Anda di halaman 1dari 1

Muat turun dari https://cikguhaidi.wordpress.

com/tag/masalah-membaca/
Boleh Membaca, Tapi Tak Faham
12 Januari 2011

Salam sejahtera,
Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping dapat melaksanakan
tugas harian dengan sempurna. Terima kasih kerana anda terus melayari laman ini.
Saya amat menghargainya.
Baiklah, hari ini saya hendak kongsi maklumat dengan anda berkaitan murid pemulihan
yang sudah pandai membaca, tetapi tidak faham apakah yang sedang dibaca.
Sebagai guru yang dedikasi dan komitmen tinggi, tentu kita berasa seronok apabila
dapat melihat prestasi murid dalam kelas meningkat dan ada yang berjaya,
teruatamanya bagi guru Pemulihan yang mendidik anak murid daripada tidak mengenal
huruf sehinggalah sudah boleh membaca.
Namun sayangnya, mereka boleh membaca. Tetapi tidak faham akan cerita atau ayat
yang dibaca. Kes seperti ini kerap berlaku pada setiap proses bacaan awal murid.
Untuk mengatasi masalah ini, beberapa tips yang berikut mungkin boleh dijadikan
panduan :
Murid yang baharu keluar dari kelas Pemulihan ke kelas biasa tidak digalakkan diberi
latihan yang terlalu tinggi arasnya.
Teknik membaca di kelas Pemulihan berbeza dengan murid di kelas biasa. Guru mata
pelajaran perlu peka dan tidak menegur kesalahan murid ini.
Biarkan murid membaca sebaris ayat itu tidak kira salah atau tidak tepat bacaannya,
guru tidak perlu menegur semasa murid sedang membaca. Biarkan murid baca
sehingga habis sebaris ayat, kemudian barulah betulkan kesilapan jika ada.
Jangan perli murid yang masih membaca secara merangkak. Beri mereka pujian
kerana berani mencuba.
Soal murid maksud ayat yang dibaca setiap kali sebaris ayat itu dibaca. Jika murid tidak
dapat menjawabnya, guru hendaklah membantu dengan memberi penerangan yang
paling ringkas akan maksud ayat supaya mudah difahami murid.
Minta murid baca ayat yang lain dan kemudian soal semula murid maksud ayat yang
dibaca. Ulangi proses ini berulang kali supaya murid dapat membiasakan diri untuk
menterjemah maksud ayat.
Jangan biarkan murid membaca ayat yang terlalu panjang kerana itu akan
menyesakkan fikirannya. Pastikan murid membaca beberapa ayat yang pendek dan
kemudian adakan sesi soal jawab.
Sesekali, guru mesti merangsang minda murid bagaimana hendak menterjemah ayat
yang dibaca menggunakan ayat sendiri.
Sekian,
NORHAIDI BIN HJ.SARPONEN

Anda mungkin juga menyukai