Anda di halaman 1dari 6

PBS SAINS TINGKATAN 2 SULIT

Fotosintesis merupakan proses yang dilakukan oleh tumbuhan hijau untuk membuat
makanan (glukosa) dengan kehadiran cahaya, klorofil dan karbon dioksida. Oksigen
merupakan hasil sampingan daripada proses ini.
NAMA : _____________________________________
TINGKATAN: _____________________________________ TARIKH:__________________
INSTRUMEN PENTAKSIRAN :
Evidens Pencapaian
B5D3E1
Menerangakan maksud fotosintesis dan menentukan
faktor-faktor yang diperlukan untuk fotosintesis melalui
eksperimen.

Arahan :




Berdasarkan maklumat di atas, rancang dan jalankan eksperimen untuk menerangkan maksud
fotosintesis dan mengkaji faktor-faktor yang diperlukan untuk fotosintesis.

Bahan dan radas berikut diberikan bagi menjalankan penyiasatan tersebut.

Eksperimen A
Bahan : Daun yang mempunyai dua warna berbeza, larutan iodin, alcohol
Radas : Bikar, penunu Bunsen, tabung uji, penitis, mozek putih, tungku kaki tiga, kasa dawai,
forsep

Eksperimen B
Bahan : Larutan natrium hidroksida, tumbuhan hijau dalam pasu, larutan iodin, alkohol
Radas : 2 unit balang kaca, 2 unit bikar, 2 unit tabung uji, penitis, penunu Bunsen, mozek
putih, kasa dawai, forsep

Eksperimen C
Bahan : Tumbuhan hijau dalam pasu, larutan iodin, alcohol
Radas : Penunu Bunsen, tabung uji, bikar, mozek putih, tungku kaki tiga, kasa dawai, forsep,
kertas hitam, klip kertas

Perancangan anda mestilah meliputi aspek-aspek berikut ;
(a) Tujuan eksperimen
(b) Pemboleh ubah i) Dimalarkan ii) Dimanipulasikan iii) Bergerak balas
(c) Hipotesis
(d) Bahan dan radas
(e) Prosedur
(f) Pemerhatian/ Keputusan
(g) Analisis
(h) Kesimpulan
Seterusnya anda dikehendaki menulis laporan lengkap eksperimen yang mengandungi aspek-
aspek yang telah dinyatakan.
PBS SAINS TINGKATAN 2 SULIT











































Contoh laporan pelajar.
NAMA : _____________________________________
PBS SAINS TINGKATAN 2 SULIT

TINGKATAN: _____________________________________ TARIKH:____________________
INSTRUMEN PENTAKSIRAN :
Evidens Pencapaian
B5D3E1
Menerangakan maksud fotosintesis dan menentukan
faktor-faktor yang diperlukan untuk fotosintesis melaui
eksperimen.


1. Tujuan Mengkaji faktor-faktor yang diperlukan untuk fotosintesis
2 Pembolehubah i) Eksperimen A
Dimalarkan: Kehadiran cahaya, karbon
dioksida dan air
Dimanipulasikan: Kehadiran klorofil
Bergerak balas: Kehadiran kanji di dalam
daun

ii) Eksperimen B
Dimalarkan: Kehadiran cahaya, klorofil dan
air
Dimanipulasikan: Kehadiran karbon dioksida
Bergerak balas: Kehadiran kanji di dalam
daun

iii) Eksperimen C
Dimalarkan: Kehadiran klorofil, karbon
dioksida dan air
Dimanipulasikan: Kehadiran cahaya
Bergerak balas: Kehadiran kanji dii dalam
daun
3 Hipotesis Eksperimen A
- Klorofil diperlukan untuk menjalankan proses
fotosintesis
Eksperimen B
- Karbon dioksida diperlukan untuk menjalankan
proses fotosintesis
Eksperimen C
- Cahaya diperlukan untuk menjalankan proses
fotosintesis
4 Bahan dan Radas Eksperimen A
Bahan : Daun yang mempunyai dua warna berbeza,
larutan iodin, alcohol
Radas : Bikar, penunu Bunsen, tabung uji, penitis,
mozek putih, tungku kaki tiga, kasa dawai, forsep
PBS SAINS TINGKATAN 2 SULIT


