Anda di halaman 1dari 52

PENGGAL 1 : ALAM SEKITAR FIZIKAL

SUKATAN PELAJARAN GEOGRAFI


PENGGAL 1 : ALAM SEKITAR FIZIKAL
Minggu Tajuk Waktu Hasil Pembelajaran Catatan


BAHAGIAN A: GEOGRAFI
ALAM SEKITAR FIZIKAL

1 Sistem bumi 12

1 1.1 Konsep sistem 1 Calon seharusnya dapat:


(a) mentakrifkan konsep sistem;
(b) menerangkan konsep sistem dalam
konteks persekitaran fizikal.
Menggunakan gambar
rajah dan animasi
pelbagai sistem

1.2 Sistem suria 1
Calon seharusnya dapat:


(a) menerangkan sistem suria dalam
Galaksi Bima Sakti, dan sistem bumi
sebagai satu planet yang memperoleh
tenaga dari matahari.
Menggunakan gambar
rajah dan animasi
kedudukan dan
pergerakan bumi
dalam sistem suria
2

1.3 Kedudukan bumi dalam
sistem suria
4 Calon seharusnya dapat:
(a) menyatakan bumi sebagai satu planet
berbentuk sfera;
(b) menerangkan putaran bumi di atas
paksinya yang condong dan
peredarannya mengelilingi matahari;
(c) menjelaskan kesan putaran dan
peredaran bumi;
(d) menjelaskan kejadian empat musim dan
pengaruhnya terhadap unsur fizikal dan
aktiviti manusia.

3


1.4 Tenaga
1.4.1 Konsep tenaga

2 Calon seharusnya dapat:
(a) mentakrifkan konsep tenaga;
(b) mengenal pasti punca dan jenis tenaga;



1.4.2 Punca dan jenis
tenaga
(c) membezakan tenaga eksogenik dengan
tenaga endogenik.




Tajuk
Waktu
Pengajaran
Hasil Pembelajaran Catatan
1.5 Peranan tenaga suria
terhadap proses fizikal dan
hidupan di bumi
4 Calon seharusnya dapat:
(a) menghuraikan peranan bahangan suria
terhadap tumbuh-tumbuhan, manusia,
dan haiwan;

Menggunakan
gambar rajah kitaran
yang menunjukkan
(b) menjelaskan kesan bahangan suria
terhadap proses fizikal (kitaran
hidrologi, geomorfologi, dan
atmosfera).
aliran tenaga
2 Sistem Geomorfologi 48
2.1 Pengenalan kepada proses
geomorfologi
2 Calon seharusnya dapat:
(a) menerangkan proses geomorfologi
(luluhawa, hakisan, pergerakan jisim,
pengangkutan, dan pemendapan).

Menggunakan
gambar rajah bagi
menerangkan proses
geomorfologi
2.2 Konfigurasi bentuk bumi 2 Calon seharusnya dapat:
(a) menghuraikan struktur dan kandungan
lapisan bumi;
(b) mengenal pasti taburan daratan dan
lautan;
Menggunakan
maklumat daripada
gambar rajah, peta,
dan gambar foto
2.2.1 Batuan 2 (c) menyatakan jenis batuan (igneus,
enapan, dan metamorfosis);

(d) menghuraikan proses pembentukan
jenis batuan;

(e) menjelaskan perkaitan antara jenis
batuan dengan konfigurasi bentuk
bumi;

(f) mengenal pasti kepentingan batuan
sebagai sumber alam;

2.2.2 Proses endogenetik 4 (g) menyatakan konsep dan proses
endogenik;


(h) menjelaskan proses pembentukan
bentuk bumi lipatan dan kesannya;


(i) menjelaskan proses pembentukan
bentuk bumi gelinciran dan kesannya;





Tajuk
Waktu
Pengajaran
Hasil Pembelajaran Catatan

(j) menjelaskan proses pembentukan
bentuk bumi gunung berapi dan
kesannya;

2.2.3 Hanyutan benua 4 (k) menyatakan Teori Hanyutan Benua
(Teori Awal, Teori Peluasan Dasar
Lautan, dan Teori Tektonik Plat);

(l) menghuraikan Teori Tektonik Plat;
(m) menghuraikan taburan dan bukti
kejadian hanyutan benua.

2.3 Pembentukan landskap di
kawasan tropika lembap
Calon seharusnya dapat:
2.3.1 Luluhawa 4 (a) menghuraikan jenis serta proses
luluhawa fizikal (mekanikal), kimia,
dan biologi;
(b) menghuraikan faktor yang
mempengaruhi luluhawa (iklim,
tumbuh-tumbuhan, jenis batuan,
mikroorganisma, aktiviti manusia, dan
masa);
(c) menjelaskan kesan luluhawa terhadap
pembentukan landskap dan aktiviti
manusia;
Pengenalan kepada
skala dunia dan
penekanan kepada
proses geomorfologi
yang dominan di
kawasan tropika
lembap
2.3.2 Pergerakan jisim 4 (d) menyatakan jenis pergerakan jisim
(aliran cepat dan aliran perlahan);

(e) menghuraikan proses pergerakan jisim;
(f) menjelaskan faktor yang
mempengaruhi pergerakan jisim
(kecerunan, jenis batuan, hujan, litupan
tumbuhan, gerakan tektonik, dan
tindakan manusia);

2.3.3 Lembangan saliran 10 (g) menjelaskan kesan pergerakan jisim
terhadap alam sekitar fizikal dan
aktiviti manusia;

(h) menyatakan konsep lembangan
saliran;

Tajuk
Waktu
Pengajaran
Hasil Pembelajaran Catatan
(i) menghuraikan proses hakisan
permukaan (hakisan percikan,
kepingan, galir, dan galur);

(j) menghuraikan jenis hakisan sungai
(melebar, mendalam, dan mengundur);

(k) menghuraikan cara hakisan sungai
(hidraul, lelasan/geselan, lagaan, dan
larutan);

(l) menghuraikan faktor yang
mempengaruhi hakisan sungai (isi

padu dan halaju air, kecerunan, bentuk
alur, jenis batuan, dan bahan muatan);
(m) mengenal pasti bentuk dan
menjelaskan proses pembentukan
bentuk muka bumi hakisan sungai (air
terjun, jeram, lubuk, gaung, dan lurah);

(n) menghuraikan cara pengangkutan
sungai (golekan, loncatan, ampaian,
larutan, dan apungan);

(o) menghuraikan faktor yang
mempengaruhi pengangkutan sungai
(tenaga, cerun, kekasaran alur,
halangan, bentuk alur, saiz, dan jenis
bahan);

(p) menghuraikan faktor yang
mempengaruhi pemendapan sungai (isi
padu air, halaju air, kecerunan, bentuk
alur, jenis batuan, bahan muatan, dan
halangan);

(q) mengenal pasti bentuk dan
menjelaskan proses pembentukan
bentuk muka bumi pemendapan sungai
(dataran banjir, delta, tasik ladam, dan
tetambak);

(r) menjelaskan pengaruh bentuk muka
bumi hakisan dan pemendapan sungai
terhadap aktiviti manusia;


Tajuk
Waktu
Pengajaran
Hasil Pembelajaran Catatan
2.3.4 Pinggir pantai 8 (s) menyatakan konsep pinggir pantai dan
pantai seimbang;

(t) menghuraikan cara hakisan pantai
(hidraul, lelasan, geseran, larutan, dan
lagaan);

(u) menghuraikan faktor yang
mempengaruhi hakisan pantai (ombak,
pantai, arus, bahan mendak, batuan,
dan cerun pantai);

(v) mengenal pasti bentuk dan
menjelaskan proses pembentukan

muka bumi pinggir pantai (tebing
tinggi, batu bonjol, tanjung, dan teluk);

(w) menghuraikan cara pengangkutan
bahan pantai (hanyutan pesisir pantai,
golekan, dan seretan);


(x) menghuraikan faktor yang
mempengaruhi proses pengangkutan
bahan di pinggir pantai (tenaga, arus,
ombak, pasang surut, cerun, halangan,
orientasi pantai, saiz bahan, dan jenis
bahan);


(y) menghuraikan faktor yang
mempengaruhi proses pemendapan
(tenaga, arus dan ombak, kecerunan,
angin, pasang surut, tumbuhan,
orientasi pantai, jenis dan saiz bahan
mendak, dan tindakan manusia);


(z) menjelaskan pengaruh bentuk muka
bumi hakisan dan pemendapan pantai
terhadap aktiviti manusia.

2.4 Kaitan sistem geomorfologi
dengan manusia
2 Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan kaitan sistem
geomorfologi dengan aktiviti manusia
(pertanian, petempatan, pelancongan,
perlombongan, pengangkutan, dan
perindustrian).
Kepentingan sistem
geomorfologi
kepada kehidupan
manusia
Tanah tinggi, tanah
pamah, pantai,
sungai, dan gunung
berapi
mempengaruhi
aktiviti manusia

Tajuk
Waktu
Pengajaran
Hasil Pembelajaran Catatan
2.5 Kemahiran amali sistem
geomorfologi
6 Calon seharusnya dapat:
(a) mentafsir peta topografi, peta lakar,
dan gambar foto;

(b) mengira keluasan, lampauan tegak,
kecerunan, dan relief bandingan;


(c) melukis profil rentas dan profil
panjang sungai, dan keratan rentas
bentuk muka bumi;


(d) menginterpolasi, memplot, dan

mentafsir garisan kontur;

(e) mentafsir ciri muka bumi dan saliran;


(f) menjelaskan kaitan sistem
geomorfologi dengan guna tanah.


TEMA 1 : SISTEM BUMI

1.1 KONSEP SISTEM

Sistem alam sekitar fizikal boleh ditakrifkan sebagai satu set angkubah atau unsur-unsur yang
saling bertindak antara satu sama lain sebagai satu organisasi yang agak kompleks. Selain
mempunyai unsur-unsur yang saling bertindak, sesebuah sistem itu juga mempunyai tenaga dan
bahan yang dapat masuk dan keluar dari sistem tersebut. Tenaga matahari ialah agen utama
penggerak keseluruhan operasi sistem untuk mencapai tahap keseimbangan. Sistem bumi juga
mempunyai sempadan sendiri di samping memiliki sifat pemulihan kendiri.

CIRI-CIRI DALAM SESUATU SISTEM
Kesemua sistem mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Antaranya ialah :
1. Mempunyai satu bentuk struktur atau organisasi tertentu.
2. Mempunyai sifat-sifat umum, abstrak atau unggul berhubung keadaan sebenar
di bumi.
3. Semua jenis sistem adalah berfungsi.
4. Setiap sistem terdapat satu bentuk pertalian dari segi fungsi antara setiap
angkubah dalam organisasinya.
5. Fungsi setiap sistem membenarkan aliran atau perpindahan bahan.
6. Perpindahan bahan dalam sesuatu sistem wujud dengan adanya sumber
tenaga yang bertindak sebagai agen penggerak.
7. Semua jenis sistem mempamerkan sifat-sifat gabungan atau integrasi antara
angkubah-angkubah yang berbentuk sistem.
8. Contohnya sistem geomorfologi, objek-objek yang biasanya ialah bentuk muka
bumi manakala angkubah yang lainnya ialah ciri-ciri topografi, tanih, geologi
(batuan) dan lain-lain.
9. Perhubungan antara angkubah-angkubah ini melibatkan penukaran tenaga
bahan-bahan, air dan akan berlaku cantuman saling bertindakbalas antara
angkubah.
10. Mempunyai sempadan yang bersifat jelas atau arbitari. Oleh itu, sistem boleh
terbahagi kepada yang berskala besar dan berskala kecil.
11. Sesuatu sistem boleh dilihat pada ciri-ciri angkubahnya seperti unsur, sifat dan
pertalian.
12. Sesuatu boleh dibezakan antara sistem lain berdasarkan kepada sempadan
sesuatu sistem.
JENIS-JENIS SISTEM
Sistem Terpencil (Isolated System)
Dalam sistem terpencil tidak ada sebarang bentuk interaksi antara angkubah-angkubah dengan
alam sekitar melepasi sempadan sistem.
a. Sistem terpencil tidak berupaya bertukar tenaga atau bahan dengan alam
sekitarnya atau dengan sistem-sistem yang lain.
b. Dalam sistem ini tiada input tenaga dan bahan dari luar sistem ke sistem ini.
c. Contoh sistem terpencil boleh berlaku dalam keadaan tercipta oleh manusia
seperti dalam makmal untuk menjalankan ujikaji-ujikaji sains sahaja,contohnya
gas di dalam test tube.

Sistem Tertutup (Closed System)
a. Sistem tertutup mempunyai sempadan yang menghalang kemasukan bahan
tetapi membenarkan kemasukan tenaga.
b. Sistem akan mengalami degradasi tenaga mengikut masa.
c. Sistem mengikut masa akan luput jika tiada tenaga baru yang dibekalkan.
d. Sistem tertutup daripada kemasukan bahan daripada sistem lain.
e. Sistem ini membenarkan pengaliran tenaga.
Sistem Terbuka (Open System)
a. Terdapat sempadan yang arbitari @ jelas tetapi terbuka kepada kemasukan
tenaga dan bahan. Fungsi kemasukan ini untuk membekal dan memelihara
sistem supaya terus wujud dan tidak luput mengikut masa.
b. Kemasukan tenaga dan bahan akan mewujudkan pertalian bentuk web di
antara attribute. Kadar kemasukan tenaga dan bahan boleh berubah dan
sistem akan mencapai sesuatu keseimbangan yang baru.
c. Objek itu menunjukkan ciri yang pelbagai sifatnya. Setiap satunya terikat
antara satu sama lain melalui pertalian-pertalian tertentu.
d. Objek-objek yang diikat oleh aliran tenaga akan menghidupkan sistem itu.
e. Sesuatu aliran terbuka sentiasa berhadapan dengan aliran input tenaga dan
Bahan yang tiada berkesudahan ke atas angkubah-angkubah sistemnya.
f. Setelah berlaku tindak balas atau proses akan dapat pula keluaran dari sesuatu
sistem. Contoh sistem sungai boleh dianggap sebagai sistem terbuka. Ia
menerima hujan sebagai kemasukan bahan-bahan dan air keluar ke laut.


Beberapa ahli geografi membahagikan sistem alam sekitar fizikal kepada tiga iaitu sistem
berstruktur (morfologi), sistem berfungsi (lata) dan sistem interaktif (gabungan sistem
berstruktur dan sistem berfungsi). Rujuk Jadual 1.1

Jadual 1.1 Contoh sistem berstruktur, sistem berfungsi dan sistem interaktif

Bil Topik Sistem Berstruktur Sistem Berfungsi Sistem Berinteraktif
1 Kaji cuaca/kaji
iklim
bentuk awan
ketinggian awan
ketebalan awan
sejatan
pemeluwapan
kerpasan
tekanan rendah
latitud tengah
2 Hidrologi storan pemintasan
storan lembapan
tanih
aliran sungai banjir
storan saluran
3 Tanih pH tanih
ketebalan tanih
tumbuhan
luluhawa
kesotan tanih
penpodzolan
ekosistem
4 Geomorfologi
fluvial
gradien cerun
ketumpatan saliran
gradien saluran
golekan lelasan lembangan saliran
5 Pantai cerun pantai
saiz partikel
keluasan pantai
damparan
unduran
biasan ombak
tanjung teluk


Sistem berstruktur (morfologi) terdiri daripada ciri-ciri fizikal yang formal yang bergabung
untuk membentuk suatu bahagian fizikal yang beroperasi. Bagi setiap unit sistem ini terdapat
unsur-unsur atau parameter yang saling berinteraksi. Misalnya morfologi bagi unit sistem pantai
terdiri daripada cerun pantai, taburan bijian pasir, keteguhan pantai, kekuatan ombak, arus,
pasang surut dan sebagainya membentuk unit morfologi pantai tersebut. Proses yang penting
dalam sistem morfologi ini ialah jika sekiranya berlaku perubahan terhadap salah satu unsur atau
parameternya maka unsur-unsur yang lain juga akan turut berubah bagi mancapai keseimbangan
yang baru.

Sistem berfungsi (sistem lata) pula lebih bersifat sehala. Ia merujuk kepada rantaian subsistem
yang mengandungi input, storan dan output bahan dan tenaga. Output bahan dan tenaga dari satu
subsistem akan menjadi input kepada subsistem yang lain. Misalnya dalam konteks kitar
hidrologi, output dari sistem atmosfera dalam bentuk kerpasan akan menjadi input kepada sistem
geomorfologi (apabila air hujan memasuki tanih, tasik, kolam dan sebagainya).
Output dari sistem geomorfologi ini (dalam bentuk wap air yang disejatkan) akan menjadi input
kepada sistem atmosfera untuk diproses menjadi output kepada sistem geomorfologi kembali.
Semasa proses pertukaran input dan output ini akan melibatkan storan (simpanan) dalam sistem
lata tersebut. Oleh sebab itu bagi sistem lata wujud satu jujukan input-output yang berterusan.
Sistem berinteraktif merupakan jalinan atau kombinasi antara sistem morfologi dengan sistem
lata. Kaitan antara kedua-duanya adalah dibentuk oleh komponen sistem morfologi dan
komponen sistem lata yang sama atau berkait rapat antara sama lain. Contohnya kemampuan
serapan tanih (susupan air ke dalam tanih) adalah merupakan parameter penting dalam unit
morfologi cerun dan pada masa yang sama ia juga merupakan input dalam sistem lain apabila air
yang diserap oleh tanih tersimpan di dalam akuifer.
Air yang tersimpan di dalam akuifer ini akan mengalir menjadi input kepada saliran khususnya
sungai yang menjadi komponen penting kepada sistem morfologi. Justeru itu wujud kombinasi
yang tidak boleh dipisahkan antara sistem morfologi dengan sistem lata.
Pembahagian Sistem Alam Sekitar Fizikal
Sistem bumi ini dibahagikan kepada empat iaitu Sistem Goemorfologi, Sistem Atmosfera,
Sistem Hidrologi dan Sistem Ekologi.
Sistem geomorfologi adalah mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas
permukaan bumi sama ada yang makro atau yang mikro. Misalnya proses luluhawa, hakisan,
pengangkutan dan gerakan jisim. Kombinasi pelbagai faktor fizikal akan menghasilkan pelbagai
bentuk bumi sama ada di lembangan saliran, di pinggir pantai, dikawasan gurun, kawasan
glasier, pra glasier dan sebagainya.
Sistem atmosfera pula mengkaji saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu,
hujan, tekanan udara, kelembapan udara, tiupan angin dan sebagainya yang berlaku di ruang
atmosfera. Unsur-unsur iklim dan cuaca ini dikaji mengikut ruang dan masa.
Sistem hidrologi adalah kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera,
termasuklah pelbagai jenis kerpasan, air permukaan seperti sungai, tasik, kolam dan juga air
bawah tanah. Tumpuan kepada bagaimana air itu berkitar, perubahan yang dialami oleh air pada
setiap peringkat kitaran, proses-prosesnya serta saling kaitan antara unsur-unsur yang ada dalam
kitaran hidrologi.
Sistem ekologi pula satu sistem yang mengkaji habitat fauna dan flora yang dipecah-bahagikan
kepada ekosistem-ekosistem yang berantaian antara satu sama lain seperti ekosistem muara
,ekosistem akuatik seperti laut, tasik, kolam, ekosistem hutan dan sebagainya. Tumpuan kajian
adalah kepada aliran tenaga dan siratan makanan serta keseimbangan dalam ekosistem-ekosistem
tersebut.




