Anda di halaman 1dari 6

3 cara pengaliran haba

PENGALIRAN
HABA
MELALUI
Konduksi Perolakan Sinaran
KONDUKSI
Konduksi ialah pengaliran haba melalui jirim
daripada tempat yang bersuhu tinggi ke tempat
yang bersuhu rendah di sepanjang jirim.
Konduksi haba dalam pepejal berlaku melalui
getaran dan perlanggaran zarah-zarah.
Zarah-zarah yang bergetar lebih pantas akan
memindahkan tenaga kinetik kepada zarah-
zarah jirannya yang bertenaga rendah.
Jirim yang berlainan mengkonduksikan haba
pada kadar yang berbeza
Contoh: Sudu besi menjadi panas apabila
dicelup dalam air panas
PEROLAKAN
Perolakan adalah pemindahan tenaga haba dari satu
tempat yang panas ke satu tempat yang sejuk melalui
bendalir yang bergerak seperti cecair dan gas.
Tenaga haba dipindahkan dari tempat yang panas ke
satu tempat yang sejuk melalui gerakan bendalir.
Jirim mengembang apabila dipanaskan, oleh itu jirim
yang lebih panas mempunyai ketumpatan yang kurang.
Ini bererti, bendalir panas yang kurang tumpat akan
bergerak ke atas, manakala bendalir sejuk yang lebih
tumpat akan bergerak ke bawah.
Edaran bendalir panas dan bendalir sejuk membentuk
satu arus perolakan.
Contoh: Bayu laut dan bayu darat
SINARAN
Sinaran adalah cara pemindahan haba dari
sumber haba ke kawasan di persekitarannya
tanpa memerlukan medium perantaraan.
Sinaran dapat menembusi ruang udara dan
vakum serta berbentuk gelombang yang
bergerak mengikut garis lurus.
Contoh: Sinaran matahari memanaskan bumi.
Apabila nyalaan penunu Bunsen diletakkan di
sisi kelalang yang berisi air, suhu air meningkat
selepas seketika kerana haba dipindahkan
secara sinaran.
Konduksi Perolakan Sinaran
Berlaku pada semua
jirim
Berlaku pada bendalir
Tidak memerlukan
medium perantaraan
Tidak boleh melalui
vakum
Tidak boleh melalui
vakum
Boleh melalui vakum
Pemindahan haba yang
perlahan
Pemindahan haba yang
cepat
Pemindahan haba yang
sangat cepat
Haba dipindahkan
melalui pergerakan
zarah-zarah
Haba dipindahkan
melalui pergerakan
zarah-zarah
Haba dipindahkan
secara gelombang
bertenaga
PERBEZAAN KONDUKSI, PEROLAKAN
DAN SINARAN