Anda di halaman 1dari 27

Amalan Gaya hidup Sihat

Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.


.
..........Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.
Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh
ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya
untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang
begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu
dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk
mencapai matlamat ini.
.
..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk
pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan
sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti
mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak
kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan
berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium
glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti
sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca
kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk
seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan.
Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang
ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi
pemakanan yang seimbang.
.
..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang
dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan
aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau
bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui
oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih
baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar
bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding
dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan
maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas
datangnya daripada badan yang cergas.
.
..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa
bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas
seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang
cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan
kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan
diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum
makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun
memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap
sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah.
Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup
yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan,
masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran
yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada
sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-
royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan
sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih.
Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit
seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di
dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air
mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai
akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk
kehidupan yang sihat.
.
..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang
itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan
orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu
yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan
menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi
manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan
komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik
yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan
menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu
dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh
seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran
yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut
yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden
yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif
daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup,
mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun
rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh
menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah
atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda
seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya
kelak.
.
..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua
amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya
masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia
sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya
hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak.
Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada
mengubatinya.
























Contoh Karangan SPM- Amalan Gaya Hidup Sihat
Karangan yang ditulis/ditaip oleh aku sendiri. Tujuannya adalah untuk dikongsi
untuk semua pelajar tak kira yang bakal menghadapi PMR ataupun SPM. Hehe :)

Apakah maksud 'Amalan Gaya Hidup Sihat'? Frasa tersebut boleh ditakrifkan sebagai
cara hidup yang mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit yang akan
membawa maut pada masa akan datang. Menurut kajian pakar-pakar dietetik Malaysia,
jumlah rakyat Malaysia yang mengalami obesiti semakin meningkat bak cendawan
tumbuh selepas hujan. Kandungan kolesterol dan tekanan darah individu yang mengalami
obesiti dan perokok tegar pula dua kali lebih tinggi berbanding orang kebanyakan. Oleh
itu, pendekatan secara drastik perlu diambil bagi membendung masalah kesihatan di
negara ini daripada semakin berleluasa.

Langkah yang perlu diambil bagi merealisasikan gaya hidup sihat adalah dengan
menghindarkan diri daripada gejala-gejala tidak sihat seperti merokok dan
penyalahgunaan dadah. Kajian dari Universiti Cambridge telah membuktikan bahawa
perokok menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung berbanding mereka yang
tidak merokok. Penyalahgunaan dadah pula perlu dicegah kerana perbuatan terkutuk itu
akan membawa kepada penyakit-penyakit seperti HIV dan AIDS. Oleh itu, kita perlu
bijak dalam membuat keputusan agar tidak terjebak dalam gejala-gejala negatif yang
bukan sahaja meragut wang ringgit, bahkan meragut nyawa seseorang.

Amalan gaya hidup sihat lain yang perlu diikuti adalah dengan mengamalkan
pemakanan yang seimbang. Pemilihan makanan yang menepati nisbah piramid makanan
perlu dititiberatkan agar tubuh badan mendapat nutrisi yang mencukupi selain terhindar
daripada penyakit. Kita juga seharusnya perlu mengurangkan pengambilan makanan
segera kerana makanan tersebut biasanya mempunyai kandungan lemak dan kolesterol
yang tinggi. Sebaliknya, pengambilan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan
buah-buahan perlu diperbanyak agar mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.

Di samping itu, aktiviti senaman juga perlu dijadikan keutamaan bagi seseorang
individu. Hal ini demikian kerana apabila kita bersenam,tubuh badan kita akan membakar
lemak, membuang toksin dan melancarkan pengaliran darah. Hal ini penting terutamanya
bagi pelajar kerana apabila pengaliran darah menjadi lancar, otak akan lebih mudah
menyerap pembelajaran. Jadi, seseorang perlulah bersenam sekurang-kurangnya setengah
jam sehari bagi meningkatkan kecergasan tubuh da kecerdasan minda.

Selain itu, kita perlu mengelakkan diri daripada mengunjungi pusat-pusat hiburan
seperti kelab malam dan sarang pelacuran. Hal ini demikian kerana tempat-tempat
sebegini akan menjerumus seseorang ke kancah pengambilan alkohol dan dadah selain
hubungan seks rambang. Perbuatan sebegini juga akan menyebabkan seseorang individu
mendapat penyakit HIV dan AIDS. Sebaiknya, kita boleh mendapat hiburan dengan
berekreasi di taman atau melancong bersama keluarga bagi mengurangkan stres. Apabila
kita mengawal tingkah laku dan perbuatan kita dalam kehidupan seharian, nescaya kita
tidak akan terjebak dengan penyakit-penyakit yang berbahaya.