Interaksi antara Sistem Alam Sekitar Fizikal
Keempat-empat sistem alam sekitar fizikal di atas tidak berasingan, ia saling berinteraksi antara
satu sama lain dalam hubungan yang kompleks. Sebarang perubahan atau gangguan yang
dialami oleh sesebuah sistem akan turut mempengaruhi sistem-sistem yang lain.
Berdasarkan skima di atas, kita boleh bermula dimana-mana sistem kerana apa yang berlaku
pada satu sistem tidak hanya terhenti setakat sistem itu sahaja, malah turut dialami oleh sistem-
sistem yang lain. Misalnya bermula dengan kitaran hidrologi, proses sejatan berlaku di
permukaan air seperti laut, ini diikuti pula oleh pemeluwapan dan kerpasan yang berlaku dalam
sistem atmosfera.
Seterusnya proses pintasan @ cegatan silara dari tumbuh-tumbuhan yang berlaku dalam sistem
ekologi. Seterusnya air larian permukaan dan aliran sub-permukaan berlaku dalam sistem
geomorfologi. Akhirnya proses rembesan, aliran air bawah tanah, akuifer yang membekalkan air
kepada sungai, tasik, paya, kolam dan lain-lain berlaku dalam sistem hidrologi. Dalam konteks
ini, sistem hidrologi sendiri bertindak sebagai proses dan penyedia air manakala sistem-sistem
yang lain sebagai medium @ bahantaranya kerana peringkat-peringkat dalam kitaran tersebut
akan melibatkan keempat-empat sistem di atas.






1.2 SISTEM SURIA
Dalam alam semesta ini terdapat beberapa galaksi dan salah satunya ialah Bima Sakti. Galaksi
Bima Sakti mengandungi 100 000 bintang. Matahari merupakan salah satu daripada bintang-
bintang tersebut. Ia dikenali sebagai sistem suria. Sistem suria terdiri daripada matahari,
sembilan planet, satelit semula jadi dan pelbagai jasad lain seperti asteriod, komet, meteorit dan
awan habuk planet. Matahari dapat mengawal kedudukan kesemua jasad ini melalui tarikan
gravitinya yang menghasilkan medan graviti. Kesemua jasad dan planet beredar mengelilingi
matahari mengikut orbitnya yang berbentuk bujur atau elips. Planet yang paling hampir dengan
matahari ialah Utarid (57.9 juta km) diikuti oleh Zuhrah, Bumi (149.6 juta km) Marikh, Musytari
(778.8 juta km), Zuhal, Uranus (2870 juta km), Neptune dan Pluto (5900 juta km).
Matahari merupakan pusat bagi semua planet dalam sistem suria. Daya tarikan graviti matahari
menyebabkan semua planet beredar mengelilinginya. Matahari mempunyai diameter 1 392 980
km. Matahari terdiri daripada beberapa unsur dan yang paling utama ialah hidrogen serta
helium. Kedua-dua ini membentuk hampir 99% daripada isipadu matahari. Suhu permukaan
matahari dianggarkan kira-kira 5 500^ C dan suhu teras 15 juta^C. Suhu yang tinggi ini
membolehkan matahari mengeluarkan cahaya. Matahari menjadikan sumber tenaga utama dalam
sistem suria tersebut.
Utarid adalah planet yang paling hampir dengan matahari pada jarak kira-kira 57.9 juta km.
Utarid mempunyai diameter 487.8 km. Permukaannya seakan sama dengan permukaan bulan
kerana terdapatnya kawah-kawah, tanah tinggi dan lembah. Meteorit besar yang jatuh ke
permukaan Utarid telah mewujudkan kawah dan permukaan yang berlembah. Suhu Utarid pada
siang dianggarkan kira-kira 400^C manakala pada waktu malam kira-kira 200^C. Julat suhu
yang besar ini berlaku kerana tidak wujud lapisan atmosfera yang boleh memerangkap tenaga
matahari di Utarid. Planet ini tidak mempunyai satelit.

Zuhrah adalah planet kedua hampir dengan matahari. Jarak Zuhrah dari matahari adalah kira-kira
108.2 juta km. Saiz dan jisimnya lebih kurang sama dengan Bumi. Diameter Zuhrah ialah 12 104
km. Atmosfera Zuhrah terdiri daripada gas karbon dioksida dan fungsi gas ini ialah untuk
menebat haba dari matahari. Suhu permukaan Zuhrah kira-kira 457^C. Zuhrah sentiasa dilitupi
awan tebal yang mengandungi asid sulfurik. Planet Zuhrah juga tidak mempunyai satelit.
Bumi adalah planet yang ketiga dalam sistem suria. Jarak Bumi dari matahari ialah kira-kira
149.6 juta km. Diameter Bumi ialah 12 753 km. Bumi adalah satu-satunya planet dalam sistem
suria yang dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuhan. Bumi beredar mengelilingi matahari
mengikut orbitnya. Bumi berputar dari atas paksinya dari arah barat ke timur selama 24 jam.
Bumi mempunyai satelitnya sendiri iaitu Bulan.
Marikh adalah planet yang paling kecil dalam sistem suria. Jarak Marikh dari matahari adalah
kira-kira 227.9 juta km. Planet Marikh berdiameter kira-kira 6 785 km. Planet ini kelihatan
merah kerana diselaputi oleh debu merah. Satu putaran Marikh mengelilingi matahari ialah 1.88
tahun. Tarikan graviti di Marikh adalah lebih lemah dan ini menyebabkan lapisan atmosferanya
memiliki karbon dioksida sangat nipis berbanding atmosfera Bumi. Planet Marikh mempunyai
dua buah satelit iaitu Phobes dan Diemos.
Musytari adalah planet terbesar dalam sistem suria. Planet ini mempunyai diameter kira-kira 142
800 km. Jaraknya dari matahari ialah 778.3 juta km. Planet ini mengelilingi matahari sekali
dalam masa 12 tahun. Ia berputar di atas paksinya selama 9.8 jam bagi setiap putaran. Planet ini
terdiri daripada 84% gas hidrogen, 15% gas helium dan bakinya ialah gas ammonia, metana, wap
air dan lain-lain. Musytari mempunyai jaluran asteroid yang gelap dan juga lingkaran cahaya.
Planet ini mempunyai 60 buah satelit.



Zuhal ialah planet yang kedua besar dalam sistem suria. Jarak Zuhal dan matahari adalah kira-
kira 1 427 juta km. Diameter Zuhal ialah 119 871 km. Zuhal beredar mengelilingi matahari
mengikut orbitnya dan mengambil masa 29.5 tahun untuk melengkapkan satu peredaran. Suhu
lapisan atmosferanya ialah -170^C dan terdiri daripada gas hidrogen dan gas metana. Planet
Zuhal juga berputar di atas paksinya dan mengambil masa kira-kira 10.67 jam. Zuhal memiliki
banyak cincin dan 31 buah satelit.
Uranus ialah planet yang ketiga besar dalam sistem suria. Jarak Uranus dari matahari ialah kira-
kira 2 871 juta km. Diameter Uranus adalah 51 488 km dan mengambil masa 84 tahun bumi
untuk melengkapkan peredarannya mengelilingi matahari. Atmosfera berwarna kehijauan kerana
kesan kehadiran gas metana. Satu putaran planet Uranus mengambil masa 17.24 jam. Suhu di
permukaan Uranus adalah terlalu sejuk kerana jaraknya yang jauh dari matahari. Planet ini
mempunyai 18 buah satelit.
Neptun adalah planet yang kelapan dalam sistem suria. Jarak Neptun dari matahari adalah kira-
kira 4 497 km. Ia berdiameter 49 493 km. Suhunya adalah 210^C iaitu terlalu rendah kerana
jaraknya yang jauh dari matahari. Suhu di Neptun bersamaan dengan 165 tahun di bumi. Satu
putaran planet Neptun mengambil masa kira-kira 16 jam. Planet ini mempunyai lapan buah
satelit yang mengelilinginya.








1.3 KEDUDUKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA
Cahaya matahari melintasi sistem suria dalam masa 11.5 jam, bergerak dari matahari ke Bumi
dalam masa 8 minit dan dari Bulan dalam masa 1.25 saat. Bumi terletak 149.6 juta km dari
matahari. Bumi juga mempunyai satelit iaitu Bulan sejauh 384, 629 km dari Bumi.
Bumi sebagai Satu Sfera
Bumi adalah berbentuk sfera tetapi rata pada kedua-dua kutubnya. Ia mempunyai suatu jejari di
Khatulistiwa sepanjang 638 km dan di kutubnya sepanjang 6357 km. Bumi terdiri daripada
beberapa lapisan iaitu kerak bumi, mantel dan teras bumi
Kerak bumi merupakan lapisan luar bumi dan dikenali sebagai litosfera. Ketebalannya kira-kira
5 km bagi bawah dasar lautan dan hingga 40 km bagi puncak tanah tinggi di daratan. Sebahagian
besarnya terbentuk daripada batuan igneus iaitu hasil daripada penyejukan dan pembekuan
batuan cair dari dalam kerak bumi. Kerak bumi terdiri daripada dua bahagian iaitu sial dan sima.
Sial ialah daratan yang membentuk benua dan pulau manakala sima ialah bahagian yang
membentuk dasar laut dan lautan. Sempadan yang dikenali sebagai Ketakselanjaran
Mohorovicic memisahkan lapisan kerak bumi daripada lapisan mantel. Lapisan ini
mengimbangkan kerak bumi semasa pembentukan gunung-ganang.






Ciri-ciri dan Perbezaan antara Sial dan Sima
Aspek Sial Sima
Jenis batuan Granit Basalt
Jenis mineral Silika dan aluminium Silika,besi,magnesium
Ketumpatan 2.65-2.7 g /cm padu 2.8-3.1 g /cm padu
Ketebalan 30-40 km 5-10km
Ciri-ciri lain Membentuk benua & pulau Membentuk dasar laut & lautan
Isipadu Lebih ringan Lebih berat
Warna Kecerahan sehingga 65 hingga
75% kandungan silika.
Gelap iaitu 50% kandungan
silika.
Lapisan Terputus-putus Bersambung

Mantel berada antara lapisan kerak bumi dan teras bumi. Ketebalan lapisan ini kira-kira 2900
km dan membentuk 82% daripada isipadu bumi. Ia terdiri daripada batuan yang padat seperti
basalt yang kaya dengan olivin. Ketakselanjaran Gutenberg menjadi pemisah antara lapisan teras
bumi. Suhu bagi lapisan ini dianggarkan tinggi iaitu mencapai 800 hingga 1600^C. Ketumpatan
ini dianggarkan kira-kira 3.3 hingga 5.8 g/cm padu.
Mantel terdiri daripada dua bahagian iaitu mantel atas dan mantel bawah. Mantel atas
membentuk sebahagian daripada litosfera, bersifat lembut, nipis dan ketebalannya 30-40 km.
Mantel bawah pula dikenali sebagai astenosfera, dalam keadaan separa cair, suhunya
dianggarkan 1400^C dan membolehkan lapisan litosfera terapung di atasnya. Terdapat arus
perolakan di lapisan ini yang boleh menyebabkan berlakunya pergerakan dalam bumi iaitu
kuasa endogenik.
Teras bumi merupakan lapisan yang terakhir yang berada jauh di dalam bumi. Ia dikenali
sebagai barisfera. Suhunya adalah amat tinggi iaitu dalam lingkungan 3700 hingga 5000^C .
Teras bumi terdiri daripada dua bahagian iaitu teras luar dan teras dalam.


Teras luar terbentang di antara ketebalan 2900 hingga 5600 km daripada lapisan permukaan
bumi. Sifatnya berkeadaan cair dengan ketumpatannya 10.0 hingga 12.3 g/cm padu. Suhunya
pula tinggi iaitu 3700^C dan banyak mengandungi besi dan nikel atau nife.
Teras dalam pula terbentang di antara ketebalan 5600 hingga 6380 km dari permukaan bumi.
Ianya berkeadaan pejal dengan ketumpatan ialah 13.3 hingga 13.6 g/cm padu. Suhunya amat
tinggi mencapai 5000^C.
















Bukti bumi berbentuk sfera
Bukti bumi berbentuk sfera iaitu bulat dapat dinyatakan berdasarkan bukti-bukti kajian oleh ahli-
ahli geografi dan sains serta kejadian yang berlaku dalam sistem bumi.
Apabila pelayaran dilakukan dengan mengelilingi dunia oleh seorang ahli pelayaran iaitu
Ferdinand Magellan dan anak-anak kapalnya pada tahun 1519 dan tahun 1552 di mana pelayaran
ini telah menjelaskan bumi adalah berbentuk sfera. Tidak ada orang yang mengelilingi dunia
baik melalui daratan dan lautan, yang bertemu dengan pinggir bumi yang boleh menyebabkan
mereka tergelincir. Jalan-jalan udara dan lautan yang dilalui dalam zaman moden ini berdasarkan
kebenaran bahawa bumi berbentuk sfera.
Bukti seterusnya ialah kaki langit akan nampak melengkung dilihat daripada dek kapal di
tengah-tengah lautan dan daratan. Ini bermakna jika kita berjalan jauh kita seolah-olah akan
sampai ke bahagian kaki langit. Sebaliknya keadaan sebenar tidak sedemikan kerana semakin
jauh kita pergi ke arah kaki langit ianya masih kelihatan semakin jauh untuk dicapai.
Begitu juga jika kita melihat pergerakan kapal dari tengah lautan yang luas, kita akan nampak
asap, kemudiannya tiang kapalnya terlebih dahulu dan sedikit demi sedikit akan kelihatan kapal
keseluruhannya apabila kapal tersebut semakin menghampiri kita.
Bukti daripada naik turunnya matahari iaitu ketika matahari terbit pada sebelah timur akan
kelihatan sedikit demi sedikit di kaki langit dan kemudian menjadi tegak di atas kepala dan
akhirnya akan terbenam di sebelah barat sedikit demi sedikit. Apabila berlakunya gerhana bulan,
kelihatan bayang-bayang bumi di permukaan bulan yang bersifat bulat @ melengkung.
Bukti lain ialah planet-planet lain dalam sistem suria semuanya adalah berbentuk sfera @ bulat
seperti yang bermula dari planet Utarid hinggalah kepada planet Pluto. Begitu juga gambar-
gambar yang telah diambil dari kapal angkasa dan setelit telah menunjukkan bumi sebenarnya
berbentuk bulat.
KECONDONGAN PAKSI
Bumi condong sedikit dalam hubungannya dengan matahari. Bumi berputar pada paksinya yang
condong pada sudut 23 ^ daripada satah menegak yang bersudut tepat dengan satah orbit.
Kadang-kadang Kutub Utara condong ke arah matahari dan kadang-kadang condong menjauh
dari matahari.

PERGERAKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA
Pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku melalui dua cara iaitu putaran bumi di atas paksinya
dan peredaran bumi mengelilingi matahari. Kedua-dua fenomena ini menghasilkan fenomena
atau kesan yang berbeza.
Putaran bumi
Bumi berputar pada paksinya yang condong pada sudut 23 ^ pada satah tegak. Arah putaran
Bumi ialah dari barat ke timur. Satu putaran 360 darjah dan mengambil masa 24 jam. Putaran
bumi menyebabkan berlakunya kejadian siang dan malam. Semasa berputar, permukaan bumi
yang mengadap matahari mengalami siang manakala permukaan bumi bumi yang terlindung
akan mengalami malam.
Selain itu, putaran bumi juga akan menyebabkan fenomena pasang dan surut air laut. Pasang dan
surut merujuk kepada kejadian aras air tinggi dan aras air rendah di laut. Fenomena ini
disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan matahari.
Berdasarkan rajah 1.5 di atas, tarikan graviti bulan akan menarik air laut di permukaan bumi
yang mengadap bulan menyebabkan kawasan A dan C mengalami pertambahan air laut atau air
pasang pada masa yang sama bahagian B dan D mengalami penurunan air laut atau air surut.
Kedudukan air pasang dan surut ini akan berubah apabila kedudukan bulan berada di D atau B.
Pada masa itu, bahagian A dan C pula akan mengalami air surut manakala bahagian B dan D
mengalami air pasang.
Tarikan graviti menjadi lebih kuat apabila graviti bulan dan matahari bertindak bersama dan
mengakibatkan air pasang meningkat ke paras tertinggi. Air pasang maksimum ini dinamakan
sebagai air pasang perbani. Dalam keadaan bulan, bumi dan matahari berada dalam keadaan
sudut tepat, air pasang yang terjadi adalah sangat rendah dan air pasang minimum ini dinamakan
air pasang anak.
Peredaran bumi
Bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbitnya. Peredaran mengelilingi matahari
mengambil masa 365 hari atau satu tahun. Peredaran berlaku mengikut arah lawan jam. Jarak
yang paling dekat (147 juta km) dengan matahari ialah pada 3 Januari dan dikenali sebagai
perihelion. Manakala jarak yang paling jauh (152 km) dengan matahari pada 4 Julai dikenali
sebagai afelion. (Rajah 1.6)

Peredaran bumi akan menyebabkan dua fenomena penting iaitu kejadian empat musim dan
kejadian gerhana. Kejadian empat musim disemua kawasan permukaan bumi kecuali di
kawasan Tropika akibat pergerakan bumi mengelilingi matahari dalam paksi bumi yang
condong. Kejadian musim lebih ketara dan nyata ke arah Kutub Utara dan Kutub Selatan iaitu
semakin jauh dari garisan Khatulistiwa. Kawasan Tropika tidak mengalami empat musim kerana
kawasan ini menerima pancaran cahaya matahari sepanjang tahun dan hampir sama jangka masa
siang dan malam iaitu 12 jam. Pada kawasan-kawasan tertentu, disebabkan kecondongan paksi
bumi dan kedudukan bumi waktu-waktu berlainan ketika mengelilingi matahari akan
menyebabkan fenomena musim yang berlainan di sesuatu tempat.
Empat musim yang dialami ialah musim sejuk, musim panas, musim bunga dan musim
luruh. Jenis musim yang dialami bergantung kepada jumlah tenaga matahari yang diterima. Pada
Soltis musim panas, matahari berada tegak atas kepala di Garisan Sartan. Ketika ini, Hemisfera
Utara mengalami musim panas. Jangka masa siangnya lebih panjang berbanding dengan jangka
masa malam. Kawasan Artik pula akan mengalami 24 jam siang kerana matahari bersinar
sepanjang hari iaitu 24 jam. Di Hemisfera Selatan pula pada masa yang sama akan mengalami
waktu malam yang lebih panjang berbanding dengan waktu siang. Di Antartik pula akan
mengalami 24 jam malam kerana terlindung daripada pancaran matahari.
Pada masa Soltis musim sejuk, matahari tengah hari berada tegak di atas kepala di Garisan Jadi.
Pada ketika ini, Hemisfera Selatan pula akan mengalami musim panas dengan waktu siangnya
yang lebih panjang. Kawasan Antartik mengalami siang selama 24 jam kerana menerima
pancaran matahari sepanjang hari. Manakala di Hemisfera Utara pada masa ini mengalami
musim sejuk pula dengan kawasan Artik tidak mendapat pancaran matahari selama 24 jam atau
sepanjang hari.
Ekuinoks pula berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada 21 Mac dan 23 September. Pada masa
ini, matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa dan seluruh dunia kecuali kawasan Kutub
Utara dan Kutub Selatan mengalami 12 jam siang dan 12 jam malam. Kawasan di Hemisfera
Utara mengalami musim bunga pada ekuinoks bulan 21 Mac dan musim luruh pada ekuinoks
22 September. Kawasan di Hemisfera Selatan mengalami musim luruh pada ekuinoks bulan
Mac dan musim bunga pada ekuinoks bulan September.


