Anda di halaman 1dari 25

1

1. Penulisan Huraian Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl


Taksonomi Bloom
Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive
Domain (New York: David McKay) telah memperkenalkan Taksonomi Bloom.Domain taksonomi
Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu
dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat enam elemen dalam domain kognitif
Taksonomi Bloom ini. Elemen elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras
pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan
mengkaji kesemua aspek taksonomi dari terendah hinggalah yang tertinggi. Berikut adalah
hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.


Rajah 1 : hierarki Taksonomi Bloom

Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom
Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah.
Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau
pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu
yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau
simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan,
penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga
adalah pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang
contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan
2

ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah
dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar
oleh guru di dalam kelas.
Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid
memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu
yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa lain
tanpa mengubah makna asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea
dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah
ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan
berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti
membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat
dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.Perkataan yang sering digunakan dalam
soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah,
bezakan, nyatakan dan kelaskan.
Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-
benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras
aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya
melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah
seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.
Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk
memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara
unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur unsur dan
struktur. Jenis-jenis aras analisis adalah yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan
murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang
sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis.
Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu
organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan,
pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan
proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan
memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.
Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk
menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini
penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba
menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya
kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran.
3

Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga
adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina
atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan
sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohnya kebolehan membuat deduksi
berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor
yang diberi.
Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai
sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan
tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya.
Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik,
buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan
nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan
pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria.
Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti
dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-
lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah
yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria
luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang
diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta
mengenai kebudayaan tertentu.

TAHAP ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori,
hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada
pembelajaran yang lepas.


Nyatakan, terangkan,
namakan, labelkan.
Pemahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada
satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama
dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh
kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,tulis
semula.

4

Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru,
termasuk menyelesaikan masalah menggunakan
prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf
daripada data, dan lain-lain.


selesaikan, ramalkan, cari,
kesilapan, bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil,
bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di
antara bahagian, kenali struktur organisasi.


Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha
tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan,
membuat klasifikasi.


Bina, hasilkan, susun,
kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional
atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan
mengkritik

Pilih, berikan alasan,
kritikan, buktikan.


Rumusan
Taksonomi dalam pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. Taksonomi Bloom menghuraikan
aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan
aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini
mengandungi enam elemen yang terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras
pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sistesis
dan penilaian.Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah
kepada aras pemikiran tinggi.

5

Taksonomi Bloom Semakan

Teori Bloom mengalami peningkatan seiring dengan perkembangan dan kemajuan zaman serta
teknologi . Salah seorang murid Bloom yang bernama Lorin Anderson menyemak semula
taksonomi Bloom pada tahun 1990 . Hasil penambahbaikannya diterbitkan pada tahun 2001
dengan nama Semakan Taksonomi Bloom . Dalam semakan ini ada perubahan kata kunci , pada
kategori dari kata benda menjadi kata kerja . Masing - masing kategori masih disusun secara
hierarki , dari urutan terendah ke yang lebih tinggi . Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi
Bloom dibahagikan kepada enam aras. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah
perubahan terminologi.
Perubahan Istilah

Perubahan yang paling ketara adalah terhadap istilah yang digunakan iaitu daripada
kata nama (pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian) kepada kata
kerja iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Perubahan ini adalah berdasarkan pendapat bahawa taksonomi ini merupakan satu proses
aktif. Oleh itu kata kerja adalah lebih sesuai digunakan kerana cirinya yang menjelaskan
tentang tindakan yang dibuat.

Daripada segi istilah juga, perkataan pengetahuan telah diubah kepada mengingat.
Pengetahuan adalah hasil atau produk daripada proses berfikir, maka istilah mengingat adalah
lebih sesuai untuk menggambarkan kategori berfikir. Istilah kefahaman pula diubah kepada
memahami. Sementara itu, sintesis diubah kepada mencipta. Dalam hal ini, versi yang lama
meletakkan sintesis di bawah penilaian dalam hirarki taksonomi. Manakala bagi versi disemak
semula, mencipta merupakan puncak bagi hirarki tersebut. Dalam hal yang berkaitan, berfikir
secara kreatif (mencipta) adalah lebih kompleks daripada berfikir secara kritikal (menilai).
Seseorang murid boleh berfikir secara kritikal tanpa menjadi kreatif tetapi murid yang kreatif
memerlukan cara berfikir yang kritikal. Dengan itu, menilai seharusnya berada pada hirarki
yang lebih bawah daripada mencipta.

