Anda di halaman 1dari 31

0

PENYELIDIKAN TINDAKAN PENCETUS


KREATIVITI, PENJANA INOVASI
TARIKH: 23 & 24 SEPTEMBER 2014
TEMPAT : BILIK SEMINAR IPGKTAA
ANJURAN : PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2011
1

Kata Alu-aluan Ketua Jabatan Sains dan Matematik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia.

Konsep Penyelidikan Tindakan adalah untuk memberi peluang dan pengalaman kepada guru
pelatih khususnya yang mengikuti program pendidikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia
dalam meningkatkan profesionalisme keguruan. Atas rasional sedemikian, kursus Penyelidikan
Tindakan II telah dijadikan sebagai salah satu subjek utama dalam Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP).
Semasa mengendalikan penyelidikan tindakan ini, guru-guru pelatih perlulah peka dan sentiasa
membudayakan inkuiri refleksi kendiri untuk menilai amalan pengajaran seharian. Seterusnya,
penilaian ini dapat mewujudkan satu perubahan yang dapat memajukan pengajaran dan
pembelajaran selaras dengan cabaran semasa dunia pendidikan.
Saya berharap menerusi penyelidikan tindakan yang dilaksanakan oleh guru-guru pelatih
Semester 8 dapat memberi nilai pendidikan sebenar dalam diri mereka dan seterusnya dapat
digunakan dalam dunia pendidikan yang mereka ceburi. Saya berharap mereka akan terus
mengamalkan budaya penyelidikan pendidikan demi meningkatkan kualiti pedagogi kandungan
di dalam pengajaran.
Akhir kata, semoga guru-guru pelatih PISMP Matematik Semester 8 ini akan memperoleh
manfaat dan pengalaman yang bermakna sepanjang melaksanakan dan membentangkan
penyelidikan tindakan dalam seminar ini.

Sekian, terima kasih.

Puan Hapaza binti Awang
Ketua Jabatan Sains dan Matematik
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
2

Kata Alu-aluan Pensyarah Penasihat

Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia
Pertama sekali, saya ingin menyampaikan ucapan syabas dan tahniah kepada guru pelatih PISMP
Matematik Semester 8 atas kejayaan mereka menganjurkan Seminar Penyelidikan Tindakan
2014.
Menerusi tema Penyelidikan Tindakan Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, pembentangan
seminar pada kali ini telah mengumpulkan 18 hasil penyelidikan tindakan guru pelatih PISMP
Matematik Semester 8. Penganjuran seminar ini juga turut memperlihatkan peningkatan dalam
bidang pendidikan di mana guru-guru pelatih telah berjaya mencipta satu inovasi dalam kajian
penyelidikan tindakan mereka. Kepelbagaian kaedah yang dicadangkan melalui kajian tindakan
ini dapat menunjukkan kesedaran guru pelatih terhadap masalah yang wujud ketika mereka
menjalani praktikum fasa 3. Oleh itu, guru-guru pelatih ini telah melaksanakan pelbagai kaedah
untuk membantu peningkatan dan penguasaan amalan professional mereka.
Saya berharap pembentangan hasil penyelidikan tindakan para guru pelatih PISMP Matematik
Semester 8 ini dapat memberikan pengetahuan dan pendedahan yang mendalam mengenai
penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka kelak.




Sekian, terima kasih.

Dr Lam Kah Kei
Pensyarah Pembimbing Penyelidikan Tindakan
PISMP Matematik Semester 8
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

3

PENDAHULUAN
Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi
intelek. Semua guru pada masa kini diharapkan sentiasa membaiki amalan mereka demi
meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta membantu meningkatkan profesion
keguruan. Menyedari hakikat ini, para guru pelatih PISMP Matematik Semester 8 telah
menjalankan penyelidikan tindakan di sekolah masing-masing semasa internship bagi
mengatasi isu yang dihadapi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Susulan itu, satu
seminar penyelidikan akan dianjurkan untuk memberi peluang kepada semua guru pelatih
untuk berkongsi pengetahuan.

RASIONAL
Pelaksanaan penyelidikan tindakan dan pengendalian seminar penyelidikan tindakan
merupakan sebahagian daripada kehendak kurikulum PISMP dan proforma kursus. Menerusi
proses pelaksanaan penyelidikan tindakan, semua guru pelatih diharapkan mampu mengasah
pelbagai kemahiran dalam bidang pendidikan. Selain itu, pelaksanaan penyelidikan tindakan
adalah usaha pertama yang dilakukan oleh para guru pelatih untuk memperkembangkan daya
kreatif dan inovasi mereka melalui penyemakan, penilaian dan refleksi pengajaran dan
pembelajaran matematik di dalam kelas. Seminar penyelidikan tindakan memberikan peluang
kepada semua guru pelatih untuk berkongsi pengetahuan tentang penyelidikan tindakan
masing-masing.











4

MATLAMAT
Seminar pembentangan penyelidikan tindakan ini bermatlamat untuk memberi peluang
kepada semua guru pelatih PISMP Matematik semester 8 untuk berkongsi pengetahuan
mengenai penyelidikan tindakan yang dijalankan. Secara tidak langsung pengetahuan yang
diperoleh boleh digunakan untuk memperkembangkan lagi daya pemikiran guru-guru pelatih
terutamanya bagi mereka yang mengambil bidang matematik.