Fenomena gerhana berlaku apabila kedudukan bulan, bumi dan matahari berada pada satah
mendatar yang sama. Jika bumi berada di antara matahari dan bulan, maka cahaya matahari telah
dihalang oleh bumi dan bayangan bumi akan jatuh pada bulan dan menyebabkan berlakunya
gerhana bulan. Jika bulan pula berada di antara matahari dengan bumi, maka bayangan bulan
akan jatuh pada permukaan dan menyebabkan fenomena gerhana matahari.
KOMPONEN SISTEM BUMI
Bumi kita terdiri daripada empat bahagian sfera iaitu Atmosfera, Litosfera, Hidrosfera, dan
Biosfera. Setiap bahagian sfera mempunyai ciri-ciri dan berinteraksi atau salingkaitan antara satu
dengan yang lain berasaskan pengaliran sumber tenaga atau bahangan daripada matahari.
Walaupun jumlah tenaga matahari yang sampai ke sistem bumi sedikit tetapi sejumlah tenaga ini
sudah cukup untuk menghidupkan sistem bumi.
1.Atmosfera
Atmosfera merupakan lapisan udara yang meliputi bumi degan ketebalan lebih kurang 1000 km.
Lapisan atmosfera mempunyai ketumpatan 0 dan mengandungi gas, wap air, debu dan habuk.
Gas-gas yang terdapat dalam atmosfera seperti nitrogen 78%, oksigen 21%, argon 0.93%, karbon
dioksida 0.03% dan lain-lain gas seperti neon, helium, metana, hidrogen, nitrusoksida dan ozon.
Nitrogen, oksigen karbon dioksida merupakan gas-gas yang utama dan hampir dengan
permukaan bumi. Lapisan udara semakin padat berhampiran dengan permukaan bumi dan
semakin nipis di lapisan atas daripada permukaan bumi. Atmosfera merupakan lapisan udara
yang amat penting kepada kehidupan samada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Kepentingannya dapat dijelaskan sebagai berikut:
1. Gas oksigen amat penting kepada pernafasan semua kehidupan.
2. Gas karbon dioksida pula penting untuk proses fotosentesis bagi tumbuh-
tumbuhan.
3. Fenomena cuaca akan berlaku pada ruang atmosfera seperti proses
penyejatan, pembentukan awan dan kejadian kerpasan yang amat penting
kepada seluruh kehidupan di bumi kerana dapat membekalkan sumber air.
4. Lapisan atmosfera merupakan ruang pergerakan ruang pergerakan gelombang
yang boleh memajukan perkembangan telekomunikasi.
5. Pada ruang atmosfera yang terdapat lapisan ozon pula amat penting sebagai
lapisan penyerap jenis cahaya matahari iaitu cahaya ultrungu.
6. Oleh kerana terdapat pelbagai bahan dalam ruang atmosfera,maka ia turut
berfungsi sebagai penebat haba kerana dapat menyerap sebahagian haba
yang dipancarkan dari matahari dan haba yang dibalikkan semula oleh bumi.
7. Atmosfera juga menjadi ruang yang mampu membolehkan pembakaran dan
penghancuran meteorit, yang boleh mengelak dari jatuh terus ke permukaan
bumi.


Komponen Atmosfera

a. Troposfera
Troposfera merupakan lapisan yang paling hampir dengan permukaan bumi dan tarikan
gravitinya yang kuat. Ketebalan lapisan ini dianggarkan kira-kira 8km hingga 18km. Ia
merupakan lapisan yang tidak stabil kerana sekitar lapisan inilah sering berlakunya keadaan
cuaca seperti perubahan suhu, pergerakan angin, pembentukan awan dan hujan dari wap-wap air
yang tersejat. Turut terdapat pada ruang troposfera ialah gas oksigen, karbon dioksida dan wap
air yang membolehkan manusia,haiwan dan tumbuhan hidup di lapisan permukaan bumi. Selain
itu, lapisan ini berfungsi sebagai penebat kepada haba iaitu dapat meresap sebahagian haba
daripada matahari dan bumi. Keadaan tekanan udara pada lapisan ini adalah tinggi kerana
terdapat tarikan graviti yang lebih kuat. Lazimnya pada ruang atmosfera perubahan suhu akan
menurun sebanyak 1^C bagi setiap kenaikan 165 m dan sebaliknya. Lapisan yang memisahkan
troposfera dengan stratosfera ialah Tropopaus.

b. Staratosfera
Statosfera merupakan lapisan yang lebih tebal daripada troposfera iaitu dianggarkan lebih dari
dua kali ganda. Ianya bermula dari troposfera kira-kira pada ketinggian 18 km hingga ke lapisan
ke 80 km. Lapisan ini tidak berawan, kering dan nipis. Oleh itu ia lebih stabil dan sesuai bagi
penerbangan kapal terbang. Pada lapisan ini suhunya akan meningkat iaitu dari 50^C pada
lapisan tropopaus tetapi meningkat kepada 0^C di kawasan atasnya. Lapisan yang memisahkan
stratosfera dengan mesosfera ialah Sratopaus.
Oleh kerana pada lapisan ini terdapat lapisan ozon maka ianya amat berfungsi menyerap cahaya/
pancaran ultraungu boleh menyebabkan penyakit ketarak mata, kanser kulit dan boleh
melemahkan sistem pelalian badan manusia.
c. Mesosfera
Lapisan ini terletak pada aras 50 km iaitu dari stratosfera hingga ke 80 km. Keadaan suhu pada
lapisan ini dikatakan semakin rendah bila semakin menghampiri kawasan angkasa lepas. Min
suhunya berubah-ubah dari kira-kira 0^C hingga 80^C . Ruang inilah merupakan kawasan yang
boleh menghasilkan pembakaran dan penghancuran meteorit sebelum ianya jatuh ke permukaan
bumi. Lapisan yang memisahkan mesosfera dengan termosfera ialah Mesopaus.

d. Termosfera
Termosfera merupakan satu lapisan yang luas yang terbentang dari ketinggian 80 km hingga ke
600 km dari permukaan bumi. Lapisan ini juga dikenali sebagai lapisan Lonosfera, terutama
yang terletak pada aras ketinggian 100 km hingga ke 600 km. suhu di ruang ini menjadi semakin
meningkat mengikut ketinggian kerana ia merupakan lapisan yang banyak menyerap sinaran
cahaya ultraungu. Dianggarkan suhunya kira-kira 1650^C. Pada ruang atmosfera ini terdapat
zarah-zarah yang terdiri daripada gas-gas yang bercas (ION) yang dapat memantulkan
gelombang radio ke permukaan bumi dan inilah yang boleh memajukan perkembangan
telekomunikasi manusia. Turut terdapat pada lapisan ini ialah jalur-jalur yang berwarna warni
hasil daripada tindakan di antara zarah-zarah bercas dengan magnet bumi dan gas-gas atmosfera
yang dikenali sebagai aurora.

e. Eksosfera
Eksosfera adalah lapisan yang paling jauh ke atas dari permukaan bumi dan mengandungi gas-
gas ringan seperti helium, hidrogen dan argon. Udara pada lapisan ini amat nipis sehingga ia
digelar sebagai lapisan Vakum. Kedudukannya ialah pada aras ketinggian hingga 700km hingga
ke 1000km .










2.Litosfera

Litosfera merupakan bahagian luar bumi yang bersifat pejal dan terdiri daripada batuan dan
mineral. Lapisan ini adalah bahagian kerak bumi dan terletak di atas lapisan mantel. Ketebalan
kerak bumi / litosfera adalah antara 30 km yang membentuk daratan dan kira-kira 10 km yang
menjadi dasar lautan dan lapisan mantel. Oleh itu bahagian membentuk daratan sebagai sial dan
dasar lautan sebagai sima. Litosfera merupakan lapisan yang dinamik dan menghasilkan pelbagai
bentuk muka bumi seperti gunung, lurah, dataran tinggi, dataran, dan dasar laut.

Kepentingan lapisan litosfera kepada kehidupan di bumi
1. Merupakan habitat kepada organisma hidup seperti manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan.
2. Lapisannya amat kaya dengan oleh pelbagai mineral dan batuan untuk menjana
kemajuan dalam kegiatan ekonomi seperti perlombongan dan pembinaan.
3. Batuan yang lama terdedah pada luluhawa akan menghasilkan tanah tanih yang
amat penting kepada kegiatan pertanian.
4. Tanih yang mengandungi nutrien yang banyak amat berguna kepada
pertumbuhan dan pembesaran tumbuh-tumbuhan








3. Hidrosfera

Ianya merupakan bahagian yang terdiri daripada air iaitu dianggarkan kira-kira 71% atau 2/3
daripada permukaan bumi. Bahagian yang terdiri daripada air ini termasuk laut dan lautan kira-
kira 97.2% (air masin) manakala air sungai, air tasik, air bawah tanah, wap air dan litupan salji
serta dan glasier kira-kira 2.8%. Kawasan lautan yang utama di dunia terdiri dari Lautan Pasifik
(yang terbesar), Lautan Artik, Lautan Hindi dan Lautan Antartik. Suhu air laut adalah berbeza-
beza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya di Kawasan Khatulistiwa suhunya
panas kira-kira 21^C , manakala di kawasan garis lintang sederhana iaitu 45^C turun kepada
13^C dan di kawasan dengan hampir dengan Kutub pula suhu air lautnya hingga 0^C iaitu di
bawah takat beku.

Kitaran hidrologi / kitaran air, menjamin kuantiti air di lapisan hidrosfera tidak banyak berubah
kerana kehilangan air dari proses sejatan dari laut digantikan semula oleh hujan dan aliran terus
sebahagiannya ke laut semula. Manusia, haiwan dan segala kehidupan amat bergantung kepaada
hidrosfera.

Kepentingan hidrosfera
1. Merupakan habitat kepada pelbagai organisma dan tumbuh-tumbuhan air.
2. Sungai, laut, lautan manjadi jalan perhubungan dan pengangkutan semulajadi
yang penting.
3. Membekalkan sumber makanan seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya.
4. Punca pendapatan penduduk yang tiggal berhampiran dengan laut, sungai dan
tasik.
5. Dapat membangunkan industri menjana kuasa hidroelektrik.
6. Membekalkan sumber air kepada penggunaan domestik penduduk seperti
membasuh, minum, mandi dan memasak.
7. Manjadi bahan penting dalam industri yang berkaitan dengan bekalan air
seperti besi keluli, membuat batik, dan industri minuman.
8. Membekalkan air kepada sistem pengairan di kawasan pertanian.
9. Kawasan yang bertakung air dapat ditanam dengan tanaman seperti jut, padi,
bakau dan nipah.
4 Biosfera

Biosfera merupakan bahagian yang terdiri daripada segala hidupan termasuklah manusia, haiwan
tumbuh-tumbuhan dan organisma seni. Hidupan ini saling berkaitan dengan sistem yang lain
dalam sistem bumi untuk terus hidup.

Kepentingan biosfera
1. Manusia dan haiwan membekalkan karbon dioksida ke atmosfera dan berguna
kepada tumbuhan hijau untuk proses fotosintesis iaitu proses di mana pokok
membuat makanannya.
2. Tumbuhan pula membebaskan oksigen ke lapisan udara dan berguna untuk
pernafasan manusia dan haiwan. Turut penting tumbuhan membekalkan
makanan kepada manusia, haiwan dan menjadi bahan mentah dalam
perindustrian.
3. Bakteria dan kulat pula menjadi agen untuk mengurai dan mereputkan haiwan
dan tumbuhan yang mati untuk membekalkan nutrien dan kesuburan tanah.
Ini menggalakkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan.
Pada umumya kesemua sistem dalam sistem bumi yang terdiri daripada Atmosfera, Litosfera,
Hidrosfera dan Biosfera sebenarnya saling berinteraksi dan bergantungan antara satu dengan
yang lain untuk mewujudkan keseimbangan dan hidupan dalam ekosistem. Walaubagaimanapun,
matahari turut menjadi punca atau tenaga utama dalam interaksi sistem-sistem bumi. Batuan
direputkan untuk membentuk tanah tanih bagi membolehkan tumbuhan tumbuh, matahari
mempengaruhi proses penyejatan, membentuk awan dan kejadian hujan untuk pokok tumbuh
subur. Tumbuhan membekalkan oksigen kepada pernafasan haiwan dan manusia dan seterusnya
membekalkan makanan. Manusia membebaskan karbon dioksida ke udara dan digunakan oleh
tumbuhan untuk membuat makanannya. Hidrosfera menjadi habitat hidupan air dan menjadi
bekalan makanan manusia. Air laut membekalkan hujan ke bumi melalui sejatan dan kerpasan
serta banyak lagi contoh saling kaitan dan interaksi di antara sistem-sistem bumi.
1.4 TENAGA
Konsep tenaga
Tenaga ditakrifkan sebagai keupayaan melakukan sesuatu kerja. Terdapat pelbagai bentuk tenaga
seperti tenaga keupayaan, tenaga kinetik, tenaga cahaya, tenaga haba, tenaga kimia dan tenaga
elektrik. Tenaga amat penting untuk semua kehidupan. Sistem bumi mempunyai dua sumber
tenaga yang utama iaitu tenaga endogenik dan tenaga eksogenik.
Jenis dan punca tenaga
Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan dalam sesuatu jasad seperti tenaga yang
terdapat dalam air empangan. Tenaga kinetik merupakan tenaga yang dihasilkan oleh
pergerakan sesuatu jasad seperti tenaga yang terdapat dalam aliran sungai. Semakin laju
pergerakan sesuatu jasad, semakin tinggi tenaga kinetik yang dihasilkan. Tenaga cahaya
merupakan tenaga yang dihasilkan oleh sesuatu objek seperti tenaga cahaya matahari. Tenaga
haba pula merupakan tenaga yang terdapat dalam sesuatu objek yang mempunyai suhu yang
lebih tinggi dari persekitarannya. Tenaga haba dapat dipindahkan bersama-sama tenaga cahaya.
Tenaga kimia merupakan tenaga yang tersimpan dalam sesuatu bahan yang terdiri daripada
sebatian kimia seperti tenaga yang tersimpan dalam makanan. Tenaga elektrik merupakan
tenaga yang dihasilkan oleh sesuatu arus elektrik. Semua tenaga boleh dipindahkan bentuknya
melalui proses-proses tertentu. Contohnya apabila sesuatu makanan dimakan oleh haiwan atau
manusia, tenaga yang terlibat adalah tenaga kimia (dalam makanan) telah dipindahkan kepada
bentuk tenaga haba (badan menjadi panas) dan tenaga kinetik (dihasilkan semasa pergerakan).
Dalam sistem bumi, tedapat dua punca atau sumber tenaga iaitu dari dalam bumi (endogenik)
dan dari luar sistem bumi (eksogenik).
Tenaga endogenik ialah tenaga dari dalam bumi seperti tenaga radiogenik (hasil dari arus
perolakan di bawah plat bumi) dan terikan graviti. Tenaga ini menghasilkan kuasa mampatan dan
kuasa kerenggangan.
Tenaga eksogenik pula berpunca dari luar kerak bumi terutamanya dari matahari. Ia
menghasilkan proses geomorfologi (pembentukan bentuk muka bumi yang mengubah
permukaan bumi).
Perbezaan tenaga eksogenik dengan tenaga endogenik ialah tenaga eksogenik berpunca dari luar
sistem bumi iaitu dari matahari dan sampai dalam bentuk tenaga haba dan cahaya. Tenaga
endogenik berpunca dari dalam bumi dan terkumpul dalam bentuk radiogenik. Tenaga
eksogenik menyebabkan kejadian agen-agen geomorfologi manakala tenaga endogenik
menyebabkan berlakunya pergerakan tektonik.

Perbezaan penerimaan tenaga suria dan kaitannya dengan kejadian siang dan malam dan
kejadian empat musim.
Pergerakan bumi melibatkan putaran bumi pada paksi yang condong dan edaran bumi
mengelilingi matahari. Putaran bumi menyebabkan fenomena siang dan malam. Bumi berputar
dari arah barat ke timur. Kawasan permukaan bumi yang menerima pancaran matahari akan
mengalami waktu siang dan menerima tenaga suria yang banyak. Kawasan yang terlindung dari
pancaran matahari pula akan mengalami waktu malam dan menerima tenaga suria yang sedikit.
Ini dapat dilihat melalui rajah 1.8 di bawah.