Istilah-istilah baru tersebut didefinisikan seperti yang terdapat dalam Jadual 1 di bawah ini.

Jadual 1: Istilah dan definisi bagi Taksonomi Bloom yang disemak semula
Istilah Definisi
Mengingat Mendapatkan kembali, mengeluar kembali dan mengingat semula
pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka panjang.

6

Contoh perkataan: Kenal pasti, Senaraikan, Ceritakan, Namakan, ...
Persoalan: Adakah murid boleh mengingat semula maklumat?

Memahami Membina makna daripada maklumat lisan, tulisan dan grafik melalui
menginterpretasi, memberikan contoh, mengklasifikasi, membuat
ringkasan, membuat inferens, membanding dan menjelaskan.

Contoh perkataan: Buat interpretasi, Berikan contoh, Ringkaskan, Buat
parafrasa, ...
Persoalan: Adakah murid boleh menjelaskan idea atau konsep?

Mengaplikasi Menggunakan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu.

Contoh perkataan: Dengan menggunakan, Laksanakan, Hitungkan, ...
Persoalan: Bolehkah murid menggunakan pengetahuan baru dalam
situasi biasa yang lain?

Menganalisis Memecahkan bahan kepada bahagian kecil, menentukan bagaimana
bahagian-bahagian kecil berkait antara satu sama lain dan terhadap
struktur atau kegunaan umum melalui perbandingan, menyusun atur
dan attributing.

Contoh perkataan: Bandingkan, Susun atur, Susun semula, ...
Persoalan: Adakah murid boleh membezakan antara bahagian-
bahagian kecil?
Menilai Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian melalui
semakan dan kritikan.

Contoh perkataan: Berikan hujah anda, kritik, sokong, ...
Persoalan: Adakah murid boleh menjustifikasikan sesuatu keputusan
atau tindakan yang diambil?
Mencipta Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum
yang koheren atau berfungsi; menyusun atur elemen ke bentuk atau
struktur baru melalui penjanaan, perancangan dan penghasilan.

Contoh perkataan: Rekakan, Binakan, Rancangkan, Hasilkan, ...
Persoalan: Adakah murid boleh menjanakan produk baru, idea baru
atau pandangan yang baru?
7

Perubahan Struktur

Taksonomi Bloom yang lama mempunyai hanya satu dimensi. Manakala versi yang disemak
semula terdiri daripada dua dimensi iaitu Dimensi Pengetahuan dan Dimensi Proses Kognitif.
Dimensi Pengetahuan memfokuskan kepada jenis pengetahuan yang dipelajari yang
dibahagikan kepada empat bentuk iaitu pengetahuan fakta, konsep, prosedur dan metakognitif.
Dalam hal ini, metakognitif merujuk kepada kesedaran terhadap kefahaman diri dan mampu
memperbaiki kefahaman tersebut jika berlaku kesalahfahaman. Sementara Dimensi Proses
Kognitif memfokuskan proses yang digunakan untuk belajar iaitu mengingat, memahami,
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Jadual 2 di bawah menunjukkan hal ini.

Jadual 2: Taksonomi Bloom yang disemak semula

Dimensi
Pengetahuan
Dimensi Proses Kognitif
Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta
Pengetahuan
fakta
Senarai
List
Ringkaskan
Summarise
Klasifikasi
Classify
Aturan
Order
Susunan
Rank
Gabungkan
Combine
Pengetahuan
konsep
Terangkan
Describe
Interpret
Interpret
Eksperimen
Experiment
Hurai
Explain
Taksir
Assess
Rancangkan
Plan
Pengetahuan
proses
Bentangkan
Tabulate
Ramalkan
Predict
Hitungkan
Calculate
Bezakan
Differentiate
Simpulkan
Conclude
Gubah
Compose
Pengetahuan
meta-kognitif
Kegunaan
sesuai
Appropriate
use
Laksanakan
Execute
Binakan
Construct
Rumuskan
Achieve
Tindakan
Action
Wujudkan
Actualise

