Anda di halaman 1dari 7

TAMADUN JEPUN

Nama untuk negara Jepun atau Nihon (Nippon) dalam bahasa jepun
bermakna Tanah Matahari Terbit dan juga dikenali sebagai Yamato. Nihon, telah
diterima secara am sebagai nama untuk Jepun dan telah digunakan buat pertama
kalinya oleh cendiakawan-cendiakawan Korea yang telah ramai datang ke Jepun
pada awal abad ke 7. Istilah Nippon digunakan secara meluas semasa era Meiji
(1868-1912) dan Era Taisho (1912-1926). Namun selepas Perang Dunia Kedua,
istilah Nihon sebaliknya lebih banyak digunakan dan dirujukkan kepada Jepun.
Ketamadunan Jepun yang pesat membangun seringkali dijadikan contoh oleh
negara-negara membangun yang lain. Walaupun, Hiroshima dan Nagasaki telah
dihancurkan dengan bom atom Amerika Syarikat, mereka mampu bangkit dengan
masa yang singkat sehingga menjadi kuasa ekonomi yang unggul di Asia dan
terkuat dunia. Ini kerana rakyat dan kerajaan Jepun terhadap pihak barat adalah
bersifatkan buang yang keruh ambil yang jernih. Selain itu, tamadun Jepun juga
merupakan suatu tamadun yang diasaskan oleh prinsip-prinsip yang jelas dan
sistematik. Selepas krisis ekonomi Amerika Syarikat, banyak syarikat-syarikat dari
Negara Jepun hari ini merupakan peneraju ekonomi teknologi dan industri antaranya
syarikat Toyota yang merupakan pengeluar kereta penumpang terbesar dunia dan
segaligus mengalahkan General Motors dari Amerika dari segi aset dan jumlah
pengeluaran kenderaannya.
Banyak kesan daripada pengaruh tamadun Jepun terhadap dunia yang paling
ketara ialah dari segi pekerjaan. Mereka menekankan sistem pertanian moden dan
penggunaan peralatan moden, sistem batas, pemilihan tanah dan baja serta bijih
benih. Memperkenalkan teknik pengairan yang cekap, sistem penanaman dan
penuaian diperbaiki serta menggunakan kaedah menyimpan stok dalam gudang
seperti hasil padi. Selain itu, pembuatan barangan logam seperti alat pertanian ,
senjata dan menghasilkan seni tembikar yang unit merupakan kerja sampingan
mereka. Perlombongan dan pembuatan wang syiling dari logam turut diperkenalkan.
Perdagangannya mula berkembang dengan membina kapal-kapal serta alatan
perang yang diiktiraf dunia.


Terdapat beberapa nilai atau unsur utama dalam tamadun Jepun yang mana
banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat di dunia. Lima diantaranya ialah:
a. Mura Ishiki kesedaran sekampung
b. On atau giri-ninjo hutang budi dan membalas budi.
c. Budaya malu
e. Wa (kerukunan)
f. Menepati janji dan berdisiplin

Sikap masyarakat Jepun juga membantu menjayakan tamadun ini. Rakyat
Jepun bekerja dengan tekun, menghormati ketua, mempunyai keberanian
dan disiplin yang tinggi dan saling bekerjasama dalam usaha memajukan
syarikat. Selain dari itu, masyarakat Jepun juga tidak pernah melupakan
nilai-nilai tradisi walaupun negara mereka mengalami pemodenan pesat.
Perkara ini menyebabkan tamadun Jepun menjadi begitu unggul di mata
dunia walaupun Jepun pernah mengalami kekalahan teruk dalam Perang
Dunia Kedua