OBJEKTIF
1 Membolehkan guru pelatih berkongsi pengetahuan tentang strategi dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu murid-murid mempelajari matematik
dengan mudah dan seronok.
2 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk berkongsi dapatan kajian berdasarkan bukti-
bukti yang dikumpul untuk penyelidikan tindakan masing-masing.
3 Meluaskan pengetahuan guru pelatih tentang isu-isu dan masalah yang sering dihadapi
semasa pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah dan cara mengatasinya.
4 Membolehkan guru pelatih membuat refleksi yang mendalam mengenai penyelidikan
tindakan.


5

ATURCARA PROGRAM

23 SEPTEMBER 2014 (Selasa)

08.30 09.00 : Pendaftaran
09.00 09.30 : Ucap Utama
09.30 10.30 : Pembentangan Slot 1
10.30 11.00 : Rehat
11.00 13.30 : Pembentangan Slot 2
13.30 14.30 : Rehat
14.30 17.00 : Pembentangan Slot 3


24 SEPTEMBER 2014 (Rabu)

08.30 10.00 : Pembentangan Slot 4
10.00 10.30 : Rehat
10.30 12.00 : Pembentangan Slot 5
12.00 12.30 : Refleksi
12.30 13.00 : Majlis Perasmian Penutup

6

SENARAI PEMBENTANG

TAJUK MUKA SURAT
Penggunaan Kaedah Lipatan Ajaib Untuk Meningkatkan
Kemahiran Menulis Nombor Berdasarkan Perkataan
Oleh :
Nik Muhammad Muizzuddin Bin Rozik

10
Penggunaan Algoritma Bulan Jatuh Dalam Membantu Murid
Orang Asli Membuat Penambahan Dengan Pengumpulan Semula
Oleh :
Muhammad Syamir Bin Harun

11
Penggunaan Kaedah Counting-On Dalam Membantu Murid
Tahun 3 Menguasai Kemahiran Menambah Yang Melibatkan
Pengumpulan Semula
Oleh :
Hazirah Binti Seman

12
Penggunaan Kaedah Bof (Back, Once, Fingers Up) Dalam Kotak
Lazim Berwarna Bagi Membantu Murid Menyelesaikan Operasi
Tolak Dalam Bentuk Lazim
Oleh :
Haqiruh Afiq Farhan Bin Md DZulkifli

13
Penggunaan Kaedah Mentor Mentee Dalam Membantu
Penguasaan Kemahiran Menolak Dengan Mengumpul Semula
Oleh :
Norhayati Binti Muhamed

14
7

Penggunaan Kaedah FaFa Game Dalam Meningkatkan
Keupayaan Murid Menguasai Fakta Asas Darab Sifir 2, 3, 4, 5, 6,
7, 8 dan 9
Oleh :
Muhammad Fahmi bin Yusri

15
Penggunaan Kaedah Rujuk Jam Untuk Meningkatkan
Penguasaan Sifir Dua Hingga Sembilan Dalam Kalangan Murid
Tahun 4
Oleh :
Mohd Nasrun Safwan bin Mohd Nassir

16
Kaedah Konkrit Gambar Situasi Untuk
Menguasai Konsep Asas Darab
Oleh :
Mohamad Sollehhudin Bin Abd Raub

17
Penggunaan Kaedah Up And Down Bagi Meningkatkan
Kemahiran Mendarab Sebarang Nombor Dengan Nombor 2 Digit
Dalam Kalangan Murid Tahun Empat
Oleh :
Muhammad Izaan Bin Abu Hasan

18
Penguasaan Algoritma Pendaraban Nombor Dengan Dua Digit
Melalui Kaedah Tiang
Oleh :
Wan Masnira Binti Wan Mustofar




19
8

Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer Dapat Membantu
Murid Menyelesaikan Masalah Berayat Darab Dan
Meningkatkan Minat Murid Untuk Belajar Matematik
Oleh :
Khazwan Ariff bin Khazan

20
Penggunaan Kaedah Tulang Ikan dalam Penguasaan Algoritma
Pembahagian Dua Digit
Oleh :
Rekha Rajendran
21
Penggunaan Kaedah Busd Dalam Membantu Murid Orang Asli
Menguasai Penambahan Pecahan Setara
Oleh :
Khairul Adzman Bin Azlan

22
Penggunaan Teknik Segmen Jam Untuk Membantu Murid
Meningkatkan Kemahiran Dan Penguasaan Konsep
Pengumpulan Semula Dalam Operasi Tolak Bagi Topik Masa
Oleh:
Muhammad Nohermi bin Mat Jusoh

23
Penggunaan Kaedah Tingkap Unit Dalam Membantu Masalah
Penukaran Unit Panjang
Oleh :
Ashairah Binti Rasdhan

24
Kaedah Read I t! CUViTS I t! Talk I t! (RCT) untuk Membantu
Murid Menyelesaikan Masalah Berayat
Oleh :
Siti Zulaikha Binti Zulkifli
25
9

Penggunaan Kaedah Arrow And Boxes Untuk Meningkatkan
Kefahaman Murid Dalam Penyelesaian Masalah Berayat
Matematik
Oleh :
Mohd Khairi Hadzwan Bin Johari

26
Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Matematik Dan
Kefahaman Konsep
Serta Prosedural Matematik Murid Melalui Kaedah GLiTdSY
Oleh :
Muhamad Azwan Janil