Perubahan Penekanan

Bagi versi yang lama, Bloom menyatakan bahawa taksonomi tersebut telah digunakan secara
tidak dijangka (unexpectedly) oleh ramai orang (Bloom, 1956). Taksonomi ini sesuai digunakan
bagi murid di peringkat awal persekolahan mereka. Manakala taksonomi yang disemak semula
menekankan sasaran penggunaanya kepada pengguna yang lebih ramai. Sasaran ini
termasuklah murid di sekolah rendah, menengah serta pelajar di universiti atau kolej.
Penekanan ini berasaskan anggapan bahawa taksonomi yang disemak semula adalah alat
yang lebih tulen (authentic) untuk merancang kurikulum, penyampaian instruksional dan
pentaksiran (oz-TeacherNet, 2001) (dalam Forehand, 2004).


8

Contoh Ayat dan Aktiviti

Jadual 3: Contoh ayat dan aktiviti bagi taksonomi yang disemak semula
Kategori Contoh Permulaan Ayat Aktiviti dan hasil
Mengingat Apakah yang berlaku selepas ...?
Berapakah bilangan ...?
Apakah yang dimaksudkan...?
Siapakah orang ...?
Namakan ...?
Ceritakan apakah yang berlaku...
Siapakah yang bercakap ...?
Manakah yang benar atau palsu...?
Kenal pasti siapa...?
Namakan semua bahan ...?
Menyenaraikan kejadian utama.
Membuat jadual waktu peristiwa.
Membuat carta drpd fakta.
Menulis senarai drpd maklumat yang
boleh diingat.
Membaca sajak/puisi.

Memahami Tuliskan dalam ayat anda sendiri.
Terangkan...
Apakah yang anda rasa akan
berlaku selepas ini?
Siapakah yang anda fikir ...?
Apakah idea utama ...?
Lakarkan jalan cerita ...?
Terangkan mengapa watak
tersebut ...?

Menggunting atau melukis gambar
untuk menunjukkan peristiwa.
Melukis kartun untuk menunjukkan
turutan peristiwa.
Menulis dan membuat persembahan
berdasarkan satu cerita.
Menceritakan peristiwa dgn ayat
sendiri.
Menulis laporan ringkas.
Menyediakan carta alir.
Membuat buku mewarna.

Mengaplikasi Adakah anda tahu maklumat lain
tentang ...?
Bolehkah anda kumpulkan mengikut
ciri seperti ...?
Apakah faktor yang anda akan ubah
jika ...?
Apakah soalan yang anda akan
tanya ...?
Daripada maklumat tersebut,
bolehkah anda membina set
arahan ...?
Bina satu model untuk menunjukkan ...
Buat satu diorama untuk menunjukkan
...
Buat buku skrap berkaitan ...
Buat model tanah liat ...
Ambil koleksi gambar foto untuk
menunjukkan ...
Bina sebuah puzzle game.
Tuliskan buku teks berkaitan topik ...
Menganalisis Peristiwa yang manakah tidak Mereka bentuk soal selidik untuk
9

seharusnya berlaku?
Jika ... berlaku, apakah
kemungkinan penamatnya?
Bagaimana ... sama seperti ...?
Apakah kemungkinan lain ...?
Mengapakah ... perubahan berlaku?
Terangkan apa yang sepatutnya
berlaku ...?
Bolehkan anda bezakan ...?
Apakah punca di sebalik ...?
Apakah masalah dihadapi ...?
mendapatkan maklumat.
Menulis iklan untuk menjual produk.
Membuat carta alir untuk menunjukkan
peringkat kritikal.
Membina graf untuk menunjukkan
maklumat khusus.
Membuat family-tree untuk
menunjukkan pertalian.
Membuat drama ttg apa yang dipelajari.
Menulis biografi orang yang dikaji.
Menyediakan laporan.
Menilai Adakah lebih baik ...?
Berikan hujah anda ...
Pertahankan pernyataan ...
Adakah baik atau buruk ...?
Bagaimanakah anda akan
mengatasi masalah ....?
Apakah perubahan yang ...?
Adakah anda percaya ...?
Apakah yang anda rasa,
sekiranya ...?
Setakat manakah keberkesanan ...?
Sejauh manakah anda yakin ...?

