Anda di halaman 1dari 4

Abstraks

Kajian Ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti serta kaedah untuk mengatasi
masaalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 2 Nilam dalam subtopik Nisbah, Kadar, dan
Kadaran. Seramai 28 orang pelajar di dalam kelas tersebut, namun kajian ini hanya
ditumpukan kepada 15 orang pelajar sahaja kerana tahap kefahaman kelas ini amat lemah
jika dibandingkan dengan kelas-kelas lain. Pemilihan pelajar ini adalah berdasarkan
peperiksaan awal tahun 2014, temubual, ujian pra serta buku latihan mereka. Hasil tinjauan
mendapati pelajar mempunyai kesukaran untuk menyatakan nisbah dan kadaran apabila
membuat perbandingan yang melibatkan angka negatif. Perancangan tindakan adalah
menggunakan kaedah padanan dan hasil daripada kehidupan seharian mereka. Murid akan
didedahkan dengan kaedah Kawan Baik dan Tak Kawan Tak Baik. Teknik ini akan
dijalankan selama 80 minit dan dijangkakan akan selesai dalam tempoh 8 minggu.
Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan pelajar dalam menyatakan tanda yang
sebenar. Namun pelajar masih mempunyai kelemahan dalam mendarab.

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Mata pelajaran Matematik adalah mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Semasa peperiksaan akhir tahun 2006, terdapat pelajar yang tidak dapat menguasaai
konsep asas nombor negatif. Hampir keseluruhan pelajar dari Tingkatan 2 Biru gagal
menyatakan tanda dengan tepat hasil dari daraban yang melibatkan nombor negatif.
Topik nombor negatif ini akan digunakan dalam topik lain semasa di tingkatan tiga seperti
ungkapan algebra dan soalan PMR kertas 2, banyak berkaitan dengan nombor negatif .
Apabila dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar sering tidak dapat menyatakan
tanda yang tepat. Pelajar hanya meneka dan tidak dapat menyatakan mengapa tanda
tersebut bertukar.
Pelajar memberi ulasan, bahawa penyelesaian melibatkan nombor negatif amat sukar
dilaksanakan. Guru-guru juga memberikan respons yang serupa apabila mendapati pelajar
amat sukar menyelesaikan masaalah melibatkan penggunaan nombor negatif. Pelajar
sering melakukan kesilapan yang serupa setiap kali melibatkan soalan melibatkan
penggunaan nombor negatif. Pelajar juga memberikan alasan amat sukar untuk mengingati
rumus atau konsep yang penting dalam Matematik.
Topik ini dirasakan penting kerana pelajar akan menduduki peperiksaan PMR pada 2007
dan SPM 2009. Pentingnya mengaitkan keadaan persekitaran peajar itu sendiri dengan
proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar menghadapi kesukaran untuk mengingati
formula, dengan itu mengaitkan sesuatu formula dengan persekitaran mereka adalah lebih
mudah.

2. ISU KEPRIHATINAN
Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 3 Biru dalam mata
pelajaran Matematik. Kajian ini hanya memfokuskan tentang masalah pelajar yang tidak
dapat menguasai penggunaan nombor negatif dalam operasi darab. Kesilapan yang sering
dilakukan oleh pelajar adalah :-
a) Kesilapan dalam menyatakan tanda yang betul.
b) Pelajar menggunakan padanan yang salah dalam operasi darab dan bahagi bagi nombor
negatif.
Topik ini boleh dikatakan mudah jika pelajar dapat memahami konsep asas Matematik.
Namun bagi pelajar ini, mereka lebih mudah untuk mengingati sesustu perkara yang
berkaitan atau hampir dengan kehidupan seharian mereka.
Saya yakin dengan mempelbagaikan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, pelajar akan
lebih berminat untuk belajar. Dengan menerapkan kaedah yang mudah untuk mereka ingati
serta berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka, adalah lebih mudah untuk mereka
belajar.Minat setiap kumpulan pelajar adalah berbeza.
Dengan itu, amatlah diharapkan kajian ini dapat membantu meletakkan tanda yang betul
terhadap setiap penyelesaian masalah yang melibatkan nombor negatif.

3. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang telibat dapat mencapai
tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Penguasaan pelajar
terhadap penggunaan nombor negatif akan dipertingkatkan. Keyakinan pelajar juga akan
bertambah apabila menyelasaikan masaalah melibatkan penggunaan nombor negatif.

i) Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pendaraban nombor negatif menggunakan
kaedah Kawan Baik dan Tak Kawan - Tak Baik.

ii) Objektif Khusus
Secara khususnya kajian tindakan akan memberi manfaat kepada pelajar dan guru.
Pelajar dapat menyatakan tanda negatif atau positif pada jawapan akhir.
Pelajar dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan pendaraban nombor negatif dalam
kertas 2 PMR.
Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas.
Menjawab sekurang-kurangnya 70% betul dalam Ujian Post yang dijalankan.
Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah mengenai pengajaran dan pembelajaran
matematik.

