Anda di halaman 1dari 5

Elektrik dan Elektronik

Perhatikan peralatan yang digunakan. Peralatan ini mengandungi


komponen elektronik di dalamnya. Komponen elektronik seperti
kapasitor dan transistor digabungkan menjadi litar elektronik. Litar
elektronik ini membolehkan peralatan itu berfungsi sebagaimana
yang dikehendaki.

Penghasilan Projek Elektronik
Projek yang akan kamu hasilkan berpandukan litar projek. Kamu
perlu membaca dan mentejemah litar projek sebelum menghasilkan
projek elektronik.













Membaca Dan Menterjemah Litar Projek
Kamu sudah pun membuat projek elektronik pada tahun lima. Pasti
kamu masih ingat bagaimana kamu menyambungkan komponen
elektronik tersebut. Komponen elektronik yang disambbung
antara satu sama lain dikenali sebagai litar elektronik. Litar elektronik
terdapat dalam peralatan elektrik seperti radio dan televisyen.
Sambungan komponen pada litar boleh digambarkan dalam
bentuk lukisan skematik dan lukisan bergambar.

Yang berikut ialah contoh lukisan skematik dan lukisan bergambar
bagi sesuatu projek.
















Memilih Alatan, Bahan Dan Komponen
Setelah membaca dan mentejemah lukisan skimatik kepada lukisan
bergambar, kamu akan memilih alatan, bahan dan komponen
yang diperlukan untuk membuat projek. Pemilihan alatan, bahan
dan komponen yang sesuai memudahkan kita membuat
pemasangan litar elektronik. Sekarang mari kita mempelajari
beberapa komponen elektronik yang lain pula. Antara komponen
elektronik yang akan kamu pelajari ialah transistor dan kapasitor.











Kapasitor
Kapasitor digunakan dalam peralatan elektronik seperti radio,
televisyen dan perakam video. Kapasitor juga dikenali sebagai
pemuat dan berfungsi untuk menyimpan dan membuang cas
elektrik. Kapasitor mempunyai dua kaki dan terdapat dalam
pelbagai bentuk. Kapasitor yang bernilai besar akan menyimpan
lebih banyak cas elektrik dan akan mengambil masa yang lama
untuk mengecas. Unit ukuran kapasitor ialah farad (f). Terdapat dua
jenis kapasitor, iaitu kapasitor berkutub dan kapasitor tidak berkutub.



Kapasitor Berkutub
Kapasitor berkutub mempunyai dua kutub yang
berlainan, iaitu positif (+) dan kutub negative (-). Kaki yang
berhampiran dengan tanda (-) pada kapasitor ialah kutub
negative. Kaki kapasitor mesti disambung dengan betul mengikut
kekutubannya pada litar. Kapasitor berkutub dikenali juga sebagai
kapasitor elektrolik.







Kapasitor Tidak Berkutub
Kapasitor ini disambung tidak mengikut kekutubannya pada litar.




Transistor
Transistor digunakan dalam litar untuk meninggikan arus, voltan dan
kuasa serta berfungsi sebagai suis. Transistor mempunyai 3 kaki, iaitu:

Tapak atau base (b) Mengawal aliran arus
Pemungut atau
collector (c)
Menerima arus
Pemancar atau
emitter (e)
Mengeluarkan arus

Terdapat dua jenis transistor, iaitu transistor jenis NPN dan transistor
jenis PNP. Jenis transistor yang terdpat pada litar skematik boleh
dikenali pasti dengan melihat anak panah pada kaki pemancar (e).



Cara Membentuk Kaki Komponen Dan Bahan
Kaki komponen boleh dibentuk dengan menggunakan playar
muncung tirus. Kaki komponen tidak dibengkok terlalu rapat
dengan badannya untuk mengelakkan kerosakan. Berikut ialah
cara membengkokkan kaki komponen

Anda mungkin juga menyukai