Melaksanakan debat.
Menulis buku peraturan dan yakinkan
pembaca.
Menubuhkan panel untuk
membincangkan pandangan.
Menulis surat nasihat terhadap
keperluan perubahan.
Menulis Laporan Tahunan.
Menyediakan kertas kes untuk
menjelaskan pandangan.
Mencipta Hasilkan satu binaan ...
Cadangkan satu penyelesaian
munasabah ...
Apakah akan berlaku sekiranya .?
Kemukakan kertas cadangan ...
Berapa banyak carakah ...?

Mencipta mesin.
Mereka bentuk bangunan.
Mereka produk baru.
Menulis tentang perasaan...
Menulis cereka, lagu, sajak...
Mereka bentuk kulit album


Kepentingan Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom yang terdiri daripada enam aras telah digunakan sejak lama dahulu oleh guru
di merata dunia. Taksonomi ini merupakan pengelasan secara sistematik bagi proses berfikir
dan belajar. Pengelasan ini membantu guru mengukur keupayaan murid mereka. Aras yang
tinggi dalam hirarki, memerlukan penguasaan terhadap aras yang lebih rendah. Contohnya, jika
10

seseorang murid itu mampu menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti menganalisis; maka
mereka dianggap telah menguasai hirarki yang lebih bawah iaitu aktiviti mengingat, memahami
dan mengaplikasi.

Dengan perkembangan drastik dalam bidang pendidikan, taksonomi yang disemak
semula menyediakan alat yang lebih sesuai untuk digunakan oleh guru-guru. Struktur yang baru
memaparkan konsep yang menyeluruh dan jelas berkait dengan penyelarasan antara piawaian
dan matlamat pendidikan, objektif, produk dan aktiviti (Krathwohl, 2002). Penyelarasan objektif
pendidikan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan merupakan satu keperluan. Bagi
Malaysia, penyelarasan ini telahpun berlaku dengan wujudnya sistem pendidikan kita yang
berpusat. Oleh itu, penggunaan taksonomi yang disemak semula ini bukan merupakan masalah
yang besar bagi guru-guru di Malaysia.

Kesimpulan

Perubahan terhadap Taksonomi Bloom merupakan satu usaha murni untuk menjelaskan
kekaburan yang terdapat dalam mendefinisikan objektif pendidikan. Perubahan ini merupakan
satu input yang amat baik untuk kita renungkan agar proses penilaian yang kita laksanakan
terhadap murid atau pelajar kita lebih tepat. Perubahan terhadap istilah, struktur dan
penekanan memberikan satu perspektif yang berbeza kerana kita telah terbiasa dengan
taksonomi yang lama. Justeru itu, kefahaman mendalam tentang taksonomi yang baru akan
memudahkan kita menggunakannya dalam menguji, mengukur, menilai dan mentaksir murid
atau pelajar. Dalam hal ini, taksonomi yang baru, boleh digunakan untuk murid atau pelajar di
peringkat awal persekolahan hinggalah ke universiti.

Domain Krathwohl

Taksonomi Karathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai
murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl. Guru harus berkebolehan
menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang
baik.Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat
membentuk sikap positif.
Terdapat 5 peringkat bagi domain ini iaitu penerimaan,bertindak balas,menilai,organisasi dan
perwatakan.




11

Aras taksonomi Krathwohl

1. Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar
mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap rangsangan dan peristiwa atau
persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan
kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat
dan menjawab dengan lengkap.

2. Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai
dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina
beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3. Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah
dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten
walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4. Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai
dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina
beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya

5. Perwatakan
Perubahan tingkah laku positif.Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup
mengamalkannya sebagai satu cara hidup.