27















10

Penggunaan Kaedah Lipatan Ajaib Untuk Meningkatkan Kemahiran Menulis Nombor
Berdasarkan Perkataan

Nik Muhammad Muizzuddin Bin Rozik

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Kad Lipatan Ajaib dalam
meningkatkan kemahiran menulis nombor berdasarkan perkataan. Kajian ini melibatkan enam
orang murid asli di tahun 3 Bestari dari sebuah sekolah di daerah Bentong. Tindakan yang telah
saya jalankan ialah menggunakan kad lipatan untuk membantu murid semasa menjawab soalan
menulis nombor berdasarkan perkataan. Data dikumpul dengan menggunakan ujian pra dan
pasca, hasil lembaran kerja murid, pemerhatian dan temubual. Dapatan kajian telah menunjukkan
bahawa kaedah Kad Lipatan Ajaib telah memberi kesan yang positif. Kaedah ini berjaya
membantu murid-murid semasa menjawab soalan menulis nombor berdasarkan perkataan. Hasil
analisis ujian pra dan pasca serta lembaran kerja murid telah menunjukkan peningkatan
kemahiran murid-murid dalam menulis nombor. Manakala hasil analisis daripada pemerhatian
dan temubual menunjukkan bahawa murid-murid memberi respon yang cukup baik terhadap
kaedah Kad Lipatan Ajaib.Melalui kajian tindakan ini, saya dapat memperbaiki amalan dan nilai
pendidikan saya sebagai seorang guru matematik.












11

Penggunaan Algoritma Bulan Jatuh Dalam Membantu Murid Orang Asli Membuat
Penambahan Dengan Pengumpulan Semula

Muhammad Syamir Bin Harun

Penyelidikan tindakan ini berfokuskan kepada masalah penambahan melibatkan pengumpulan
semula dikalangan murid-murid orang asli. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah
Algorithma Bulan Jatuh dapat membantu murid-murid orang asli saya menguasai penambahan
dengan pengumpulan semula. selain itu, saya juga mengkaji bagaimanakah Algorithma Bulan
Jatuh dapat membantu murid-murid ini, menguasai penambahan dengan pengumpulan semula.
Peserta kajian saya terdiri daripada lima orang murid orang asli di daerah Cameron Highlands.
Sebagai tindakan, saya menjalankan intervensi selama empat minggu. Data dikumpul melalui
ujian pra dan ujian pasca, lembaran aktiviti, temubual, pemerhatian dan soal selidik. Data
dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Hasil analisis data melalui ujian pra dan ujian pasca
serta lembaran kerja menunjukkan bahawa peningkatan dalam kemahiran penambahan
melibatkan pengumpulan semula murid murid orang asli berlaku. Hasil analisis data temubual,
pemerhatian dan soal selidik pula menunjukkan bahawa algoritma bulan jatuh dapat membantu
murid orang asli menguasai penambahan dengan pengumpulan semula kerana kotak yang
tersusun bagi setiap nilai tempat dan jawapan yang bakal dipilih bagi jawapan akhir adalah
dibulat terlebih dahulu. Kesimpulanya, penggunaan algorithma bulan jatuh dapat meningkatkan
kemahiran penambahan melibatkan pengumpulan semula murid orang asli kerana kotak yang
tersusun bagi setiap nilai tempat dan hasil tambah jawapan yang bakal dipilih bagi jawapan akhir
adalah dibulat terlebih dahulu.










12

Penggunaan Kaedah Counting-On Dalam Membantu Murid Tahun 3 Menguasai
Kemahiran Menambah Yang Melibatkan Pengumpulan Semula

Hazirah Binti Seman

Fokus penyelidikan tindakan ini berkaitan dengan keprihatinan saya terhadap murid-murid yang
kurang berkemahiran dalam pengiraan yang melibatkan pengumpulan semula terutamanya bagi
operasi penambahan. Penyelidikan tindakan ini bertujuan mengukuhkan pengetahuan konsep
bagi menyelesaikan soalan operasi penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. Peserta
kajian saya terdiri daripada lima orang murid Tahun 3 di salah sebuah sekolah di daerah
Temerloh. Saya telah menjalankan kelas khas mempelajari topik penambahan bersama peserta
kajian ini selama empat minggu saya berada di sekolah tersebut. Saya juga menekankan
penggunaan bahan konkrit pada peringkat awal pengiraan bagi meningkatkan kemahiran murid
mengira secara simbol. Pelbagai kaedah pengumpulan data yang digunakan. Ia terdiri daripada
ujian pra dan ujian pasca, ujian mingguan, lembaran kerja, pemerhatian dan temubual murid.
Data yang telah dikumpul telah dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Hasil daripada analisis
data tersebut, saya mendapati bahawa penggunaan Kaedah Counting-On membantu murid dalam
menguasai topik penambahan yang melibatkan pengumpulan semula.












