Anda di halaman 1dari 1

SENIMAN BUJANG LAPOK

Babak ketika aziz sattar sedang berlakon dan selepas mengucapkan dialog
kepada Ahmad Nisfu, dia pun mengambil tempat.

Aziz: Tuan bagi lah saya satu perempuan. Saya tak boleh berlakon kalau tak
ada perempuan tuan

Nisfu: Perempuan? tak payah. Aaa.. Umar! (salah seorang krew) Umar boleh
jadi perempuan.

Test screen bermula.

Nisfu: Action.

Aziz: Wahai adindaku yang cantik rupawan. hidungmu cantik bagai seludang.
rambut mu... errr.. errr.. (tergagap dan terlupa lalu memandang umar)
rambut hitam berjambul di hadapan. berbaju bunga berseluar yankee.
berkaki ayam. ohh adindaku. sudikah dinda menjadi isteri beta..

Nisfu: Apa kau bikin dialog sendiri!!

Aziz: Eeii!! siapa kau ah! Oh, dia lah perompak yang ingin merampas adinda
dari tangan kekanda!

Nisfu: Apa! kau bilang aku perompak! aku tuan director ahmad nisfu!

Aziz: Argh! tak usah kau cuba ingin menyamar jadi tuan director ahmad nisfu.
walaupun rupamu tidak ku kenal tetapi lubang hidung mu tetap menjadi
pujaan hatiku..

Nisfu: Cut! Cut!

Anda mungkin juga menyukai