Intihanya, banyak inisiatif yang dapat diambil oleh seseorang individu dalam
mengamalkan gaya hidup sihat. Kita juga perlu menjaga kesihatan kita dengan sebaik-
baiknya kerana jika nasi sudah menjadi bubur, tidak banyak yang dapat dilakukan dalam
menyelamatkan tubuh badan yang rapuh dirobek penyakit. Oleh itu, kita perlulah
bertindak bijak dalam menentukan kesihatan kita kerana mencegah adalah lebih baik
daripada mengubati.






















Amalan Pemakanan Seimbang Bersukan dan Beriadah Pemeriksaan
Kesihatan


Badan cergas, otak cerdas. Aforisme tersebut dengan jelas
menggambarkan kepentingan amalan gaya hidup sihat kepada manusia.
Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas
dan bertenaga. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan.
Mengikut kajian yang dilakukan seseorang itu akan dapat mengekalkan
kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui amalan hidup
yang sihat. . Amalan ini akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras
dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.
Terdapat pelbagai amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh
setiap individu. Lantaran itu, persoalan yang perlu dirungkaikan apakah amalan-
amalannya?
Salah satu amalan signifikan yang perlu diamalkan ialah amalan
pemakanan seimbang. Tak tumbuh tak melata! Hal ini disebabkan tubuh orang
yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan
vitamin yang diperlukan. Sebagai uswahnya, seseorang itu perlu banyak
mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang
tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari,
tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah
penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Sudah terang lagikan bersuluh,
kehidupan yang bahagia tanpa penyakit dapat dicapai melalui amalan
pemakanan yang sihat dan simbang.
Sementelahan, amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan
bersukan atau beriadah. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan dan riadah yang
dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan
perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Biar kita ambil contoh
yang dekat dengan kita, seseorang itu boleh bersukan seperti bermain
badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang pada
waktu lapang demi memperoleh kehidupan yang sihat. . Jika badan seseorang
itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana
minda yang cerdas datangnya daripada fizikal yang cergas. Selain itu, badan
yang cergas dan sihat kan menjadikan seseorang itu lebih aktif ketika melakukan
sesuatu aktiviti. Aktiviti yang dianggap serampang dua mata ini perlu dijadikan
amalan hidup kita seharian. Jelaslah bahawa bersukan dan
beriadah mendatangkan banyak maslahat kepada fizikal dan minda kita.
Amalan terakhir yang tidak dapat diketepikan sama sekali ialah seseorang
itu perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Mengapakah amalan
ini perlu diraktikkan? Hal ini kerana amalan tersebut akan memastikan anggota
dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas
berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya, contohnya
penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat
dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan
cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini
demikian kerana alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit
lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah. Justifikasinya, masa
dan wang ringgit dapat dijimatkan melalui amalan tersebut.
Secara tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seyogianya perlu dijadikan
budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Dengan itu, semua pihak termasuk
Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk
merealisasikan kehidupan yang sejahtera. Sekiranya langkah tersebut tidak
diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas
tidak akan menjadi realiti. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang cergas
dan cerdas tidak akan menjadi fatamorgana jika semua pihak saling berpegang
pada prinsip yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kalau bukan
kita siapa lagi!




Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat.
Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya
dipraktikkan oleh setiap individu. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga
250 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
- kepentingan amalan gaya hidup sihat

Isi-isi
- amalan pemakanan seimbang
- bersukan dan beriadah
- Pemeriksaan kesihatan

Penutup
- amalan tersebut perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat
Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan
mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh
itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu,
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung
sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya
badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan
melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk
meningkatkan produktiviti negara.

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang
seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan
mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu
banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta
mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi.
Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah
tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada
mengubatinya.

Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti
sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan
melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh
bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau
berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya
juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.

Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini
akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah
pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya
seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan
lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah
pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat
perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah
terhantuk baru nak tengadah.

Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya
untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil
langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah
tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan
cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat
dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat
sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.



















EMPEN GAYA HIDUP SIHAT
Kempen gaya hidup sihat telah lama dilaksanakan oleh
kerajaan dan kementerian kesihatan malaysia. Namun
demikian masih ramai lagi di antara rakyat malaysia yang
mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Rakyat di
negara kita terdedah denagn pelbagai masalah kesihatan
seperti masalah obesiti, diabetes, darah tinggi , strok dan
lain-lain. Penyakit ini akan menyerang mereka yang
kureang peka denagn amalan gaya hidup sihat.. Jika kita
lihat senario pada hari ini, banyak berita tentang obesiti
kanak-kanak, diabetes kanak-kanak mahupun dewasa dan
sebagainya terpampamg di dada-dada akhbar. Mengapa hal
ini berlaku? Ramai ibu bapa yang kurang prihatin tentang
amalan gaya hidup sihat, mereka membiarkan anak-anak
mereka dan mungkin diri mereka sendiri makan tanpa
kawalan dan mengikut kehendak anak-anak. Hal ini akan
menyebabkan seseorang itu boleh menghidap penyakit
berbahaya seperti diabetes, penyakit jantung dan
sebagainya. Oleh itu, terdapat pelbagai cara untuk
melaksanakan kempen gaya hidup sihat.