Putaran bumi pada paksi yang condong pula akan menyebabkan kejadian waktu siang dan
malam yang tidak sama panjang. Pada 22 Disember, matahari tegak di atas garisan Jadi di
hemisfera Selatan. Pada ketika ini, hemisfera Selatan tercondong ke arah matahari, manakala
hemisfera Utara tercondong jauh dari pancaran matahari. Pada masa ini keseluruhan hemisfera
Selatan mengalami waktu siang yang lama. Contohnya pada Garisan Jadi waktu siang adalah 16
jam dan kawasan kutub Selatan pula mengalami 24 jam waktu siang. Umumnya hemisfera
selatan menerima tenaga suria yang banyak. Pada waktu yang sama hemisfera utara mengalami
waktu siang yang pendek dan waktu malam yang panjang. Jadi keseluruhannya hemisfera utara
menerima tenaga suria yang kurang.
Peredaran bumi mengelilingi matahari mengambil masa 365 hari (setahun) untuk satu orbit
yang lengkap. Pergerakan ini menghasilkan fenomena musim di kawasan kawasan garis lintang
sederhana dan tinggi. Pada kedudukan 21 Jun, bumi mengalami Soltis musim panas. Pada ketika
ini matahari berada tegak di Garisan Sartan. Kawasan garis lintang sederhana dan tinggi di
hemisfera Utara mengalami musim panas manakala kawasan garis lintang sederhana dan tinggi
di hemisfera Selatan mengalami musim sejuk. Kawasan yang mengalami musim panas akan
menerima taburan tenaga suria yang banyak manakala kawasan yang mengalami musim sejuk
akan menerima taburan tenaga suria yang kurang.

Kejadian empat musim dan pengaruhnya terhadap aktiviti manusia
Kejadian empat musim mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelbagai aktiviti manusia.
Taburan tenaga suria yang tidak seimbang di permukaan bumi telah mempengaruhi kehidupan
manusia. Dalam bidang pertanian, taburan tenaga suria yang banyak pada sepanjang tahun di
kawasan tropika lembap membolehkan pelbagai aktiviti pertanian seperti membajak, menanam,
membaja dan meracun dijalankan sepanjang tahun. Proses fotosintesis juga berlaku sepanjang
tahun kerana proses fotosintesis memerlukan cahaya matahari yang mencukupi. Selain itu,
pelbagai jenis tanamn tropika dapat ditanam disini seperti getah, kelapa sawit, koko, kopi, teh
dan sebagainya. Sebaliknya di kawasan garis lintang sederhana dan tinggi, aktiviti pertanian
hanya dapat dilakukan pada musim bunga dan musim panas sahaja. Ini kerana penerimaan
tenaga suria tidak berlaku pada sepanjang tahun.

Taburan tenaga suria mempengaruhi aktiviti manusia
1. Perikanan
Kawasan tropika yang menerima tenaga suria menggalakkan pertumbuhan plankton sepanjang
tahun. Bekalan plankton menggalakkan hidupan ekosistem laut yang kaya dengan pelbagai jenis
ikan. Kegiatan perikanan dapat dilakukan sepanjang tahun. Sebaliknya di kawasan bermusim,
pembiakan plankton tidak berlaku sepanjang tahun kerana di kawasan tersebut bekalan tenaga
suria sangat terhad. Lagipun, pada musim sejuk air laut menjadi sejuk serta membeku. Fenomena
ini tidak menggalakkan aktiviti perikanan dijalankan.

2. Penternakan
Kawasan tropika yang bersuhu panas dan menerima hujan yang lebat sepanjang tahun
menggalakkan pertumbuhan padang rumput. Hal ini membolehkan kegiatan penternakan
kambing dan lembu secara terbuka dapat dijalankan pada sepanjang tahun. Sebaliknya di
kawasan bermusim kegiatan penternakan terbuka hanya boleh dilakukan pada musim bunga dan
panas. Apabila tiba musim sejuk, binatang ternakan dikurung di dalam kandang dan makanan
perlu disediakan.
3. Pelancongan
Kawasan tropika lembap yang berkeadaan panas sepanjang tahun menjadi destinasi para
pelancong terutama dari Negara-negara yang mengalami musim sejuk. Mereka gemar mandi di
laut dan berjemur di pinggir pantai yang berpasir. Di Negara yang bermusim, aktiviti di pantai
tidak dapat dilakukan terutama pada musim sejuk. Ini kerana suhu yang rendah bukan sahaja
menghalang aktiviti bahkan membahayakan nyawa.

4. Aktiviti sosial

Di kawasan tropika, aktiviti sosial seperti sukan boleh dijalankan pada sepanjang tahun,
manakala di kawasan bermusim aktiviti berkenaan terhad pada musim panas. Dari segi pakaian
pula penduduk di kawasan tropika perlu menggunakan pakaian nipis daripada kain kapas atau
nylon pada sepanjang tahun manakala penduduk di kawasan bermusim memilih pakaian
mengikut musim iaitu pakaian tebal pada musim sejuk dan pakaian nipis pada musim panas.

TEMA 2 : SISTEM GEOMORFOLOGI

2.1 PENGENALAN PROSES GEOMORFOLOGI
Satu bidang sains bumi yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan bentuk di permukaan
bumi secara saintifik.
Jenis Proses Geomorfologi
i) Proses Endogenik
Proses yang berpunca dari dalam bumi, mampu membentuk serta mengubah permukaan bumi
seperti pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi dan
aktiviti igneus serta metamorfosisme batuan.

ii) Proses Eksogenik
Proses yang berlaku di luar bumi atau di permukaan bumi seperti proses luluhawa, hakisan,
pengangkutan, pemendapan serta gerakan jisim.

Proses-Proses Endogenik
1) Pengangkutan dan penurunan blok-blok bumi apabila mengalami pemulihan isostasi.
2) Proses orogenesis atau proses pelipatan kerak bumi yang menghasilkan banjaran gunung
lipat.
3) Proses gelinciran atau sesaran kerak bumi yang reahan di kerak bumi, lurah gelinciran
serta gunung bongkah yang berpunca daripada daya mampatan dan tegangan yang dialami oleh
kerak bumi.
4) Gempa bumi atau gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila berlakunya perlanggaran
atau pencapahan plat-plat tektonik.
5) Aktiviti gunung berapi.
6) Proses metamorfosisme yang melibatkan perubahan tekstur, struktur dan kandungan kimia
sesuatu jenis batuan yang berada di dalam bumi apabila ia menerima haba dan tekanan yang
tinggi dan mengalami penjelmaan.
Proses-Proses Eksogenik
1)Luluhawa
Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku secara insitu.
Terbahagi kepada tiga jenis
a) Luluhawa kimia
b) Luluhawa fizikal
c) Luluhawa biologi

2) Proses hakisan
Proses penghausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen-agen yang bergerak
seperti air mengalir, angin dan ombak.
Hakisan terbahagi kepada dua jenis
a) Hakisan geologi.
Proses hakisan berlaku secara semulajadi dikawasan yang belum diganggu oleh manusia. Proses
hakisan goelogi berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama serta proses
hakisan ini melibatkan keseluruhan permukaan bumi.
b) Hakisan tanih
Proses hakisan yang berpunca daripada manusia apabila manusia mengganggu keadaan semulajadi
alam sekitar akibat aktiviti-aktiviti manusia.
3) Proses pengangkutan dan pemendapan
Pengangkutan adalah satu proses pemindahan bahan-bahan terluluhawa dan terhakis akan
diangkut oleh agen-agen yang bergerak seperti air yang mengalir, cairan glasier, angin dan
ombak. Proses pengangkutan bergantung kepada tenaga potensi dan tenaga kinetik agen
bergerak. Apabila halaju agen bergerak semakin perlahan, maka bahan-bahan yang diangkut
akan mengalami proses pemendapan.

4) Proses gerakan jisim
Gerakan jisim melibatkan pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian bawah akibat daya
tarikan graviti. Proses endogenik membentuk muka bumi atau landskap fizikal manakala
eksogenik lebih banyak mengubah atau memperkembangkan bentuk-bentuk bumi tersebut.
2.2 KONFIGURASI BENTUK BUMI

Pelbagai jenis atau keanekaan muka bumi yang ditinjau sama ada pada skala makro atau mikro.
Struktur Bumi terdiri daripada 3 lapisan utama :
a) Lapisan kerak bumi
Kerak bumi ialah lapisan bumi paling luar.Lapisan paling nipis.Ia terdiri daripada lapisan SIAL
(benua) dan SIMA (lautan). Kerak bumi banyak mengandungi batuan jenis granit dan basalt.
Ketumpatan batuan 2.7 3mg3.
b) Lapisan mantel
Lapisan pertengahan yang tidak stabil.Lapisan dalam bentuk pepejal dan cecair.Zon astenosfera
berbentuk separa cair.Lapisan bawah berbentuk batuan pejal. Batuan jenis granit dan basalt.
Ketumpatan 5.5.Suhu antara 800^C hingga 1600^C.
c) Lapisan teras bumi
Lapisan paling dalam yang dipisahkan dari mantel oleh ketakselanjaran Gutenberg. Dikenali
sebagai lapisan barisfera.Terbahagi kepada dua iaitu teras luar (cecair) dan teras dalam
(pepejal).Ketumpatan batuan 13. Batuan jenis nikel dan bes.

KAWASAN KELUASAN (KM PERSEGI)
Asia,Eropah dan pulau-pulau berdekatan 54 200 000
Afrika 29 800 000
Amerika Utara 24 200 000
Amerika Selatan 18 000 000
Antartika 13 100 000
Australia 7 700 000
Borneo dan Sumatera 1 217 000

JENIS-JENIS BATUAN
1) BATUAN IGNEUS
Terbentuk daripada penyejukan dan pemejalan magma di dalam lapisan kerak bumi atau di luar
permukaan kerak bumi.Terdapat dua jenis batuan igneus iaitu igneus rejahan dan igneus
terobosan.
Igneus rejahan terbentuk apabila terdapat pembekuan magma di dalam rekahan kerak bumi.
Batuan igneus rejahan seperti granit mempunyai warna yang cerah, tekstur kasar dan kandungan
mineral utama ialah feldspar, kuartza dan mika. Manakala batuan gabro pula berwarna lebih
gelap, tekstur kasar dan kandungan mineral utama ialah feldspar, piroksin dan olivine. Batuan
granit menghasilkan bentuk muka bumi seperti kubah, kelupasan, tanah tinggi dan banjaran
gunung. Contohnya Banjaran Titiwangsa.
Igneus terobosan merupakan penyejukan magma di permukaan bumi.Basalt dan obsidian ialah
antara contoh batuan igneus terobosan.Kedua-duanya mempunyai warna yang gelap dan
kandungan mineral utama ialah feldspar.Basalt mempunyai tekstur halus manakala obsidian
bertekstur berkaca.

2) BATUAN ENAPAN @ MENDAP
Ia terbentuk daripada bahan-bahan yang dimendapkan oleh air mengalir, ais dan angin. Bahan
enapan berbentuk berlapis-lapis. Pembentukan batuan enapan dapat dilihat melalui dua proses
iaitu proses pemadatan bahan-bahan mendapan (sedimen dan fosil) dan proses penyimenan. Fosil
ialah bahan-bahan enapan yang terdiri daripada lumpur, pasir, kerikil, kulit-kulit kerang, sisa
tumbuhan dan haiwan yang telah mati.

Proses pemadatan berlaku apabila bahan-bahan enapan berkumpul secara lapisan, selapis demi
selapis. Apabila bahan enapan menjadi semakin tebal, lapisan bawah akan mengalami tekanan
daripada lapisan atasnya. Lama-kelamaan bahan-bahan enapan akan mampat dan melekat di
antara satu sama lain.
Penyimenan adalah proses pelekatan mineral-mineral dengan adanya bahan perikat. Bahan
enapan yang kasar tidak melekat di antara satu sama lain dan hanya akan terlekat apabila adanya
bahan terikat. Bahan-bahan perikat ini terdiri daripada lempung, kalsit, silika yang bertindak
memasuki ruang-ruang yang wujud di antara mineral-mineral kasar. Tekanan daripada lapisan
atas menyebabkan ia terkeluar dan bahan- bahan perikat akan terhablur dan mengikat mineral-
mineral kasar.

Jenis-jenis batuan enapan
Batuan klastik
Contoh batuan klastik seperti konglomerat, batu pasir dan syal.Konglomerat mempunyai
komposisi kerakal, kerikil dan batu tongkol serta membentuk bentuk muka bumi seperti
permatang dan gunung.Komposisi batu pasir ialah pasir dan membentuk muka bumi seperti
tebing tinggi dan daratan tinggi.Komposisi utama syal ialah lempung dan bentuk muka bumi
yang terhasil ialah cerun landai, lembah dan tanah pamah.

Batuan kimia
Batuan terdiri daripada batu garam dan batu gipsum.Batu garam membentuk tasik-tasik cetek di
Laut Mati.

Batuan organik
Batuan ini terdiri daripada batu kapur dan batu arang. Batu kapur mempunyai komposisi kalsit
dari sisa haiwan dan ia membentuk pelbagai landskap karst seperti di lembah kinta dan sekitar
Ipoh,Perak. Arang batu mengandungi fosil tumbuhan dan ia bolah membentuk muka bumi
seperti tanah pamah dan pinggir laut.

3) BATUAN METAMORFOSIS
Batuan metamorfosis ialah batuan jelmaan, ia terbentuk apabila batuan igneus dan batuan enapan
mengalami tekanan dan suhu yang tinggi semasa gerakan tektonik di dalam kerak bumi.
Hasilnya menyebabkan batuan berkenaan berubah bentuk, warna dan komposisi mineralnya.
Proses ini akan membentuk batuan baru. Batuan baru ini lebih stabil, amat keras, bersinar-sinar,
cantik dan menarik.Terdapat dua jenis batuan metamorfosis iaitu batuan berjalur yang
mempunyai susunan mineral berlapis-lapis secara selari.Batuan tidak berjalur pula tidak
mempunyai lapisan.

Batuan syis berasal dari batuan basalt dan granit danmempunyai tekstur sederhana kasar. Gneis
mempunyai tekstur kasar dan berasal daripada batuan granit. Batu kapur yang mempunyai
tekstur kasar berasal dari batu kapur.Kuarzit yang berasal dari batu pasir adalah sederhana kasar.

KEPENTINGAN BATUAN KEPADA AKTIVITI MANUSIA
Aktiviti Manusia Kepentingan
Pertanian Batuan basalt (igneus terobosan) mudah terluluhawa membentuk tanah yang
subur untuk tujuan pertanian- Pulau Jawa
Riolit (igneus rejahan) terluluhawa hasil laterit sesuai untuk tanaman getah
dan kelapa sawit.
Perlombongan Batu permata (metamorfosis) digunakan sebagai batu pengisar, pemotong
dan gerudi dalam perlombongan petroleum kerana sifatnya yang paling
keras.
Perindustrian Arang batu (enapan organik) bahan bakar utama dalam perusahaan besi dan
keluli.
Arang batu melalui proses pemisahan kimia boleh menghasilkan lebih
kurang 200, 000 hasil sampingan seperti tar, minyak wangi, racun rumpai,
baja, racun serangga dan bahan letupan.
Lempung (enapan klastik) jenis kaolin penting dalam perusahaan tembikar
Fostat (enapan) buat baja
Pembinaan Batuan marmar (metamorfosis) digunakan sebagai lantai, dinding bangunan
dan perhiasan.
Granit (igneus) bina jalanraya, rumah, bangunan, pelabuhan dsbg.
Perhiasan Batu metamorfik menghasilkan pelbagai jenis batu permata yang digunakan
untuk membuat barang kemas. Antaranya ialah intan, garnet, delima,nilam
dan zirkon.


PROSES ENDOGENETIK
Tenaga yang berpunca dari dalam kerak bumi iaitu lapisan mantel bumi yang menghasilkan
berbagai fenomena di lapisan kerak bumiseperti gampa bumi, letusan gunung berapi, lipatan
gelinciran,gerakan tektonik termasuk juga proses metamorfosisme batuan.
i. Tenaga graviti daripada mampatan jisim dan perambahan momentum sudut semasa
pembentukan planet.
ii. Tenaga radiogenikatau atom daripada pencerakinan nucleus atom yang wujud dalam
mineral radiogenik seperti uranium, plutonium dan thorium.
iii. Tenaga haba ini wujud dalam lapisan atas mantel iaitu di astenosfera.
iv. Arus-arus perolakan yang panas dari astenosfera boleh menggerakkan lapisan kerak
bumi.
v. Pelanggaran antara kerak bumi boleh menghasilkan gelombang seismik menyebabkan
kejadian gempa bumi.

LIPATAN
Berlaku akibat adanya daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa pertembungan
antara plat-plat tektonik yang menyebabkan lapisan kerak bumi terhimpit lalu terlipat.Iajuga
dipengaruhi oleh tarikan graviti berhampiran dengan permukaan bumi.
Proses-proses Lipatan
a) Proses peleburan batuan yang pejal dalam lapisan kerak bumi. Lapisan batuan yang berada
dalam bumi adalah cair lalu mudah lentur.
b) Proses mampatan secara mendatar. Apabila berlaku mampatan atau tolakan dari kiri dan kanan
lapisan kerak bumi maka lapisan kerak bumi yang cair dan mudah lentur tadi akan melengkung
keatas atau kebawah.
JENIS-JENIS BENTUK MUKA BUMI LIPATAN
i. Antiklin atau lintap mungkum lipatan yang melengkung ke atas.
ii. Sinklin atau lintap lendut bahagian yang menggeleding (melendut ke bawah)
iii. Lipatan simetri kedua-dua cerunnya mempunyai kecerunan yang sama atau hampir sama.
iv. Lipatan tak simetri satu cerun lipatan berkeadaan lebih curam atau landai berbanding cerun
lipatan di sebelahnya.
v. Lipatan lampau keadaan lipatan tertekan dan herot ke depan.
vi. Antiklin rebah lipatan tertekan dengan kuat dan jatuh ke depan.
vii. Nappe antiklin rebah mengalami tekanan sehingga wujudnya rekahan seterusnya pematahan
lintap mangkum dan adanya garis gelinciran antara lintap mungkum dan lintap lendut.

