Anda di halaman 1dari 5

Resepi dan cara membuat burger bakar

Resepi dan cara membuat burger bakar. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat burger
bakar dan cara memasak burger bakar sehingga siap. Resepi dan cara membuat burger bakar ada
disini.


bahan-bahannya :
1. Daging Ayam Kisar / Daging Lembu Kisar*
2. 1 Ulas Bawang Merah dan Bawang Putih Dikisar Berasingan
3. 1 Biji Telur
4. Serbuk Lada Hitam
5. Serbuk Roti / Breadcrumbs**
6. Serbuk Jintan Hitam (Mixed Spice Powder)
7. Garam dan Gula secukupnya

*Satu pek daging kisar 400g boleh buat untuk 4 daging burger
**Jika tiada boleh bakar roti dan kisar guna blander kering


Gaulkan Bahan-bahan Utama



langkah pertama: Satukan segala bahan-bahan tadi secukup rasa dalam satu bekas dan gaulkan.



Bentukkan Daging Burger


Dah siap gaul dah? Ok dah gaul, bentukkan gaulan tadi menjadi bentuk daging burger buat besar-
besar dan leper. Nanti bila dah masak dia akan mengecut.


Bakar Burger

Masukkan dalam peti ais setelah dibentukkan, nanti dalam sejam dua keluarkan dan bakar.
Dah bakar tu, terpulanglah sama ada nak tambah apa dalam burger tadi cheese, tomato, salad, sos
cili, mayonis dan lain-lain. Jangan lupa roti buger baru nampak jadi burger bakar.









Cara Membuat Jus Tembikai Shake


Jus Tembikai Shake

Bahan-bahan Jus Tembikai Shake

**2 potong tembikai merah
**3 cawan air
**1 cawan susu segar
**3 sudu besar gula
@@mengikut kesesuaian tembikai jikalau tembikai yang dibeli tu kurang manis
boleh diletakkan sehingga 3 sudu, tetapi jika tembikai itu sudah manis cukup saja
1sudu.
**2 cawan ais
**secubit garam
**Ais kiub (sebagai pelengkap kesejukan :))
@@terpulang kepada individu untuk meletakkan Ais kiub ini.


Caranya:

Potong buah tembikai halus-halus.






Letakkan gula, garam, susu segar, air, 2 cawan ais dan 2 potong tembikai merah di dalam
blender.




Blend kesemua bahan di atas sehingga sebati kecuali ais kiub.




Hidangkan dan letakkan ais kiub.









BUBUR KACANG HIJAU....



BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1 helai daun pandan, disimpul
1 liter santan
Air jika perlu
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/3 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
1/4 camca teh garam
Gula pasir jika perlu
Roti atau biskut krim kraker untuk dimakan bersama bubur kacang hijau (optioan)

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Rebus kacang hijau hingga kembang. Masukkan air gula merah dan sedikit air jika perlu.
Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan daun pandan.
2. Tuang santan dan 1/4 camca teh garam. Kacau dan masak hingga mendidih, guna api
sederhana dan kacau selalu. Rasa dan jika kurang manis anda boleh tambah gula secukup rasa,
tapi seelok2nya biar lah manis sederhana sahaja. Boleh matikan api. Hidangkan bersama roti
atau biskut krim kraker jika suka.

Anda mungkin juga menyukai