliti dan kecemerlangan.
Sekolah Kluster ialah satu jenama yang diberikan kepada sekolah cemerlang yang
berpotensi untuk ditingkatkan kecemerlangannya ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu
ianya bertujuan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan melonjakkan kecemerlangan
sekolah dalam sistem pendidikan Negara dan membangunkan sekolah yang boleh
dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah di luar klusternya.

2.0 Kurikulum

Kurikulum adalah kata pinjaman dari Bahasa Latin yang bermaksud padang kuda atau
cor oh subjek mater studi (Berbakar, 1982). Menurut Daud Hamzah (1993) carter dari
bahasa Latin bermaksud laluan atau jejak daripada permulaan hingga ke garisan penamat
atau jurusan. Manakala dalam bahasa Inggeris curi-curi bermakna jelmaan atau
metamorphosis. Manusia menggunakan perkaaan atau istilah itu bagi menggambarkan
bidang yang khusus merujuk kepada seseorang mengajar ilmu pengetahuan. Klibeard
(1982) menyatakan kurikulum sebagai jurusan pengajian yang diikuti di sekolah. Dalam
konteks pendidikan, kurikulum dijelmakan sebagai laluan dari satu peringkat ke satu
peringkat.

Bellack dan kliebard (1997) memasukkan unsur-unsur domain kognitif, afektif dan
psikomotor dalam kurikulum. Daripada tiga klasifikasi domain ini terbentuk beberapa

3
domain khusus seperti ilmu aktual, simbolik, konsep, generalisasi, kemahiran intelektual,
manipulative, sikap, minat, nilai dan apresiasi. Caswell dan Campbell (1935) berpendapat
kurikulum adalah perancangan pembelajaran. Semua kurikulum mempunyai elemen yang
ditetapkan seperti pernyataan tujuan dan objektif spesifik, pemilihan dan organisasi
kandungan pelajaran, pola pengajaran dan pembelajaran dan penilaian hasil
pembelajaran.

2.1 Tujuan
Bidang kurikulum memberi implikasi kepada pihak yang terlibat dalam sistem
pendidikan di sesebuah Negara atau zaman semasa. Hasil pengajian kurikulum membawa
perubahan pada sistem dan amalan pendidikan. Oleh itu, pendidikan termasuk pihak
pentadbiran, para guru sebagai pelaksana, para pelajar dan masyarakat keseluruhannya
mengalami kesan daripada hasil pengajian yang dijalankan. Tujuan pengajian kurikulum
adalah seperti yang akan dibincangkan di bawah.

2.1.1 Memenuhi Tuntutan Budaya

Perubahan sosial yang berlaku dengan berterusan dan cepat adalah sebab utama
pengajian kurikulum. Perubahan dalam masyarakat berlaku dengan pantas memerlukan
perubahan dalam kurikulum. Berdasarkan kurikulum lama, ianya mementingkan konsep
kemajuan kehidupan manusia dan peredaran zaman memerlukan perubahan dilakukan
sejajar dengan perkembangan, keperluan dan persekitaran pendidikan semasa.
Kurikulum Malaysia sering melakukan perubahan dan perancangan kurikulum sejajar
dengan perkembangan politik, sosioekonomi, sosiobudaya dan aliran perkembangan
pendidikan tempatan dan antarabangsa.

4
Rajah 2.1 Kurikulum sebelum,selepas dan semasa.

2.3 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Kurikulum dikaitkan dengan kehidupan sebenar yang bernilai yang harus dimiliki oleh
kanak-kanak dalam lingkungan dan masa tertentu. Kurikulum selalu dikaitkan dengan
keperluan jasmani, intelek dan perkembangan emosi, berpotensi dan berkeyakinan.
Proses perkembangan haruslah seimbang dan sepadu.

Dasar penggubalan KBSR adalah menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
kaum Melayu, Cina, India dan bangsa lain supaya boleh hidup dengan aman dan damai.
Falsafah pendidikan sekolah rendah menekankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak harus dilibatkan secara aktif dan efektif. Selain itu, kanak-kanak harus
mendapat kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman intelek, rohani dan jasmani
secara langsung. Pengalaman ini harus dipilih dan dirancang dengan teliti dan menarik
supaya kanak-kanak dapat melahirkan perasaan dan idea melalui lakonan, perkataan,
muzik, lukisan, tarian dan pergerakan.

i) Matlamat dan Objektif

KBSR berpandukan pada rasional bahawa pendidikan di kalangan kanak-kanak


adalah bercorak asas dan proses perkembangan berlaku secara menyeluruh dan

5
bersepadu. Kanak-kanak melalui proses pemeringkatan intelek (kognitif), rohani
(afektif) dan jasmani (psikomotor).

