Anda di halaman 1dari 2

Kaedah : Induktif

Definisi :
Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-
maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya.
Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus
tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.
Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir,
mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-
contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang
berkenaan.
Kelebihan :
Mengasah kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan mereka
perlu menggunakankeupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang
menjadi dasar kepadapembentukan sesuatu ayat.
Daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat
dipertingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus.
Penyerapan yang aktif dalam kalangan pelajar.
Strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas menentukan rumus dibuat
oleh murid-murid sendiri dengan ini suasana pembelajaran akan menjadi lebih hidup.
Kemahiran lisan dapat disuburkan kerana pendekatan ini memerlukan
perbincangan yang banyak di dalam bilik darjah dan juga murid-murid tidak begitu
dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat awal pembelajaran sebaliknya
mereka didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan terlebih dahulu.
Mengurangkan kebosanan murid.

Kelemahan :
Pengajaran yang dilakukan mengambil masa yang panjang kerana guru perlu
membimbing murid mengesan rumus. Sekiranya sesebuah kelas itu terdiri daripada
murid-murid yang ramai jumlahnya, maka penjurusan fikiran ke satu arah sukar
dibuat kerana setiap murid mempunyai fikiran, pendapat dan pemahaman yang
berbeza.
Menimbulkan masalah bagi murid-murid yang lemah kerana adalah sukar bagi
mereka untuk memikirkan rumus-rumus daripada contoh-contoh ayat yang diberikan.
Memerlukan pengetahuan-pengetahuan asas tentang rumus dalam kalangan
murid. Tanpa pengetahuana asas, rumus-rumus lain ataupun rumus rumus yang
rumit sukar dikesan.
Sekiranya banyak kekecualian daripada rumus-rumus dalam konteks
penggunaan yang sebenarnya, pendekatan ini akan menimbulkan masalah
kerana rumus-rumus yang dibuat hanya berdasarkan contoh-contoh yang diberi.


Contoh aplikasi dalam kelas Matematik:
Pengajaran rumus isipadu kuboid. Boleh menunjuk murid beberapa isipadu
kuboid yang berbeza dengan ukuran panjang, lebar dan tingginya. Murib dapat
membuat kesimpulan bahawa rumus isiadu kuboid ialah panjang x lebar x tinggi.
Pecahan. Bandingkan pecahan yang penyebut berbeza,pengangkanya
bernilai 1, mana yang besar. Gunakan fraction stripe menunjukkan beberapa
contoh. Murid boleh membuat kesimpulan bahawa penyebut yang kecil selalunya
bernilai besar apabila penyangkanya bernilai 1.
Menukar improper fraction kepada proper fraction. Boleh menunjukkan murid
beberapa contoh cara untuk mendapat proper fraction dari improper fraction
dengan menggunakan operasi bahagi. Murid boleh membuat rumus untuk
menulis improper fraction dalam bentuk proper fraction.

Anda mungkin juga menyukai