Eksperimen B
Bahan : Larutan natrium hidroksida, larutan kalium
hidroksida, tumbuhan hijau dalam pasu, larutan iodin,
alkohol
Radas : 2 biji balang kaca, 2 biji bikar, 2 biji tabung uji,
penitis, penunu Bunsen, mozek putih, kasa dawai,
forsep

Eksperimen C
Bahan : Tumbuhan hijau dalam pasu, larutan iodin,
alcohol
Radas : Penunu Bunsen, tabung uji, bikar, mozek putih,
tungku kaki tiga, kasa dawai, forsep, kertas hitam, klip
kertas

5 Prosedur Eksperimen A
Rujuk Buku Teks
1. Daun yang mempunyai dua warna berbeza
dipetik daripada pokok yang telah terdedah
kepada matahari selama beberapa jam.
2. Kehadiran kanji di dalam daun itu diuji.
3. Pemerhatian dicatat.

Eksperimen B
Rujuk Buku Rujukan

1. Kedua-dua tumbuhan itu di dalam bilik gelap
selama dua hari untuk dinyah-kanjikan.
2. Radas disusun seperti di dalam gambar rajah
dan dilabelkan sebagai 1 dan 2.
3. Kedua-dua tumbuhan dibiarkan di bawah sinaran
matahari selama dua jam.
4. Kehadiran kanji di dalam daun daripada kedua-
dua pokok diuji.
5. Pemerhatian dicatat.

Eksperimen C
Rujuk Buku Teks
1. Tumbuhan itu diletakkan di dalam bilik gelap
selama dua hari untuk dinyah-kanjikan.
2. Sebahagaian daripada daun itu ditutup dengan
kertas hitam bagi mengelakkan bahagian itu
menerima cahaya matahari.
PBS SAINS TINGKATAN 2 SULIT

3. Tumbuhan itu diletakkan di bawah sinaran
matahari selama beberapa jam.
4. Kehadiran kanji di dalam daun diuji untuk
keseluruhan daun.
5. Pemerhatian dicatat.
6 Jadual Keputusan/
Pemerhatian


Eksperimen Faktor Kehadiran Kanji
A Kehadiran
Klorofil
Bahagian daun yang
berwarna hijau berubah
kepada warna biru tua
manakala bahagian yang
berwarna lain tidak
berubah.
B Kehadiran
Karbon
Dioksida
Tumbuhan 1: Daun tidak
berubah kepada warna
biru tua.
Tumbuhan 2: Daun
berubah kepada warna
biru tua.

C Kehadiran
Cahaya
Bahagian daun yang
bertutup tidak berubah
kepada warna biru tua
manakala bahagian yang
terdedah kepada cahaya
berubah warna.
7 Perbincangan Eksperimen A
- Kanji hadir pada bahagian daun yang berwarna
hijau.
- Hal ini adalah kerana bahagian daun yang
berwarna hijau mengandungi klorofil untuk
mambuat makanan semasa fotosintesis.

Eksperimen B
- Ujian kehadiran kanji pada daun Pokok A adalah
negatif kerana tiada kehadiran karbon dioksida.
- Hal ini adalah kerana fotosintesis tidak dapat
dijalankan tanpa kehadiran karbon dioksida.

Eksperimen C
- Ujian kehadiran kanji pada bahagian yang
tertutup dengan kertas hitam adalah negatif
kerana tidak mendapat sumber cahaya.
- Hal ini adalah kerana proses fotosintesis tidak
PBS SAINS TINGKATAN 2 SULIT

dapat dijalankan tanpa kehadiran cahaya.
8 Kesimpulan Hipotesis diterima.
Eksperimen A
- Klorofil diperlukan oleh tumbuhan untuk
menjalankan proses fotosintesis.

Eksperimen B
- Karbon dioksida diperlukan oleh tumbuhan untuk
menjalankan proses fotosintesis.

Eksperimen C
- Cahaya diperlukan oleh tumbuhan untuk
menjalankan proses fotosintesis.

**nak reka/ sediakan soalan analisis<-xtls pada kertas taksiran
- Perhatikan perubahan warna pada daun yang diuji.
- Adakah terdpt pbezaan perubahan warna thadap ke 2-2 daun yg diuji
o Jelaskan perubahan warna yg blakukenapa perubahan itu berlaku?(inferens)
o Jelaskan kaitan di antara kehadiran kanji dan fotosintesis (operational definition)
**reka situasi-mungkin kita boleh bg dlm bentuk cerita

Anda mungkin juga menyukai