Anda di halaman 1dari 14

1

1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi 4, boneka ditakrifkan sebagai anak patung yang
boleh digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam untuk
menggerakkannya. Ia merupakan sejenis hasil kerja tangan yang berbentuk permainan.
Boneka merupakan suatu punca yang baik untuk menimbulkan kuasa imaginasi kanak-kanak,
dan ia memberikan peluang untuk mencipta suatu alam khayalan.
Boneka merupai patung dan boleh menghidupkan watak ciptaan seperti haiwan dan
benda-benda lain. Boneka tangan boleh dikatakan jenis yang popular sekali di sekolah dan
jenis yang ringkas ini boleh dibuat oleh kanak-kanak-kanak.
Di samping itu, boneka boleh digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan
pembelajaran untuk menyampaikan cerita dengan lebih berkesan lagi. Ia merupakan sebagai
sebarang benda objek yang digerak, lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau
arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat
dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi
dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog.
Pendengar akan dapat menghayatinya dengan khusyuk sesebuah cerita dengan
memberi tumpuan sepenuhnya di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui
penggunaan boneka. Kesannya dari permainan boneka cukup baik ke arah pendedahan
kanak-kanak untuk berkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan
merangsang imaginasi. Selain daripada itu, penggunaan boneka juga dapat memberi
pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan. Pencerita membawa pengalaman luar
untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita dan kanak-kanak menjadi
andaiannya.






2


2.0 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BONEKA
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni
dari segi bentuk, ruang struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut
pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina
sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan
pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi
peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa
menjalankan proses penghasilan seni.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti
seperti arca timbul, arca asemblaj, arca mobail, arca stabail, model, diorama, boneka, topeng
dan origami.
Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan
penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam
perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa
yang dihasratkan oleh pelukis. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk
mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang
akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat
menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.
Boneka adalah sejenis permainan anak-anakan. Ia dibentuk dalam dua atau tiga
dimensi. Boneka dihasilkan dengan mencantumkan pelbagai bentuk untuk menghasilkan
objek boneka. Boneka juga memberi kesedaran imbangan, harmoni dan kadar banding dalam
proses binaan dan membentuk.
Boneka merupakan sebarang objek yang digeraklakonkan sama ada secara sentuhan
atau arahan oleh pemain dengan tujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja objek dapat
dijadikan boneka sekiranya objek digerakkan oleh pemain. Sewaktu menggerakkan boneka
pemain menghidupkan eatak menerusi dialog atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.
Boneka juga digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan
berkesan. Pendengar dapat menghayati sesebuah cerita denganpenuh tumpuan disamping
melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya cukup baik ke
arah pendedahan berkomunikasi, melahirkan idea yang kreatif dalam penciptaan cerita, dan
3

merangsang daya imaginasi. Selain itu, penggunaan boneka dapat memberi pengalaman
belajar bekerjasama secara berkumpulan. Pencerita membawa pengalaman luar untuk
direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita dan kanak-kanak menjadi andaiannya.
Ia mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri. Namun ia memerlukan manusia
untuk menghidupkan atau menggerakkan wataknya dalammenyampaikan informasi kepada
penonton sekaligus membawa mereka ke dalamdunia fantasi atau situasi sebenar sesuatu
cerita. Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apa-apa
jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurang seorang dalang
untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen.Boneka merupakan sebarang benda
atau objek yang digeraklakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang
bertujuan menyampaikan mesej.Pelbagai objek boleh dijadikan boneka sekiranya objek
tersebut digerakkan oleh pemain.Semasa menggerakkan boneka itu, pemain akan mencuba
untuk menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain aksi
boneka tanpa suara. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan
untiukmenyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya menarik
perhatian kanak-kanak. Di samping itu permainan boneka dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, meransangdaya imaginasi
dan menggalakkan kerjasama dalam kumpulan. Boneka adalah salah satu cara yang
menghiburkandan dapat menarik minat kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan
imaginatif. Penggunaan boneka dapat membantu perkembangan kemahiran afektif, kognitif
dan fizikal.
Boneka sesuai digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk
menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan.Pendengar iaitu kanak-kanak
akan dapat menghayati dan memahami sesebuah penyampaian dengan khusyuk di samping
melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Melalui permainan
boneka juga kanak-kanak akan merasa seronok kerana mereka dapat meluahkan apa yang
terpendam dalam diri mereka dan ini akan menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif.
Mereka juga tidak akan rasa segan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan
oleh guru. Penggunaan boneka memberikan kesan yang cukup baik ke arah pendedahan
kanak-kanak untuk berkomunikasi,melahirkan idea kreatif dalam penciptaan sebenar serta
merangsang daya imaginasi.Selain itu, boneka juga dapat memberi pengalaman kepada
kanak-kanak belajar secara berkumpulan, bekerjasama dan berkongsi pengalaman.
4