13

Penggunaan Kaedah Bof (Back, Once, Fingers Up) Dalam Kotak Lazim Berwarna Bagi
Membantu Murid Menyelesaikan Operasi Tolak Dalam Bentuk Lazim

Haqiruh Afiq Farhan Bin Md DZulkifli

Penyelidikan tindakan ini berfokus kepada masalah operasi penolakan dengan pengumpulan
semula. Tinjauan awal yang dijalankan terhadap murid-murid saya menunjukkan mereka
menghadapi masalah yang ketara membabitkan operasi penolakan dengan pengumpulan semula
dalam bentuk lazim. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah BOF
(Back, Once, Fingers Up) dalam Kotak Lazim Berwarna bagi meningkatkan kemahiran menolak
dengan pengumpulan semula murid-murid saya. Selain itu, saya juga mengkaji penggunaan
kaedah ini bagi meningkatkan minat murid terhadap operasi penolakan. Peserta kajian saya
terdiri daripada lima orang murid Tahun 2 dari sebuah sekolah di daerah Raub. Kaedah saya ini
diintervensikan selama empat minggu sepanjang kajian yang saya jalankan. Ujian pra dan pasca,
lembaran kerja, pemerhatian, temu bual dan soal selidik digunakan bagi mengumpul data kajian
yang dijalankan. Data-data ini dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Hasil analisis data
secara kauntitatif bagi ujian pra dan pasca serta lembaran kerja menunjukkan peningkatan dalam
kemahiran menolak dengan pengumpulan semula murid-murid saya. Manakala, hasil analisis
data secara kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan soal selidik pula menunjukkan bahawa
minat murid-murid terhadap operasi penolakan telah meningkat. Kesimpulannya, penggunaan
kaedah BOF (Back, Once, Fingers Up) dalam Kotak Lazim Berwarna memberi keberkesanan
yang positif dan dapat meningkatkan kemahiran menolak dengan pengumpulan semula serta
meningkatkan minat mereka terhadap operasi penolakan.








14

Penggunaan Kaedah Mentor Mentee Dalam Membantu Penguasaan Kemahiran Menolak
Dengan Mengumpul Semula

Norhayati Binti Muhamed

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat sejauh manakah guru dapat meningkatkan
amalan pengajaran dengan menggunakan Kaedah Mentor Mentee. Kajian ini juga adalah untuk
meningkatkan motivasi dan minat murid dalam pembelajaran Matematik khususnya dalam
kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Peserta kajian saya terdiri daripada sepuluh
orang murid tahun 3 di salah sebuah sekolah di kawasan Temerloh, Pahang yang mana
responden terdiri daripada murid yang cemerlang, lemah dan sederhana lemah dalam
pencapaiannya. Pemilihan responden-responden untuk kajian tindakan ini telah dilakukan
semasa tinjauan awal lagi melalui pemerhatian, keputusan ujian dan perbincangan bersama guru
pembimbing. Oleh itu, saya telah menggunakan beberapa cara pengumpulan data seperti ujian
pra dan pasca, lembaran kerja, pemerhatian, soal selidik dan temu bual bagi mengumpul
maklumat daripada setiap responden. Data-data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif dan
kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kaedah Mentor Mentee ini dapat membantu
mentee menguasai kemahiran menolak dengan mengumpul semula dengan baik. Tahap motivasi
mereka juga dalam sesi pengajaran dan pembelajaran turut meningkat. Kesan yang lebih positif
terhadap kaedah ini dapat dilihat jika tempoh intervensi dipanjangkan.











15

Penggunaan Kaedah FaFa Game Dalam Meningkatkan Keupayaan Murid Menguasai
Fakta Asas Darab Sifir 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9

Muhammad Fahmi bin Yusri

Penyelidikan tindakan ini memfokuskan kepada masalah penguasaan fakta asas darab bagi sifir
2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 oleh murid-murid tahun 3. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh
mana penggunaan kaedah FaFa Game dapat meningkatkan penguasaan murid-murid tahun 3
tentang fakta asas darab bagi sifir 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Selain itu, saya juga mengkaji sama
ada dapatkah kaedah FaFa Game ini dapat diaplikasikan oleh murid dan meningkatkan
kemahiran pengiraan mereka bagi masalah pendaraban dua digit dengan satu digit. Perserta
kajian ini terdiri daripada 7 orang murid dari daerah raub. Sebagai tindakan, saya telah
melaksanakan kaedah FaFa Game ini untuk meningkatkan penguasaan murid tentang fakta asas
darab bagi sifir 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Data kajian tindakan ini dikumpul melalui ujian,
lembaran kerja sesi, senarai semak, pemerhatian dan temu bual. Data yang dikumpul dianalisis
secara kuantitatif dan kualitatif. Melalui dapatan saya, kaedah ini dilihat dapat memberi kesan
yang positif ke atas penguasaan fakta asas murid tahun 3 bagi sifir 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9.
Terdapat empat aspek dalam kaedah FaFa Game yang membantu murid menguasai fakta asas
darab sifir 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 iaitu keseronokan dalam permainan, penggunaan elemen
permainan sebagai pencetus minat murid, penggunaan kad imbasan yang membantu visualisasi
dan ingatan dan aktiviti pengukuhan yang memperkukuhkan ingatan. Melalui kajian ini, saya
dapat membantu pembelajran murid dan memperbaiki amalan dan nilai pendidikan sebagai guru
matematik.








