Anda di halaman 1dari 5

Keselamatan

Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti lontar peluru
Antaranya ialah:
i) Peserta haruslah memulakan aktiviti ini dengan memanaskan badan terlebih dahulu dan
diakhiri dengan senaman menyejukkan badan.
ii) Peserta haruslah menggunakan pakaian dan kasut yang sesuai.
iii) Sektor lontaran perlu jauh dari tempat laluan orang ramai dan haruslah bertumpu pada
satu arah sahaja.
iv) Pastikan peluru tersebut kering sebelum memulakan sesuatu lontaran.
v) Peserta tidak boleh memakai sarung tangan semasa membuat lontaran kecuali terdapat
kecederaan pada tangan.
iv) Kedua-dua belah kaki peserta haruslah diletakkan di posisi yang betul untuk
mengelakkan daripada hilang imbangan.
Gaya Lontaran
Terdapat 3 jenis gaya yang terlibat semasa melakukan lontaran, iaitu:
i) Gaya berdiri dan melontar
ii) Gaya melungsur selangkah
iii) Gaya Parry O Brien
Gaya berdiri dan melontar
Lakuan sedia
Peserta berdiri di hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala ke arah
lontaran.
Letak peluru di bahagian yang sesuai (di bawah telinga)
Rendahkan badan dan bengkokkan kaki kanan yang terletak hampir dengan
garis pusat bulatan.
Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang


Kilasan badan
Bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan
Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan
ke atas
Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru
Lontaran
Tolakan peluru perlu diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan
sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat
Peluru dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas
Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus

Gaya melungsur selangkah
Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan
kawasan lontaran
Letak peluru di bawah telinga, bongkokkan badan dengan membengkokkan
kaki kanan.
Kaki kiri dibiarkan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan
dengan hujung kaki)
Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia
diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit
Kilasan badan
Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat,
pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.
bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke
belakang
Lontaran
Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah llontaran), kaki
yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat
sehingga badan terangkat melentik.
Disusuli pula dengan pergerakan menolak peluru ~ bermula dengan bahu
diikuti dengan tangan yang memegang peluru
Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan
untuk menahan dengan kuat.
Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar
Pemulihan
Ia bertujuan bagi mengelak pelontar hilang keimbangan dan terjatuh di
kawasan hadapan selepas melepaskan peluru ~ pergerakan pulihan
hendaklah dilakukan jika perlu
Bawa kaki kanan ke hadapan bulatan (belakang papan penahan) dan pada
masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk
membanu imbangan badan
Lungsuran
Dripada lakkuan sedia menolakk dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar
dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan.
Lungsuran mesti dilakukan secara pantas dan licin
Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala
bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok (jangan tegakkan badan
semasa melungsur
Kaki kiri pelontar diletakkan di hadapan bulatan

Gaya OBrien
Lukakan sedia
Apabila tempat dalam bulatan hampir-hampir di sebelah belakangnya dan
berdiri membelakang ke kawasan membaling.
Berdiri sis dan kepala memandang sudut 45 darjah dan buka kaki seluas
bahu.
Tangan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun
dilengkapkan di rusuh leher.
Tangan yang bebas pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya
Kepalanya tegak memandang ke hadapan
Bahu menghadap arah lontaran
Gerakkan kaki ke kayu penghadang
Bengkokkan badan serendah mungkin
Kaki di hadapan diluruskan manakala kaki belakang dibengkokkan
Lungsuran
Gelungsurkan kaki kiri cepat ke belakang ke arah lontaran, serentak
gelongsorkan kaki ke kanan ketengah bulatan.
Letakkan kaki kiri dekat kayu penghalang dengan tidak mengubah bahagain
atas badan
Luruskan badan sedikit dengan mengangkapt badan dan putarkan sedikit.
Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan
Bahu menghadap kea rah lontaran.
Lontaran
Ayunkan lengan kiri ke belakang semasa memular pinggang dan bahu ke
hadapan
Luruskan siku serta tangan di angkat tinggi ke atas
Kaki kiri masih menyentuh bulatan.
Peluru dilepaskan
Pemulihan
Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.
Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan
Ikut lajak (bengkokkan badan atau duduk serta merendahkan titik gravity)

Anda mungkin juga menyukai