GELINCIRAN
Konsep gelinciran
Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan lapisan kerak bumi atau blok batuan secara
mendatar atau menegak.
Jenis-jenis gelinciran
i. Gelinciran biasa
Gelinciran biasa berlaku apabila adanya daya-daya tekanan yang menarik kerak bumi atau daya-
daya menolak bumi dari bawah.Mempunyai satah rekahan curam atau hampir tegak.Ia
menghasilkan sesar curam dan lurus dan ketinggian berbeza-beza mengikut ketinggian anjakan
blok.

ii. Gelinciran songsang
Gelinciran songsang terjadi apabila daya mampatan dan tegangan yang bertindak terhadap blok
batuan dari dua arah yang bertentangan menghasilkan garis gelinciran pada blok batuan tersebut.
Salah satu daripada blok batuan tersebut terangkat atau terjulang ke atas. Dikenali juga sebagai
sesar julang.



iii. Gelinciran rabak
iv. Gelinciran rabak apabila daya mampatan dan tegangan pada lapisan kerak bumi menyebabkan
terjadinya pergerakan secara melintang blok-blok batuan tersebut dari kedua-dua arah yang
bertentangan.Pergerakan secara mendatar.

GUNUNG BERAPI
Igneus Jalar Dalam (REJAHAN)
Bentuk muka bumi daripada proses pemejalan magma dalam kerak bumi.

JENIS BENTUK MUKA BUMI IGNEUS JALAR DALAM DAN PROSES PEMBENTUKAN

i) Daik
Apabila magma yang panas daripada lapisan mantel mengalir ke luar dan menembusi lapisan
batuan seterusnya membeku secara menegak sama ada dalam lapisan kerak bumi atau di
permukaan bumi. Ketebalannya antara 2 - 6m.


ii) Sil
Magma membeku secara mendatar diantara lapisan batuan terutama bagi kumpulan batuan
mendak dan ia tipis dan selari dengan lapisan batuan.

iii) Lakolit
Magma membeku di dalam lapisan kerak bumi secara kubah.

iv) Lopolit
Magma membeku di dalam lapisan kerak bumi mengikut lengkung kerak bumi dan kelihatan
seperti piring.Bahagian tengahnya lebih tebal berbanding kedua-dua bahagian hujungnya.

v) Pakolit
Magma membeku di bahagian puncak lintap mangkum atau bahagian dasar lintap lendut.Ia
berbentuk seperti kanta.

vi) Batolit
Terbentuk hasil daripada sekumpulan magma yang membeku secara besar-besaran di dalam
kerak bumi.Membentuk teras sesebuah gunung.


IGNEUS JALAR LUAR (TEROBOSAN)
Bentuk muka bumi yang terbentuk daripada magma yang membeku di permukaan bumi.Ia
dicirikan oleh aktiviti gunung berapi yang meletus dan memuntahkan lavanya.
Jenis Bentuk Muka Bumi Igneus Jalar Luar dan Proses Pembentukannya
i. Kon lava asid
Kon lava asid bercerun curam kerana lava asid yang likat dan cepat membeku lalu tudak mampu
mengalir jauh.

ii. Kon lava bes
Kon lava bes bercerun landai kerana lava bes adalah cair dan mampu mengalir jauh sebelum
membeku. Kaya dengan mineral ferum atau besi.Juga dikenali sebagai gunung berapi perisai.

iii. Kon abu
Kon abu cerunnya berbentuk cekung dan curam.Terdiri daripada debu, abu dan serpihan batu
atau batu tongkol yang keluar semasa letusan gunung berapi yang dikenali sebagai aliran
piroklastik dan bom gunung berapi.

iv. Kon komposit
Terdiri daripada pelbagai jenis kon lava dan abu yang keluar dari pelbagai lohong di sekeliling
gunung berapi.Kon-kon kecil terbentuk menerusi rekahan-rekahan batuan di sekeliling gunung
tersebut. Sebahagian kon mengeluarkan lava asid atau bes dan sesetengahnya mengeluarkan
debu, abu dan bahan piroklastik.

v. Krater
Krater ialah kawah besar yang terbentuk di puncak gunung berapi akibat letusan gunung
berapi.Apabila magma membeku kawah tersebut menakung air dan membentuk tasik kawah.

vi. Kaldera
Kaldera terbentuk akibat cantuman beberapa krater gunung berapi yang terletak berhampiran
antara satu sama lain. Membentuk tasik kawah yang sangat besar.


LAVA GUNUNG BERAPI

i. Lava asid
Lava asid sangat likat dan mengalir perlahan.Lava jenis asid cepat membeku.Ia kaya dengan
silika. Takat lebur lava asid tinggi iaitu suhu di antara 800^C 1000^C. Letusan gunung berapi
lava asid adalah kuat.

ii. Lava bes
Lava bes adalah cair dan mengalir laju. Ia lambat membeku dan kaya dengan besi dan
magnesium. Takat lebur lava bes adalah rendah dan sangat panas. Suhu takat lebur ialah 1100^C
1200^C.
JENIS DAN TABURAN GUNUNG BERAPI
i) Gunung berapi hidup
- Selalu meletus dan sangat aktif.
ii) Gunung berapi mati
- Tidak aktif, tidak akan meletus lagi
iii) Gunung berapi pendam
- Pernah meletus dan akan meletus lagi pada masa hadapan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepelbagaian Rupa dan Bentuk Gunung Berapi
i) Jenis bahan yang diletuskan
ii) Sifat lohong gunung berapi
iii) Sifat dan jenis letusan
iv) Kuantiti bahan dan bahan piroklas yang dikeluarkan
v) Proses gondolan yang dialami



HANYUTAN BENUA

Teori Hanyutan Benua
- Dikemukakan oleh Alfred Weneger, 1910. Menurut Weneger, 200 juta tahun dahulu
semua benua bercantum dan membentuk satu daratan besar yang dikenali sebagai Pengea.
Lautan disekelilingnya dipanggil Panthalassa.
- 180 juta tahun dahulu, Pangea telah berpecah kepada Laurasia di utara dan Gonwanaland
di selatan serta menghasilkan Laut Tethys. Laurasia mengandngi benua-benua seperti Amerika
Utara, Eropah dan Asia sementara Gonwanaland meliputi benua Amerika Selatan,
Afrika,Semenanjung Arab, Indiadan Australia.
- Wegener menyatakan terdapat dua arah utama hanyutan benua iaitu pergerakan ke arah
barat yang disebabkan oleh kuasa-kuasa tektonik dan pergerakan dari kutub akibat daripada
tekanan ke atas benua yang seolah-olah terapung di atas lautan magma yang panas. Hipotesis
Weneger amat berkait dengan daya mampatan dan daya tegangan yang wujud dalam bumi yang
boleh menggerakkan lapisan bumi. Kedua-dua daya ini wujud akibat adanya arus perolakan yang
panas. Batuan di dalam lapisan mantel mengalami suhu dan tekanan yang tinggi dan berada
dalam keadaan separa cair, arus perolakan wujud di lapisan ini dan lapisan kerak bumi dikatakan
terapung di atas lapisan astenosfera.

Toeri Peluasan Dasar Laut
Menurut teori ini, apabila magma yang panas dari lapisan mantel tertolak naik ke lapisan kerak
bumi (dasar laut), mengisi ruang rekahan yang dihasilkan oleh sempadan pencapahan di dasar
laut. Magma ini akan membeku dan seterusnya membentuk permatang dasar lautan. Proses yang
berterusan, rekahan menjadi semakin besar, magma berterusan keluar dan membeku. Kesannya,
dasar lautan yang lama akan tertolak ke sebelah bagi membolehkan dasar lautan yang baru
terbentuk. Dasar laut dikatakan telah mengalami proses rebakan.
Teori ini dibuktikan dengan kajian terhadap batuan di dasar lautan.Batuan yang terletak
berhampiran dengan permatang lautan didapati lebih muda berbanding dengan batuan yang
terletak lebih jauh daripada permatang lautan.

Toeri Tektonik Plat
Mengikut Teori Plat Tektonik, lapisan kerak bumi boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan
yang dikenali sebagai plat. Terdapat plat benua dan plat lautan. 7 plat benua yang besar seperti
Plat Pasifik, Plat Amerika Utara, Plat Amerika Selatan, Plat Eurasia, Plat Afrika, Plat Indo-
Australia dan Plat Antartika. Manakala plat benua yang kecil seperti Plat Nazca, Plat Cacos, Plat
Filipina, Plat Karibia, Plat Arab, Plat Scotia dan lain-lain. Plat lautan adalah seperti Plat Pasifik
dan Plat Antartika.
Plat-plat ini sentiasa bergerak disebabkan adanya arus perolakan magma panas di lapisan
astenosfera. Pergerakan plat berlaku sangat perlahan dan plat bergerak pada arah yang berbeza-
beza antara satu sama lain. Plat-plat ini boleh bergerak dengan 3 cara iaitu secara pertembungan,
pencapahan atau pemisahan dan secara perselisihan.




a) Pertembungan plat

Ia berlaku apabila dua plat bertembung antara satu sama lain. Pertembungan ini melibatkan
plat benua dengan plat benua, plat lautan dengan plat lautan atau plat benua dengan plat lautan.
Apabila dua plat lautan yang bertembung,plat yang tumpat akan terjunam ke bawah. Di zon ini
terbentuk jurang lautan yang sangat dalam seperti Jurang Mindanao di Filipina yang terhasil
menerusi pertembungan Plat Pasifik dan Plat Filipina. Plat yang terbenam ke bawah ini akan
membentuk magma setelah mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan tekanan yang
tinggi di lapisan mantel.
Magma yang panas dan cair ini akan bergerak ke luar permukaan kerak bumi di dasar lautan
membentuk barisan-barisangunung berapi di dasar laut. Melalui proses ataman bumi, gunung
berapi ini akan muncul di permukaan laut membentuk pulau dan rangkaian gunung berapi seperti
di Kepulauan Jawa (Indonesia), Kepulauan Filipina dan Kepulauan Jepun.
Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua,plat lautan yang lebih tumpat akan
terbenam ke bawah. Di zon benam, plat lautan akan mencair dan membentuk magma. Jurang
lautan terbentuk di sepanjang sempadan pertembungan antara plat lautan dengan plat benua.
Manakala di bahagian plat benua kerak bumi akan termampat. Proses mampatan ini akan
menghasilkan gunung lipat yang selari dengan jurang lautan tersebut. Jika terdapat rekahan di
gunung lipat, magma akan keluar sebagai fenomena gunung berapi. Pertambunagn antara Plat
Nazca dengan Plat Amerika Selatan menghasilkan Jurang Peru-Chile dan banjaran Andes
sebagai gunung lipat.
Apabila plat benua bertembung dengan plat benua, maka pinggir kedua-dua benua tersebut
akan termampat dan terlipat lalu membentuk banjaran gunung lipat. Tidak ada plat yang
terjunam ke bawah kerana kedua-dua plat benua mempunyai ketumpatan yangsama.
Pertembungan Plat Indo-Australia dengan Plat Eurasia telah menghasilkan Sistem Pergunungan
Himalaya.


b) Pencapahan plat
Plat-plat akan berpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama lain. Pencapahan menghasilkan
tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi, kesannya kawasan sempadan pencapahan yang
akan merekah. Ini menyebabkan wujud satu garisan kelemahan pada kerak bumi, magma yang
panas akan mengalir keluar. Jika plat lautan yang mengalami pencapahan ini, maka magma akan
mengalir keluar, menyejuk dan membeku di dasar laut membentuk lapisan kerak bumi yang baru
dan dikenali sebagai permatang tengah lautan. Contohnya Permatang Tengah Lautan Atlantik
yang berada di tengah-tengah lautan Atlantik.

c) Perselisihan plat
Pergerakan plat tektonik juga berlaku secara berselisih di sepanjang garis gelinciran. Ia juga
dikenali sebagai garis neutral. Fenomena yang sering berlaku di kawasan ini ialah gelinciran dan
gempa bumi.
TABURAN DAN BUKTI KEJADIAN HANYUTAN BENUA

1. Bukti keselanjaran benua
Garis pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan walaupun kedudukan benua-benua
kini adalah jauh dan dipisahkan oleh lautan pinggir laut di bahagian barat Afrika boleh
dicantumkan dengan pinggir laut timur Amerika Selatan Pinggir Laut Eropah Barat boleh
dicantumkan dengan pinggir laut Amerika Utara.

2. Bukti geoglogi
Geologi enapan awal yang berada didasar laut yang terletak disekitar Lautan Antlantik adalah
sama dengan yang ditemui di benua-benua Amerika Selatan dan Afrika dari jenis dan usianya.
Ini menguatkan bukti kemungkinan benua tersebut telah berpecah dari satu jisim benua yang
sama sebelumnya.

3. Bukti bahan fosil
Fosil dinosaur dari zaman Jurasik telah ditemui di Amerika Utara, Amerika Selatan dan China.
Fosil ini adalah sama dari segi jenis dan usia.

4. Bukti paleomagnet
Pengukuran yang telah dibuat berhubung dengan kemagnetan fosil yang ditemui menunjukkan
kutub magnet utara telah berubah sejauh 21 000 km dari sebelah barat Amerika Utara kesebelah
utara Asia dan ke kawasan Artik. Fenomena ini berlaku pada masa pra kanbrian hingga ke
Zaman Pertengahan Tersier

5. Bukti oseanik
Bahan mendak lautan yang paling tua iaitu berusia kira-kira 160 juta tahun telah ditemui di
Lautan Pasifik dan Lautan Antlantik. Kedua-dua bahan mendak adalah seusia dan jenis yang
sama.

2.3 PEMBENTUKAN LANSKAP DI KAWASAN
TROPIKA LEMBAP
LULUHAWA
Konsep Luluhawa
Luluhawa merupakan satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan kepada saiz
yang lebih kecil. Ia berlaku secara insitu (setempat).

Luluhawa Fizikal / Mekanikal
Konsep luluhawa Fizika/Mekanikal
Proses penyepaian dan pemecahan batuan kepada saiz yang lebih kecil akibat tindak balas unsur-
unsur iklam seperti suhu. Ia tidak terlibat perubahan kandungan kimia batuan dan berlaku secara
in-situ.



Proses- proses Luluhawa Fizikal
1. Perubahan Suhu
Proses luluhawa ini berkesan di kawasan iklim panas seperti gurun yang mempunyai julat
suhu harian yang tinggi. Suhu yang mencapai 35^C hingga 40^C pada waktu siang menyebabkan
lapisan luar batuan lebih cepat panas dan mengalami pengembangan berbanding bahagian dalam
batuan.
Suhu waktu malam yang jatuh sehingga 5^C hingga 0^C , menyebabkan bahagian luar
lapisan batuan mengalami kehilangan haba dengan lebih cepat dan mengalami proses
penguncupan.
Proses yang berulang ini menyebabkan berlakunya tegangan sehingga lapisan luar batuan
retak dan pecah serta tertanggal daripada lapisan sebelah dalamnya. Bentuk pemecahan dan
penyepaian batuan bergantung kepada sifat fizikal batuan tersebut. Terdapat tiga bentuk
pemecahan batuan iaitu :


a) Pengelupasan
Proses pengelupasan berlaku pada batuan yang mempunyai struktur berlapis dan lapisan luarnya
mempunyai rekahan. Pengelupasan berlaku selapis demi selapis bermula dengan lapisan paling
luar. Keadaan ini berlaku kesan proses pengembangan dan penguncupan yang berulang pada
batuan dan akan menghasilkan serpihan batuan.

b) Penyepaian Berbiji / Granul
Proses ini berlaku sekiranya batuan pecah atau relai secara berbiji-biji. Batuan induk mempunyai
kandungan mineral yang berbagai dan setiap mineral mempunyai kadar pengembangan dan
penguncupan yang berbeza. Contohnya seperti batuan granit yang mengandungi mineral
feldspar, kuartza dan mika. Mineral yang lebih cepat mengembang dan mengecut akan lebih
awal tersingkir dari batuan induk. Butir-butir halus akan terhasil kesan pemecahan ini.


c) Pemecahan Bongkah
Proses ini berlaku pada batuan bersendi atau mempunyai rekahan bersegi empat. Proses
pengembangan dan pengecutan berlaku di sepanjang rekahan tersebut dan penyepaian terjadi
mengikut rekahan sehingga menjadi bongkah-bongkah segi empat.

2. Tindakan Ibun
Tindakan ibun merupakan proses luluhawa fizizkal yang berkesan di kawasan sederhana
dunia terutamanya di bahagian puncak gunung atau tanah tinggi yang sering mengalami keadaan
beku cair.
Kerpasan seperti fros atau salji yang bertakung dalam rekahan batuan akan membeku pada
musim sejuk dan juga di kawasan pergunungan apabila suhu berada di bawah takat beku. Ais
akan cair apabila tibanya musim panas.
Isipadu air yang beku ini akan bertambah sebanyak 10% dan kesannya menghasilkan
tekanan yang kuat di sekitar dinding rekahan. Proses yang berulang ini akan menghasilkan
rekahan yang semakin membesar dan akhirnya boleh memecahkan batuan. Serpihan batuan yang
bersegi-segi ini jatuh di kaki gunung dan dikenali sebagai talus atau skri.

3. Penghabluran Garam
Proses penghabluran garam ini giat berlaku di kawasan panas dan kering seperti di kawasan
savana dan monson tropika. Ia merupakan proses pemecahan batuan akibat pembentukan hablur
garam di dalam rekahan dan rongga-rongga permukaan batuan. Akibat cuaca panas yang
melampau atau ketika musim panas, air akan ditarik ke permukaan bumi oleh daya rerambut /
daya tarikan kapilari. Apabila air tersejat, hablur-hablur garam yang halus akan tertinggal dalam
rekahan. Proses yang berterusan akan menyebabkan hablur garam semakin banyak dan
berkembang semakin besar. Pembesaran dan pertambahan kuantiti hablur garam akan
mewujudkan tekanan dan ketegasan yang ke atas dinding-dinding rekahan sehingga rekahan
menjadi semakin luas, dalam dan seterusnya pecah.

4. Pembasahan dan Pengeringan
Proses ini beraku di kawasan tropika lembap. Pembasahan apabila batuan ditimpa hujan
lebat sehingga membolehkan batuan menyerap air dan berada dalam keadaan tepu. Pada masa
ini, lapisan batuan yang lembap akan mengalami pengembangan. Manakala pancaran matahari
yang terik pula akan mengeringkan batuan dan lapisan batuan akan mengalami pengecutan.
Proses pengembangan dan pengecutan yang berulang menyebabkan lapisan batuan tersepai dari
batuan asalnya.
Pembasahan dan pengeringan juga berlaku di kawasan pantai yang menerima pengaruh air
pasang-surut. Semasa air pasang, batuan akan tenggelam dan mineral-mineral dalam batuan
menjadi lembap dan mengembang. Semasa air surut pula, batuan yang timbul akan dikeringkan
oleh pancaran matahari. Batuan menjadi kering dan mengecut dengan cepat. Proses yang
berulang ini turut memecahkan batuan.

