Anda di halaman 1dari 11

AIDAH BINTI ZARAMAN

690513125732
HBHE1103

1

Banding Beza Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan
pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baruakan dapat
membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan
melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama
penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan.
Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan.
Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan.

Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang
holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,
organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah. Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR).







AIDAH BINTI ZARAMAN
690513125732
HBHE1103

2

ASPEK KBSR KSSR
Reka Bentuk
Kurikulum
Komunikasi( lisan, membaca, dan
menulis).

Manusia Dengan Alam
Sekelilingnya.
Perkembangan Diri Individu.

Komunikasi (lisan, membaca,
menulis dan menaakul).

Kerohanian, Sikap dan Nilai.

Kemanusiaan.

Keterampilan Diri.

Perkembangan Fizikal dan
Estetika.

Sains dan Teknologi.

Kaedah
Pentaksiran
Penekanan yang ketara kepada
pentaksiran sumatif.

Dijalankan secaraberterusan
untuk mengesan perkembangan
dan pencapaian murid dalam
pembelajaran.

Menggunakan kaedah
pentaksiran pelbagai.
Bersifat autentik dan holistik.






AIDAH BINTI ZARAMAN
690513125732
HBHE1103

3

PERSAMAAN
Peruntukan
Masa
Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran
khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Pedagogi
Kemahiran Berfikir dalam P&P

Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P

Penggunaan TMK

Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Pembelajaran Secara Kontekstual

Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran Masteri

Belajar Cara Belajar







AIDAH BINTI ZARAMAN
690513125732
HBHE1103

4

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali
sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara
berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan
dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang
serba maju dan canggih kini.
Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam
sekeliling serta perkembang diri individu. Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR terkandung
kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini merupakan tunggak pendidikan
asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk,
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran
ini diajar pada tahap 1 dan tahap 2. Contohnya, bagi mata pelajaran Bahasa melayu, berfungsi sebagai
bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat.
Pada tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti bertutur,
mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada tahap 2 pula, murid-
murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah
seperti bacaan, penulisan dan perbincangan. Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa melayu KBSR
bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa, menghargai serta menghayati bahasa
sebgai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukun negara
dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam
sekeliling mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap.
Pada tahap 1, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral diajar manakala pada tahap 2, dua
mata pelajaran lain ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Contohnya, dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai etnik di negara
ini selaras dengan nilai murni sarwajagat dan prinsip-prinsip rukun negara. Nilai yang sama diajar pada
tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan
tahap perkembangan dan kematangan murid. Sebagai contoh, pada tahap 1, murid diajar nilai
pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta kehidupan sehariannya
seperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut dan lain-lain lagi. Manakala, pada tahap 2
AIDAH BINTI ZARAMAN
690513125732
HBHE1103

5

pula, konteks isu dan situasi dikembangkan untuk meliputi aspek kemasyarakatan, negara dan
antarabangsa.
Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang, dan membuat keputusan berhubung
dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya, bidang yang ketiga dalam
KBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah
komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi
kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan keseniaan dan kesihatan. Antara mata
pelajaran yang terkandung dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan seni, Pendidikan
Muzik, serta pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam
tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan
kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan
fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. Jika kita lihat
di dalam KSSR reka bentuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. Dalam
tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung
jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi.
Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam
bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di
bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti
mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Jika kita lihat di
dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur , membaca dan
menulis sahaja tetapi dalam KSSR, tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi kemahiran
berbahasa yang amat penting iaitu menaakul.
Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan untuk
meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan.
Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang
komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula
AIDAH BINTI ZARAMAN
690513125732
HBHE1103

6

menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang
dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai
dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia.
Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada
pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan
perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini.Tunjang
ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang
bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan
mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar
setempat, negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada
pengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembangunan sumber
tenaga berterusan (sustainable and renewal energy).
Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan
perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan
perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Di samping itu,
semangat patriotisme perlu ditanam dalam diriindividu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi.
Oleh yang demikian, tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan
ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.
Seterusnya, Tunjang Keterampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda
pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan
(Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang
kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan
mengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai
melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu
ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan
diperingkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan.
AIDAH BINTI ZARAMAN
690513125732
HBHE1103

7

Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri
melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada
individumurid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah
dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan
dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai
pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan
tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan
seimbang darisegi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya.
Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain.
Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur
dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani
danKesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal,
potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan
kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan
apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya
pendidikan seni visual dan muzik. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka
bentuk tunjang literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut
impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan
ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi.
Diperingkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan
numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Tunjang ini menunjukkan
perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas
mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara
berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik
sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan
pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan
diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah
Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif
dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana
AIDAH BINTI ZARAMAN
690513125732
HBHE1103

8

menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk
merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran.
Tindakan susulan yang dibuat berbentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan
tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif.
Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh
Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus
kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Antara
mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam pula, Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan
mengenalpasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang ditentukan
syarak. Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan
berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang
kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk
mengambil peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian.
Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah ke sekolah menengah, murid
tidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari ketika sekolah rendah dan
mengaitkan dengan mata pelajaran di sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya belajar untuk
menjawab peperiksaan semata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem pentaksiran
KBSR.
Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR, maka
pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan
Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan
berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam
KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam
pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat
lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan
kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat.
AIDAH BINTI ZARAMAN
690513125732
HBHE1103

9

Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem
pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar
yangdipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif
membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor
maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan
pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang
menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada
hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan
pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan
sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka
termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio.
Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya
untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang
sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini
dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan
menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau
perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam
menetap matlamat yang hendak dicapai.
Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan
pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta
mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan
pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan
dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada
tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.
Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspeky ang digunakan
dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang
ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p,
aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p, penggunaan TMK, pengajaran berasaskan kajian masa depan,
AIDAH BINTI ZARAMAN
690513125732
HBHE1103

10

pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri,
pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.
Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan masa. Berlaku
perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris
pula 300 minit seminggu. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380
minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak sekolah
dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan
sekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah.
Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang
dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan
datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan
dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara
berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju.
Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21.
Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan dan kejayaan
transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal
dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.







AIDAH BINTI ZARAMAN
690513125732
HBHE1103

11

RUJUKAN

Abd. Halim, Othman, Nor Azita, Hazmeh. (2011). KSSR : Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Choong Lean Keow. (2009). Siri Pendidikan Perguruan : Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Bdn Bhd.

Helen Ten ( 1996). Manual Olahraga : Manual Olahraga
Petaling Jaya, Selangor : Junjuara Publications Sdn. Bhd.

.
http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan-kssr.html
http://jpnpp.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=92%3Aminda-
kssr-bakal-lahir-minda-kelas-pertama&catid=42%3Arokstories&lang=en
http://www.scribd.com/doc/55409333/TOPIK-2-PENGENALAN-KEPADA-KBSR-
DAN-KSSR-2-
http://psbtpnsarawak.wordpress.com/2011/01/31/kssr-kurangkan-tekanan-peperiksaan-
bina-modal-insan-berkesan/
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiksaan_binam
odalinsanberkesan/Article/print_html

Anda mungkin juga menyukai