Orientasi Kurikulum Sekolah Rendah bertujuan untuk mencapai objektif seperti


berikut iaitu penguasaan Bahasa Melayu dengan memuaskan bahasa rasmi Negara,
bahasa perpaduan dan bahasa ilmu pengetahuan. Penguasaan dan kemahiran
berbahasa adalah untuk berkomunikasi, membaca dan menulis. Penguasaan dan
mahir dalam kira-kira. Penguasaan kemahiran belajar dan berfikir. Pemahaman,
pembacaan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Pembinaan dan pemupukan nilai murni berdasarkan etika kemanusian dan


kerohanian dengan berteraskan prinsip yang terkandung dalam rukun Negara.
Mempunyai ilmu, pemahaman, minat dan kecenderungan serta keprihatinan terhadap
manusia dan alam sekitar. Bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain dengan
amalan kerjasama dan toleransi. Mengembangkan bakat daya kepimpinan dan
keyakinan bagi meningkatkan ilmu dengan menggunakan kemahiran asas yang
dikuasai. Meminati, memahami, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian
dan rekreasi dalam lingkungan budaya nasional.

ii) Rasional KBSR

Secara rasional KBSR diwujudkan disebabkan timbulnya keraguan berkaitan dengan


pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan lebih berasaskan penguasaan
pengetahuan. Selain itu, penekanan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan kepada
kelulusan peperiksaan. Kebanyakan pengajaran adalah bertumpu kepada hafalan dan
ingatan dan bukan ketajaman fikiran dan taakulan. Pengajaran kurang memberi
perhatian kepada penguasan kemahiran dan pemupukan nilai. Selain itu, KBSR
ditubuhkan bagi mengurangkan pelajar tamat sekolah rendah yang tidak mampu
menulis, membaca dan mengira.

iii) Prinsip KBSR

6
Penekanan KBSR pada pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan bagi
perkembangan individu secara menyeluruh merangkumi aspek-aspek pendidikan asas
dan perkembangan bakat kanak-kanak. Ianya bertunjangkan 3 prinsip utama iaitu
perkembangan individu bukannya kumpulan yang dipentingkan. Perkembangan ini
pula hendaklah secara menyeluruh serta pendidikan asas bagi setiap individu di
peringkat sekolah rendah serta perkembangan bakat individu yang berbeza.

iv) Pelaksanaan KBSR

Dilaksanakan berdasarkan pembahagian masa seminggu yang terbahagi kepada dua


tahap. Tahap pertama melibatkan 1320 minit seminggu dan tahap kedua 1440 minit
seminggu. Bidang pelajaran dibahagikan kepada 4 bidang pelajaran iaitu komponen
kemahiran asas, komponen kerohanian, nilai dan sikap, komponen kemanusiaan dan
persekitaran dan komponen kesenian dan rekreasi.

Rajah: reka bentuk kurikulum KBSR

2.4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)


KBSM digubal bagi meningkatkan mutu dan darjah pendidikan Negara. Ini bertujuan
untuk membentuk dan membina perilaku manusia secara seimbang dan bersepadu dengan
tuntutan dunia dan akhirat.

7
i) Matlamat dan objektif

Program KBSM adalah langkah ke arah meningkatkan mutu pendidikan Negara


selaras dengan perakuan-perakuan yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979). Ia digubal berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
memberi tumpuan aktiviti pendidikan adalah dirancang menuju ke arah yang sama
iaitu pembinaan insan yang baik.

Penekanan diberikan pada perkembangan potensi individu secara menyeluruh,


seimbang dan bersepadu melalui kandungan kurikulum yang merangkumi
pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan perlakuan yang dilakukan semua pelajar dan
juga menjadi asas bagi pendidikan seumur hidup. Kefahaman penghayatan dan
amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusian, kemasyarakatan dan kewarganegaraan
dan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Malayia sebagai bahasa
komunikasi dan bahasa ilmu pengetahuan.

Dalam rancangan KBSM, kesepaduan merupakan penjalin dan pengadun unsur-unsur


nilai pengetahuan, kemahiran, bahasa serta nilai aspek-aspek kesepaduan. Ini mesti
ditekankan apabila merancang strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

ii) Konsep bersepadu KBSM

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan pelajar dapat mencungkil,


memupuk, mengembang dan meningkatkan potensi yang ada pada pelajar ke
peringkat yang maksimum. FPN menyatakan bahawa pendidikan merupakan usaha
yang berterusan. Disamping memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran,
pendidikan yang diterima oleh pelajar harus dapat menimbulkan minat rangsangan
dan keyakinan diri pelajar untuk terus mencari ilmu pengetahuan walaupun sudah
tamat pendidikan formal. Pendidikan formal sesuai dengan konsep pendidikan
seumur hidup dan berterusan.