5. Pelepasan Tekanan
Proses ini berlaku terhadap batuan yang terletak jauh ke dalam kerak bumi. Batuan ini berada
dalam keadaan menguncup kerana tertekan oleh batuan yang lain yang terletak di atasnya.
Apabila batuan di atasnya mengalami hakisan, diangkut dan direndahkan batuan yang terletak
jauh di dalam kerak bumi akan terdedah ke permukaan ini. Pengurangan beban atau pelepasan
tekanan ini akan menyebabkan lapisan atas batuan berkenaan mengalami proses pengembangan
sehingga menyebabkannya merekah dan pecah.

Luluhawa Kimia
Konsep Luluhawa Kimia
Semua proses pereputan dan penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertindakbalas
dengan air, asid, ion dan larutan sehingga mineral itu bertukar dari peringkat primer ke peringkat
sekunder. Tindakan ini boleh mengubah kandungan kimia batuan.

Proses Luluhawa Kimia
1. Pengoksidaan
Proses ini berlaku apabila mineral dalam batuan bertindakbalas dengan oksigen dalam udara.
Pengoksidaan berlaku terhadap batuan yang banyak mengandungi mineral besi (ferum). Sebatian
besi akan teroksida apabila terdedah kepada kepada udara (oksigen) dan air. Ia akan bertukar
kepada warna perang kemerahan atau berkarat. Sebatian ferum yang teroksida ini boleh
melemahkan struktur batuan.

2. Pengkarbonan
Ia merupakan tindakbalas antara kalsium karbonat dengan asid karbonik. Asid karbonik lemah
terbentuk apabila air hujan bercampur dengan karbon dioksida dalam udara. Air hujan yang
mengandungi asid karbonik lemah ini mudah bertindakbalas dengan batu kapur dan
menghasilkan kalsium bikarbonat. Proses pengkarbonan ini boleh menghasilkan pelbagai
pandang darat karst di kawasan batu kapur seperti klint, gua batu kapur, stalaktit, stalagmite dan
lain-lain.

3. Penghidratan
Penghidratan berlaku apabila mineral batuan menyerap air. Ketegasan dan pengembangan
terhasil dalam batuan dan akhirnya boleh melemahkan struktur batuan dan menghancurkannya.
Contohnya pembentukan limonit.Terdapatjuga keadaan di mana mineral bergabung dengan air
dan membentuk mineral lemah. Proses ini boleh melemahkan dan mengurai batuan induk.


4. Larutan
Air hujan atau air larian bertindak sebagai pelarut.Air berupaya melarutkan mineral batuan yang
mudah larut seperti gipsum, natrim klorida dan kalsium karbonat. Kalsium, natrium dan
magnesium mempunyai kadar kelarutan yang tinggi berbanding dengan silika. Dengan itu ia
mudah dilarutkan dan disingkirkan daripada jisim asalnya dalam bentuk larutan.

5.Hidrolisis
Ia merupakan proses pengasingan mineral dalam batuan oleh tindakan air. Tindakbalas ion
hidrogen dengan ion mineral batuan akan menghasilkan sebatian baru dengan mineral yang
berlainan dari batuan asal. Kesannya batuan asal akan berubah kepada jenis lain. Contohnya
feldspar dalam batuan granit bertukar kepada kaolin (tanah liat berwarna putih) yang lembut
apabila air hujan bertindak ke atasnya.

Luluhawa Biologi
Konsep Luluhawa Biologi
Ia melibatkan tindakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusia. Proses ini
berlaku secara fizikal atau kimia dan melibatkan proses pemecahan dan penguraian batuan.

Proses Luluhawa Biologi

1. Tumbuhan
Akar tumbuhan yang menjalar masuk ke dalam rekahan batuan akan semakin membesar dan
akhirnya meretakkan batuan. Akar tumbuhan juga boleh bertindak mereputkan batuan melalui
asid humik yang dikeluarkan.Contohnya akar lumut dan kulampair.Penguraian olek bakteria
terhadap daun, ranting, dahan yang gugur juga boleh menghasilkan asid humik yang boleh
bertindakbalas dengan mineral batuan.

2. Haiwan
Haiwan seperti arnab, tikus, ular akan memecahkan batuan dengan mengorek lubang di dalam
tanah. Struktur tanah yang longgar dan polos ini memudahkan ini memudahkan kadar resapan ke
dalam tanah.
3. Manusia
Tindakan manusia seperti meletupkan batuan di kuari dan lombong telah mendedahkan batuan
kepada proses luluhawa seterusnya.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Luluhawa
a) Iklim
Suhu dan hujan merupakan dua unsur iklim yang mempengaruhi luluhawa.Proses-proses
luluhawa kimia seperti larutan, pengkarbonan dan hidrolisis amat bergantung kepada kehadiran
air. Menurut Prinsip Lee Chatlier, tindakbalas luluhawa kimia akan berganda apabila kuantiti air
bertambah. Kawasan Tropika Lembap mendapat bekalan hujan tahunan yang banyak maka
luluhawa kimia adalah berkesan di kawasan ini. Purata suhu tahunan yang tinggi (27^C hingga
32^C) di Tropika Lembap juga merupakan penyumbang utama kepada proses luluhawa kimia.
Suhu yang tinggi sepanjang tahun dengan beza antara suhu harian yang kecil membolehkan
operasi kimia berlaku dengan berkesan.

b) Jenis batuan
Batuan yang lembut seperti batu kapur, dolomite dan gipsum merupakan jenis batuan yang tidak
stabil dan mudah mengalami luluhawa berbanding dengan batuan keras seperti granit.

c) Rekahan
Rekahan juga merupakan faktor penentu keberkesanan luluhawa.Rekahan merupakan garisan
lemah batuan. Batuan yang mempunyai kepadatan rekahan yang tinggi dan rekahan berada
dalam keadaan menegak, mempunyai kadar luluhawa yang tinggi. Ini kerana air, asid dan laritan
boleh bertakung dan menembusi batuan ini.Luluhawa kimia boleh bertindakbalas di sepanjang
dinding rekahan.

d) Relief
Relief ialah keadaan cerun sesuatu kawasan.Luluhawa kimia pesat berlaku di kawasan cerun
landau dan tanah pamah. Kawasan ini menggalakkan kadar simpanan air berbanding kawasan
cerun curam. Luluhawa akan lebih berkesan di kawasan cerun yang menghadap pancaran
matahari berbanding dengan cerun yang membelakangkan matahari. Pancaran matahari (suhu)
diperlukan untuk tindakan luluhawa kimia.
Kesan Luluhawa Terhadap Pembentukan Landskap Aktiviti Manusia
a. Di kawasan batu kapur, luluhawa mewujudkan pandang darat karst yang menarik seperti
gua, sungai bawah tanah, stalaktit, staglamite dan lain-lain. Gua-gua batu kapur seperti Gua
Niah dan Gua Mulu di Sarawak sering menjadi tarikan pelancong.
b. Pembentukan tanah liat. Pembentukan tanah liat berkait rapat dengan proses hidrolisis
terhadap batuan feldspar. Tanah liat ini sangat penting dalam industri tembikar.
c. Tanah laterit terbentuk hasil proses pengoksidaan. Tanah laterit yang berwarna
keperangan ini sesuai untuk tanaman getah dankelapa sawit.
d. Proses luluhawa di kawasan gurun menghasilkan gurun batu dan gurun pasir.


PERGERAKAN JISIM

Konsep Pergerakan Jisim
Pergerakan regolit tanah dari atas cerun ke bawah cerun akibat daya tarikan graviti dengan
dibantu oleh air sebagai pelincir.

Jenis-jenis pergerakan jisim

a. Aliran Lambat
Pergerakan regolit dan tanih secara perlahan-perlahan menuruni cerun. Proses pergerakan ini tidak
dapat dilihat dengan mata kasar. Cuma dapat dilihat seperti tiang elektrik.Tiang telefon yang
condong daripada kedudukan asalnya yang tegak.

Ia berlaku dikawasan yang mempunyai permukaan cerun yang tidak terlalu landau dan tidak
dilitupi oleh tumbuhan yang tebal.

Proses-proses Aliran Lambat
Kesotan tanah-tanih
Kesotan Talus
Kesotan Batuan
Kesotan batu glaseir
Gelangsaran tanah

b. Aliran cepat
Aliran lambat melibatkan pergerakan regolit, tanah dan lumpur pada kadar yang lebih cepat dan
di atas cerun yang lebih curam berbanding aliran lambat.

Proses-proses aliran cepat:
Aliran tanah
Aliran lumpu
Puin salji runtuh

c. Geluncuran
Geluncuran melibatkan pergerakan tanih, regolit dan bongkah batuan secara besaran di cerun
yang curam dan hampir tegak.Ia berlaku lebih cepat dan tiba-tiba berbanding dengan proses
dalam aliran cepat.
Poses-proses Geluncuran
Robohan
Geluncuran puin
Geluncuran batuan

d. Runtuhan
Pergerakan regolit yang berlaku di cerun-cerun yang sangat curam. Antara faktor yang
menyebabkan berlakunya runtuhan ialah kadar turunan hujan yang lebat dan perubahan cerun
yang semakin curam.
Proses-proses runtuhan:
Runtuhan tanah
Runtuhan batuan
Faktor yang mempengaruhi proses pergerakan jisim
a. Kecerunan
Kecerunan sesuatu permukaan bumi mempengaruhi proses pergerakan jisim. Di kawasan yang
bercerun curam pergerakan jisim berlaku dengan giat akibat daya tariakan graviti ke bawah
adalah tinggi.

b. Jenis batuan
Jenis batuan yang berlainan mempengaruhi proses pergerakan jisim. Proses pergerakan jisim
berlaku dengan giat di cerun yang terdiri daripada batuan yang lembut berbanding dengan
kawasan yang dilitupi batuan keras.

c. Hujan
Kawasan yang menerima hujan yang lebat mengalami proses pergerakan jisim yang giat. Ini
kerana air bertindak sebagai pelincir yang mempercepatkan lagi proses pergerakan jisim. Akibat
curahan hujan yang lebat berat jisim sesuatu cerun akan bertambah hasil daripada proses susupan
dan larut resap dan akhirnya cerun akan runtuh secara besar-besaran.

d. Litupan tumbuh-tumbuhan
Tumbuhan menjadi pelindung semulajadi yang paling berkesan untuk menstabilkan sesuatu
cerun. Selain daripada proses cegatan silar terhadap titisan air hujan, akar memainkan peranan
dalam menentukan kadar kejeleketan ketara tanah. Sistem akar yang komplek akan mencengkam
tanah dan menghalang kejadian gerakan jisim.



e. Gegaran
Kawasan yang berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik merupakan kawasan yang tidak stabil
dan mudah berlaku gempa dan gegaran. Kejadian gempa bumi dan gegaran sesuatu kawasan
mendorong kepada berlakunya pergerakan jisim terutama jisim secara cepat.Gegeran yang kuat
membawa kepada terjadinya tanah runtuh dan runtuhan batuan.



f. Tindakan manusia
Tindakan manusia banyak mempengaruhi kejadian pergerakan jisim.Tindakan manusia seperti
pembalakan, pembinaan jalan raya di lereng-lereng bukit, pembinaan pusat peranginan di
kawasan tanah tinggi, pembinaan petempatan, perlombongan kauri dan sebagainya menyebabkan
banyak kawasan bukit digondol, ditarah dan dipotong untuk pelbagai tujuan. Keadaan ini
menyebabkan kawasan cerun bukit kehilangan kestabilan dan terdedah kepada agen-agen
hakisan yang akhirnya akan memudahkan berlakunya pergerakan jisim seperti tanah
runtuh,runtuhan batuan dan juga banjir lumpur.
Langkah-langkah untuk mengawal proses pergerakan jisim
a. Langkah perundangan
Mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat pemaju sesebuah projek
yang melanggar peraturan EIA ( Environment Impact Assessment ). Tindakan mahkamah seperti
denda, penjara, menarik balik lesen, arahan pembayaran pampasan dan ganti rugi dan lain-lain.

b. Langkah penstrukturan
Menanam pokok-pokok pelindung yang kekal di atas permukaan cerun bukit supaya
kestabilan cerun secara semulajadi terpelihara.
Membina benteng serta tembok penahan hakisan di kaki cerun yang tidak stabil dan
berisiko untuk runtuh. Benteng yang dibina boleh mengukuhkan kaki cerun untuk mengelaknya
runtuh secara besaran. Benteng yang dibina dalam bentuk konkrit, sangkar dawai yang diisi
dngan batu konkrit dan lain-lain lagi.
Menggunakan sungkupan plastik di atas permukaan cerun yang tidak stabil. Ini bertujuan
untuk mengelakkan air hujan daripada terus terkena pada permukaan cerun terutama permukaan
cerun yang telah tergondol.
Memperbaiki sistem saliran dan laluan air di permukaan cerun atau kawasan tanah tinggi.
Menyediakan sistem perparitan longkang di permukaan cerun. Ia boleh dibuat secara berteres di
bahagian cerun atas hingga cerun bawah. Dengan cara ini, limpahan air permukaan dan ketepuan
tanih dapat dielakkan dan seterusnya pergerakan jisim tidak berlaku.

c. Langkah bukan perundangan
Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada semua lapisan masyarakat
khususnya pemaju perumahan, pekebun sayur dan pengusaha hotel.Kempen boleh dilakukan
melalui pelbagai media cetak dan elektronik, menganjurkan kursus-kursus serta seminar dan
lain-lain.Di samping itu, pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah, rendah, menengah hingga
ke universiti diperkukuh dengan memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar
secara khusus.


LEMBANGAN SALIRAN
Konsep Lembangan Saliran
Lembangan saliran ialah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai dan cawangan-
cawangannya. Contohnya, Lembangan Sungai Kelantan.
Hakisan Permukaan
a. Hakisan Percikan
Hakisan percikan berlaku di kawasan yang terhad litupan bumi apabila titisan air hujan akan
terus ke tanah. Hentaman titisan air hujan berupaya menghempaskan butiran dan jatuh semula ke
permukaan.

b. Hakisan Kepingan
Hakisan kepingan berlaku akibat dari air larian permukaan menghakis lapisan tanah di
permukaan.

c. Hakisan Galir
Hakisan permukaan cerun yang lebih meluas, terdiri daripada alur-alur air yang kecil. Terbentuk
oleh hujan lebat dan kewujudannya sering berubah-ubah.

d. Hakisan Galur
Hakisan galur merujuk kepada alur-alur air yang kekal dan berisi air semasa hujan lebat.Alur
lebih besar dari galur dan biasanya kekal dalam jangka masa lama.


HAKISAN SUNGAI

Jenis hakisan

a. Hakisan mendalam/ hakisan menegak
Hakisan mendalam berlakuapabila sungai menghakis pada dasarnya menjadikannya semakin
dalam mewujudkan lurah yang sempit berbentuk V.

b. Hakisan melebar
Hakisan melebar berlaku pada bahagian sungai yang mempunyai dasar sungai tidak begitu curam
tetapi isi padu air yang banyak.Hakisan berlaku ke arah tebing secara melebar dan mewujudkan
profil rentas berbentuk U.

c. Hakisan kebelakang/ unduran
Hakisan ini menyebabkan cerun dasar sungai berundur kearah hulu, banyak berlaku di kawasan
hulu sungai dan bahagian-bahagian yang tidak mempunyai ketidakrataan dasar.


Cara-cara Hakisan
a. Tindakan hidraul - Tindakan hidraul melibatkan kuasa air sungai itu wujud akibat
hempasan atau rempuhan aliran air sungai ke atas struktur rekahan batuan yang lemah seperti
struktur rekahan dan ke atas batuan lembut.

b. Lelesan @ geseran - Melibatkan geselan antara muatan sungai (batu kelikir) dengan air
sungai terhadap tebing dan dasar sungai.

c. Lagaan - Merujuk kepada pergeseran batuan itu sendiri apabila berlaga sesame sendiri
semasa pengalirannya.

d. Larutan air sungai bertindakbalas secara kimia terhadap batuan. Proses ini sangat
berkesan di kawasan batuan kapur yang mudah larut.


Faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan

a. Isipadu dan Halaju Air
Amat berkesan untuk proses larutan dan proses hidraul.Semakin tinggi isipadu air sungai,
semakin tinggi tenaga potensinya dan juga kelarutan air sungai tersebut.Semakin tinggi halaju air
di dalam alur sungai, semakin tinggi tenaga sungai itu untuk menjalankan kerja-kerja hakisan.

b. Kecerunan
Dasar alur yang curam mempengaruhi halaju arus. Kecuraman cerun membolehkan air sungai
mengalir deras dan ini meninggikan kadar hakisan, terutama hakisan cara lelasan dan lagan.

c. Bentuk alur
Bentuk alur yang lurus pasti mengalami kadar hakisan yang hebat kerana taburan tenaga bagi
keseluruhan geometri alur adalah sama dan seimbang. Jadi keseluruhan tebing alur sama ada di
kiri atau kanan akan mengalami hakisan pada kadar yang sama. Bagi alur yang berliku, taburan
tenaga tidak sama menyebabkan kadar hakisan tidak seimbang bagi keseluruhan tebing alur
sungai.

d. Jenis batuan
Sekiranya tebing dan dasar sungai terdiri daripada batuan lembut maka kadar hakisan sungai
adalah tinggi berbanding dengan batuan keras.

e. Bahan muatan
Kuantiti dan kualiti bahan yang dibawa oleh air sungai pula dilihat secara relatif dengan keras-
lembut batuan tebing dan dasar alur sungai. Faktor ini amat mempengaruhi keberkesanan proses
lagaan dan geselan. Sekiranya bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai itu adalah banyak maka
kebarangkalian untuk berlaku pergeselan dan lagaan adalah tinggi.