Riadah setiap hari merupakan salah satu cara gaya hidup
sihat. Hal ini demikian kerana, badan sihat otak cergas. Jika
kita melakukan riadah, badan kita akan mengeluarkan
peluh ynag mengandungi toksik yang merupakan mracun
dalam badan kita.kurang senaman dalam kehidupan
seharian kita akan menyebabkan kita berasa lesu dan tidak
bermaya, malah otak kita tidak mampu untuk berfikir
dengan kreatif dan kritis. Riadah tidak semestinya kita
perlu ke taman atau ke pusat gimnasium, kita juga boleh
beriadah di rumah . Bagi golongan ibu yang tdak bekerja
boleh melakukan riadah ketika melakukan kerja-kerja
rumah kerana iadah merupakan latihan yang melibatkan
gerak badan. Bagi golonan yang bekerja, mereka mungkin
tiada masa untuk beriadah atau bersenam, jadi mereka
boleh mencari alternatif lain untuk beriadah di tempat kerja.
Contohnya, seperti menggunakan tangga untuk naik dan
turun. Aktiviti ini dapat menguatkan jantung kita.oleh itu,
riadah amat penting dalam kehidupan seharian kita.

Seterusnya, kita mesti mengamalkan makanan seimbang
untuk menjaga kesihatan diri. Pemakanan yang seimbang
amat penting bagi mengekalkan gaya hidup sihat. Hal ini
demikian kerana, jika kita makan makanan ynag tidak
seimbang, kita boleh menghidap pelbagai jenis penyakit
seperti sembelit, penyakit jantung, diabetes, kadar
kolesterol tinggi ynag boleh menyebabkan strok, obesiti
dan sebagainya. Makanan seimbang bereti makanan yang
mempnyai semua keperluan untuk badan mengikut kadar
tertentu. Kadar pengambilan makanan juga mesti di ambil
kira kerana setiap peringkat umur memerlukan kadar
makanan yang berbeza. Ibu bapa perlu memastikan anak-
anak mereka mengambil makanan yang seimbang sejak
kecil lagi. Ibu bapa juga perlu mengurangkan tabiat anak-
anak ynag suka makan makanan segera seperti kfc, mc
donalds dan sebagainya. Makanan segera seperti ini
mempunyai banyak kandungan lemak dan bahan kimia
yang boleh merosakkan tubuh kita. Ibu sebagai suri rumah
juga digalakkan memasak untuk keluarga bagi
memeastikan pengambilan makanan seimbang. Jadi,
makanan seimbang merupakan elemen penting dalam
kempen gaya hidup sihat.

Selain itu, kita perlu mengelakkan amalan merokok dan
minuman keras. Hal ini demikian kerana, rokok merupakan
pembunuh secara senyap dan menyebabkan pelbagai
masalah kesihatan seperti, kanser mulut, kanser paru-paru,
kerosakan hati dan sebagainya. Masalah kesihatan ini juga
mungkin dihidapi oleh seseorang terhidu bau asap rokok.
Bak kata pepatah, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji,
pecah semua. Jika lihat anak- anak muda kini sering
terlibat dengan gejala merokok tanpa mengira usia. Mereka
rela menahan lapar untuk menyimpan duit yang dibekalkan
oleh ibu bapa untuk membeli sebatang rokok. Tindakan
mereka tidak wajar kerana telah menggunakan kebaikan
ibu bapa untuk membeli benda yang terlarang bagi mereka.
Arak atau minnuman keras dilarang sama sekali dalam
agama islam. Arak dikatakan dapat menjejaskan kewarasan
akal dan kesihatan tubuh badan. Arak juga dikatakan ibu
segala kejahatan kerana apabila kita telah mengambil arak
fikiran kita tidak berfikir dengan betul dan kita lebih
mengikut perasaan dan nafsu sendiri. Banyak kes
kemalangan ynag berlaku disebabkan oleh pemandu
dibawah pengaruh alkohol. Oleh itu, kita perlu menjauhi
amalan merokok dan minuman keras.