8
Konsep bersepadau dalam KBSM membawa maksud menguasai ilmu pengetahuan,
kemahiran dan bahasa serta memupuk nilai-nilai murni secara intergrasi dan
menyeluruh. Bagi mencapai hasrat itu KBSM menegaskan penekana yang meliputi
aspek kesepaduan ilmu pengetahuan, kemahiran nilai dan bahasa dalam pelajaran.
Kesepaduan pengalaman pembelajaran antara matapelajaran. Selain itu kesepaduan
antara amali dan teori serta kesepaduan antara pengalaman dan kesan pembelajaran
dalam bilik darjah dan aktiviti luar bilik darjah, alam persekitaran dan pengalaman
hidup seharian pelajar.

iii) Implikasi KBSM

Dalam KBSM pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni yang hendak


disampaikan pada pelajar adalah mengenai keperluan asas bagi menghadapi cabaran
hidup dan digunakan bagi memperoleh pengetahuan tambahan. Kesan dari KBSM
adalah pelajar memperoleh ilmu pengetahuan dengan dirancang dari segi ilmu
pengertahuan yang bermanfaat dan bijaksana serta memupuk sifat suka membaca,
cintakan ilmu dan penemuan.

Selain itu, ianya menigkatkan daya intelek dengan menyatakan idea, fikiran dan
pendapat dengan jelas, objektif, kreatif, rasional dalam semua situasi. Peluang
meningkatkan daya intelak perlu diwujudkan supaya pemikiran kritis dan analisis
menjadi salah satu aspek penting dalam setiap aktiviti pembelajaran. Malah ianya
turut memberikan pelajar menguasai kemahiran belajar berdasarkan kemahiran
belajar membuat perbandingan, menyatakan idea utama, mengelas atau menyususn
mengikut prisnsip tertentu.

KBSM turut memberikan implikasi kepada pemupukan dan penerapan nilai-nilai


murni menggambarkan sikap, perasaan, pemikiran, pandangan hidup dan
penghayatan nilainya. Pegangan nilai diperoleh melalui tanggapan dan pengamatan
daripada apa yang dilihat dan dipelajari. Proses pemupukan nilai murni boleh
dilakukan secara langsung dan tidak langsung dalam setiap mata pelajaran pada
tempat yang sesuai.

9
3.0 Kurikulum Sekolah Kluster

Walaupun terdapat pelbagai kriteria dalam pelaksanaan sekolah kluster, namun


yang akan dibincangkan di sini adalah memfokuskan kepada aspek kurikulum. Bidang
kurikulum atau akademik dipilih kerana ia merupakan salah satu komponen yang paling
penting dalam membuktikan sesebuah institusi itu dianggap cemerlang atau tidak.
Melalui aspek ini juga, ia dapat menilai sejauh mana prestasi pelajar dan sekolah yang
terlibat sejajar dengan kehendak teras stategik keenam PIPP 2000-2010 iaitu untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta merialisasikan
impian Negara untuk mencapai Wawasan 2020.

Selain itu, kandungan kurikulum sekolah kluster adalah berdasarkan kepada


kurikulum kebangsaan seperti yang terdapat dalam petikan di bawah;

“Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum


dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,
nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.”

(Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; 3(1))

Antara syarat-syarat yang harus ditepati oleh sekolah yang ingin diklusterkan
perlulah mempunyai pencapaian cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum,
mempunyai daya usaha ke arah kecemerlangan, pengurusan sekolah berwawasan dan
berkesan dan pembangunannya sumbernya adalah terurus dan digunakan secara
optimum. Selain itu, pemimpin sekolah juga harus mengamalkan kepimpinan yang
berkualiti, guru yang membudayakan amalan profesonalisme serta kemenjadian murid
yang terserlah. Iklim sekolah haruslah konduksif untuk pembangunan modal insan serta
keberkesanan pelaksanaan program oleh KPM dan sekolah juga berpewatakan.

10
3.1 Syarat –syarat Pencapaian Sekolah Kluster

Selain itu, pemilihan sekolah kluster perlu memenuhi Pengukuran Standard di mana
sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya taraf cemerlang yang berdasarkan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). SKPM-Sekolah telah diperincikan
pelaksanaanya kepada dokumen iaitu :-

1. SKPM 1: Standard kualiti pendidikan Malaysia (sekolah) iaitu penyataan standard


2. SKPM 2: Standard kualiti pendidikan Malaysia (sekolah) iaitu instrument
pemastian standad (IPS)
3. SKPM 3: Standard kualiti pendidikan Malaysia (sekolah) iaitu panduan rancangan
pemajuan sekolah (RTS)

