Anda di halaman 1dari 4

Re: FORUM 1 : Wajib (10%) Pensyarah En.

Ahmad Patakon Karino


by HUONG HONG MING PIMSP/JAN2013/PJ(SJKC) - Friday, 15 August 2014, 03:00 AM

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam


memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan.
Dalam kecanggihan teknologi yang mengalami inovasi pantas dan berterusan, kaedah
pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar-pelajar juga berada di landasan sama
dengan perubahan arus teknologi terkini. Bahan-bahan yang berkaitan dengan
teknologi maklumat telah dimanfaatkan oleh para pendidik untuk memudahkan lagi
tanggungjawab masing-masing. Walau bagaimanupun, teknik penyampaian guru tetap
adalah satu faktor yang penting untuk menentukan keberkesanan sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam menyampaikan pengajaran, banyak ahli pendidik mencadangkan supaya
guru membuat sorotan bahan yang telah dipelajari dalam pelajaran sebelumnya dan
merumus kandungan isi pelajaran baru, memberi penerangan jelas tentang konsep dan
kosa kata utama serta menyusun pelajaran ke dalam urutan ringkas dan pendek
dengan mengintegrasikan aktiviti. Guru perlu juga melibatkan pelajar secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran, menggalakkan pelajar belajar secara bebas dan memantau
proses pembelajaran sendiri serta menyediakan pelajar dengan pengalaman
pembelajaran yang membolehkan mereka menghubungkan pembelajaran di bilik darjah
dengan penyelesaian masalah dalam kebidupan seharian. Tugasan .yang disediakan
perlu mengandungi bahan mudah dan sukar serta integrasi antara pengetahuan lama
dan baru. Guru juga perlu menyediakan prosedur pengukuran dan pemantauan
berterusan, pengajaran pembetulan dan pemulihan bagi pelajar yang tidak dapat
menguasai pengajaran asas dan program pengayaan bagi pelajar yang dapat
menguasainya serta menggunakan alat dan bahan bantu mengajar.
Penyampaian pengajaran berkualiti menekankan pengajaran yang dicirikan oleh
persembahan yang koheren dan bahan'yang berurutan, peluang mencukupi bagi
penglibatan pelajar dalam latihan bersepadu, penggunaan pengukuran yang kerap dan
berkala serta maklum balas konstruktif kepada pelajar. Guru juga hendaklah
menggunakan kaedah yang berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Guru seharusnya dapat membezakan aritara strategi, pendekatan, kaedah,
dan juga teknik kerana terdapat kekeliruan maksud dan fungsi istilah-istilah tersebut.
Umumnya strategi terbahagi kepada tiga itu berpusatkan guru, berpusatkan pelajar, dan
berpusatkan bahan. Pendekatan pula ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran iaitu
cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Kaedah pula ialah
satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam
jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran
dengan langkah penyampaian yang tersusun. Manakala teknik pula ialah kemahiran
guru daIam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya seorang guru mengajar bahasa dengan

menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu
teknik.
Di samping itu, kaedah mestilah sepadan dengan tujuan dan matlamat pelajaran,
kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai, kaedah juga
haruslah sesuai dengan tabiat pelajaran yang diajar, kaedah mesti sepadan atau setara
dengan umur pelajar, kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasikan oleh
guru, mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan, kaedah
yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada. Guru hendaklah memilih
kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman
pelajar yang diajar, maIah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan
pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat
mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai
hasrat ini gUru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang
menarik dan ditanibah pula dengan bahan bantu mengajar yang sesuai lagi menarik.
Proses pengajaran yang berkesan ialah yang mempunyai langkah-Iangkah dan
strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu,
matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Aplikasi strategi dan
kaedah pengajaran yang sesuai adalah sangat penting daIam setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Setiap proses pengajaran harus terlebih dahulu disediakan
rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara
berikut, iaitu tujuan am, objektif pelajar, langkah-Iangkah pengajaran yang
mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif
pelajaran, perlu ada mekanisme untuk memantau kemajuan pelajar, dan akhir sekali
perlu kepada penilaian untuk mengukur pencapaian pelajar. Oleh itu, guru haruslah
merancang proses pengajarannya dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini
termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak
dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, bahan bantu mengajar yang
sesuai dan penilaian yang akan dijaIankan. Demikian juga dengan istilah guru
berkesan. la bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah
fahami dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari
segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelaja. Ini
termasukIah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai agama serta
nilai murni, ketepatan masa dalam setiap urusan, keadilan semasa melayan pelajar dan
sebagainya. Kesemua ini akan mencerminkan ciri-ciri guru yang cekap dan berkesan.