Kanak-kanak mampu menghasilkan boneka mereka sendiri dengan bantuandaripada
guru.Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan boneka sama adabahan-bahan
terpakai, bahan semulajadi dan juga bahan-bahan yang ada kaitan dengan sesuatu
pembelajaran. Bahan-bahan terpakai adalah seperti penutup botolminuman, batang
aiskrim,bekas dadih, pnggan kertas, stoking lama dan pelbagai lagi.Bahan semulajadi pula
seperti daun, batu kecil, ranting, akar pokok, kulit pokokdan bunga manakala bahan-bahan
yang berkaitan dengan pembelajaran pula sepertibulu burung yang dikaitkan dengan sains
dan lain-lain yang sesuai.
Kebiasaannya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orangtetapi juga
berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak,situasi dan cerita-cerita
tertentu.Ketika boneka digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyi bunyian dimainkan bagi
mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh gurusendiri atau
sekumpulan kanak-kanak.
Sejarah ringkas boneka Puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin. Ahli
sejarah berpendapatbahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi
oleh orang-orang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat atau
tulangbinatang. Boneka yang lebih cantik dibuat daripada lilin dan gading gajah. Pada
masaitu, boneka bukan dibuat sebagai barang permainan untuk kanak-kanak tetapi
banyakdigunakan untuk keperluan keagamaan atau upacara adat yang rasmi.

2.1 JENIS-JENIS BONEKA

1. Boneka Piring Kertas
Boneka ini diperbuat daripada piring kertas dan boleh dibeli di kedai, sesuai untuk
kanak-kanak peringkat rendah.
5


Rajah 1: Boneka piring kertas
Alat dan Bahan
Piring kertas
Dawai halus
Pelekat
Gunting
Kayu atau buluh
Kain reja (perca)
Tali
Pita litup

Cara Penghasilan
Lukiskan satu muka di atas piring kertas dengan menggunakan dakwat. Kemudian
dengan menggunakan pita litup, lekatkan bilah kayu di belakang piring. Gunting dan
lubangkan ditengah-tengah kain belacu atau kain reja. Masukkan bilah kayu ke dalam lubang
kain dan lekatkan lehernya dari dalam kain dengan menggunakan pita litup. Untuk membuat
rambut
kerinting, potong jalur-jalur kertas berwarna dan lurutkannya dengan pisau tumpul dan
tampalkan pada tepi piring sebagai rambut.

2. Boneka Beg Kertas
Beg kertas boleh digunakan untuk membuat topeng atau boneka. Ia sangat sesuai
untuk
kanak-kanak kerana ia mudah dibuat.
6


Rajah 2: Boneka beg kertas

Bahan-bahan dan Alat
Gunting,
Kertas berwarna
Gam kanji
Cat air atau krayon.
Dawai kokot
Dua beg kertas
Pita litup
Rot kayu
Kertas tisu lembut

Cara Penghasilan
Gumpalkan surat khabar pada hujung rot kayu dan lekatkan gumpalan itu dengan
menggunakan dawai kokot. Masukkan gumpalan surat khabar tersebut ke dalam beg kertas.
Ikat leher beg kertas dengan menggunakan pita litup Ratakan bucu beg kertas tersebut.
Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk membentuk muka. Bina ciri-ciri muka
dengan menggunakan kertas tisu lembut. Warnakan muka boneka dengan menggunakan cat
air. Buat rekaan baju dengan menggunakan kain reja.