Penyataan standard terdiri daripada 12 elemen yang dibahagikan kepada empat dimensi
yang terdiri daripada hala tuju kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan program
pendidikan dan juga kemenjadian pelajar. Bagi Pengukuran Standard Sekolah, sekolah
mestilah mencapai pelaksanaan SKPM yang diukur menggunakan IPS iaitu mestilah
mencapai 80% ke atas di tahap 6 (Cemerlang) dan tahap 7 (Gemilang). Pencapaian
sekolah ditaksirkan dalam tiga tahap dan tujuh taraf iaitu :-

Tahap Taraf Pencapaian Sekolah (%)


7 Gemilang 90-100
6 Cemerlang 80-89
5 Harapan 70-79
4 Sederhana 50-69
3 Lemah 35-49
2 Sangat Lemah 25-34
1 Lampau Lemah 0-24

Jadual 3.1 Pengukuran Standard Sekolah

3.2 Prasyarat Dan Syarat


Antara pemilihan sekolah tersebut ia perlu memenuhi prasyarat dan syarat yang
terdiri daripada prasyarat pertama dan prasyarat kedua. Bagi Pengukuran Standard

11
Sekolah, sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang
berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Manakala prasyarat
kedua pula adalah tentang kecemerlangan kurikulum bagi sekolah menengah di mana
Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-
turut adalah seperti berikut:

 Sekolah Berasrama Penuh:GPS 2.5 dan ke bawah


 Sekolah Menengah kebangsaan Agama:GPS 3.0 dan ke bawah
 Sekolah Menengah Teknik:GPS 4.0 dan ke bawah
 Sekolah Menengah Harian:GPS 4.0 dan ke bawah

Bagi kecemerlangan kurikulum untuk sekolah rendah iaitu sekolah rendah harian,
murid-murid perlu lulus semua mata pelajaran dengan mendapat 80% dan ke atas dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau peratus kelulusan menunjukkan
peningkatan atau GPS UPSR adalah 2 dan ke bawah.

3.2.1 Senarai Sekolah Kluster Tahun 2007

Berikut adalah merupakan senarai penuh 30 buah sekolah yang telah terpilih sebagai
sekolah kluster pada tahun 2007. Sebanyak 30 buah sekolah pertama yang terpilih adalah
terdiri daripada sembilan sekolah kebangsaan (SK), lima sekolah berasrama penuh (SBP),
sebelas sekolah menengah harian (SMH), tiga sekolah menengah kebangsaan agama
(SMKA) dan dua sekolah menengah teknik (SMT).

Sekolah Rendah

1. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Limbang, Sarawak


2. SK Pengakalan Tereh, Kluang, Johor
3. SK Sultan Idris 2, Kuala Kangsar, Perak
4. SK Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan
5. SK Sri Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
6. SK Infant Jesus Convent, Johor Bharu, Johor
7. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Keat Hwa, Alor Star, Kedah

12
8. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima, Klang, Selangor
9. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Bukit Mertajam, Pulau
Pinang

Sekolah Berasrama Penuh

1. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya


2. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu,
Kelantan
3. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak
4. Kolej Tunku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan
5. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor

Sekolah Menengah Harian

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor
2. SMK Gunung Rapat, Ipoh, Perak
3. SMK Penang Free, Georgetown, Pulau Pinang
4. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
5. SMK Victoria, Kuala Lumpur
6. SMK St. John, Kuala Lumpur
7. SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur
8. SMK Sultanah Asma, Alor Star, Kedah
9. SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang
10. SMK Derma (B), Kangar, Perlis
11. SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu

Sekolah Menengah Agama

1. SMKA Al-Manshoor, Georgetown, Pulau Pinang


2. SMKA Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu, Terengganu
3. SMKA Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka

13
Sekolah Menengah Teknik

1. SMT Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan


2. SMT Tawau, Tawau, Sabah

3.2.2 Sekolah Kluster Tahun 2008

Pada tahun sebanyak 30 buah sekolah yang telah terpilih sebagai sekolah kluster adalah
terdiri daripada sembilan sekolah rendah, duabelas sekolah menengah harian, lima
sekolah berasrama penuh, dua sekolah menengah agama, satu sekolah menengah teknik
dan satu sekolah sukan.

Sekolah Rendah

1. Sekolah Kebangsaan (SK) (P) Methodist, Kuantan, Pahang


2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lick Hung, Subang Jaya, Selangor
3. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah
4. SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang, Terengganu
5. SK Puteri, Seremban, Negeri Sembilan
6. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
7. SK Sena, Kangar, Perlis
8. SJK Tamil Masai, Masai, Johor
9. SK Bandar 2, Paloh Hinai, Pekan, Pahang.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

1. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya


2. Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban
3. Sekolah Menengah Sains (SMS) Kuching
4. SMS Muzaffar Syah, Ayer Keroh
5. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru

Sekolah Menengah Agama

14
1. Sekolah Menengah (SM) Agama Persekutuan Kajang
2. SMK Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban

Sekolah Menengah

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) St George, Pulau Pinang


2. SMK King George V, Seremban
3. SMK Tinggi Kota Kinabalu, Kota Kinabalu
4. SMK Ave Maria Convent, Ipoh, Perak.
5. SMK Sultan Ismail, Johor Bahru
6. SMK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu
7. SMK Datuk Ahmad Maher, Kota Bahru
8. SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
9. SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur
10. SMK Tinggi Perempuan, Melaka
11. Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Petra Jaya, Kuching
12. SMK Desa Kencana, Lahad Datu, Sabah.