g. Cintakan ilmu

Budaya ilmu dalam masyarakat Jepun ialah mereka menjunjung tinggi dan
mempunyai sikap hormat kepada pelajaran dan mempunyai sikap ingin tahun yang
mendalam terhadap maklumat-makllumat. Budaya ini telahpun wujud sejak zaman
Meiji (1860-an -1880an). Ramai pelajar yang menghadiri sekolah swasta di Tokyo
kebanyakan datang dari luar Bandar. Pelajar yang miskin kebanyakannya ditaja oleh
biasiswa tuan tanak dan para hartawan. Demi untuk kepentingan pendidikan di
Jepun, mereka diberikan pendedahan tentang kisah-kisah kejayaan dari Timur dan
Barat. Pegangan yang dititik beratkan dalam buku Yukichi Fukuzuwa ada
menyatakan:
Manusia tidak dilahirkan mulia atau hina, kaya atau miskin, tetapi dilahirkan
sama dengan yang lain. Sesiapa yang gigih belajar dan menguasai ilmu dengan baik
akan menjadi mulia dan kaya, tetapi mereka yang jahil akan menjadi papa dan hina.
RELEVENSI NILAI TAMADUN JEPUN DALAM KONTEKS MASYARAKAT DI
MALAYSIA
Walaupun pada masa dahulu mengikut sejarahnya Malaysia pernah dijajah
oleh kuasa-kuasa besar terutamanya Jepun, nilai atau unsur dalam tamadunnya
masih releven untuk digunapakai di Malaysia khususnya. Ini kerana seperti yang kita
sedia maklum bahawa Jepun merupakan kuasa yang kuat di seluruh Asia dan juga
diperingkat antarabangsa dari segi ekonominya. Perkembangan pesat dalam
pelbagai bidang membawa perubahan dalam beberapa aspek. Perkembangan
teknologi dan maklumat mendedahkan masyarakat Jepun kepada dunia luar yang
mengakibatkan penerapan nilai-nilai dan unsur-unsur lain dalam peradapan
indigenusnya. Namun, masyarakat Jepun masih mengekalkan banyak aspek yang
menjadi tradisi dan identiti bangsa Jepun.
Agama yang menjadi pegangan hidup kepada masyarakat Jepun, walaupun
mengalami evolusi-evolusi tertentu, masih mengekalkan kebanyakkan nilai asalnya.
Agama Shinto merupakan agama kebangsaan yang melambangkan identiti bangsa
Jepun. Selain hal itu, agama lain seperti Buddhisme juga turut berasimilasi dengan
unsur asal Jepun dan seterusnya berkembang ke seluruh Jepun. Aspek agama
mengalami perubahan yang paling kecil jika dibandingkan dengan aspek-aspek lain.
Dari segi sosial pula, sesuatu yang menjadi warisan turun-temurun ialah bahasa dan
tulisan Jepun. Bangsa Jepun amat mementingkan bahasa kebangsaannya kerana
semangat nasionalismenya dan perpaduan bangsa yang tinggi. Hal ini jelas
kelihatan pada hasil keluaran barangan Jepun dan sistem pendidikan Jepun.

Walaupun struktur sosial Jepun mengalami perubahan yang ketara, terutama
penghapusan sistem feudal. Namun, kedudukan Maharaja Jepun masih dikekalkan
kerana beliau dianggap keturunan dewa. Sukan-sukan seperti judo, kendo dan
kyudo merupakan aspek yang tidak mengalami pembaharuan besar. Sehingga kini,
sukan-sukan ini masih dipraktikkan dengan giat dan melambangkan identiti bangsa
Jepun. Selain hal itu, perayaan-perayaan penting tidak kira kategori agama atau
sosial juga dikekalkan.

Aspek ekonomi mengalami perkembangan yang paling ketara, iaitu daripada negara
yang berlandaskan sumber semulajadi kepada perindustrian moden. Namun,
pertanian masih mempunyai kepentingannya dalam ekonomi Jepun. Selain
ekonomi, kebanyakkan unsur tradisi masyarakat Jepun masih dikekalkan.
Perubahan yang berlaku hanya sekadar menyesuaikan tradisi lama supaya setimpal
dengan perkembangan zaman. Evolusi ini seolah-olah mewarnakan tradisi dengan
unsur baru.
Oleh hal yang demikian, masyarakat Malaysia seharusnya mengambil nilai-nilai dan
unsur-unsur positif untuk dijadikan amalan hidup selagi unsur-unsur dan nilai-nilai
tersebut tidak melanggar garis panduan agama yang dianuti oleh masyarakat
Malaysia, jika Melayu agamanya tentulah Islam dan sebagainya. Diharapkan dengan
asimilasi budaya Jepun ini, cita-cita Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan demi
melakukan tranformasi ke arah sebuah negara Islam yang maju dan sebuah
peradaban ketamadunan Malaysia yang maju dan disanjung masyarakat sekeliling.
Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara
barat. Apa yang penting ialah kegigihan masyarakat Jepun membangunkan negara
dan ekonomi mereka perlu dijadikan contoh kepada negara Asia yang lain. Ini selari
dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran iaitu ...Allah tidak akan mengubah apa
yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka sendiri...
Signifikan Tamadun Jepun
Dengan Tamadun Malaysia
Masyarakat yang cintakan ilmu,
kecemerlangan berterusan,
berwawasan, peranan wanita, sifat
positif dan rajin, semangat ingin
tahu, sifat kesenian yang tinggi
Dalam usaha meralisasikan
Wawasan 2020 Malaysia, negara
jepun boleh dijadikan model
Malaysia dan Asia dalam aspek
pembangunan dan kecemerlangan
walaupun bukan keseluruhan. Jepun
juga dianggap pemimpin asia




