Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL SELEPAS PRAKTIKUM

Alhamdulillah setelah dua bulan berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Sebako,


Kundu Sarawak, semuanya berjalan dengan lancar. Ternyata kepenatan dan
kegelisahan jelas dirasai sepanjang praktikum yang pertama ini. Sesungguhnya
pengalaman-pengalaman ini yang akan memberikan kekuatan dan tunjuk ajar kepada
saya bagi menempuhi profesion pergururan dengan cemerlang kelak. Pada ketika ini,
saya dapat pengalaman yang sanagt berharga dan berguna.
Melalui penilaian yang saya lakukan terhadap diri saya, praktikum fasa kedua
ini merupakan titik pertengahan bagi saya dalam menempuh liku-liku dalam dunia
pendidikan. Banyak masalah yang dapat saya lihat dan rasakan sendiri sepanjang
praktikum fasa pertama ini terutamanya daripada murid-murid. Ternyata murid-murid
mempunyai gaya pembelajaran serta tahap pemebelajaran yang berbeza. Ada yang
dapat membaca dan menulis dengan baik serta sebaliknya. Semua ini merupakan
cabaran bagi saya dalam melaksanakan aktiviiti yang bersesuaian dengan tahap
pembelajaran mereka.
Pengendalian dan pengurusan murid juga saya harus perbaiki kerana mereka
tidak dapat menumpukan perhatian dan kerjasama ketika saya mengajar di hadapan.
Keadaan ini menimbulkan satu kebimbingan kepada sesiapa sahaja yang mengajar di
hadapan. Ianya dapat diatasi selepas saya mengajar pada minggu kedua. Mereka
dapat memberikan perhatian yang sebaiknya.. Kepelbagaian teknik dan pendekatan
cuba saya praktikkan dalam pengurusan kawalan kelas seperti penegasan dan aktiviti
berkumpulan. Namun begitu, tempoh dua bulan ini untuk menilai perkembangan yang
telah dirangka adalah sangat bagus di mana tempoh yang panjang ini dapat merungkai
segala bentuk kelemahan yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sendiri. Ternyata
banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dan teguran diambil perhatian bagi
memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Insya-Allah untuk
praktikum yang kedua saya akan cuba membuat persiapan yang cukup dari segi fizikal
dan mental. Saya akan membuat rujukan dan mempraktikkan apa yang telah saya
pelajari pada semester-semester yang lepas.
Akhir sekali, segala jasa baik pensyarah, guru pembimbing, warga SK Mata
Parang, rakan-rakan serta semua yang membantu saya dalam menjalani praktikum
fasa pertama dengan lancar, saya dahulukan dengan jutaan terima kasih. Segala jasa
yang dicurahkan hanya Tuhan yang mampu membalasnya.


Disediakan Oleh


MUHAMMAD FIRDAUS BIN MD FIAH
(Guru Pelatih PISMP PK Januari 2011)

Anda mungkin juga menyukai