Re: FORUM 2 : Wajib (10%) Pensyarah En. Ahmad Patakon Karino


by HUONG HONG MING PIMSP/JAN2013/PJ(SJKC) - Wednesday, 27 August 2014, 09:53 PM

Teknologi terkini e-pembelajaran telah berjaya mempengaruhi sistem pendidikan


di semua peringkat dari sekolah rendah hinggalah ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Untuk mewujudkan komuniti pembelajaran terbuka dalam dunia pendidikan yang
berasaskan web, e-pembelajaran dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan. Walau
bagaimanapun, keberkesanan e-pembelajaran bergantung kepada unsur pedagogi
yang diterapkan kepadanya.
Pada pendapat saya, e-pembelajaran yang dilaksanakan harulah
efektif.Keberkesanan e-pembelajaran harus dinilai melalui memenuhi permintaan
berikut:
i) Menghasilkan nota guru dalam format Resources dalam dua bentukiaitu HTML dan
Power Point.
ii) Menghasilkan nota pelajar untuk ketiga-tiga tajuk dalam format Lesson
.iii) Menghasilkan soalan latihan dalam format Quizzes.
iv) Menghasilkan kuiz interaktif dalam Hot Potatoes Quiz
v) Membina ruangan forum dan chat di dalam web portal tersebut.
Dengan melaksanakan e-pembelajarabn yang berkesan, pelbagai pihak akan
mendapat manfaat daripada perlaksanaan tersebut. Antaranya ialah:
(i) Pelajar :Pelajar dapat menggunakan web portal yang disediakan bagi membantu
menambahkan ilmu pengetahuan dan memanfaatkan sumber rujukan. Dalam konteks
pengajaran pula, ICT boleh digunakan sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi
(KPM, 2001). E-pembelajaran juga dapat memberi maklumat, idea dan pengetahuan
tambahan kepada pelajar sebelum belajar tajuk biologi tingkatan 4. Dengan adanya epembelajaran ini , murid dapat belajar tanpa batasan waktu dan tidak kira walau di
manapun kerana penggunaan internet yang meluas. E-pembelajaran dibangunkan
adalah satu usaha untuk mengatasi masalah pembelajaran. Ia mempunyai ciri-ciri
interaksi yang tinggi. Para pelajar dapat menjadikan bahan bantu mengajar ini sebagai
ulangkaji pelajaran di rumah kerana ia dapat dicapai bila-bila masa dan di mana-mana
jua. Pelajar juga dapat membuat latihan secara latih tubi sehingga mahir tanpa malu
jika membuat kesilapan semasa menjawab latihan yang terdapat di dalam epembelajaran tersebut. Pelajar juga dapat mengeksplorasi tentang subjek biologi
dengan lebih mendalam lagi di samping dapat berkomunikasi sesama mereka dan
dengan guru di dalam forum dan chat yang disediakan. Manakala dari segi latihanlatihan, ujian-ujian serta aktiviti-aktiviti yang disediakan akan memberi maklum balas

serta merta. Ini dapat membantu pelajar mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan
mereka dalam pelajaran tersebut.
(ii) Guru :Dengan adanya e-pembelajaran, guru dapat menjalankan sesi pengajaran
dan pembelajaran tanpa batasan waktu dan tidak kira walau di manapun kerana
penggunaan internet yang meluas. Melalui e-pembelajaran ini juga ia membantu
mengurangkan beban guru kerana rekod bagi setiap pelajar ini telah disediakan. Di
samping itu, ia dapat membantu guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dan
mengelakkan pembelajaran yang dijalankan secara tradisional. Dari segi pengurusan,
guru dapat menyemak kelemahan pelajar mereka dan mengenalpasti masalah yang
mereka hadapi. Selain itu e-pembelajaran ini juga dapat memberi maklumat, idea dan
pengetahuan tambahan kepada guru.
(iii) Sekolah : Projek e-pembelajaran ini amat penting digunakan oleh pihak sekolah
bagi membantu meringankan beban guru. Ia juga adalah selaras dengan kehendak
sistem pendidikan Malaysia yang inginkan mewujudkan pendidikan yang global dalam
melancarkan pengurusan akademik sekolah.
(iv)Ibu Bapa dan Masyarakat : Pada abad yang ke-21 ini, ledakan maklumat berlaku
amat pantas sekali terutamanya penyebaran maklumat melalui internet. Selaku ibu
bapa dan masyarakat yang perihatin adalah wajar didedahkan tentang penggunaan
web portal ini di sekolah sebagai langkah mewujudkan masyarakat Malaysia yang celik
IT. Secara tidak langsung juga ibu bapa dapat memantau prestasi anak-anak mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan dapat melihat gaya pembelajaran
anak-anak mereka di samping masalah-masalah yang mereka hadapi dalam
pembelajaran di sekolah.

Kesimpulannya, rakan saya harus meminta kerjasama daripada pelbagai pihak


untuk menjayakan e-pembelajaran ini. Jika kerjaama tidak diberi sepenuhnya daripada
pihak sekolah, rakan sejawat, pelajar dan ibu bapa, e-pembelajaran tidak akan dapat
dilakanakan secara menyeluruh dan mencapai objektif perlaksanaannya.

Anda mungkin juga menyukai