Sekolah Menengah Teknik


Balas Bersama
1. SM Teknik Cheras, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur Menteri Pelajaran
Pemimpin sekolah
(guru besar dan
Sekolah Sukan penolong
kanan):gred
1. Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur perjawatan yang
lebih tinggi
3.3 Prestasi Pembelajaran daripada sekolah
biasa (school-
Bagi aspek ini pula, melihat kepada tahap prestasi pelajar dari segi akademik
based post);
sehingga sekolah tersebut disenaraikan sebagai sekolah kluster. Di sini disertakan Insentif
dua diberi
contoh sekolah yang terpilih sebagai sekolah kluster pada tahun 2007 dan tahun 2008.kepada sekolah
dan warga
sekolah dari
semasa ke
i) Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma Alor Setar, Kedah semasa mengikut
pencapaian
Peruntukan
YEAR PMR SPM STPM
1995 100% 99.3% 97.26%
tambahan
kewangan
Pelbagai program
15 pembangunan
profesionalisme
untuk warga
sekolah.
pendidikan
dengan institusi
terpilih di luar
negara.

1996 100% 100% 98.36%


1997 100% 100% 100%
1998 100% 100% 100%
1999 100% 100% 97.30%

3.4 Pelaksanaan Kurikulum

Bagi melaksanakan matlamat penubuhan sekolah kluster dalam melonjakkan


kecemerlangan institusi pendidikan, terdapat beberapa pelaksanaan yang perlu
dilaksanakan oleh tiga jawatankuasa yang ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut terdiri
daripada Jawatankuasa Pemilihan Sekolah iaitu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, Panel Penasihat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk
Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad dan manakala Jawatankuasa Pelaksana
dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah).

3.5 Penambahbaikan

Bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah kluster beberapa penambahbaikan


perlu dilakukan dari segi elemen-elemen sokongannya. Antara elemen-elemen
tersebut adalah pengurusan dan pentadbiran di sekolah adalah berdasarkan kepada
kecekapan dalam menguruskan sekolah, pelajar, sumber tenaga manusia dan
kemudahan asas. Di samping itu, penambahbaikan yang berterusan iaitu mempunyai
perancangan yang komprehensif dan sistematik, guru yang berketerampilan sama ada
guru-guru siswazah atau bukan siswazah, guru harus diberi anugerah tertentu iaitu
guru khas dan guru pakar.

Kepimpinan pengetua haruslah berdasarkan kepada gaya kepimpinan yang


cemerlang, mempunyai keupayaan menggerakkan seluruh warga sekolah dan juga
mempunyai cara berkomunikasi yang berkesan. Antara elemen lain yang dilihat
perlukan penambahbaikan ialah bahagian pengurusan kewangan yang memanfaatkan
sumber kewangan dengan kaedah pengurusan yang berkesan berdasarkan
perancangan, penyelenggaraan dan analisis yang cekap dan amanah.

16
Dari segi keselamatan pula adalah terjamin, mempunyai tahap disiplin yang
memuaskan serta mempunyai visi dan misi, mempunyai semangat kekitaan dan
melaksanakan setiap program intervensi yang berdasarkan kepada program intervensi
anjuran sekolah, PPD, JPN dan KPM. Pihak pengurusan asrama juga mengadakan
pelbagai program untuk pelajar yang boleh mendisiplinkan pelajar. Manakala elemen
dalam prasarana haruslah lengkap iaitu berdasarkan kemudahan asas yang lengkap,
berfungsi dan terkini serta memenuhi ciri-ciri bangunan yang moden dan futuristik.

Elemen sokongan juga terdiri daripada penglibatan ibu bapa dan masyarakat
setempat dalam memberi kerjasama dan galakan berdasarkan program sokongan yang
dilaksanakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat setempat.
Dari segi nilai estetika sejarah dan tradisi adalah berdasarkan kepada tahun
penubuhan, pihak yang menubuhkan, tujuan asal penubuhan, lokasi bangunan,
pengisytiharan sejarah serta keunikan sejarah sekolah. Penglibatan alumni, lembaga
pengelola sekolah dan tokoh yang merupakan bekas pelajar dalam memberi sokongan
dalam penubuhan sekolah kluster adalah penting.

