Anda di halaman 1dari 3

Pada pendapat anda adakah topik-topik matematik tambahan releven dan mempunyai

nilai aplikasi kehidupan seharian? Bincangkan.



Matematik adalah bidang ilmu yang penting dalam menyediakan tenaga kerja yang
berupaya memenuhi keperluan negara yang progresif. Bidang ini merupakan penggerak
utama dalam pelbagai pembangunan berkaitan sains dan teknologi. Seiring dengan objektif
negara untuk membentuk masyarakat yang celik k-ekonomi, maka kemahiran menjalankan
kajian dan pembangunan dalam matematik seharusnya dibentuk dan dididik dari peringkat
sekolah.
Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah
menengah, bertujuan memenuhi keperluan murid yang cenderung ke arah bidang sains dan
teknologi. Oleh itu kandungan Matematik Tambahan telah diolah supaya mencapai hasrat
dan objektif tersebut. Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan telah digubal dengan
mengambil kira kandungan mata pelajaran Matematik. Beberapa cabang matematik yang
baru diperkenalkan dalam kurikulum ini selaras dengan perkembangan terkini dalam
pendidikan matematik. Di samping itu, penegasan diberikan kepada heuristik penyelesaian
masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid memperoleh
keupayaan serta keyakinan menggunakan matematik dalam situatsi yang baru serta
berlainan.
Saya berpendapat bahawa topik-topik dalam matematik tambahan amat releven dan
mempunyai nilai aplikasi dalam kehidupan seharian. Antara aplikasi yang kita boleh lihat
ialah melalui topik janjang arithmetik dan janjang geometri, di sini para pelajar boleh
membuat anggaran dan ramalan sesuatu peristiwa. Sebagai contoh, apabila mereka bekerja
dalam bidang perniagaan, mereka boleh membuat anggaran keuntungan yang mereka
boleh dapat untuk tempoh-tempoh tertentu. Selain itu juga, jika ada pelajar bercita-cita
menjadi jurutera untuk membina Jambatan Pulau Pinang, dalam pemasangan cerucuk yang
berbeza ketinggian yang semakin menaik, pelajar boleh mendapatkan kiraan dalam
mendapatkan cerucuk-cerucuk yang bilangan tertentu.
Dalam topik kebarangkalian, dua aplikasi utama teori kebarangkalian dalam
kehidupan seharian adalah dalam penilaian risiko dan dalam dagangan pasaran komoditi.
Kerajaan mengaplikasikan kaedah berkebarangkalian dalam penjagaan alam sekitar yang
dipanggil "analisis laluan", kebiasaannya mengukur kesejahteraan dengan menggunakan
kaedah-kaedah stokastik, dan memilih projek yang ingin dijalankan berdasarkan analisis
statistik terhadap kesan yang mungkin dihadapi oleh populasi secara keseluruhannya. Tidak
tepat untuk mengatakan statistik terlibat dalam pemodelan, kerana penilaian risiko adalah
hanya sekali sahaja dan oleh itu memerlukan model kebarangkalian yang lebih asas,
sebagai contoh. "kebarangkalian berlakunya lagi peristiwa tsunami besar". Hukum nombor
kecil dilihat dapat diaplikasikan kepada semua pilihan-pilihan yang mungkin berserta
maksud atau pandangan terhadap kesan-kesan pilihan tersebut, yang mana ini menjadikan
sukatan kebarangkalian suatu yang amat penting.
Antara aplikasi teori kebarangkalian yang bererti dalam kehidupan seharian ialah
kebolehpercayaan. Kebanyakan produk pengguna, seperti kenderaan dan alat elektronik,
menggunakan teori kebolehpercayaan dalam perekaan produk dalam usaha untuk
mengurangkan kebarangkalian produk yang rosak.
Untuk topik indeks pula, penggunaan indeks sangat penting dalam kehidupan
seharian kita. Terutamanya dalam bidang penyelidikan sains, kewangan, kejuruteraan dan
lain-lain lagi. Rene Descartes ialah seorang ahli matematik berbangsa Perancis yang
memperkenalkan tatatanda bagi indeks integer positif pada tahun 1637. Kemudian,
tatatanda indeks telah diperkembangkan lagi oleh seorang ahli matematik berbangsa
Inggeris, Sir Isaac Newton, yang memperkenalkan indeks negatif dan indeks pecahan.
Dengan penggunaan indeks, kita boleh menggambarkan bagaimana kuantiti di alam
semesta terbentuk, membiak dan mereput. Contohnya, kadar pertumbuhan populasi
manusia dan haiwan adalah secara eksponen. Secara amnya, indeks ditulis sebagai

