Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Bina Insan Guru (Syarifah Nursollehatun binti Syed Mohamad Kher)

Alhamdulillah dengan kehendaknya dapat saya organisasi dan menjalani


program Bina Insan Guru Fasa Kedua. Program ini dilaksanakan pada 27
September yang lalu. Program ini dijalankan di bilik ERT, Jabatan Pendidikan Khas,
IPG Kampus Ilmu Khas. Program ini diadakan bagi menanam sikap keguruan dalam
diri pguru pelatih yang akan menjadi guru suatu hari nanti.
Sebelum program.
Sebelum melaksanakan program ini, kumpulan kami perlu
mengorganisasikan dahulu agar peralanan program ini berjalan dengan baiknya.
Kumpulan kami mendapat maklumat tentang tarikh memasukkan markah untuk
program ini agak lambat iaitu 2 minggu sebelum tarikh penghantaran markah. Oleh
itu, kerja-kerja perlu dilaksanakan dengan cepat dan teratur. Setelah menegtahui
tentang perkara tersebut, satu mesyuarat antara ahli kelas telah diadakan, dan kami
bersetuju untuk menjalankan program ini disurau Tadib pada 29 September 2013.
Setelah memberitahu perkara tersebut kepada mentor kami, mereka telah bersetuju
dengan cadangan tersebut. Apabila mesyuarat kedua diadakan bersama mentor
iaitu Puan Suzita, beliau menyarankan agar kami melaksanakan program tersebut di
bilik ERT memandangkan kami di bawah jabatan Pendidikan Khas. Kami bersetuju
dengan saranan tersebut dan mula mengagihkan tugasan. Saya telah mendapat
jwatan sebagai setiausaha. Saya menerima tanggungjawab tersebut dengan rela
hati memandangkan ianya satu pengalaman yang boleh diambil untuk digunakan
pada masa akan datang.
Memandangkan saya merupakan setiausaha program ini, saya perlu
menyediakan kertas kerja. Alhamdulillah walaupun kesuntukan masa, saya dapat
siapkan kertas kerja tersebut dengan bantuan naib pengerusi program ini iaitu Jeriah
Anak Simon.
Semasa
Semasa program ini dilangsungkan iaitu pada 27 September, terdapat
beberapa kekangan yang dihadapi, sebagai contoh rakan sekelas yang lain datang
lambat. Program ini sepatutnya bermula pada pukul 230 petang namun pada pukul 3
masih ada yang tidak hadir dan kami perlu menunggu mereka memandangkan
taklimat perlu diberikan agar semua jelas dengan peranan masing-masing. perkara
ini begitu mengecewakan kerana sebagai seorang bakal guru, ketepatan amsa
sangat penting. Hal ini juga ditegur oleh mentor kami. Saya berharap program akan
datang tiada masalah kelewatan yang terlampau berlaku.
Selain itu kekangan yang dihadapi ketika melaksanakan program ini ialah,
masalah ketika membuat label. Sepatutnya, orang yang mengambil alih
melaksanakan tugasan ini perlu menyediakan label-label tersebut lebih awal, oleh
itu, masa dapat dijimatkan dengan datang ke program tersebut dan terus menampal
label-label tersebut. Selain itu, hanya ketua label yang membuat kerja, pada hari
tersebut saya tidak Nampak orang yang dibawah biro label membantu ketua
mereka. Bagi memudahkan dan mencepatkan proses kerja, semua ahli kumpulan
perlu melaksanakan peranan masing-masing.
Namun begitu, bagi pemerhatain saya, semua guru pelatih membuat kerja
masing-masing dengan baik. Sebagai contoh apabila kerja-kerja menyusun atur
alatan telah siap dilaksanakan ajk susun atur menolong ajk-ajk kebersihan
membersihkan bilik tersebut. Begitu juga sebaliknya.
Saya telah ditugaskan oleh ketua saya iaitu Huzaina Husin untuk melakukan
tugasan susun atur di stor bersama Munirah. Pada mulanya saya rasa berat hati
memandangkan saya begitu alah dengan debu tambahan pula stor tersebut tiada
pengudaraan yang baik dimana tiada tingkap untuk mengeluarkan debuan. Namun
begitu saya tetap menerima tugasan tersebut. Rakan-rakan sekerja memberi
kerjasama yang baik kepada saya apabila stor merupakan sudut yang paling awal
dikemaskan. Selepas mengemas stor tersebut, saya menolong rakan lain mencari
peralatan yang perlu ada dalam setiap unit di dalam stor.
Saya dapati program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara
pelajar kelas. Selain itu, program ini juga dapat memupuk sikap bertolak ansur dan
tolong meolong antara satu sama lain. Sebagai contoh makanan yang disediakan
pada hari tersebut tidak mencukupi, saya begitu teruja apabila ahli kelas seing
mengingatkan antara satu sama lain agar makan berpada-pada dan ingat orang
belakang. Walaupun makanan Nampak seperti tidak mencukupi namun atas sikap
bertolak ansur rakan sekelas, semua ahli dapat merasa makanan tersebut.
Akhir kata, semoga program Bina Insan Guru pada masa akan datang dapat
dilaksanakan dengan baik dengan mevariasikan aktiviti. Saya mencadangkan agar
program ini dilaksanakan di zoo Negara seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.
selain itu, persiapan dan perbincangan perlu dilakukan seawall yang mungkin agar
masalah dapat dielakkan.
Sekian, terima kasih.