Anda di halaman 1dari 1

PEMBENTUKAN URIN

Terbahagi kepada 3 peringkat :


i. Penurasan glomerulus
Proses pergerakan plasma melalui membrane separuh telap
Melibatkan struktur glomerulus dan kapsul Bowman
Terjadi akibat :
-perbezaan tekanan antara glomerulus dan kapsul Bowman
-salur arteriol afferent lebih besar daripada salur arteriol efferent
-glomerulus mempunyai liang-liang halus yang banyak
Proses penurasan bermula apabila darah daripada arteriol afferent masuk ke struktur
glomerulus dan menyebabkan tekanan kapilari pada glomerulus tinggi. Air dan struktur kecil
tertolak keluar ke dalam lumen kapsul Bowman. Molekul besar seperti sel darah dan protein
tidak ditapis dan berada di dalam salur darah.

ii. Penyerapan renal tubul
Proses penyerapan semula bahan-bahan yang dituras dari renal tubul ke salur darah
Melibatkan struktur tubul proximal, loop of Henle, tubul distal dan tubul pengumpul
Bersifat selektif-pilih bahan yang boleh ditapis sahaja
Proses penyerapan semula berlaku dengan penyerapan semula air dan nutrien organic di
tubul proximal. Liku Henle menurun menyerap air manakala liku Henle menaik menyerap
natrium dan chloride. Penyerapan air dan natrium di tubul distal berlaku dipengaruhi hormon.
Tubul pengumpul menyerap air dan ion natrium/kalium, hydrogen dan bikarbonat bergantung
pada keperluan tubuh badan. Bahan yang tidak diperlukan seperti urea dan dadah akan
dibuang sebagai urin.

iii. Rembesan ke dalam renal tubul
Proses pergerakan bahan dari salur darah ke renal tubul
Melibatkan struktur tubul distal dan tubul pengumpul
Melalui resapan, osmosis dan pengangkutan aktif
Menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan seperti urea, racun, dadah dan pigmen.
Proses rembesan renal tubul terjadi apabila rembesan ion, uric asid, dadah dan toksin
dirembes ke dalam tubul distal. Rembesan ion natrium/kalium, hydrogen dan bikarbonat
dirembes ke dalam tubul pengumpul bergantung kepada keperluan tubuh badan.

Anda mungkin juga menyukai