Anda di halaman 1dari 10

TAJUK : PENYIASATAN SISTEM RESPIRASI

PENGENALAN : Organisma memerlukan tenaga untuk semua proses hidup seperti


bergerak, membiak dan mencari makanan. Tenaga diperolehi melalui proses respirasi.
Sistem pernafasan memainkan peranan penting untuk kehidupan organisma
OBJEKTIF : Menyiasat sistem respirasi ikan
BAHAN DAN RADAS : Ikan, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop,
kanta tangan
PROSEDUR :
1. Ikan bertulang mempunyai operkulum atau penutup insang di kedua-dua
sisi badan. Operkulum dipotong pada satu sisi untuk mendedahkan
insang. Berapa pasang insang yang ada diperhatikan dan kemudian
pemerhatian dilukiskan.

2. Insang disambung pada struktur bertulang yang dipanggil lengkung
insang. Setiap insang terdiri daripada satu lengkung insang dan dua baris
filamen insang. Filamen insang diperhatikan di bawah mikroskop. Struktur
ini dilukis dan dilabel. Saluran darah yang terdapat dalam filamen insang
dinamakan.



SOALAN DAN PERBINCANGAN
1. Berapa pasang insang yang ada? Lukiskan pemerhatian anda
Terdapat 4 pasang insang.

2. Lukiskan struktur filamen insang dibawah mikroskop dan labelkan. Namakan
saluran darah yang terdapat di filamen insang.
Saluran darah aferen.











3. Pertukaran gas berlaku di filamen insang. Huraikan ciri-ciri penyesuaian filamen
insang yang membolehkan pertukaran gas yang efisyen.
Antara ciri penyesuaian filamen adalah luas permukaan yang besar. Selain itu,
membrane filament insang yang nipis (senipis satu sel) membolehkan
penyerapan gas respirasi memasuki kapilari darah. Filamen juga dibekalkan
dengan darah kapilari supaya pertukaran dan pengangkutan gas berlaku dengan
lebih baik. Filamen insang yang sentiasa dikelilingi air membolehkan gas
respirasi larut di dalam darah.

4. Terangkan fungsi insang filamen
Filamen insang berfungsi sebagai struktur respirasi. Pertukaran oksigen dan
karbon dioksida berlaku pada permukaan filamen insang. Pemindahan ion dan
air juga berlaku di filamen insang. Filamen insang mempunyai banyak lamela
(lapisan nipis) dan di dalam lamela terdapat banyak kapilari darah. Semasa
pertukaran gas respirasi terdapat dua mekanisma iaitu inspirasi dan ekspirasi.
Inspirasi bermaksud oksigen dari air masuk ke dalam insang yang kemudian
meresap ke dalam kapilari darah dan dibawa oleh darah ke sel-sel seluruh
badan. Ekspirasi pula membawa maksud karbon dioksida dari sel-sel badan
dibawa oleh darah ke insang untuk dikeluarkan dari tubuh.





PERBINCANGAN

Oksigen dan karbon dioksida larut dalam air dan kebanyakan ikan
menukarkan oksigen dan karbon dioksida dalam air melalui insang. Insang terletak di
sebalik dan di sisi rongga mulut. Insang terdiri daripada filamen dan dipenuhi dengan
saluran darah, yang memberi insang warna merah cerah. Air diambil secara berterusan
melalui mulut dan dihantar ke filamen insang, di mana pertukaran gas berlaku.. Kapilari
darah di dalam filamen insang adalah dekat dengan permukaan insang untuk
mengambil oksigen dari air dan melepaskan karbon dioksida berlebihan ke air.
Kebanyakan ikan mempunyai empat pasang insang, empat di sebelah kanan
ikan dan empat lagi di sebelah kiri ikan. Setiap insang terdiri daripada satu lengkung
insang yang keras dan dua baris filamen insang. Setiap filamen insang mempunyai
lapisan menegak di permukaan atas dan bawah yang dipanggil lamela gill. Lamela gill
merupakan permukaan untuk pertukaran gas berlaku