16

Penggunaan Kaedah Rujuk Jam Untuk Meningkatkan Penguasaan Sifir Dua Hingga
Sembilan Dalam Kalangan Murid Tahun 4

Mohd Nasrun Safwan bin Mohd Nassir

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kaedah Rujuk Jam dalam
meningkatkan penguasaan sifir 2 hingga 9 dalam kalangan murid Tahun 4. Peserta kajian ini
merangkumi 5 orang peserta dari Tahun 4 di sebuah sekolah di daerah Raub. Sebagai tindakan,
saya telah menjalankan kaedah Rujuk Jam selama empat minggu iaitu sepanjang internship. Data
kajian dikumpul melalui ujian pra dan pasca, ujian congak sifir, temubual dan soal selidik. Data
dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Hasil dapatan kajian yang dilaksanakan murid bukan
sahaja menunjukkan peningkatan murid dalam menguasai sifir 2 hingga 9, malah telah
mengubah tingkah laku murid serta perspektif murid terhadap tajuk darab dalam subjek
Matematik.














17

Kaedah Konkrit Gambar Situasi Untuk
Menguasai Konsep Asas Darab

Mohamad Sollehhudin Bin Abd Raub

Fokus penyelidikan tindakan saya ialah masalah penguasaan konsep asas darab. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji penggunaan Kaedah Konkrit Gambar Situasi ini dalam meningkatkan
penguasaan murid dalam konsep asas darab. Pada masa yang sama, ianya juga bertujuan untuk
mengetahui aspek-aspek penggunaan kaedah ini yang mempengaruhi peningkatan penguasaan
konsep asas darab. Peserta kajian saya adalah terdiri daripada lapan orang murid Tahun Tiga di
sebuah sekolah dalam daerah bentong. Tindakan perlaksanaan kajian menggunakan Kaedah
Kaedah Gambar Situasi ini telah dilakukan selama empat minggu. Dapatan data kajian telah
dikutip melalui ujian, lembaran kerja, temu bual dan pemerhatian. Data telah dianalisis secara
kualitatif dan kuantitatif. Dapatan data menunjukkan Kaedah Konkrit Gambar Situasi ini dapat
meningkatkan penguasaan murid-murid dalam konsep asas darab. Terdapat tiga aspek yang
mempengaruhi peningkatan penguasaan murid ini iaitu penggunaan bahan konkrit dapat
membantu mendapatkan jawapan, penggunaan gambar juga dapat membantu memberikan
jawapan dan aktiviti pengukuhan yang memperkukuhkan penguasaan. Penyelidikan ini berjaya
membantu saya memperbaiki amalan pendidikan ke arah yang lebih baik dan menerapkan nilai-
nilai yang positif dalam diri saya.










18

Penggunaan Kaedah Up And Down Bagi Meningkatkan Kemahiran Mendarab Sebarang
Nombor Dengan Nombor 2 Digit Dalam Kalangan Murid Tahun Empat

Muhammad Izaan Bin Abu Hasan

Fokus penyelidikan tindakan ini adalah berkaitan masalah murid-murid saya
dalam kemahiran pendaraban nombor bulat dengan nombor dua digit. Kajian ini
bertujuan mengkaji penggunaan kaedah Up and Down dalam meningkatkan
kemahiran mendarab nombor bulat dengan nombor dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai tahap penerimaan
murid terhadap kaedah Up and Down yang dilaksanakan. Peserta kajian saya
terdiri daripada tujuh orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah yang terletak di
daerah Bentong. Saya telah menggunakan kaedah Up and Down yang
menggabungkan dua operasi untuk meningkatkan kemahiran murid
menyelesaikan soalan pendaraban iaitu operasi mendarab secara menaik(up) dan
operasi menambah secara menurun(down) sebagai kaedah intervensi yang
dilaksanakan selama empat minggu. Cara pengumpulan data yang digunakan
merangkumi ujian pra dan pasca, lembaran kerja, temu bual, pemerhatian, soal
selidik dan jurnal mingguan. Data terkumpul dianalisis secara kualitatif dan
kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Up and
Down dapat membantu murid dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam
kemahiran pendaraban. Murid juga menerima kaedah Up and Down sebagai
kaedah yang mudah difahami dan menyakinkan mereka. Kesimpulannya, kaedah
Up and Down ini membantu dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
mendarab murid dan juga menyakinkan mereka. Melalui penyelidikan tindakan
ini, saya dapat meningkatkan amalan dan nilai profesional sebagai seorang guru
matematik.







19

Penguasaan Algoritma Pendaraban Nombor Dengan Dua Digit Melalui Kaedah Tiang

Wan Masnira Binti Wan Mustofar

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap algoritma
pendaraban nombor dengan dua digit melalui kaedah tiang. Kajian ini juga bertujuan untuk
mengkaji pendapat murid terhadap kaedah tiang yang telah dilaksanakan. Peserta kajian terdiri
daripada 5 orang murid Tahun 4 yang mempunyai tahap pencapaian yang lemah dan sederhana.
Kaedah Tiang adalah merupakan satu kaedah yang melibatkan penggunaan garis yang dikenali
sebagai tiang yang mewakili rumah sa, puluh, ratus, ribu dan seterusnya bagi menentukan dan
membezakan nilai tempat antara nombor yang didarab. Cara pengumpulan data yang digunakan
adalah ujian pra dan pasca, lembaran kerja murid, pemerhatian, soal selidik, temu bual dan
catatan jurnal mingguan. Data yang dikumpul dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Hasil
analisis data menunjukkan bahawa kaedah tiang mampu meningkatkan penguasaan murid dalam
pendaraban nombor dengan dua digit. Murid berpendapat bahawa kaedah tiang merupakan satu
kaedah yang mudah. Selain itu, kaedah ini juga dapat meningkatkan motivasi murid untuk
mempelajari Matematik terutamanya tajuk darab.












