Anda di halaman 1dari 12

Oleh:

ROHSUKMAWATI BT YAACOB
NO. K/P : 681017015206

HABIBAH BT NORDIN
NO. K/P : 701015016200

1
Pengenalan
E-dagang Atau Electronic Commerce (Perdagangan Elektronik) adalah
sebuah sistem perniagaan dan jual beli menggunakan kemudahan
teknologi maklumat termasuk telekomunikasi canggih agar dapat
melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya

Pihak yang terlibat adalah penjual, pembeli dan pihak-pihak yang
ketiga

Pihak ketiga termasuk bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit,
pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.

Internet mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan,
penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik
yang selamat dan boleh dipercayai oleh semua pihak.
2
Pengenalan
Membolehkan transaksi jual dan beli dilakukan dari dan di
mana sahaja di dunia ini.

Pra syarat terpenting adalah pemilikan kelengkapan IT yang
sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan akses
Internet.

Ini termasuk komputer, modem dan talian telefon.

Penggunaan E-dagang dijangka akan terus melonjak naik,
namun persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai
dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan
cara-cara tradisional perdagangan akan menyebabkan
penggunaannya masih belum secara menyeluruh.
3
Integrasi Perniagaan
Salah satu daripada kebaikan E-dagang adalah pertukaran
maklumat dan transaksi perniagaan dalam sekelip mata yang
tanpa dibelenggu oleh penggunaan kertas dan masalah
birokrasi.

Teknologi Internet yang menggunakan protokol
telekomunikasinya yang dipanggil TCP/IP membolehkan
sebarang pelantar (platform) komputer dapat saling berhubung
dan bertukar maklumat dengan mudah.

Pengguna Web juga dapat berinteraksi dengan dunia Web
dengan mudah menerusi perisian pelayar Web (Web browser)
seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Netscape Navigator dan
Internet Explorer.


4
Integrasi Perniagaan
Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat memudahkan
integrasi semua bahagian di dalam syarikat melalui sistem pelaksanaan setiap
transaksi perniagaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada
pelanggan.

Sebagai contoh, melalui e-dagang, tempahan belian oleh pelanggan akan
diproses secara virtual melibatkan pelbagagai bahagian syarikat termasuk
bahagian penjualan, bahagian logistik dan bahagian pembuatan.

Koordinasi untuk memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisien.

Pelbagai komponen e-dagang mempunyai ciri-ciri dan fungsi yang tersendiri.
Ini termasuk pertukaran data elektronik (electronic data interchange),
Internet, pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital, pindahan dana
elektronik , katalog elektronik, intranet, dan kod bar.
5
Jenis-jenis E-dagang
E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama.

Yang pertama adalah antara perniagaan dan perniagaan. Ini
melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau
syarikat di mana satu pihak merupakan pembekal kepada satu
pihak yang lain. Sebagai contohnya pengeluar kicap akan
berinteraksi dengan pasaraya dalam proses memesan,
menghantar dan menjelaskan pembayaran pesanan botol-botol
kicap.

Yang keduanya adalah antara perniagaan dan pengguna. Ini
melibatkan perniagaan dan pengguna dengan transaksi di antara
penjual akhir sesuatu produk dan pengguna terakhir . Sebagai
contoh, seorang individu memesan dua botol kicap melalui e-
dagang dari sebuah pasar raya secara online.
6
Skop E-dagang
Pengiklanan
Pendidikan
Kewangan
Profesional (Perubatan dll)
Peruncitan
Pelancongan
7
Jaminan Pengguna
Teknologi enkripsi data melalui Secure Socket Layer
(SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET)

Perkhidmatan tanpa menggunakan nombor kad kredit
seperti Net.Trader, Cybercash dan DigiCash

Sistem kriptografi Public Key Infrastructure (PKI) dan
Sijil digital untuk mengesahkan identiti sebenar pihak
yang terlibat.
8
Jenis-jenis Perniagaan Internet
Menjual produk fizikal yang di jual di kedai biasa atau di kilang
seperti bahan perubatan, vitamin, pakaian, alat telekomunikasi,
makanan, pakaian dan aksesori wanita, buku, majalah, VCD,
DVD, dan lain-lain. Penghantaran akan dibuat melalui pos,
poslaju atau sistem penghantaran yang lain.

Menjual produk digital seperti ebook, perisian atau program
komputer, template web dan blog, dan lain-lain. Ia biasanya
boleh dihantar melalui e-mel seperti yang banyak dilakukan oleh
usahawan internet.

Produk Perkhidmatan termasuk pengiklanan, rekabentuk web
atau blog, insurans, perundingan akitek, seni taman, jurutera
profesional, alam sekitar, EIA, peguam dan lain-lain. Pertemuan
secara bersemuka biasanya diperlukan.
9
Jenis-jenis Perniagaan Internet
Bisnes online tanpa modal dengan menjual produk orang lain. Dua
cara utama adalah menjadi agen affiliate dan agen dropship.

Agen affiliate menjual produk fizikal atau digital menerusi sistem
affiliate yang di bina oleh pemilik web jualan untuk melantik agen
secara automatik dengan web yang sama seperti web pemilik asal
tetapi ada kod link agen yang berlainan. Komisen akan diberi apabila
ada yang membeli melalui web mereka.

Agen Dropship bertanggungjawab mempromosi produk pemilik asal.
Agen akan menerima bayaran mengikut harga pasaran, tetapi bayaran
kepada pembekal utama mengikut harga agen. Pembekal akan
menghantar barang yang dipesan kepada pelanggan. Dengan kaedah
ini tidak perlu menyimpan stok, hanya perlu laman blog atau web
sendiri untuk tujuan promosi bersama gambar produk yang ingin
dijual.
10
Keperluan Asas E-dagang
Laman web atau blog
Akaun bank yang boleh diakses secara online
(perbankan internet)
Emel
Pengetahuan asas tentang promosi
Akaun facebook dan twitter untuk tujuan promosi
Komputer atau laptop.
Semangat yang kuat
Ilmu pemasaran dan strategi pemasaran online

11
Keperluan Tambahan
Pemasaran menerusi emel
Sistem Autoresponder (percuma atau berbayar)
Ilmu tentang cara mempromosi produk affiliate
Cara membuat laman blog dan mengoptimakannya
sebagai media pemasaran
Ilmu tentang pengiklanan seperti media dan teknik
yang boleh digunakan
12