3.6 Rumusan
Sekolah-sekolah yang disenaraikan sebagai sekolah kluster boleh dikatakan
kesemuanya mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam bidang kurikulum,
korikulum dan sahsiah. Oleh itu, tidak boleh dinafikan lagi pemilihan sekolah-sekolah ini
dapat memenuhi cita-cita dan matlamat kerajaan dalam melahirkan pelajar-pelajar yang
berkualiti bagi pembangunan modal insan. Sekolah kluster ini telah banyak menyumbang
dalam melonjakkan kecemerlangan institusi di negara ini.

4.0 Permasalahan dan Implikasi kurikulum sekolah Kluster

Dalam pelaksanaan kurikulum sekolah Kluster pelbagai pihak terutamanya pihak


kerajaaan telah terlibat bagi merealisasikan pembangunan sekolah kluster.
Namun, pelaksanaan yang dijalankan oleh pihak kerajaan berdasarkan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam melonjakkan institusi pendidikan

17
adalah merangkumi pelbagai aspek. Ia meliputi aspek tahap pencapaian sekolah,
guru cemerlang, dan disiplin serta sahsiah pelajar.

Proses pelaksanaan yang ingin dibangunkan bukanlah perkara yang mudah


tapi memerlukan kerjasama pelbagai pihak. Cabaran dan permasalahan yang
timbul dari pelaksanaan ini merangkumi pelbagai pihak. Permasalahan yang
timbul adalah dari pihak Sekolah dan pentadbir, pihak pelajar, ibu bapa dan
masyarakat.

Permasalahan yang timbul adalah merangkumi aspek pelaksanaan dan


infrastruktur prasarana kerajaan terhadap sesebuah sekolah kluster. Secara dasar,
permasalahan utama yang dihadapi oleh pihak sekolah adalah dari aspek
pemilihan guru besar dan pengetua yang berkelayakan untuk mentadbir sesebuah
sekolah kluster. Kerajaan telah mewartakan taraf kelayakan bagi pengetua dan
guru besar iaitu kelayakan DG 52 / DGA 36. Oleh yang demikian, kekurangan
guru besar dan pengetua yang berkelayakan menjadi punca permasalahan yang
berlaku di sesebuah sekolah kluster.

Selain itu, masalah dari segi kekurangan tenaga pengajar yang


berkelayakan dan mempunyai prestasi kerja yang cemerlang. Kekangan ini
merangkumi pengiktirafan guru cemerlang dengan kadar nisbah yang sedikit bagi
sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, kekurangan tenaga pengajar memberi
impak kepada prestasi kurikulum pelajar. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
ada menegaskan bahawa nisbah kelas adalah 1 : 2, iaitu didalam sesi pengajaran
dan pembelajaran (P&P) didalam kelas adalah seorang guru akan melaksanakan
tugas P&P terhadap dua orang pelajar sahaja.

Kekangan dari pihak guru merangkumi kekurangan guru bagi sesuatu


matapelajaran dan guru yang berkelayakan. Ini bermaksud, kekurangan guru yang
berkelayakan dari aspek akademik. Sebagai contoh: guru opsyen sains tidak
diberikan subjek mengikut opsyen mereka. Oleh yang demikian, proses P&P

18
dibilik darjah menjadi tidak seimbang dan akan memberi impak kepada pelajar.
Guru yang berkelayakan juga harus dititik beratkan, ini kerana proses nilaian
prestasi akademik pelajar terletak kepada P&P guru. Jika seseorang guru itu,
hanya mempunyai kelayakan ditahap rendah, impaknya kepada pelajar yang
hanya bertumpu kepada buku teks sahaja.

Dalam melaksanakan dasar kerajaan, infrastruktur dan prasarana yang


lengkap perlu di utamakan. Selain itu, kekangan dari segi prasarana dan
infrastruktur sekolah. Terdapat sesebuah sekolah yang tidak memenuhi kriteria
sebagai contoh, dalam sebuah makmal komputer terdapat 50 buah komputer tetapi
pada hakikatnye hanya separuh computer yang berfungsi. Inilah yang dikatakan
pihak kerajaan perlu bekerjasama melakukan pemantauan dan pemantapan
infrastruktur bagi melancarkan proses P&P disekolah kluster.