Bentuk Muka Bumi Hakisan Sungai
a. Air terjun
Air terjun merupakan aliran air terjun setingkat yang terjun dari poin yang tinggi dipengaruhi
oleh proses hakisan. Air terjun biasanya terbentuk di kawasan batuan yang berstruktur mendatar
antara batuan keras dan lembut.Lapisan atas terdiri daripada lapisan batuan keras, sukar dihakis
dan aliran sungai mengalir di atasnya.Manakala lapisan batuan lembut yang berada di bawah
sangat mudah dihakis khususnya oleh hempasan air dari tingkat terjun.

b. Jeram
Jeram ialah air terjun bertingkat atau bersiri mengikut tingkat terjun yang berbeza.

c. Lubuk
Satu lekukan atau lubang di dasar sungai yang berbatu yang dikorek oleh pusaran arus
sungai.Aliran sungai yang deras dan berpusar bertindak mengorek rekahan-rekahan di dasar
sungai yang tidak rata, pemperdalam rekahan tersebut menjadi lubang dinamakan sebagai lubang
periuk.

d. Gaung
Gaung mempunyai tebing yang sangat curam dan dalam. Hakisan menegak bertindak dengan
berkesan di dasar alur sungai menyebabkan dasar alur dikorek dan diperdalamkan.

e. Lurah
Air sungai yang mengalir laju berupaya menghakis ke dasar sungai melalui hakisan jenis
mendalam.Oleh itu, lurah sungai semakin mendalam, sempit dan curam membentuk lurah V.
PENGANGKUTAN SUNGAI
Konsep Pengangkutan Sungai
Pengangkutan adalah proses pemindahan muatan sungai seperti batu tongkol, kerikil, pasir,
tanah, bahan-bahan ampaian dari peringat hulu ke peringkat hilir serentak dengan aliran air
tersebut.
Cara Pengangkutan Sungai
a. Larutan melibatkan pemindahan zat-zat galian yang terlarut dalam aliran dari batuan.
Cara larutan ini lebih giat jika sistem aliran terdapat di permukaan batuan yang lembut seperti
batu kapur.

b. Ampaian berlaku terhadap puin-puin yang halus dengan adanya arus dasar yang kuat.
Biasanya mautan ampaian menentukan warna air, contohnya tanah liat.

c. Loncatan melibatkan pergerakan muatan sungai yang berbentuk bujur seperti batu
kelikir di dasar sungai, ia giat berlaku selepas hujan lebat.

d. Seretan melibatkan pergerakan bongkah batu yang besar, dianggap muatan dasar kerana
pergerakannya hanya berlaku di dasar-dasar sungai. Ia sangat giat berlaku apabila isipadu air
yang banyak atau halaju air yang tinggi terutama ketika banjir.

e. Golekan melibatkan pergerakan batuan yang sederhana besar dan dianggap muatan
dasar.

f. Apungan melibatkan beban sungai yang ringan dan halus, pergerakannya di atas
permukaan air.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengangkutan Sungai
a. Tenaga
Semakin laju pergerakan arus sungai maka sungai semakin bertenaga dan dapat menjalankan
proses pengangkutan dengan lebih berkesan. Beban sungai yang besar dan berat dapat diangkut
ke hilir sungai dengan lancar.
b. Cerun
Kawasan yang bercerun curam menyebabkan sungai mengalir dengan deras berbanding dengan
sungai yang beraliran perlahan.Sungai yang terletak di cerun yang curam mempunyai tenaga
yang tinggi untuk kerja-kerja pengangkutan berlaku.
c. Halangan
Di dalam alur sungai seperti tanah runtuh akan memperlahankan aliran air.

d. Kekasaran alur
Alur sungai yang kasar menyebabkan aliran sungai perlahan. Ini mengurangkan keupayaan
sungai tersebut untuk menjalankan proses pengangkutan. Sungai ini juga akan menyebabkan
pengangkutan sungai turut perlahan.
e. Bentuk alur
Alur yang lurus aliran sungai adalah laju. Proses pengangkutan giat kerana sungai bertenaga.
Alur yang berliku-liku menyebabkan aliran sungai adalah perlahan maka sungai tidak bertenaga
untuk menjalankan kerja-kerja pengangkutan.
f. Saiz bahan
Saiz bahan merujuk kepada jisim dan ketumpatan beban sungai.Saiz beban yang kecil dan
ringan, pengangkutan sungai adalah giat.Manakala saiz beban yang besar dan berat,
pengangkutan sungai adalah perlahan.
g.Bentuk beban
Bentuk beban yang berlainan memerlukan jumlah tenaga yang berlainan untuk diangkut. Bentuk
beban merujuk kepada ciri-ciri beban tersebut apabila di dalam air, sama ada ia larut, terapung
atau tertinggal sebagai pepejal. Contohnya beban larut adalah sejenis beban yang menyebabkan
kandungan mineral larut dalam air misalnya kalsium karbonat dan bahan-bahan toksid. Beban ini
akan diangkut secara larutan.
PEMENDAPAN SUNGAI
Konsep Pemendapan Sungai
Penimbunan atau longgokan bahan seperti pasir dan kelikir yang diangkut oleh sungai dari
bahagian atas sungai ke peringkat rendah dan mendap apabila tenaga aliran dan halaju sungai
semakin perlahan khasnya di kawasan yang bercerun landai.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemendapan
a. Isipadu air
Isipadu air yang tinggi akan menyebabkan aliran sungai menjadi perlahan,beban sungai akan
dimendapkan. Contohnya di kawasan hilir sungai, isipadu air tinggi kerana sungai menerima
luahan dari cawangan-cawangan sungai menyebabkan aliran perlahan dan memendapkan beban
yang dibawanya.
b. Halaju air
Halaju air yang perlahan akan menyebabkan sungai kehilangan tenaga untuk kerja-kerja
pengangkutan maka sungai tersebut akan memendapkan semua beban yang dibawanya.
c. Kecerunan
Kawasan yang mempunyai kecerunan yang landai, aliran adalah perlahan dan tidak bertenaga
maka proses pemendapan akan berlaku.
d. Bentuk alur
Alur yang berliku-liku menyebabkan aliran sungai adalah perlahan menyebabkan kerja-kerja
pemendapan berlaku dengan berkesan.
e. Jenis batuan
Batuan yang keras dan membentuk alur biasanya kerja-kerja hakisan berlaku berbanding dengan
batuan yang lembut yang menyebabkan proses pemendapan berlaku.
f. Bahan muatan
Bahan muatan yang besar dan berat akan dimendapkan lebih dulu seperti di kawasan hulu
sungai. Contohnya, batu-batu besar yang terdapat di kawasan air terjun adalah hasil pemendapan
aliran sungai yang tidak mampu untuk mengangkut ke kawasan hilir. Bagi bahan muatan yang
kecil dan halus seperti pasir akan diangkut dan dimendapkan di kawasan hilir sungai.
g. Halangan-halangan di dalam alur sungai seperti tanah runtuh akan menyebabkan aliran
sungai terhenti maka beban sungai yang diangkut akan dimendapkan.
Bentuk muka bumi pemendapan sungai
a. Dataran banjir
Bermaksud kawasan tanah pamah yang terletak di bahagian hilir sungai yang melimpah air
banjir.Ia amat luas, landai dan rata.
b. Tetambak
Ialah jaluran permatang yang wujud di sepanjang tebing sungai dan memisahkan antara sungai
dengan dataran banjir.
c. Tasik ladam
Kejadian tasik ladam dapat dijelaskan melalui tiga peringkat :
Peringkat 1 hakisan sisi berlaku di tebing-tebing cekung dan akan menghasilkan alur yang
baru.
Peringkat 2 pembentukan alur yang baru ini dipercepatkan lagi dengan pemendapan bahan-
bahan yang terhakis. Proses pemendapan yang berterusan menyebabkan likuan sungai akan
terpisah daripada alur sungai yang terbentuk tadi. Likuan ini dinamakan sebagai likuan
terpenggal.
Peringkat 3 proses pemendapan yang berterusan menyebabkan likuan terpenggal terpisah
langsung daripada alur-alur sungai. Air dalamlikuan terpenggal ini akan terperangkap menjadi
sebuah tasik yang dinamakan tasik ladam.
d. Delta
Terbentuk apabila timbunan bahan mendap berlaku secara meluas di muara sungai.Di kawasan
muara ini, halaju arus sungai amat perlahan kerana sungai kehilangan tenaga untuk mengangkut
lalu memendapkan bahannya dengan giat dan membentuk delta.


PINGGIR PANTAI
Konsep Pinggir Pantai dan Pantai Seimbang
Secara umumnya, pantai adalah zon yang terletak di antara tikas air pasang dengan tikas air surut
ombak.Secara khususnya, pantai merupakan satu jalur linear daratan yang terdiri daripada
timbunan bahan mendap yang peroi seperti pasir, kulit kerang dan siput, lumpur dam kelodak
uyang berasal dari laut dan sungai.Pelbagai agen geomorfologi yang bertindak di zon pinggir
pantai.Antara agen-agen tersebut termasuklah ombak, arus lautan, arus pasang surut dan tindakan
angin.
Pantai seimbang iaitu pantai yang mengalami kadar hakisan dan kadar pemendapan yang
hampir sama. (skima peperiksaan)
Tindakan ombak
Ombak ialah permukaan air laut yang beralun akibat daripada tiupan angin.Terdapat dua jenis
ombak iaitu ombak pembina dan ombak pembinasa.Ombak Pembina ialah ombak yang mampu
membawa bahan-bahan pasir dan kelodak dan mendamparkan ke daratan untuk membina pantai.
Ombak ini kurang berkemampuan menyeret bahan tersebut semula ke laut semasa berlaku proses
basuhan balik.
Ombak pemusnah ialah ombak yang mampu mengangkut banyak bahan pasir dan kelodak ke
laut semasa basuhan balik. Walaubagaimanapun, ombak ini kurang berupaya untuk membawa
dan mendamparkan bahan-bahan tersebutke pantai semasa proses damparan berlaku.
Tindakan ombak menyebabkan berlakunya proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan.
HAKISAN OMBAK
Tindakan ombak menghakis melalui tindakan hidraul, lagaan, kikisan, lelasan dan larutan.
Tindakan Hidraul
Hakisan hidraul berlaku apabila ombak mendamparkan dan menghempaskan air laut ke dinding
cenuram dan rekahan serta retakan batuan di kawasan pinggir laut.Akibatnya, udara yang
terperangkap di dalam rekahan dan retakan batuan menjadi mampat. Apabila ombak mengundur,
udara yang termampat di dalam rekahan dan retakan batuan akan dilepaskan. Proses
pemampatan dan pelepasan yang berlaku secara berterusan dan berulang kali akan membesar dan
mendalamkan lagi rekahan dan retakan yang ada pada batuan. Lama-kelamaan, batuan akan
menjadi pecah dan runtuh.
Lagaan
Proses lagaan berlaku apabila bahan-bahan yang dibawa oleh ombak, sama ada besar ataupun
kecil, berlaga sesama sendiri dan pecah menjadi serpihan yang lebih kecil.
Kikisan dan lelasan
Proses hakisan secara kikisan dan lelasan dilakukan oleh bahan-bahan yang dibawa oleh ombak,
seperti batu tongkol, batu kelikir dan serpihan batuan lain yang pelbagai bentuk dan saiz. Bahan-
bahan ini menghentam, menggeser dan melelaskan dinding dan kaki cenuram laut semasa
damparan ombak lalu menyebabkan cenuram laut pecah dan roboh.
Proses hakisan secara lelasan berlaku pada bahagian dasar cenuram. Puin-puin batuan yang
terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz yang diangkut oleh ombak akan menggeser dan
melelaskan bahagian dasar cenuram.
Larutan
Proses larutan berlaku secara tindakan kimia di kawasan pinggir laut yang terdiri daripada batuan
yang mudah larut. Semasa ombak menghempas tebing batu kapur misalnya, air laut akan
melarutkan batu kapur dan membawa bersama-samanya bahan yang dilarutkan ke dalam laut
sewaktu basuhan balik berlaku.

Faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan pinggir pantai
a. Kecerunan pantai
Pantai yang curam akan mengalami hakisan yang lebih tinggi berbanding pantai yang bercerun
landai. Keadaan ini disebabkan ombak pecah yang beraku di pinggir pantai yang landau akan
mengalami geseran dan melemahkan tenaga ombak untuk melakukan hakisan. Keadaan ini
berbeza dengan pantai yang curam kerana tenaga ombaknya adalah tinggi.Hal ini demikian
kerana kedalaman air di pinggir pantai tersebut menyebabkan ombak pecah pada kedudukan
tinggi.

b. Pengaruh struktur geologi @ jenis batuan
Tindakan ombak terutamanya secara kikisan dan tindakan hidraul yang menghakis di sepanjang
garis geologi yang lemah seperti gelinciran akan menghasilkan bentuk seperti geo dan gua, pintu
gerbang, batu tunggul dan batu sisa serta semua rupa muka garis tebing tinggi yang telah terhakis
secara tidak sekata.

c. Jenis ombak
Umumnya, ombak dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu ombak pembinasa dan
ombak pembina. Ombak Pembina mempunyai damparan yang kuat tetapi lurutan yang lemah
kerana diperlahankan oleh geseran air laut dengan kecerunan pantai yang melandai. Sebaliknya,
ombak pembinasa yang merupakan satu siri ombak ribut, mempunyai turutan ombak yang cepat
dengan junaman hampir tegak apabila memecah dan mempunyai daya lurutan yang lebih tinggi
daripada damparan. Dengan demikian, ombak pembinasa akan meraut pantai dan membawa
bahan ke arah laut.



d. Arus lautan dan pesisir pantai
Arus lautan juga memainkan peranan sebagai pengangkutan laut terutama di pantai yang
lurus.Air yang telah dibawa pantai oleh angin mengalir balik sebagai air pasang yang kuat. Air
pasang akan berlaku pada waktu malam dan surut pada waktu siangnya. Pada waktu malam,
pemendapan akan berlaku hampir di tepi pantai sahaja. Pada masa air pasang, imbangan
kenaikan aras laut diseimbangkan oleh unduran bawah yang mengakibatkan hakisan mengaut
longgokan ke laut. Gerakan longgokan ini lebih cepat jika unduran bawah diperkuatkan oleh arus
sungai yang kuat yang mengalir ke laut dan memendapkan bahan muatan ke laut.
e. Kuantiti beban muatan ombak
Bahan pinggir pantai sama ada banyak atau sedikit serta saiz bahan tersebut juga merupakan
kuasa geselan yang turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi hakisan pinggir
pantai. Di kawasan pinggir pantai yang mempunyai banyak bahan pasir, batu pasir, kelikir dan
serpihan batuan, kadar hakisan geselan terhadap batuan pinggir pantai yang berlaku dengan giat
sekali.

f. Kedudukan pantai @ orientasi pantai
Kawasan pinggir pantai yang terdedah kepada pergerakan ombak dan angin akan menyebabkan
kadar hakisan menjadi lebih giat berbanding dengan pinggir pantai yang terlindung.

g. Litupan tumbuh-tumbuhan
Pantai yang mempunyai litupan tumbuh-tumbuhan seperti pokok bakau, rhu dan kelapa lebih
berupaya menahan hakisan ombak kerana akar pokok-pokok tersebut bertindak sebagai
pengcengkam tanih dan pasir di pantai. Sebaliknya, kawasan yang tiada litupan tumbuh-
tumbuhan akan menyebabkan proses hakisan giat berlaku di kawasan tersebut.

h. Proses pasang surut
Bagi kawasan pinggir oantai yang mengalami proses pasang dan surut dalam yang tinggi akan
mengalami proses hakisan secara berleluasa berbanding dengan kawasan yang tidak
mengalaminya.

i. Tindakan manusia
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh manusia boleh mempengaruhi kecerunan pantai. Aktiviti
seperti penebangan hutan pantai untuk didirikan chalet atau resort pengambilan pasir pantai dan
juga aktiviti memperdalamkan muara sungai akan menyebabkan cerun pantai menjadi lebih
curam. Hal ini demikian kerana pantai ini akan mengalami hakisan yang kuat oleh ombak dan
arus. Aktiviti menanam pokok dan membina benteng pemecah ombak akan menambahkan pasir
di tepi pantai dan seterusnya menjadikan cerun pantai lebih landai.


Bentuk Muka Bumi Hakisan Ombak
1) Teluk dan tanjung
Teluk dan tanjung berbentuk secara serentak di kawasan pinggir pantainya yang mempunyai
susunan batuan jenis lembut dan keras secara berselang-seli. Ombak akan menghakis bahagian
batuan yang lebih lembut dan melengkuk ke daratan. Bahagian ini disebut teluk.
Bahagian batuan keras yang lebih sukar dihakis akan tertinggal dan mengunjur ke laut lalu
membentuk tanjung.

2) Cenuram dan teres hakisan ombak
Peringkat 1 ombak menghakis kawasan X, iaitu satu kawasan yang terletak di antara
aras air pasang dan aras air surut.
Peringkat 2 akibat hakisan ombak di peringkat 1, satu lekukan terbentuk di X.bahan-
bahan yang terhakis ditimbunkan di kawasan Y lalu menyebabkan terbentuknya teres luar
pesisir.
Peringkat 3 proses luluhawa dan hakisan yang berterusan menyebabkan lekukan runtuh
dan membentuk cenuram. Pengunduran cenuram ke darat oleh tindakan hakisan menyebabkan
pembentukan teres hakisan ombak.

3) Gua laut
Gua laut terbentuk akibat daripada hakisan ombak secara hidraul dan lelasan terhadap cenuram
yang banyak mempunyai rekahan.Air yang memasuki rekahan cenuram meluaskan lagi rekahan
lalu membentuk lubang besar di kaki cenuram.Lubang ini juga disebut gua laut.

4) Gerbang laut
Gerbang laut terbentuk apabila dua buah gua yang letaknya bertentangan di sebuah tanjung
bergabung akibat hakisan ombak secara hidraul dan lelasan.

5) Batu tunggul dan tunggul sisa
Batu tunggul dan tunggul sisa terbentuk akibat runtuhan bumbung gerbang laut yang mengalami
hakisan dan luluhawa. Pendedahan batu tunggul yang berterusan terhadap hakisan ombak akan
membentuk tunggul sisa.

6) Lohong ombak @ gloup
Lohong ombak terbentuk apabila ombak yang kuat bertindak terhadap bahagian dalam gua dan
berupaya menembus dinding bumbung gua. Akibat daripada kejadian ini, ait laut akan tersembur
keluar melalui lubang atau lohong ombak yang dikenali juga sebagai gloup.

7) Anak teluk @ geo
Anak teluk terjadi akibat daripadahakisan ombak yang berterusan terhadap bumbung gua. Lama-
kelamaan gua yang terdedah pada hakisan ombak ini akan runtuh dan membentuk satu serokan
yang panjang dan sempit lalu menyebabkan air laut memasuki bahagian dalam cenuram.