20

Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer Dapat Membantu Murid Menyelesaikan
Masalah Berayat Darab Dan Meningkatkan Minat Murid Untuk Belajar Matematik

Khazwan Ariff bin Khazan

Kajian penyelidikan tindakan ini merupakan satu kajian kuantitatif dan kualitatif. Tujuannya
adalah untuk membantu murid menyelesaikan masalah berayat darab dan juga meningkatkan
minat murid untuk mempelajari mata pelajaran matematik khususnya tajuk darab. Kajian ini
dijalankan ke atas 20 orang murid Tahun 3 Marikh Sekolah Kebangsaan Sega di daerah Raub,
Pahang. Murid-murid yang dipilih adalah dari kalangan murid yang tinggal di pinggir bandar dan
tidak berminat untuk belajar mata pelajaran matematik. Pengkaji menggunakan perisian yang
telah dibina yang merangkumi tiga sub-topik di dalam tajuk darab. Perisian ini akan digunakan
oleh murid dan murid berinteraksi dengan perisian ini di sepanjang tempoh kajian iaitu selama
empat minggu. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji bagi kajian kuantitatif adalah ujian pra
dan pos dan lembaran kerja murid. Bagi instrumen kajian kualitatif pula adalah soal selidik, temu
bual dan pemerhatian. Data kajian yang diperoleh melalui instrumen-instrumen ini telah
dianalisis oleh pengkaji. Hasilnya, instrumen yang digunakan oleh pengkaji dapat meyakinkan
bahawa kaedah pembelajaran berbantukan komputer dapat membantu murid menyelesaikan
masalah berayat matematik dan juga dapat meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran
matematik. Pengkaji mencadangkan agar guru-guru sentiasa menggunakan kaedah pembelajaran
berbantukan komputer secara berterusan untuk mengajar topik masalah berayat dan mata
pelajaran matematik umumnya bagi menarik minat murid untuk belajar.










21

Penggunaan Kaedah Tulang Ikan dalam Penguasaan Algoritma
Pembahagian Dua Digit

Rekha Rajendran


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah murid dalam long division yang
melibatkan divisor dua digit. Peserta kajian ini terdiri daripada enam orang murid di sebuah
sekolah sekitar daerah Bentong, Pahang. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah Tulang Ikan
diperkenalkan kepada peserta kajian. Beberapa cara pengumpulan data yang digunakan dalam
kajian ini ialah ujian pra dan pasca, analisis lembaran kerja murid, soal selidik, penulisan jurnal
mingguan dan temu bual. Data yang dikutip akan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif bagi
mendapatkan ukuran penguasaan murid pembahagian panjang dua digit dan respons murid
berkaitan penggunaan kaedah Tulang Ikan dalam penyelesaian soalan bahagi. Hasil analisis data
ujian pra dan pasca serta lembaran kerja, saya mendapati terdapat peningkatan bilangan murid
dalam penguasaan operasi bahagi yang melibatkan divisor dua digit manakala hasil analisis
daripada soal selidik, penulisan jurnal dan temu bual menunjukkan bahawa kebanyakan murid
menyatakan kaedah Tulang Ikan ini sebagai satu kaedah yang mudah, cepat dan senang untuk
diaplikasikan dalam penyelesaian soalan bahagi. Kajian ini telah memberi saya peluang untuk
mengenali dan membantu murid dalam menguasai kemahiran membahagi yang melibatkan digit
yang lebih besar.











22

Penggunaan Kaedah Busd Dalam Membantu Murid Orang Asli Menguasai Penambahan
Pecahan Setara

Khairul Adzman Bin Azlan

Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan topik menambah pecahan setara
bagi murid orang asli dalam kalangan murid Tahun 4. Terdapat ramai murid orang asli yang
lemah dalam topik pecahan dimana ramai murid tidak memahami konsep asas pecahan. Murid-
murid menghadapi masalah kerana mereka tidak menguasai konsep asas sifir dalam
menyamakan penyebut yang berlainan. Selain itu, murid dilihat tidak berminat dalam
mempelajari matematik disebabkan kelemahan mereka dalam menyelesaikan masalah
matematik yang diberi atau disoal oleh guru. Peserta kajian ini terdiri daripada enam orang murid
asli di kawasan Ringlet, Cameron Highlands. Saya telah melaksanakan kajian ini selama empat
minggu semasa intership dengan menggunakan kaedah BUSD. Saya telah melaksanakan
kaedah ini sehari pada setiap minggu untuk melihat keberkesanan kaedah ini dalam membantu
meningkatkan penguasaan penambahan pecahan setara kalangan murid-murid asli. Data kajian
ini telah dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca, hasil kerja mingguan, temu bual dan
pemerhatian. Data tersebut telah dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian
menunjukkan kaedah BUSD yang dijalankan dapat membantu meningkatkan penguasaan
penambahan pecahan setara dalam kalangan murid-murid asli. Melalui kajian tindakan ini, saya
dapat memperbaiki amalan nilai pendidikan yang dipegang sebagai seorang guru matematik.