Permasalahan yang timbul dari pihak pelajar juga merupakan kesan yang
mempengaruhi prestasi dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Ini merangkumi
aspek disiplin, sahsiah dan akademik. Permasalahan yang ingin dihuraikan adalah
terdapat pelajar yang tidak mematuhi peraturan sekolah dan melanggar disiplin
sekolah. Kekurangan nilai murni dan sahsiah dikalangan pelajar, walaupun
seseorang pelajar sekolah kluster mempunyai prestasi akademik yang cemerlang
belum tentu mereka menjadi modal insan yang memenuhi syarat dasar kerajaan.
Selain itu, masalah dari segi penerimaan P&P pelajar, tidak keseluruhan pelajar
mempunyai tahap IQ yang membanggakan, oleh itu, terdapat pelajar yang tidak
mencapai tahap pencapaian yang baik.
Persatuan ibubapa dan guru (PIBG) serta masyarakat juga terlibat secara
langsung dalam pemantapan prestasi sekolah kluster. Permasalahan dan kekangan
dari pihak PIBG iaitu merangkumi aspek kerjasama dan sokongan. Terdapat
ibubapa yang tidak bersetuju dengan kurikulum yang akan dijalankan di sekolah.
Contohnya sesetengah ibubapa tidak bersetuju waktu pembelajaran disekolah
dilanjutkan. Masyarakat merupakan agen persekitaran yang banyak
mempengaruhi nilai budaya dan pemikiran pelajar. Para pelajar mudah

19
terpengaruh dengan persekitaran yang kurang elok, kerjasama dari pihak luar
terutamanya masyarakat penting untuk berkerjasama memantau perlakuan pelajar
ketika berada di tempat umum.

4.1 Implikasi kurikulum sekolah kluster

Pelaksanaan dasar kerajaan dalam bidang pendidikan dalam pemantapan


institusi pendidikan di Malaysia memberi implikasi pro dan kontra yang
tersendiri. Implikasi positif atau pro tentang dasar sekolah kluster ini adalah
seperti Program kerjaya, Pelajar Sekolah Cemerlang secara keseluruhan (holistic)
dalam sistem : 5.8 % daripada 5.2 juta pelajar. Lepasan sekolah kluster diterima
masuk universiti ternama luar negara, sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf
antarabangsa iaitu 3.1% daripada 9663 sekolah, model piawaian kepada sekolah
dalam dan luar negara, pemimpin berkualiti (3.1 % daripada 9663 sekolah) dan
guru cemerlang (6.9 % daripada 350,000 guru), dan melonjakkan kecemerlangan
institusi pendidikan di Malaysia. Manakala implikasi negatif atau kontra adalah
seperti lambakan para siswazah dalam pelbagai bidang, bidang kepakaran yang
dilahirkan oleh sekolah kluster menjurus untuk berkhidmat di luar Negara,

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses


desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian
autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumni, pemimpin
sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka
telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster
Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada Mac 2007.

5.0 Cadangan

20
Bagi memantapkan lagi proses mengklusterkan institusi pendidikan untuk mencapai
objektif Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, beberapa cadangan telah dikenalpasti.
Oleh kerana pelaksanaan projek sekolah kluster ini bukanlah satu perkara atau agenda
yang mudah, maka pelaksanaan ini memerlukan kerjasama dari semua pihak. Ini
termasuklah pihak sekolah dan pentadbirannya, pihak pelajar, ibu bapa dan juga
masyarakat di sekelilingnya.

Menyentuh kepada prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan, ini dilihat dari
pemasalahan pemilihan guru besar dan pengetua yang akan ditempatkan di sekolah yang
telah diklusterkan. Kerajaan telah mewartakan taraf kelayakan bagi pengetua dan guru
besar iaitu kelayakan DG 52/DGA 36. Pelaksaanannya perlulah dipilih secara sistematik
supaya guru besar dan pengetua yang dilantik ini dapat membantu pengurusan sekolah
kluster di samping dapat memimpin pentadbirannya di landasan yang tepat. Ini akan
memudahkan lagi pengurusan sekolah kluster dalam mencapai objektif yang telah
ditetapkan oleh kerajaan.

Langkah kedua, menyentuh kepada masalah kekurangan tenaga pengajar atau guru yang
mahir. Jika dilihat dari sudut bilangan guru, kerajaan perlulah menambah jumlah guru
bagi memenuhi permintaan kekurangan tenaga pengajar. Dari aspek guru yang mahir dan
berkelayakkan pula, kerajaan perlu melahirkan banyak tenaga pengajar yang pakar dalam
matapelajaran tertentu melalui pengkhususan matapelajaran yang diambil semasa di
intitusi pengajian tinggi dan juga maktab. Di sudut yang berlainan, guru yang
ditempatkan di sekolah untuk mengajar perlulah diberi keutamaan mengajar subjek dalam
pengkhususan mereka. Ini penting untuk melihat keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.