PENGANGKUTAN OMBAK
Arus dan ombak memainkan peranan penting dalam mengangkut dan memindahkan beban
ombak. Pergerakan damparan dan basuhan balik dalam proses pengangkutan mbakberlaku secara
zig-zag.
Pergerakan bahan di sepanjang garisan persisir disebut pengangkutan litoral dan bahan yang
diangkut disebut hanyutan litorel.Pengangkutan litorel terdiri daripadahanyutan susur pesisirdan
pengangkutan luar pesisir.
Beban ombak yang diangkut terdiri daripada serpihan dan ketulan batuan seperti gersik, kerikil
dan batu tongkol serta bahan-bahan yanag lebih halus seperti pasir, kelodak dan lumpur.
Basuhan balik akan mengangkut dan menghanyutkan bahan-bahan yang lebih halus dan ringan
turun ke laut secara bersudut tepat manakala damparan ombak pula akan mengangkut dan
memindahkan muatannya ke pantai secara menyerong.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pengangkutan ombak
a. Tenaga arus
Arus pesisir pantai yang kuat akan menggalakkan proses pengangkutan bahan sebaliknya arus
pesisir yang lemah melambatkan proses pengangkutan bahan.

b. Tenaga ombak
Tenaga ombak yang kuat akan menggalakkan proses pengangkutan berlaku berbanding tenaga
ombak yang lemah akan melambatkan proses pengangkutan.

c. Pasang surut
Pantai yang terdedah kepada perubahan pasang surut yang besar akan menggalakkan proses
pengangkutan berbanding kawasan yang tidak mengalami pasang surut. Ini disebabkan oleh
tindakan pengangkutan lebih giat berlaku semasa pasang surut kerana tenaga ombak bertambah.

d. Cerun
Cerun yang landai lebih mudah untuk pengangkutan ombak menghimpunkan bahan ke pantai
berbanding pantai yang bersifat curam hanya sampai di bahagian yang lebih rendah.

e. Halangan
Semasa pergerakan ombak ke pantai atau dari pantai ke laut, terdapat halangan seperti timbunan
atau beting pasir. Keadaan ini secara tidak langsung akan memperlahankan pergerakan dan
pengangkutan ombak.

f. Orientasi pantai
Kawasan paantai yang terdedah akan menyebabkan tenaga ombak menjadi besar dan ini
meningkatkan keupayaan ombak untuk menjalankan proses pengangkutan berbanding dengan
kawasan pantai yang terlindung yang akan memperlahankan pengangkutan ombak.

g. Saiz bahan
Saiz bahan mempengaruhi pengangkutan ombak. Jika saiz bahan kecil dan ringan seperti bahan
kelodak dan lumpur akan lebih mudah diangkut melalui proses ampaian berbanding kerikil dan
batu tongkol yang memerlukan tenaga ombak yang lebih kuat.

h. Jenis bahan
Bahan terhakis yang diangkut oleh ombak dikenali sebagai beban.Beban ombak terdiri daripada
serpihan dan ketulan batuan seperti kerikil, batu tongkol dan bahan-bahan yang lebih halus
seperti pasir, kelodak dan lumpur.Jenis bahan seeperti kerikildan batu tonkol lebih sukar
diangkut berbanding pasir, kelodak dan lumpur.

i. Bentuk bahan
Bahan yang berbentuk bulat lebih mudah diangkut melalui proses golekan tetapi bahan yang
tebal dan leper lebih sukar diangkut kerana beban seperti ini bergerak dalam bentuk seretan.

PEMENDAPAN OMBAK
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemendapan ombak
1. Tenaga arus
Arus membantu memindahkan puin-puin yang terhakis dan menimbunkannya sebagai kelodak
pasir dan batu kelikir di sepanjang pantai.Pertembungan arus laut dan arus sungai menyebabkan
kedua-dua arus ini kehilangan tenaga lalu memendapkan bahan muatannya di dasar muara
sungai.Banyak dan sedikitnya bahan mendapan ini bergantung kepada kuantiti bahan yang
dibawa oleh kedua-dua arus tersebut.

2. Tenaga ombak
Ombak bertindak sebagai agen pemendapan.Ombak ini dipanggil ombak pembina.Ombak
pembina mempunyai damparan yang kuat tatapi lurutan yang lemah kerana diperlahankan oleh
geseran air laut dengan kecerunan pantai yang melandai. Ombak pembina mempunyai jarak
gelombang yang panjang dan masa untuk menggulung pantai dengan kadar ulangan 6 hingga 8
kali seminit. Dengan demikian, ombak ini cenderung untuk menggerakan bahan terutama batu
lada ke atas pantai dan memendapkan beban muatan tersebut yang kemudiannya membentuk
permatang pasir. Pemendapan ombak berlaku sama ada di dalam lautan ataupun di kawasan
pesisir. Kawasan pesisir adalah kawasan di antara air surut dan air pasang penuh.Pemendapan di
kawasan pesisir menghasikan pantai.


3. Kecerunan
Pantai yang landai akan mengalami pemendapan yang lebih tinggi berbanding pantai yang
bercerun curam. Keadaan ini disebabkan ombak pecah yang berlaku di pinggir pantai yang
landai akan mengalami geseran dan melemahkan tenaga ombak menyebabkan ombak
melakukan proses pemendapan. Hal ini berbeza dengan pantai yang curam.Tenaga ombak yang
melanda pantai yang curam adalah tinggi kerana kedalaman air di pinggir pantai tersebut
menyebabkan ombak pecah pada kedudukan tinggi.

4. Angin
Halaju akan mempengaruhi saiz dan kekuatan ombak. Pada hari yang tenang apabila angin
bertiup perlahan, ombak pembina terbentuk dan memendapkan bahan muatannya.

5. Arus pasang surut
Perbezaan antara arus pasang surut mempengaruhi zon yang boleh dihakis dan dimendapkan.
Semakin besar perbezaan tersebut maka zon yang boleh dihakis dan dimendapkan akan menjadi
semakin besar. Arus pasang yang tinggi dan arus surut yang rendah di muara mempengaruhi
kelebaran bahan muatan yang dimendapkan.

6. Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan seperti bakau yang mempunyai akar jangkang bertindak memerangkap bahan
mendapan yang dibawa oleh arus pesisir pantai atau damparan ombak. Pokok rhu dan lelapa
yang tumbuh secara rapat juga dapat bertindak sebagai penampan dan menggalahkan proses
pemendapan serta menghalang hakisan ombak.

7. Orientasi pantai
Pantai yang terlindung oleh pulau akan mengalami kadar pemendapan yang tinggi kerana
dikawasan ini halaju ombak adalah perlahan.


8. Jenis dan saiz bahan
Bahan-bahan pinggir pantai samaada banyak atau sedikit menentukan keupayaan pemendapan
berlaku pada kadar yang banyak atau sedikit. Sekiranya ombak membawa batuan yang lembut
dalam kuantiti yang banyak seperti batu lada, kulit kerang, siput dan pasir laut akan menentukan
kadar pemendapan di pinggir pantai tersebut. Di kawasan pinggir pantai yang mempunyai
banyak bahan pasir, batu pasir, kelikir dan serpihan batuan, kadar pemendapan terhadap pinggir
pantai berlaku dengan giat sekali. Walaubagaimanapun, hal ini bergantung kepada pengaruh
kelandaian cerun pinggir pantai dan kehadiran onmbak pembina dan arus pesisir pantai.

9. Halangan
Pantai yang terbuka dan terdedah kepada lautan tanpa halangan daripada pulau-pulau biasanya
akan mengalami tenaga ombak dan arus yang kuat berbanding pantai yang terlindung. Pantai
yang terlindung oleh pulau akan mengalami kadar pemendapan yang tinggi kerana dikawasan
ini halaju ombak menjadi perlahan. Di zon pantai barat contohnya, pantainya dilindungi
Kepulauan Sumatera Indonesia dari pengaruh angin Monson Barat Daya.Halangan ini
menyebabkan tiupan angin Monson Barat Daya menjadi perlahan dan seterusnya menjadikan
ombaknya turut perlahan.


Bentuk muka bumi akibat pemendapan ombak
1. Pantai
Pantai meliputi kawasan pinggir laut di antara takas air surut dengan takas aras air pasang yang
tertinggi. Pembentukannya dipengaruhi oleh jumlah bahan yang ditimbunkan, luas permukaan
pinggir laut dan kekuatan ombak. Di kawasanyang ombaknya tidak selalunya bergelora atau
tidak kuat, bahan-bahan yang dibawa oleh ombak akan dimendapakan dengan banyak dan
membentuk pantai yang luas. Terdapat dua jenis pantai iaitu pantai gersik dan pantai
berpasir.Pantai gersik ialah pantai yang bahan-bahan timbunannya terdiri daripada gersik.Pantai
yang berpasir ialah pantai yang terdiri daripada mendapan pasir dan bercerun landai.

2. Tetanjung
Tetanjung terbentuk daripada pemendapan bahan-bahan seperti pasir, kelikir dan serpihan batuan
yang dibawa oleh ombak ke kawasan teluk atau muara sungai. Proses pemendapan yang
berterusan dan pergerakan ombak secara menyerong ke pantai menyebabkan terbentuk tetanjung.
Tetanjung dikenali sebagai anak tanjung.

3. Beting pasir dan tombolo
Beting pasir terbentuk akibat penimbunan pasir dan kelikir yang membentuk permaan yang selari
dengan pantai.Beting pasir yang menghubungkan daratan dan pulau oleh hanyutan susur pesisir,
membentuk tombolo.


PERUBAHAN ARAS LAUT
Konsep perubahan
Perubahan aras laut ialah kenaikan atau penurunan aras laut berbanding dengan daratan.
Jenis-jenis perubahan aras laut:
i.Perubahan eustatik
Perubahan yang dialami oleh aras laut di seluruh dunia yang berkait dengan pencairan glaseir
secara besar-besaran pada zaman ais pliestosen dan meningkatkan aras laut.
ii.Perubahan isostatik
Perimbangan blok-blok bumi apabila bumi mengalami pertambahan atau pengurangan berat
beban. Jika blok bumi bertambah berat beban, blok bumi akan menurun yang bererti aras laut
akan meningkat. Sebaliknya jika berat beban berkurangan blok bumi akan terangkat yang
bermakna aras laut akan jatuh.

Faktor-faktor berlaku perubahan eustatik
1. Eustatik glasieran
Eustatik glasieran merujuk perubahan aras laut akibat pencairan ais secara besar-besaran pada
masa lampau iaitu pada zaman ais pleistosen. Kesannya aras laut telah meningkat dan
menenggelami kawasan pinggir pantai yang rendah.
2. Eustatik tektonik
Eustatik tektonik merujuk perubahan aras laut akibat gerakan-gerakan tektonik di dasar laut
seperti gempa bumi dasar laut, letusan gunung berapi dasar laut, pelanggaran dan pencapahan
plat-plat dasar laut serta gerakan epirogenik dan gerakan orogenisis.
Contoh gempa bumi yang berlaku di Laut Andaman pada 26 Disember 2004 mewujudkan
ombak tsunami menenggelamkan sebahagian pantai Acheh.
3. Eustatik enapan
Eustatik enapan merujuk perubahan aras laut akibat pertambahan bahan yang dienapkan di dasar
laut.
4. Eustatik meteorit
Eustatik meteorit merujuk perubahan aras laut akibat metorit yang jauh ke dalam laut
mewujudkan gelombang besar.
5. Faktor manusia
Faktor manusia merujuk aktiviti manuusia seperti pengangkutan, pembandaran, penyahhutanan,
pembakaran terbuka menyumbang kepada kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.
Kesannya berlaku pemanasan global yang mencairkan litupan ais di Kutub dab Pergunungan
yang melimpah ke laut dan meningkatkan isipadu air laut.
Faktor-faktor berlaku perubahan isostatik
1. Proses pembekuan dan pencairan glasier
Pembebanan dan pengurangan beban akibat proses pembekuan dan pencairan glasier pada zaman
pliestosen.
2. Proses penggondolan dan pemendapan
Pertambahan dan pengurangan beban bahan enapan oleh air mengalir khususnya sungai.
3. Akibat letusan gunung berapi
Letusan gunung berapi memuntahkan lava, piroklas serta debu. Kesannya, kenaikan aras laut
berlaku dan banyak pulau-pulau kecil di sekitarnya tenggelam di dasar laut.
Bukti-bukti berlaku Perubahan Aras Laut
1. Wujudnya pinggir pantai tenggelam dan hutan pantai yang tenggelam.
Peningkatan aras laut menenggelamkan pantai dan garis pantai sehingga terbentuk paya,
daratan berlumpur dan anak-anak teluk.
2. Wujudnya pelbagai jenis pantai iaitu :
i) Pantai Ria
Terbentuk apabila aras laut naik menenggelamkan sebahagian pinggir pantai asal yang bertanah
tinggi dan bergunung-ganang. Mempunyai teluk-teluk yang semakin cetek, tirus dan sempit ke
arah daratan.
ii) Pantai Fiord
Terjadi apabila aras laut yang naik menenggelamkan lurah-lurah sungai glasier yang terletak di
pinggir pantai.
iii) Pantai Dalmatia
Terbentuk apabila kenaikan aras laut dan menenggelamkan pinggir laut yang mempunyai
banjaran gunung yang terletak selari atau memanjang dengan garis pantai. Pantai ini mempunyai
garis pantai yang agak lurus dengan selat-selat panjang dan sempit serta pulau-pulau yang selari
dengan pantai.
3. Wujudnya terumbu karang.
Peningkatan aras laut mewujudkan terumbu karang seperti terumbu pinggir, terumbu
penghalang dan pulau cincin @ atol. Pembentukan terumbu karang dipengaruhi oleh kenaikan
aras laut yang dijelaskan oleh dua teori berikut :
i) Teori kawalan glasier menurut Daly, pembentukan terumbu karang amat berkait rapat
dengan kenaikan aras laut akibat cairan glasier pada zaman pliestosen.
ii) Ataman bumi mengikut Darwin, terumbu karang asalnya tumbuh di pinggir pulau yang
lebih tinggi berbanding aras laut pada masa itu. Apabila pulau tersebut mengalami pertambahan
berat beban maka ia akan tenggelam (ataman) bersama-sama dengan terumbu pinggirnya. Pada
masa ini, aras laut telah meningkat dan terumbu pinggir beransur-aansur berkembang menjadi
terumbu penghalang. Terumbu ini akan terus berkembang sehingga menutup seluruh bahagian
atas pulau yang tenggelam lalu membentuk pulau cincin @ atol.

Bukti Penurunan Aras Laut
Wujudnya pantai timbul atau pantai terangkat.
Pantai timbul (pantai tanah tinggi timbul dan pantai tanah pamah timbul). Kedua-dua pantai ini
bertingkat dengan mempamerkan tebing tinggi yang terbentuk lebih awaldan lebih tinggi
daripada aras laut sekarang.

2.4 KAITAN SISTEM GEOMORFOLOGI DENGAN
MANUSIA
Kawasan Tanah Tinggi
a. Pertanian
Tanah Tinggi Cameron, Pahang dan Tanah Tinggi Kundasang, Sabah telah dimajukan sebagai
kawasan pertanian sayur-sayuran, teh dan bunga-bungaan kerana suhunya yang sederhana sejuk
sekitar 19^C. Lereng-lereng gunung berapi yang subur dengan lava bes di Filipina dan
Indonesia (selatan Surabaya, Semarang dan Surakarta) ditanam dengan padi sawah. Teres dibina
untuk tujuan menghalang hakisan dan memudahkan pengairan di sawah padi.

b. Pelancongan
Kawasan pelancongan dimajukan dengan eko-pelancongan.Suhu yang nyaman, landskap seperti
gua, air terjun, jeram berjaya menarik ramai pengunjung. Pusat-pusat rekreasi, hotel, resort,
chalet, padang golf dan kemudahan sistem pengangkutan serta perhubungan disediakan. Genting
Highland, Cameron Highland, Kundasang, Bukit Fraser ialah antara kawasan pelancongan tanah
tinggi di Malaysia.Gunung Matterhorn di Switzerland terkenal sebagai destinasi pelancongan
tanah tinggi kerana mempunyai pemandangan yang menarik dengan gunung-ganang yang
sentiasa dilitupi salji.Aktiviti meluncur salji dapat dijalankan sepanjang tahun.

c. Menjanakuasa hidroelektrik
Tanah tinggi merupakan kawasan tadahan hujan.Kawasan tadahan hujan yang luas dan aliran air
sungai deras menyumbang kepada pembinaan empangan untuk menjanakuasa hidroelektrik.
Empangan Kenyir, Empangan Temenggor, Empaangan Chenderoh ialah antara empangan yang
dibina untuk tujuan menjana hidroelektrik.

d. Pembalakan
Tanah tinggi yang kurang daripada 1 200 meter dari aras laut biasanya terdiri daripada hutan
tebal. Hutan Hujan Tropika di Malaysia ditumbuhi dengan pelbagai kayu keras yang berharga
seperti cengal, meranti, keruing, seraya, balau dan lain-lain.Dengan itu kawasan tanah tinggi
merupakan kawasan pembalakan utama.


Tanah Pamah dan Dataran Pantai

a. Pusat petempatan penduduk
Kawasan tanah pamah yang rata, luas dan mempunyai sistem pengangkutandan darjah
ketersampaian yang tinggi akan menjadi tumpuan penduduk untuk membina petempatan.
Petempatan ini akan berkembang pesat sehingga menjadi bandar-bandar besar contohnya seperti
Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bharu dan Kuching. Dataran pantai juga sering menjadi tumpuan
kerana ia kaya dengan sumber perikanan. Pembinaan pelabuhan akan mempercepatkan proses
perkembangan petempatan.

b. Pertanian
Kawasan tanah pamah yang rata seperti delta sungai merupakan kawasan pertanian utama.Delta
Kelantan, Delta Kedah, Delta Chao-phraya di Thailand, Delta Mekong di Indo-China merupakan
kawasan penanaman padi yang utama.Manakala kawasan tanah pamah yang beralun ditanam
dengan getah dan kelapa sawit.Dataran pantai yang berpasir sesuai dengan tanaman kelapa.

c. Pengangkutan
Jaringan pengangkutan mudah dibina di kawasan tanah pamah kerana tidak memerluka kos yang
banyak dan ianya lebih selamat. Bentuk muka buminya rata memudahkan pembinaan jalanraya,
lebuhraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.Dengan itu, kawasan tanah pamah
mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Kawasan dataran pantai yang berteluk dan
terlindung akan dibina pelabuhan perdagangan dan pelabuhan perikanan. Contoh pelabuhan
seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Puala Pinang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
http://geostpm.blogspot.com/2013/12/sukatan-pelajaran-penggal-1.html

Anda mungkin juga menyukai