23

Penggunaan Teknik Segmen Jam Untuk Membantu Murid Meningkatkan
Kemahiran Dan Penguasaan Konsep Pengumpulan Semula Dalam Operasi Tolak
Bagi Topik Masa

Muhammad Nohermi bin Mat Jusoh

Fokus kajian tindakan ini adalah berkaitan dengan masalah penolakan dengan pengumpulan
semula bagi topik masa dan waktu dalam kalangan murid-murid saya. Penyelidikan tindakan ini
dijalankan untuk mengkaji sejauh mana kaedah Segmen Jam dapat membantu murid-murid
memahami konsep pengumpulan semula penolakan dalam topik masa dan waktu. Penyelidikan
tindakan ini juga adalah untuk mengkaji respon murid terhadap penggunaan kaedah Segmen Jam
dalam membantu murid menguasai penolakan dengan pengumpulan semula bagi topik masa.
Peserta kajian terdiri daripada lima orang murid tahun tiga di sebuah sekolah kebangsaan dalam
daerah Bentong Segmen Jam terdiri daripada perwakilan saat, minit dan jam. Bagi segmen saat,
warnanya ialah oren manakala bagi segmen minit warnanya ialah hijau. Segmen jam pula
berwarna kuning. Data dikumpul melalui ujian pra dan pasca, pemerhatian, temubual dan soal
selidik. Data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan menunjukkan teknik latih tubi
menggunakan kaedah Segmen Jam ini dapat meningkatkan kemahiran dan penguasaan konsep
pengumpulan semula bagi topik masa dan waktu. Respon murid juga menunjukkan bahawa
kaedah ini senang difahami dan dapat meningkatkan keyakinan murid untuk menyelesaikan
soalan pengumpulan semula bagi topik masa. Melalui kajian tindakan ini, saya dapat
memperbaiki amalan dan nilai pendidikan sebagai seorang guru Matematik.










24


Penggunaan Kaedah Tingkap Unit Dalam Membantu Masalah Penukaran Unit Panjang

Ashairah Binti Rasdhan

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah penggunaan kaedah
Tingkap Unit dapat membantu murid-murid melakukan penukaran unit panjang dengan lebih
mudah. Peserta bagi kajian ini melibatkan enam orang murid Tahun 4 dari salah sebuah sekolah
kebangsaan di daerah Bentong, Pahang. Kajian tindakan yang saya laksanakan ialah
menggunakan kaedah Tingkap Unit untuk membantu murid-murid menukarkan unit panjang
tanpa perlu melakukan operasi darab dan bahagi. Unit-unit panjang terdiri daripada empat unit
metrik iaitu mm, cm, m dan km. Cara pengumpulan data yang dilaksanakan ialah ujian pra, ujian
pasca, lembaran kerja, temu bual, jurnal dan soal selidik. Data-data ini akan dianalisis secara
kuantitatif dan kualitatif. Hasil dapatan daripada ujian pra dan pasca serta lembaran kerja
menunjukkan bahawa murid-murid menunjukkan peningkatan markah yang memberangsangkan
setelah mempelajari kaedah Tingkap Unit. Manakala hasil dapatan daripada temu bual, jurnal
dan soal selidik mendapati bahawa kebanyakan murid menunjukkan minat terhadap topik
penukaran unit panjang setelah kaedah Tingkap Unit diperkenalkan kepada mereka. Penggunaan
kaedah Tingkap Unit ini telah dapat meningkatkan penguasaan kemahiran murid-murid dalam
topik penukaran unit panjang dan sekaligus menaikkan motivasi mereka untuk belajar.










25

Kaedah Read I t! CUViTS I t! Talk I t! (RCT) untuk Membantu Murid Menyelesaikan
Masalah Berayat

Siti Zulaikha Binti Zulkifli


Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk mengkaji sejauhmanakah kaedah RCT
dapat membantu murid menyelesaikan masalah berayat. Di samping itu, ia juga
dilaksanakan untuk mengkaji sejauhmanakah kaedah ini dapat menarik minat murid
terhadap matematik. Peserta kajian terdiri daripada tujuh orang murid tahun 4 di sebuah
sekolah di Jerantut. Kaedah RCT merupakan satu model penyelesaian masalah tiga fasa
iaitu Read it! CUViTS it! dan Talk it! yang dapat membantu murid menyelesaikan
masalah berayat. Model penyelesaian masalah ini dipersembahkan di dalam bentuk nota
panduan. Kaedah ini telah dilaksanakan selama empat minggu. Cara pengumpulan data
yang digunakan termasuklah ujian pra dan pasca, lembaran kerja, pemerhatian, temu
bual, sola selidik, dan jurnal. Data terkumpul dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif.
Hasil analisis data mendapati bahawa murid dapat menyelesaikan masalah berayat
dengan baik setelah menggunakan kaedah RCT. Malahan, murid-murid juga lebih
berminat untuk belajar matematik. Melalui kajian ini, saya telah meningkatkan amalan
dan nilai profesional saya sebagai seorang guru matematik












26

Penggunaan Kaedah Arrow And Boxes Untuk Meningkatkan Kefahaman Murid Dalam
Penyelesaian Masalah Berayat Matematik.