Guru-guru di sekolah juga harus diberi pengiktirafan dan penghargaan untuk


tugas-tugas yang mereka lakukan. Selaras dengan kehendak kerajaan dalam melonjakkan
kecemerlangan sistem pendidikan negara dan kecemerlangan guru itu sendiri. Jika dilihat
dari aspek penyediaan kemudahan prasarana dan insfrastruktur, kerajaan telah
mengeluarkan peruntukan yang sangat besar bagi memenuhi kehendak melahirkan

21
Sekolah Kluster. Tetapi, sejauh mana kemudahan itu dimanfaatkan dan digunakan
menimbulkan sedikit keraguan. Oleh yang demikian, kerajaan ataupun pihak nazir
haruslah melakukan pemantauan yang berkala di semua sekolah–sekolah yang telah
diklusterkan. Tindakan ini adalah bagi memastikan setiap kemudahan yang diperuntukan
digunakan sebaik mungkin dan tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab. Ini juga penting bagi memastikan setiap kemudahan itu dapat
berfungsi sebaik yang mungkin. Sebagai contoh, sebuah makmal komputer terdiri
daripada 50 buah komputer tetapi pada hakikatnya hanya separuh komputer yang
berfungsi, manakala selebihnya mengalami kerosakkan tetapi tidak dibaikpulih. Ini
secara tidak langsung akan membantutkan proses P&P.

Dari sudut yang berbeza, disiplin, sahsiah dan akademik pelajar perlu diberi
perhatian yang lebih. Apabila timbulnya masalah-masalah berkaitan diri pelajar, ini akan
mengurangkan keberkesanan P&P dalam bilik darjah. Oleh kerana nisbah di sekolah
kluster antara guru dan pelajar adalah 1:2, guru haruslah berada lebih dekat dengan
pelajar. Guru harus berusaha mendekati pelajar untuk melihat perkembangan diri pelajar
dari semasa ke semasa.

Melalui cara mendekati pelajar inilah guru akan mengeratkan hubungan


komunikasi dan interaksi dengan pelajar. Pelajar pula akan menjadikan guru ini sebagai
kawan yang membolehkan mereka berkongsi apa jua masalah berkaitan dengan diri
mereka. Dengan konsep mendengar dan menasihati, pelajar ini secara tidak langsung
akan menerima nasihat dan teguran dari guru yang rapat dengan mereka untuk
memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. Ini kerana jurang yang wujud antara
guru dan pelajar dapat dihapuskan melalui pendekatan komunikasi dan interaksi yang
baik dan rapat.

Dalam satu kelompok pelajar yang besar, terdapat juga bilangan pelajar yang
memiliki tahap IQ yang agak rendah, walaupun dalam suasana sekolah yang telah
diklusterkan. Bagi mengatasi masalah ini, selain daripada pendekatan komunikasi dan
interaksi, langkah yang perlu dititikberatkan adalah dengan menyediakan kelas tambahan

22
untuk memantapkan ilmu mereka agar berada di tahap yang sama dengan rakan-rakan
yang lain.

Dari aspek penyampaian pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam bilik darjah
pula, guru itu sendiri harus mempelbagaikan teknik dan corak penyampaian agar ianya
lebih berkesan dan dapat menarik minat pelajar. Penggunaan kaedah humor dalam
pengajaran pada masa kini adalah lebih berkesan kerana pelajar tertarik untuk
berkomunikasi bersama guru melalui humor yang disampaikan. Gelak tawa dan
komunikasi yang berlaku akan menambah lagi minat dan perhatian untuk belajar. Dengan
cara ini, interaksi lebih berkesan dan penyampaian pembelajaran dan pengajaran (P&P)
lebih tercapai.

6.0 Penutup / rumusan


Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem pendidikan
negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras
yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan mengkluster institusi
pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Hal ini
kerana pada masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara.
Dalam pada itu, sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang
dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut dua
elemen yang telah diambil kira dalam perlaksanaannya.

Hala tuju pendidikan negara memerlukan satu perancangan yang sistematik untuk
menjana kecemerlangan melalui pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan.
Penjanaan kluster ini bermatlamat untuk mengembangkan potensi dan kualiti kluster
sekolah tertentu supaya menjadi penanda aras kepada sekolah lain dan setanding dengan
sekolah di negara maju. Usaha ini bertujuan menjadikan sistem pendidikan Malaysia
bertaraf dunia untuk melahirkan generasi yang holistik dan memenuhi keperluan pasaran
kerja.

23
RUJUKAN

• Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa (1995). Falsafah dan Konsp Pendidikan,
Shah Alam. Fajar Bakti
• Amstrong D.G., Henson, K.T. & Salvage, T.V. (2001). Teaching today:An
Introduction to Education. New Jersey Prentice Hall
• Barrow & Woods (2006). An Introduction to philosophy of education.
London:Routledge
• Mohd. Yusuf Ahmad. (2002). Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala
Lumpur:Penerbit Universiti Malaya.
• Nodding (2006). Philosophy of education. Colorado Westview Press
• Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah;
Kuala Lumpur:KPM
• Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
Matlamat dan Misi; Kuala Lumpur; Kementerian Pendidikan Malaysia

24