12

2. Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Unit 1 : Kekeluargaan
Tajuk : Rumahku Syurgaku
Encik Badri dan Puan Soleha telah membawa nenek Fahmi,iaitu Puan Siti Melur dari kampung
ke rumah mereka di Cheras.Teliti dan lakonkan perbualan mereka.
Fahmi : Bagaimanakah keadaan nenek sekarang?
Nenek : Nenek sudah beransur-ansur pulih.Nenek sungguh gembira kerana dapat bertemu
dengan cucu-cucu nenek.
Fahmi : Wah,seronoknya saya apabila melihat nenek sudah sihat!Kalau begitu bolehlah saya
bertanya kepada nenek tentang salasilah keluarga kita.
Nenek : Oh,begitu!Biar nenek jelaskan.Moyang nenek bernama Badar.Beliau orang Kedah.
Moyang hanya mempunyai seorang anak yang bernama Badrul,iaitu anak hasil
perkahwinannya dengan Cempaka.Badrul pula telah berkahwin dengan Wan
Kembang.Mereka mempunyai tiga orang anak.Yang sulung bernama Mahmud.Yang
tengah bernama Kemboja dan yang bongsu pula bernama Murad. Mahmud ayah
nenek.Ibu nenek pula bernama Mawar.Kemboja pula mak ngah nenek dan Murad pak
cik nenek.
Fahmi : Oh,begitu!Nek,sejak bilakah moyang nenek berhijrah ke sini?
Nenek : Beliau telah berhijrah sebelum zaman perang lagi.Di sinilah nenek dilahirkan.Nenek ini
anak tunggal mereka.Nenek berkahwin dengan datuk kamu,Kadir,kira-kira 45 tahun
yang lalu.
Fahmi : Terima kasih,nek.Sekarang,bolehlah saya siapkan tugasan ini.
Nenek : Sama-sama,Fahmi

Tidak lama kemudian,kakak Fahmi masuk ke ruang tamu.Dia membawa sepucuk surat.
Kakak Fahmi : Nenek,surat ini daripada abang.
13

Nenek : Tolong bacakan surat itu untuk nenek.
Kakak Fahmi : Baiklah,nek.

Unit 2 : Institusi Pelajaran
Tajuk : Sekolah Selamat
Kenal pasti ayat Tanya tanpa kata Tanya,ayat Tanya dengan kata Tanya dan ayat penyata
dalam dialog di bawah.
Amir : Sekolah saya selamat.Sekolah kamu selamat?
Tang : Selamat?Apakah maksud sekolah selamat?
Amir : Kamu tidak tahu maksud sekolah selamat?
Tang : Saya memang tidak tahu.Bolehkah kamu terangkan?
Amir : Mari kita teliti syair tentang sekolah selamat.

SYAIR SEKOLAHKU SELAMAT
Tersergam indah,kukuh dan megah,
Nampak bergaya anggun terserlah,
Tempat belajar berpenat lelah,
Rasa kasihku telah tertumpah.

Dindingnya bersih tiada berkiarah,
Pagarnya teguh semua arah,
Dijaga rapi tak sudah-sudah,
Murid selamat umpama di rumah.

Mencurah rasa kepada guru,
Agar diri dapat dibantu,
14

Rajin belajar menuntut ilmu,
Hidup berjaya yang kami tuju.

Kalau sekolah selalu ceria,
Hati tidak gundah-gulana,
Rindu terasa amat membara,
Malam-malam teringat jua.

Pergi sekolah hati nan riang,
Semua kawan dikasih disayang,
Sentiasa bersama susah dan senang,
Walau banyak rintangan yang datang.













15

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Unit
1
Tema:
Kekeluargaan
Tajuk:Rumahku
Syurgaku
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
1.1 Kata panggilan / (1)
1.2 Tanda baca / (2)
1.3 Kata ganti nama diri / (3),(5)
1.4 Kata nama am / (4)
1.5 Ayat penyata / (7) /(10)
1.6 Ayat tunggal /(8)
1.7 Peribahasa / (6) /(9)
Unit
2
Tema: Institusi
Pelajaran
Tajuk :Sekolah
Selamat
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
2.1 Ayat tanya /(17)
2.2 Makna perkataan /(14,15) / (16)
2.3 Nilai murni / (19)
2.4 Kata adjektif /(11)
2.5 Ayat majmuk /(18)
2.6 Kata ganda /(12) /(20)
2.7 Kata kerja /(13)

Skema jawapan.
1. B 11. B
2. C 12. B
3. B 13. C
4. D 14. D
5. A 15. B
6. D 16. B
7. B 17. B
8. A 18. D
9. C 19. A
10. C 20. B

16

3. Menggubal 20 item ujian objektif aneka pilihan.

Bulatkan jawapan yang betul.

