Anda di halaman 1dari 1

PPISMP MT/BI/BC SEM 2

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis


Jalan Behor Pulai,
01000 Kangar, Perlis.

En AB Aziz Bin Rajab
Mentor PPISMP MT/BI/BC SEM 2
Jabatan Sains Dan Matematik,
IPG Kampus Perlis.
Jalan Behor Pulai,
01000 Kangar, Perlis. 24 MEI 2010

Tuan,

MAKLUMAN TENTANG PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU PANGKOR
Merujuk kepada perkara di atas, saya Loh Qi Xiang sebagai ketua kumpulan PPISMP MT/BIBC SEM 2
ingin memaklumkan kepada pihak tuan untuk bahawa kelas kami akan mengadakan lawatan sambil belajar
ke Pulau Pangkor pada 28 Mei 2010.

2. Untuk makluman tuan, lawatan sambil belajar tersebut akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

Tajuk Program : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU PANGKOR
Tarikh : 28 MEI 2010 (JUMAAT) hingga 30 MEI 2010 (AHAD)
Tempat : Pulau Pangkor
Bil. Peserta : 20 ORANG


3. Dengan itu, kami berharap agar tuan/puan dapat mencatatkan status kehadiran K (kebenaran)
seperti mana yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dalam surat permohonan
pengecualian kuliah.

Diharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang selanjutnya. Segala kerjasama tuan kami dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.



Sekian,


_________________________
(Loh Qi Xiang)
Ketua Kumpulan
PPISMP MT / BI / BC Sem 2
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Anda mungkin juga menyukai