Tamadun Jepun Moden berjaya mengekalkan keunggulannya sehingga
kini. Masyarakat Jepun memperlihatkan kebijaksanaan mereka dalam
menerima pengaruh tamadun asing dan kemudian menyesuaikannya
dengan keadaan negara Jepun. Pada mulanya, Jepun banyak menerima
pengaruh tamadun Cina. Kemudian, setelah menjalinkan hubungan dengan
Barat semasa pemerintahan Meiji, masyarakat Jepun mula mencontohi
Barat dalam politik, ekonomi, pendidikan dan ketenteraan. Seperkara lagi yang
sangat perlu diberi perhatian tentang
tamadun Jepun kini ialah kemajuan yang dicapainya dalam sistem
pengurusan yang dipanggil Kanzen. Di dalam sistem ini perkara yang
sangat unik dan baik dilakukan ialah melakukan kerja secara berkumpulan
dan menganggap semua pekerja sebagai sama penting. Dengan ini segala
keputusan dapat dibuat dengan saksama dan bijaksana di samping
memupuk semangat setiakawan dalam syarikat atau organisasi atau
jabatan.
Tamadun Jepun amat relevan dalam konteks pembangunan dan kemajuan
di Malaysia pada masa kini. Ini dapat dilihat melalui sistem pengurusan
QCC {Quality Control Circle) dan Kanzen (Total Management) Jepun dalam
pengurusan syarikat dan jabatan kerajaan amat penting. Lebih daripada itu
Malaysia sudah dan sedang mencontohi Jepun dengan Dasar Pandang ke
Timumya.
KESAN DAN PENGARUH TAMADUN JEPUN
Pekerjaan
- - Menekankan sistem pertanian moden- penggunaan peralatan moden, sistem batas,
pemilihan tanah dan baja serta bijih benih
- - Menyimpan stok dalam gudang spt hasil padi
- - Memperkenalkan teknik pengairan yg cekap, sistem penanaman dan penuaian yg
diperbaiki
- - Seni tembikar dan pembuatan barangan logam spt alat pertanian, senjata kerja
sampingan
- - Perlombongan dan pembuatan wang syiling dari logam turut diperkenalkan. Kegiatan
perdagangan mulai berkembang; membina kapal, alatan perang,
- - Barang-barang keluaran industri diiktiraf di dunia
Pendidikan
Zaman Meiji :
- agenda utama negara menandingi kemajuan barat
- Beratus penuntut dihantar keluar negara menimba ilmu dlm pelbagai bidang sains,
pentadbiaran dan teknologi
- 1871 Kementerian Pelajaran ditubuhkan dan negara itu dibahagi kpd 8 wilayah
pelajaran. Di setiap wilayah wujud sebuah universiti,32 sek men.dan 210 sek rendah
- Pada tahun 1886 Mori Arinori ( menteri pelajaran 1885 -89) telah memulakan sistem
pelajaran sekolah rendah selama lapan tahun, sekolah menengah menawarkan
kursus selama empat tahun.
- Pada tahun 1980 perintah Diraja mengenai pelajaran yang menghuraikan mengenai
kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja harus diterapkan di dalam
kurikulum sekolah dan intitusi pengajian tinggi di Jepun..
- Walaupun Jepun dah bergelar negara membagun ,namun Jepun tetap memberi
penekanan dan tumpuan dalam bidang pendidikan.
- Pendidikan moden wujud di Jepun selepas Pembaharuan Meiji dan tradisi pendidikan
wajib serta pendidikan tinggi dibentuk dalam tahun tahun seterusnya.
- Sistem ini telah diubah selepas Perang Dunia Kedua iaitu mengikut sistem yang
berasaskan sistem Amerika Syarikat.
- Keluarga Jepun yang mempunyai anak membelanjakan bahagian yang sangat besar
daripada belanjawan isi rumah mereka untuk pendidikan seperti ini.
- Untuk memasuki sekolah tinggi yang bagus, seseorang itu perlu lulus daripada
sekolah menengah rendah yang baik dan dengan ini persaingan dalam sistem
pendidikan wujud terus sejak dari tadika lagi.
Kesenian Tradisi Masyarakat Jepun
- Seni Tulis :- struktur bahasa Jepun agak serupa dengan bahasa Korea, bahasa
Mongolia dan bahasa Turki tetapi tiada hubungan yang rapat.
- Terdapat perkataan yang sama dalam bahasa Cina , bahasa Korea dan bahasa Jepun
dan ini berkaitan dengan pengaruh bahasa Cina.
- Seni Lukis Tradisional :- seni lukis Jepun dipengaruhi oleh kesusasteraan Cina dan
unsur unsur agama.
- Seni Susunan Bunga :- susunan bunga bungaan Jepun iaitu Ikebana merupakan
susunan yang yang berlandaskan konsep harmoni dan susunan linear, warna.
- Seni Bina Rumah :- seni pembinaan rumah Jepun bermula pada zaman Jormon
- Seni Bina Kuil :- merupakan seni bina paling tua dan masih dikekalkan
Struktur Sosial Masyarakat Jepun

Anda mungkin juga menyukai