1. __________________ Siti Melur ialah nenek Fahmi.

A. Tuan
B. Puan
C. Cik
D. Encik

2. Pilih ayat berikut yang menggunakan tanda baca yang betul.

A. Wah!Seronoknya saya apabila melihat nenek sudah sihat.
B. Wah,seromoknya saya apabila melihat nenek sudah sihat.
C. Wah,seronoknya saya apabila melihat nenek sudah sihat!
D. Wah seronoknya saya apabila melihat nenek sudah sihat!

3. Moyang nenek bernama Badar._____________ orang Kedah.

A. Dia
B. Beliau
C. Kamu
D. Baginda

4. Kakak Fahmi masuk ke ruang tamu dengan membawa sepucuk ______________.

A. novel
B. kertas
C. majalah
D. surat





17



5. Badrul telah berkahwin dengan Wan Kembang. _____________ mempunyai tiga orang
anak.

A. Mereka
B. Dia
C. Beliau
D. Kami

6. Puan Siti Melur merupakan ____________________ Puan Mawar dan Encik Kadir.Puan
Siti Melur tidak mempunyai adik-beradik.
A. Anak emas
B. Anak pungut
C. Anak angkat
D. Anak tunggal

7. Mahmud telah ______________ sebelum zaman perang lagi.

A. berperang
B. berhijrah
C. berpuasa
D. bersua

8. Yang manakah antara berikut merupakan ayat tunggal.

A. Nenek sedang makan nasi.
B. Nenek makan nasi dan minum jus oren.
C. Nenek dan datuk sedang makan nasi.
D. Nenek makan sambil menonton telivisyen.








18

9.

Pada pendapat kamu apakah peribahasa yang paling sesuai untuk pernyataan di
atas?
A. Keras hati
B. Panas hati
C. Murah hati
D. Berat hati

10. Yang manakah antara yang berikut merupakan ayat penyata.

A. Bagaimanakah keadaan nenek sekarang?
B. Wah,seronoknya saya apabila melihat nenek sudah sihat!
C. Badrul telah berkahwin dengan Wan Kembang.
D. Tolong bacakan surat itu untuk nenek

11. Yang manakah antara berikut merupakan kata adjektif ?

A. damai
B. ceria
C. pukul
D. minum

12. Hatinya _______________ memikirkan suasana sekolah yang tidak selamat.

A. kusut- masai
B. gundah-gulana
C. simpang-siur
D. kacau-bilau

13. Murid-murid hadir ke sekolah untuk ________________ ilmu.

A. mengambil
B. menulis
C. menuntut
D. mengikuti
Encik Murad seorang hartawan.
Beliau selalu menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan
19

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris
14. Pagar sekolah itu teguh dan baru dicat.

A. keras
B. tebal
C. kekal
D. kukuh

15. Murid pergi ke sekolah dengan hati yang riang kerana sekolah bersih dan ceria.

A. bebas
B. gembira
C. sayang
D. senang
Teliti rangkap syair di bawah dan jawab soalan berikut.




16. Maksud perkataan rintangan dalam syair di atas ialah ____________________
A. pagar
B. halangan
C. peralatan
D. palang

17. Pilih ayat tanya yang sesuai berdasarkan jawapan yang diberi.

Saya memang tidak tahu maksud sekolah selamat.

A. Adakah sekolah kamu selamat?
B. Kamu tidak tahu maksud sekolah selamat?
C. Selamatkah sekolah kamu?
D. Apakah maksud sekolah selamat?