TUJUAN : MENYIASAT SISTEM RESPIRASI MAMALIA
BAHAN DAN RADAS : Tikus, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop,
kanta tangan.
PROSEDUR :
1. Tikus diletakkan di atas papan pembedahan dengan bahagian ventral ke
atas. Jarum digunakan untuk memegang tikus di atas papan pembedahan.
2. Potongan dimulakan di bahagian ventral pada garisan tengah dan dipotong
hingga ke bahagian rahang tikus dan selepas itu sehingga bahagian dubur.
3. Dengan memegang kulit dengan forseps, tisu perantara dikeluarkan. Kulit
ditarik dan dipinkan ke atas papan pembedahan.
4. Dinding toraks dipotong secara ventral dan sisi untuk mendedahkan rongga
toraks.
5. Kelenjar timus dikeluarkan.
6. Otot dan tisu di bahagian leher dipotong untuk mendedahkan trakea dan
laring.
7. Bahagian atas laring dipotong dan tisu perantara yang terlekat pada trakea
dikeluarkan.
8. Kesemua jantung, trakea, esofagus dan laring dikeluarkan serentak dengan
berhati-hati. Esofagus dipisahkan dari jantung . Laring, trakea dan paru-paru
dipinkan di atas papan pembedahan. Gambarajah berlabel struktur-struktur yang
telah keluarkan kemudian dilukis.




SOALAN :
1. (a) Kira bilangan tulang rusuk untuk haiwan ini.
13


(b) Terangkan fungsi sangkar rusuk semasa pernafasan haiwan ini.
Sangkar tulang rusuk bergerak naik ke atas dan ke luar semasa menarik nafas
dan bergerak turun ke bawah dan ke dalam semasa menghembus nafas.


2. (a) Huraikan rupa dan ciri-ciri diafragma
Satu lapisan otot nipis yang memisahkan toraks daripada abdomen. Dalam
keadaan kendur, diafragma berbentuk kubah dengan puncaknya ke atas.


(b) Apakah kepentingan ciri-ciri diafragma ini dalam pernafasan.
Ciri-ciri ini penting supaya diafrgma dapat mengembang dan mengendur semasa
proses pernafasan. Diafragma akan mengecut dan meleper sewaktu kita
menarik nafas dan menyebabkan tekanan di dalam sangkar rusuk akan menjadi
rendah dan memudahkan udara masuk ke paru-paru. Apabila nafas dihembus,
Diafragma akan berehat dan melengkung ke atas.Tekanan di dalam sangkar
rusuk akan menjadi tinggi dan menyebabkan udara keluar dari paru-paru




3. Huraikan rupa paru-paru kiri dan kanan. Picit paru-paru and perhatikan teksturnya.
Letakkan paru-paru dalam air panas. Udara dalam paru-paru akan mengembang
dan paru-paru akan terapung dalam air.
Paru-paru berwarna merah jambu pucat dan mempunyai banyak kapilari darah.
Ianya bertekstur seperti span dan apabila dipicit, paru-paru menjadi rata. Namun
apabila diletakkan di dalam air panas, paru-paru menjadi dua kali ganda lebih besar
daripada saiz asalnya.

4. Ukur panjang trakea (dari laring ke bahagian cabang bronkus).
1.5cm







PERBINCANGAN


Organ pernafasan tikus ialah paru-paru. Paru-paru ialah tisu berspan yang dapat
mengembang dan mengecut mengikut gerakan sedutan dan hembusan nafas. Laluan
udara adalah nostril, farinks, larinks, trakea dan bronkus. Paru-paru mengandungi
jumlah alveoli yang banyak yang menjadi tapak untuk respirasi berlaku. Sangkar toraks
yang terdiri daripada tulang melengkung yang panjang yang dipanggil tulang rusuk,
berfungsi untuk melindungi jantung dan paru-paru daripada tercedera. Diafragma dan
tulang rusuk memainkan peranan penting dalam mekanisme tarik dan hembus nafas
dengan cara turun dan naik dan mengembang dan mengendur.










Gambarajah struktur organ tikus:























RUJUKAN
Suhaila Ahmad dan Doris Siaw Hie Kiew (2009), Memory Mastery Through Mind Maps
and Diagrams Biology SPM. Cetakan ketujuh. PNI Neuron (M) SDN BHD.
http://new.freshwaterlife.org/gills-and-respiration
http://global.britannica.com/EBchecked/topic/208456/fish/63637/The-respiratory-system
http://id.wikipedia.org/wiki/Insang
http://asyikipa.blogspot.com/2008/01/sistem-pernafasan_08.html

Anda mungkin juga menyukai