4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 34 orang pelajar Tingkatan 3 Biru yang
keseluruhannya terdiri dari pelajar melayu. Pelajar tesebut akan disaring berdasarkan
daripada temubual dan hasil pemerhatian yang dijalankan. Ini kerana terdapat pelajar yang
yang teramat lemah dan tidak boleh membaca. Selepas saringan dilakukan, hanya 15 orang
pelajar sahaja yang terpilih.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

i. Tinjauan Masalah
Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan hanya
dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan dilakukan
adalah berdasarkan kepada beberapa cara :-
a) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas pelajar semasa peperiksaan akhir tahun 2006.
Didapati pelajar tidak dapat memberikan jawapan yang tepat semasa peperiksaan. Pelajar
juga didapati kurang berminat sewaktu P&P dijalankan didalam kelas. Tumpuan mereka
terhadap P&P amat kurang. Temubual dijalankan terhadap pelajar mengenai masaalah
yang mereka hadapi semasa menjawab soalan peperiksaan dan P&P mendapati mereka
lebih berminat jika pelajaran itu berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. (Lampiran A)
b) Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman
mereka dalam tajuk pendaraban nombor negatif. Ianya juga digunakan untuk mengesan
tentang masaalah sebenar yang mereka hadapi dalam menjawab soalan berkaitan
pendaraban nombor negatif. Disini masaalah sebenar mereka adalah apabila melibatkan
pendaraban dua nombor negatif. (rujuk lampiran ujian pra)
c) Buku Latihan dan Nota
.Buku latihan dan nota pelajar dilihat untuk melihat kesungguhan pelajar terhadap mata
pelajaran Matematik. Didapati pelajar tidak berminat untuk mempelajari Matematik. Disini
guru memainkan peranan untuk menjadikan P&P lebih menarik.
ii. Program Kawan-Baik Tak Kawan-Tak Baik.
Kaedah perlaksanaan
a) Pengajaran dijalankan menggunakan kaedah Kawan-Baik Tak Kawan-Tak Baik.
b) Memadankan gambar yang serupa atau tanda yang sama bagi setiap gambarajah yang
dipaparkan. Padanan yang serupa bermakna Kawan (positif). Terdapat juga gambarajah
yang tidak mempunyai padanan, maka untuk itu bermakna Tak Kawan (negatif)
c) Pelajar juga akan diberikan contoh berkaitan dengan kehidupan seharian dan dalam
konteks Pengajian Islam dan Moral.
d) Ujian post diberikan untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah yang telah
digunakan.

6. RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN
Selepas menggunakan kaedah padanan gambar dan mengaitkan dengan kehidupan
seharian mereka, saya telah menjalankan penilaian terhadap pelajar melalui ujian pos. Ujian
ini diberikan beberapa hari selepas P&P dijalankan. Ini bertujuan untuk menentukan
samaada mereka masih memahami apa yang telah mereka pelajari mengenai pendaraban
nombor negatif. Soalan yang diberikan adalah sama cuma kedudukan yang berubah.
Struktur soalan ujian pra dan ujian pos tidak banyak berbeza.
Hasil ujian pra mendapati pelajar mempunyai masaalah dalam menentukan tanda yang
sesuai apabila melibatkan pendaraban nombor negatif. 11 daripada 15 pelajar yang
menjawab soalan melibatkan pendaraban dua nombor negatif melakukan kesilapan. Untuk
soalan yang lain, yang hanya melibatkan satu nombor negatif, semua pelajar memberikan
jawapan yang tepat.
Ujian pos yang dijalanlan terhadap pelajar memberikan keputusan yang agan
memberangsangkan. Semua pelajar yang hadir sewaktu P&P djijalankan dapat menjawab
kesemua soalan dengan tepat. Hanya seorang pelajar sahaja yang masih melakukan
kesalahan yang sama. Pelajar ini sebenarnya tidak hadir semasa P&P dijalankan.

7. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Hasil daripada dapatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian tersebut, beberapa
cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut.
a) Sebelum kaedah ini dijalankan, pelajar mestilah dapat menguasai pendaraban antara dua
nombor. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesilapan pelajar dalam mendarab dua nombor.
b) Guru boleh mengguna pakai kaedah Kawan Baik dan Tak Kawan Tak Baik dalam
pengajaran mereka dan membuat pengubahsuaian mengikut tahap kefahaman pelajar.
c) Soalan juga perlu dirangka mengikut tahap kesukaran yang sesuai untuk pelajar.
Posted by Ariff Anuar B. Melan a.k.a AAM at 11:41 PM No comments:
Contoh kertas cadangan atau proposal

Anda mungkin juga menyukai