Pergi sekolah hati nan riang,
Semua kawan dikasih di sayang,
Sentiasa bersama susah dan senang,
Walau banyak rintangan yang datang

20

18. Antara yang berikut yang manakah ayat majmuk?

A. Sekolah saya teguh.
B. Sekolah saya bersih.
C. Sekolah saya indah.
D. Sekolah saya indah dan selamat.

19. Amir merupakan seorang murid yang ____________ belajar.

A. rajin
B. kasih sayang
C. bertanggungjawab
D. berterima kasih

20. Pilih ayat yang menggunakan kata ganda yang betul.

I. Buatlah mana-mana yang kamu suka asalkan tidak mengganggu saya.
II. Ayah mengirimkan sejambak bunga-bunga kepada ibu.
III. Restoran itu menyediakan berbagai-bagai juadah untuk pengunjungnya.
IV. Kakak menulis surat berkajang-kajang untuk tunangannya di luar negara

A. I dan III sahaja
B. III dan IV sahaja
C. II,III dan IV sahaja
D. I,II,III dan IV









21

Analisis item
Nombor item Jumlah betul Jumlah salah
1 20 0
2 15 5
3 19 1
4 16 4
5 16 4
6 19 1
7 16 4
8 16 4
9 20 0
10 11 9
11 9 11
12 6 14
13 20 0
14 15 5
15 19 1
16 20 0
17 7 13
18 14 6
19 20 0
20 2 18

Saya telah menguji soalan ini kepada 35 orang murid tetapi data yang saya analisis hanya
ke atas 20 orang murid.Mengikut analisis item yang telah saya perolehi item soalan 1,9,13,16
dan 19 dapat dijawab oleh semua murid dengan betul. Item 1,13 dan 19 ialah aras
pengetahuan.Oleh itu soalan adalah mudah dan murid dapat menjawab soalan dengan
betul.Item16 ialah aras sintesis dan item 9 ialah aras penilaian.Murid dapat menjawab soalan ini
mungkin kerana mereka telah mempelajari maksud peribahasa dan maksud perkataan ini.
Item 3,6 dan 15 hanya seorang yang tidak dapat menjawab dengan betul. Item 3 ialah aras
pengetahuan,item 6 aras kefahaman dan item 15 aras analisis.Murid boleh menjawab soalan 3
dan 6 kerana soalan ini mudah.Soalan 15 juga agak mudah walaupun aras analisis.
Item 4,5,7 dan 8 pula hanya 16 orang sahaja yang dapat menjawab dengan betul. Item 4,5
dan 7 ialah aras pengetahuan manakala item 8 pula aras analisis.Item 4 menguji tentang kata
nama am, item 5 menguji kata ganti nama diri dan item 7 menguji ayat penyata.Mungkin murid
tidak dapat menjawab soalan ini kerana tidak mahir dalam penggunaan tatabahasa ini.
22

Item yang paling sedikit dapat dijawab oleh murid ialah item 20 iaitu aras penilaian.Aras ini
adalah aras yang paling sukar. Murid tidak dapat memilih penggunaan kata ganda yang betul
dalam ayat yang diberikan.Item 10,11,12 dan 17 juga tidak dapat dijawab oleh separuh
daripada murid yang diuji.Item 10 ialah aras aplikasi yang menguji tentang ayat penyata.Item 11
pula ialah aras analisis yang menguji tentang kata adjektif.Item 12 ialah aras kefahaman yang
menguji tentang kata ganda berirama.Item 17 ialah aras aplikasi yang menguji tentang ayat
tanya.Item ini tidak dapat dijawab oleh murid mungkin kerana murid tidak mahir dengan
penggunaan kata tanya,kata adjektif dan kata ganda.Murid juga kurang mahir dalam
penggunaan jenis-jenis ayat.