di
mana didarabkan dengan dirinya sendiri sebanyak n kali. Ungkapan nombor indeks
berada dalam bentuk termudah apabila asasnya tidak berulang dan indeksnya bukan
negatif.
Berkenaan dengan topik geometri koordinat, selalunya geometri digunakan dalam
pembinaan sesebuah bangunan, mereka cipta sesuatu bahan baru dan sebagainya. Setiap
benda yang berada di sekeliling kita dibentuk dengan menggunakan geometri. Contohnya
adalah seperti rumah, almari, kereta, permaidani yang pelbagai, kerusi dan sebagainya.
Setiap benda-benda tersebut memerlukan sudut dan paksi yang tepat semasa dibina
supaya bentuk yang dibina tidak mempunyai sebarang masalah. Oleh itu, bagi menentukan
sudut-sudut yang tepat kita akan menggunakan geometri koordinat.
Dalam bidang kejuruteraan pula, sebelum mencipta sesuatu produk jurutera akan
mempunyai pelbagai idea dalam pembinaan. Maka idea-idea pembentukan produk tersebut
akan diterjemahkan dalam pelbagai lakaran atau sketsa dengan menggunakan geometri.
Lakaran yang dibuat dikenali sebagai lukisan kerja. Lukisan projek yang biasa digunakan
ialah lukisan isometrik, oblik dan ortografik.

Untuk topik trigonometri, dalam senibina, jurutera menggunakan trigonometri untuk
menentukan ketinggian bangunan. Dengan menggunakan trigonometri jurutera mengukur
saiz dan dimensi bagi mendirikan bangunan tanpa membuat pengukuran dengan berjalan
mengelilingi bangunan setiap kali. Pada masa yang sama konsep trigonometri ini digunakan
untuk menentukan bentuk geometri serta bagi menentukan jumlah bahan, tenaga kerja yang
diperlukan dalam mendirikan struktur sesuatu bangunan. Ini bukan sahaja menjadikan
bangunan tersebut kukuh tetapi cara ini memberikan pengukuran yang tepat.
Dalam bidang angkasa pula, astronomi selalu menggunakan konsep trigonometri
untuk mengira jarak bintang-bintang yang dekat, mengukur jarak antara tanda tempat dan
dalam sistem pandu arah satelit. Sebagai contohnya, juruterbang yang berlepas dari
lapangan terbang Australia dapat mengetahui sudut atau arah mana yang perlu diambil
untuk berlepas dan arah atau sudut yang mana yang hendak diambil untuk membelok di
awan selepas berlepas bagi memandu pada laluan yang betul sehingga mendarat di
lapangan terbang. Dalam keadaan ini, konsep trigonometri yang menentukan sudut berlepas
dan sudut membelok sesuatu kapal terbang.
Justeru itu, secara amnya matematik mempunyai banyak peranan dan kepentingan
dalam kehidupan seharian kita. Matematik merupakan suatu cara yang membolehkan
manusia mendapat kuantiti atau nilai berapa banyak, berapa besar, berapa cepat, berapa
panjang, berapa luas, berapa ruang dan sebagainya. Tambahan pula, matematik adalah
suatu badan ilmu yang amat berguna kepada saintis fizik dan sosial, ahli falsafah, ahli logik
dan artis. Dengan ini, ia menjadi alat dalam kehidupan untuk menyelesaikan masalah
seharian kita.
Matematik juga membolehkan manusia mengkaji pola, mengkaji masalah sosial,
mereka bentuk yang menarik dan seimbang. Selain itu, ia menjadi alat yang berguna untuk
membantu ahli sains mencari kebenaran yang berkaitan dengan fenomena fizikal di alam
sekeliling. Di samping itu, ia juga berguna untuk aktiviti urusniaga, perjalanan, makanan,
pembelajaran, rancangan, membuat kerja, dan kebanyakan aktiviti sosial manusia.
Oleh yang demikian, kemajuan negara bergantung kepada kemajuan sains dan
teknologi serta perkembangan perdagangan dan ekonomi yang berkait rapat dengan
penggunaan matematik. Oleh itu, kita haruslah mempelajari matematik kerana
kepenggunaannya tidak terhingga dalam suatu bidang. Kegunaannya amat luas dalam
pelbagai bidang. Maka, kita perlu mahir dalam bidang matematik khususnya matematik
tambahan supaya kita dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dalam dunia ini.