Mohd Khairi Hadzwan Bin Johari

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan kaedah Arrow and Boxes dalam meningkatkan
penguasaan murid menyelesaikan masalah matematik berayat. Seramai 10 orang murid Tahun
Empat dari salah sebuah sekolah di Daerah Jerantut telah terlibat dalam kajian ini selama empat
minggu sepanjang program internship berlangsung. Tinjauan awal yang dilaksanakan semasa
praktikum fasa tiga menunjukkan bahawa, murid tidak berupaya untuk mengambarkan dan
membayangkan kehendak soalan masalah matematik berayat walaupun mereka menguasai
kemahiran pengiraan yang baik. Oleh itu, kaedah Arrow and Boxes diperkenalkan untuk
membantu murid menguasai kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat. Kaedah Arrow
and Boxes mempunyai beberapa lukisan yang perlu dikuasai oleh murid. Bagi menentukan
kaedah ini mampu untuk membantu murid atau tidak, terdapat lima kaedah kutipan data yang
telah digunakan sepanjang kajian ini dilaksanakan iaitu ujian pra dan pos, hasil kerja murid, temu
bual, log pembelajaran dan soal selidik. Data-data tersebut dianalisiskan secara kuantitatif dan
kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah Arrow and Boxes menunjukkan
peningkatan prestasi murid dalam menjawab soalan penyelesaian masalah berayat. Selain itu,
kaedah ini juga menunjukkan keputusan yang positif dalam membantu murid untuk memahami
kehendak soalan penyelesaian masalah berayat. Tambahan pula, peningkatan keyakinan murid
menyebabkan murid lebih yakin untuk menjawab soalan penyelesaian masalah berayat. Melalui
kajian ini, saya dapat meningkatkan amalan dan nilai profesional saya sabagai seorang guru
matematik.








27

Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Matematik Dan Kefahaman Konsep
Serta Prosedural Matematik Murid Melalui Kaedah GLiTdSY

Muhamad Azwan Janil

Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran komunikasi matematik murid melalui kaedah
GLiTdSY dan kesannya terhadap kefahaman konsep serta prosedural matematik murid. Kajian
ini juga turut menilai pendapat murid terhadap mata pelajaran matematik. Kaedah GLiTdSY
merupakan inovasi cara belajar secara koperatif berstruktur kagan. Kaedah ini memberi
tumpuan terhadap komunikasi matematik murid secara lisan dan bertulis sekali gus membantu
murid dalam meningkatkan kefahaman konsep serta prosedural matematik mereka. Peserta
kajian saya seramai 35 orang yang terdiri daripada murid tahun lima. Empat sesi intervensi
dijalankan selama sebulan bagi mengkaji objektif kajian saya. Kaedah GLiTdSY diterapkan
kepada murid melalui tajuk masa dan waktu. Data kajian pula, saya peroleh melalui pemerhatian
serta rakaman video dalam menilai kemahiran komunikasi murid. Saya turut menggunakan log
pembelajaran bagi melihat kemahiran menulis murid dalam meluahkan idea serta pendapat
matematik mereka. Temu bual dan soal selidik turut saya gunakan dalam menilai keberkesanan
kaedah GLiTdSY serta pendapat murid terhadap mata pelajaran matematik. Bagi menilai
kefahaman konsep dan prosedural matematik murid pula, saya menggunakan ujian pra dan pasca
serta hasil kerja murid. Hasil kajian ini, saya menemui bahawa kemahiran komunikasi
matematik dan kefahaman konsep serta prosedural murid dapat ditingkatkan dengan
menggunakan kaedah GLiTdSY. Murid juga berpendapat bahawa mata pelajaran matematik
lebih mudah dan menghiburkan dengan menggunakan kaedah GLiTdSY. Kaedah GLiTdSY ini
berjaya mengubah kepercayaan serta nilai pengajaran saya. Oleh itu, saya akan merutinkan
kaedah ini dalam pengajaran matematik saya pada masa hadapan.








28

AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Dr. Lam Kah Kei
: Pn. Norhasliza binti Abdullah
Pengerusi : Haqiruh Afiq Farhan bin Md Dzulkifli
Naib Pengerusi : Mohamad Sollehhudin bin Abd Raub
Setiausaha I : Ashairah binti Rashdan
Setiausaha II : Wan Masnira binti Wan Mustofar
Bendahari : Siti Zulaikha binti Zulkifli

Ahli Jawatankuasa Kerja

AJK Buku Program : Muhammad Syamir bin Harun
: Muhammad Nohermi bin Mat Jusoh
AJK Kad Jemputan dan Publisiti : Mohd Nasrun Safwan bin Mohd Nassir
: Khazwan Ariff bin Khazan
AJK Persiapan Tempat dan Teknikal : Nik Muhammad Muizzuddin bin Rozik
AJK Rakaman dan Fotografi : Muhamad Azwan bin Janil
: Mohd Khairi Hadzwan bin Johari
AJK Dokumentasi : Rekha A/P Rajendran
: Muhammad Fahmi bin Yusri
AJK Majlis Penutup dan Pendaftaran : Khairul Adzman bin Azlan
: Muhammad Izaan bin Abu Hasan
AJK Backdrop dan Hadiah : Norhayati binti Muhamed
: Hazirah binti Seman

29


Sekalung Penghargaan

Dato Haji Jaafar bin Idris
Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Tuan Haji Nordin bin Ahmad
Timbalan Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Puan Hapaza binti Awang
Ketua Jabatan Sains dan Matematik

Dr. Lam Kah Kei
Pensyarah pembimbing penyelidikan tindakan PISMP Matematik Semester 8

Dan

Semua warga IPGKTAA serta semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam
menjayakan Seminar Penyelidikan Tindakan Matematik 2014






30

NOTA