23

4. Penulisan refleksi.

Tugasan BMM 3103 telah saya terima pada interaksi kedua.Tugasan ini agak mencabar
bagi saya.Tugasan ini mungkin agak mudah bagi guru Bahasa Melayu tetapi sukar bagi
saya.Sebelum ini saya tidak pernah membina soalan dan jadual spesifikasi ujian di
sekolah kerana saya bukanlah guru Bahasa Melayu.Namun pendedahan tentang aras
kesukaran item mengikut taksonomi Bloom telahpun saya sedia maklum.
Saya memulakan tugasan ini dengan mengumpulkan maklumat tentang
Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl melalui modul,buku rujukan dan internet.
Kemudian saya membuat huraian terperinci tentang kedua-duanya.Sebelum ini saya
tidak tahu tentang Domain Krathwohl. Taksonomi Bloom memang selalu digunakan
dalam membina soalan.Saya juga dapat meningkatkan pengetahuan dalam Taksonomi
Bloom semakan. Pengetahuan ini dapat saya gunakan dalam merancang pengajaran
saya dalam membina pemikiran aras tinggi di kalangan anak didik saya.
Selepas itu saya mengumpul maklumat tentang item-item dalam pembinaan
soalan.Saya membuat analisis tentang setiap aras kesukaran dan mendapatkan kata
istilah dalam pembinaan soalan.Contohnya untuk soalan aras pengetahuan istilah yang
digunakan ialah nyatakan, namakan,labelkan dan terangkan.Saya juga mengumpulkan
contoh-contoh soalan Bahasa Melayu.Saya juga menghadapi masalah dalam
mengenalpasti jenis-jenis ayat dan kata kerja.Oleh itu saya telah meminjam buku
tatabahasa rakan saya.Ini akan membantu saya untuk membina soalan yang tepat
mengikut aras.
Saya mengalami kesukaran untuk membina soalan yang menepati aras yang
ditetapkan terutamanya untuk aras analisis,aplikasi,sintesis dan penilaian.Ini disebabkan
oleh soalan Bahasa Melayu sekolah rendah hanya dibina untuk 3 aras sahaja iaitu
pengetahuan,kefahaman dan aplikasi.Buku-buku rujukan yang saya pinjam hanya
membina soalan berdasarkan 3 aras ini sahaja.Saya telah membuat rujukan dari
pelbagai sumber untuk membina soalan analisis,sintesis dan penilaian.Setelah
membuat rujukan dan mendapat penjelasan daripada pensyarah akhirnya saya dapat
juga membina soalan-soalan tersebut.Hasil daripada tugasan ini saya telah mendapat
serba sedikit pengetahuan tentang bagaimana untuk membina item-item soalan
mengikut aras kesukaran yang sebelum ini tidak pernah saya tahu.Saya juga telah
dapat mempelajari dan mendalami tentang jenis-jenis ayat dan jenis kata.
Setelah soalan siap digubal,saya meminta seorang rakan saya mentadbir
soalan itu di kelas tahun 5.saya memilih kelas 5 Melur yang merupakan kelas kedua
dalam tahun 5.Murid-murid kelas ini pencapaian mereka adalah sederhana.Hasil
daripada ujian itu kebanyakan murid mendapat markah lebih daripada 10.Ini
menunjukkan soalan yang saya bina itu tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah.Saya
rasa puas hati dengan soalan yang saya bina.Namun ada beberapa soalan yang perlu
24

saya beri perhatian.Ada soalan yang saya rasa mudah tetapi tidak dapat dijawab oleh
semua murid seperti soalan 5.Mungkin soalan itu bukan aras pengetahuan tetapi aras
aplikasi.Jika saya perlu membina soalan Bahasa Melayu di lain kali,saya perlu lebih teliti
dalam membina item soalan agar menepati aras yang saya kehendaki.Jika hal ini
berlaku, murid tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan betul.
Saya amat berterima kasih di atas segala bantuan dan tunjuk ajar daripada
rakan-rakan dan Encik Hasizan.Tanpa bantuan mereka,saya mungkin tidak dapat
menyiapkan tugasan ini kerana ia agak sukar bagi saya.






















25

Rujukan.
1. http://www.slideshare.net/nsmm/taksonomi-bloom-dan-domain-krathwohl-14448763

2. http://syarifahhaniera.blogspot.com/2013/03/5-sistem-bahasa.html

3. http://www.slideshare.net/niena17/pembinaan-soalan

4. Bloom, B. S. 1956. Taxonomy of educational objectives - book 1 cognitive domain.
London: Longman Gr

5. Mohd.Nasar Bin Sukor,Zainal Arifin Bin Yusof,Kamarudin Bin Jeon,Khadijah Binti
Yusuf.(2010).Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Buku Panduan Guru.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Mohd.Nasar Bin Sukor,Zainal Arifin Bin Yusof,Kamarudin Bin Jeon,Khadijah Binti
Yusuf.(2006).Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Buku Teks.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka