Anda di halaman 1dari 1

Saya bagi Pihak Kilang Sawit Terusan (TPOM) dengan berbesar hati mengucapkan Selamat

Datang kepada para tetamu dan juga pekebun2 kecil yang telah sudi meluangkan masa untuk sama2
mengambil bahagian dalam perjumpaan Stakeholder Meeting untuk CDM Project in Terusan Palm
Oil Mill.
Saya dengan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada En. .,Jawatan, En. ,
Jawatan, En. .,Jawatan, En. , En. .,Jawatan, En. , En.
.,Jawatan, En. , kerana telah sudi untuk sama2 menghadirkan diri dan memeriahkan
majlis perjumpaan pada pagi yang indah ini.
Silalah tuan2 rujuk kepada risalah yang telah disediakan untuk merujuk perjalanan majlis kita
ini. Selain itu kita juga ada menyediakan sedikit makanan ringan, disamping sudut pameran untuk
tuan2 dan puan2 lihat mengenai projek biogas yang telah di jalankan di Kilang Sawit Sapi.
Tujuan perjumpaan ini adalah bagi menerangkan tentang makna, fungsi serta manfaat(benefit)
daripada CDM dan juga projek Biogas yang sekiranya diluluskan, akan dijalankan di Kilang Sawit
Terusan di masa akan datang.
Seperti yang kita tahu, aplikasi teknologi hijau dalam sektor penjanaan tenaga
dipercayai dapat membantu mengurangkan masalah pemanasan global melalui pengurangan
kebergantungan terhadap penggunaan bahan api fosil yang mana pembakarannya akan
melepaskan gas-gas rumah hijau ke atmosfera selain mengakibatkan pencemaran alam.
Selain itu, tenaga hijau atau green energy dijana menggunakan sumber-sumber yang boleh
diperbaharu seperti biomas, biogas, solar, hidro, geoterma dan angin. Di Malaysia, projek-
projek penjanaan tenaga hijau dilaksanakan di bawah Mekanisme Pembangunan Bersih atau
Clean Development Mechanism (CDM) iaitu sebuah instrumen berasaskan pasaran yang
telah diperkenalkan di bawah Protokol Kyoto. Melalui mekanisme ini, mana-mana projek
pengurangan karbon dioksida yang dijalankan oleh negara-negara membangun berpeluang
menerima kredit jualan certified emission reduction (CER) dengan izin yang mana setiap
satunya adalah bersamaan dengan satu tan pengurangan karbon dioksida.
Sehingga kini, sebanyak 54 projek tenaga khususnya dari sektor perkilangan dan
perladangan telah didaftarkan dengan pihak Lembaga Eksekutif CDM di Bonn, Germany
dengan anggaran pengurangan gas karbon dioksida sebanyak 4.1 juta tan metrik. Daripada
jumlah tersebut, lima projek telah mendapatkan hasil jualan daripada CER dengan anggaran
pengurangan sebanyak 708,028 tan metrik karbon dioksida.
Seterusnya saya menjemput Saudara Lee Kok Vui untuk menyampaikan pembentangan bagi
menerangkan dengan lebih jelas tentang projek ini. Sebarang soalan bolehlah dikemukakan pada sessi
Q & A (Soal jawab) di akhir pembentangan ini. Sekian terima kasih.