3. Boneka Wayang Kulit
7

Boneka wayang kulit direka secara tradisional dari kulit kerbau. Disebabkan kulit
kerbau sangat sukar didapati, maka bahan-bahan moden terpaksa dicari dan diperkenalkan
sebagai bahan menggantikan buatan cara tradisional di atas.
Permainan wayang kulit dipercayai satu permainan yang pertama mencipta kesenian
gerak dan tampak seolah-olah hidup jika ia dilakunkan dengan baik. Untuk makluman dalam
lakonan wayang ia merupakan satu siri dari siri-siri kartun. Adalah wajar sesebuah boneka
sengaja dilebih-lebihkan sifatnya bagi menambahkan wataknya dengan lebih jelas.
Kebiasaannya watak seorang hero digambarkan dengan sifat muka yang kacak dan hidung
yang mancung. Manakala sifat watak penjahat digambarkan dengan mata yang besar, hidung
yang besar, perut yang buncit dan dicat dengan warna yang garang. Proses untuk membuat
boneka wayang kulit tidak begitu rumit dan bahan-bahanya senang diperolehi.


Rajah 3: Boneka wayang kulit

Alatan dan Bahan-bahan yang Diperlukan
Kertas pasir
Tukul
Seketul kayu
Newsprint
Gunting
Pemotong NT
Penebuk mata bulat
Gam yang kuat
Cat tempera atau cat minyak
8


Cara Penghasilan
Bahan-bahan yang digunakan sebagai pengganti yang mudah diperolehi ialah
kepingan plastik yang tebal dan kertas bod. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas bod,
diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat
tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian
belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan
kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu
lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya
dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.


4. Boneka Sarung Tangan
Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa
menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan
untuk menghidupkan anggota boneka.
Boneka ini merupakan jenis boneka yang paling mudah dibuat, ia mempunyai
bahagian
kepala, bahagian pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang
kaki. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas di mana pemain boneka
dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat ditontoni
dengan bahagian badan dan kepala sahaja. Oleh kerana bahagian kepala merupakan bahagian
yang paling penting.
Hand Puppet atau boneka tangan boleh berbentuk manusia, haiwan, tumbuhan dan
lain-lain untuk diperkenalkan kepada kanak-kanak . Dibuat dari bahan yang lembut dan dapat
dicuci. Hand puppet atau boneka tangan, boleh menghiburkan kanak-kanak. Selain
mengeratkan hubungan kekeluargaan dapat juga melatih mereka berekspresi,
berinteraksi, dan membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan lebih cepat.
9


Rajah 2.6: Boneka sarung tangan

Alat dan Bahan
Kain belacu/sarung tangan
Pensil
Gunting
Jarum
Benang jahit dan benang bulu
Berus cat

Cara Penghasilan
Boneka jari dimainkan dengan diletakkan pada hujung jari dan diperbuat daripada
sarung tangan berbentuk kepala boneka. Boneka jari dimainkan dengan menggerak-gerakkan
jari tersebut. Bagi boneka tangan pula, boneka ini dimainkan dengan tangan. Boneka ini
terdiri daripada kepala dan dua tangan, manakala bahagian badan dan kakinya hanya
merupakan baju yang akan menutup tangan dan lengan orang yang memainkannya. Cara
memainkannya adalah dengan menggerakkan kepala boneka tangan dengan menggunakan
jari, manakala ibu jari dan jari kelinking menggerakkan tangan boneka itu


3.0 APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK
3.1 Lakaran Idea
Lakaran idea membantu dalam menghasilkan rekabentuk dan ianya bermula dengan
lakaran-lakaran cambahan idea. Ia merupakan proses awal bagi menentukan jenis boneka
yang akan dihasilkan sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bahagian jenis-jenis boneka.
10

Pembentukan watak-watak juga memerlukan lakaran-lakaran idea agar boneka yang akan
dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton.
Lakaran idea yang melalui proses penambahan, pengurangan, penambahbaikan dan
penambahan nilai akan dijelaskan dengan lukisan yang lebih teliti. Oleh itu, lakaran
berperanan besar dalam menjadikan suatu idea menjadi realiti.

3.2 Pemilihan Alat dan Bahan
Proses ini amat perlu di dalam proses membuat boneka, ini kerana bahan-bahan yang
digunakan adalah berbeza bergantung jenis boneka yang akan dihasilkan. Pemilihan dan
menentukan bahan juga mempengaruhi ketahanan boneka tersebut.

3.2.1 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan
Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesuatu boneka. Setiap boneka yang
dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya. Teknik yang digunakan
berbeza bergantung kepada jenis boneka yang akan dihasilkan.

3.3 PERSEMBAHAN HASIL KERJA
3.3.1 Ekspresif Diri
Sesuatu persembahan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri
yang berikut:
1. Watak menepati tema dan tajuk.
2. Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
3. Boneka yang dihasilkan, pastikan ia tahan dan selamat.
4. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan
yang menarik.
5. Mempunyai daya tarikan semasa dilakonkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari
segi penghasilan.
6. Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna,
imbangan dan kesatuan yang menarik.

3.4 APRESIASI
Dengan berpandukan boneka yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilaian dan
cuba fikirkan beberapa persoalan-persoalan di bawah ini dalam proses membuat boneka
1. Tajuk dan tema yang sesuai.
11

2. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membuat boneka.
3. Proses stailisasi , menambahbaikan agar bersesuaian dengan watak.
4. Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej mengikut jenis boneka.
5. Kesesuaian secara keseluruhan.














4.0 RUMUSAN
Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan
penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam
perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa
yang dihasratkan oleh pelukis. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk
mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang
akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat
menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.
Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai
boneka selagi objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk menghidupkan
watak boneka itu untuk menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka
boleh terdiri daripada haiwan, bunga, atau sebarang objek untuk dianimasikan dan
dimanipulasikan oleh pemain dalam persembahan mereka.

12

Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang telah direka oleh manusia. Sebagai contoh
ialah boneka tangan, boneka jari, boneka tali, boneka tongkat, boneka lidi dan boneka layang-
layang. Fungsi boneka-boneka ini ialah untuk menyatakan ekspresi, informasi, eksplorasi,
dan melayan. Guru-guru yang mahu menukar suasana pengajaran dan pembelajaran boleh
menggunakan kaedah teknik boneka untuk menarik perhatian murid. Boneka yang terdiri
daripada banyak saiz ini juga mudah dibawa ke mana-mana dan muudah dihasilkan.
Di samping itu, boneka mempunyai beberapa kelebihan kerana boneka boleh
menyampaikan mesej dengan efektif. Di sebalik teknik boneka yang menggunakan kaedah
penceritaan ini, pelbagai mesej positif dan nilai murni dapat diselitkan dalam persembahan
tersebut. Guru perlu kreatif dalam merangka perjalanan cerita yang bukan sahaja menarik dan
menghiburkan malah mengandungi beraneka nilai murni.
Selain itu, teknik boneka memberi pendedahan kemahiran berkomunikasi kepada
kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi seperti kanak-kanak
autisme sepatutnya diberi teknik mengajar dengan menggunakan boneka. Mereka akan
tertarik dengan penceritaan menggunakan boneka. Hal ini secara tidak langsung dapat
memulihkan masalah komunikasi mereka sedikit demi sedikit. Kanak-kanak juga dapat
menambah perbendaharaan kata mereka. Tambahan pula, teknik boneka juga dapat mencipta
dan merangsang daya imaginasi murid.
Kesimpulannya, penghasilan boneka menunjukkan bahawa perlaksanaan teknik ini
dalam pengajaran dan pembelajaran amat relevan untuk memastikan pembelajaran kanak-
kanak dapat dijalankan selari dengan perkembangan mereka.










13




















5.0 RUJUKAN

En. Rousliluddin b. Ambia. (2007). HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Kuala
Lumpur : Open Universiti Malaysia.
HBAE 2203 Membentuk dan Membuat Binaan. (2008). Kuala Lumpur : Open Universiti
Malaysia.

Ruzitah Tapah & Mazlan Othman ( 2003), Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual Tingkatan
2, Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Rousliluddin bin Ambia, Mohd.Jamel bin Hj. Mohd.Tasim bin Abd.Rahim dan Manan bin
Sarbani ( 2007 ). HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul
Ehsan. Open University Malaysia

Fakulti Pendidikan Seni dan Bahasa ( 2007 ). HBAE 1003 Pengenalan Pendidikan
14

Seni Visual. Kuala Lumpur. Open University Malaysia

Chan Kar Weng (2009). STPM Seni Visual (JILID 1) . Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Md.Nasir Ibrahim.P.M.(2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Pahang. PTS
Publication & Distribution Sdn.Bhd.

Kathleen Chee (2009). Pendidikan Seni Visual Ting 2. Pelangi Publishing Group Bhd.
Kathleen Chee (2009). Focus Ace SPM 2009 Pendidikan Seni Visual. Pelangi Publishing
Group Bhd.

Anda mungkin juga menyukai