Tuntasnya,usaha semua pihak amat diperlukan dalam
memastikan kempen gaya hidup sihat ini dapat dijalankan
dengan efisien supaya masyarakat malaysia sentiasa berada
dalam keadaan sihat. Kita perlu melakukan riadah yang
merupakan terapi untuk tekanan kerja dan otak. Kita perlu
ingat bahawa untuk bekerja kita memerlukan tubuh badan
dan fikiran yang cerdas. Pemakanan seimbang membantu
kita untuk kekal bertenaga dan mampu bekerja untuk
mencari rezeki. Amalan merokok perlu dijauhi bagi
memastikan kesejahteraan hidup. Mereka yang merokok
sebenarnya sedang membahayakan nyawa anak-anak dan
isteri mereka tanpa mereka sedari. Mereka harus ingat
bahawa, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Tabiat mereka mungkin akan diikuti oleh anak-anak
mereka kelak. Anak anak mereka merupakan aest negara
dan perlu dipelihara. Kempen ini tidak akan berjaya tanpa
pengorbanan kerana tiada kejayaan semanis madu jika tiada
pengorbanan sepahit hempedu.

















Contoh Karangan Rangsangan : Amalan Gaya Hidup Sihat
Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa
impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh
kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami
sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula.
Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat
menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan
yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu diet pemakanan yang
seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, ramai yang suka
mengambil satu jenis makanan sahaja seperti hanya memakan daging tanpa mengambil
sayur dalam diet mereka. Ketiadaan diet yang seimbanglah atau hanya menumpukan
pemakanan mereka terhadap satu aspek sahaja yang menyukarkan seseorang untuk
mencapai matlamat gaya hidup yang baik ini. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan
kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria kerana semua zat yang diperlukan oleh
badan diperoleh menerusi pemakanan yang baik itu di samping menjauhi obesiti dan
penyakit kronik.
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang
dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti
berjalan atau berlari bersendirian atau melakukan aktiviti bersukan bersama-sama
keluarga atau ketika hujung minggu untuk mendapatkan senaman sebegini. Aktiviti
senaman sudah lama diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran
darah manusia lebih stabil dan baik. Ekorannya, senaman turut menjadikan sistem
imunisasi mereka lebih tinggi. Sebagai impaknya, semakin kerap senaman dilakukan,
semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya
daripada badan yang cergas.









Amalan Gaya Hidup Sihat
Dalam era yang menongkah arus pemodenan ini sering kali kita dikejutkan dengan berita
yang menyedihkan yakni berita yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Sebagai
tamsilan, penyakit diabetes, sakit jantung, kanser dan sebagainya. Oleh itu, kita mestilah
mengetahui cara-cara menjalani kehidupan yang sihat agar diri kita terhindar daripada
masalah kesihatan tersebut supaya nasi tidak menjadi bubur.

Pertama sekali, kita perlu mengamalkan aktiviti bersenam dan bersukan sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu. Contohnya berjoging, bermain bola sepak dan
seumpamanya. Hal ini penting untuk menjamin badan kita sentiasa sihat dan cergas
sepanjang masa. Sekiranya aktiviti seumpama ini tidak diamalkan, badan kita akan
mudah dijangkiti penyakit berbahaya. Fungsi otak untuk memproses maklumat akan
terganggu dan gagal menyimpannya di kotak ingatan dengan sempurna. Justeru aktiviti
kecergasan memberi banyak faedah kepada kita bertepatan dengan slogan "badan sihat,
otak cerdas".

Di samping itu, pengambilan makanan seimbang perlu kita amalkan agar berat
badan kita sentiasa ideal dan risiko dihinggapi penyakit akan berkurangan. Misalnya,
kita perlulah melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu
harian. Seandainya jumlah kalori dalam badan tidak seimbang masalah kesihatan akan
berlaku seperti masalah obesiti akibat pengambilan lemak yang berlebihan. Oleh itu,
setiap individu perlulah peka terhadap pemakanan mereka setiap hari agar tidak menyesal
pada kemudian hari kerana "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".

Seterusnya, pemeriksaan kesihatan perlu juga dilakukan sebagai amalan gaya hidup
sihat. Setiap individu harus menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya dua kali setahun
bagi mengetahui tahap kesihatan pada satu-satu masa. Contohnya, pemeriksaan kadar
denyutan jantung, tekanan darah dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, kita akan
dapat mengesan penyakit yang kita hidapi dengan lebih awal. Dengan itu, kita tidak akan
bersusah payah mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli ubat-ubatan kerana
"mencegah lebih baik daripada mengubati".

Selain itu, pengamal gaya hidup sihat juga amat mementingkan tidur dan rehat
yang secukupnya. Perkara ini sangat penting kerana kita akan kembali bertenaga untuk
melaksanakan tugasan harian dengan sempurna. Tidur yang mencukupi bagi seseorang
ialah selama lapan jam sehari. Sekiranya seseorang itu tidak mendapatkan tidur yang
mencukupi akan menyebabkan produktiviti mereka menurun malah proses biologi dalam
badan turut terganggu. Pendek kata, tidur dan rehat yang cukup menjamin kehidupan
yang sihat sejahtera.

Konklusinya, individu yang prihatin terhadap kesihatan mereka akan sentiasa
mengamalkan gaya hidup sihat. Amalan ini perlu dibudayakan dalam kalangan
masyarakat Malaysia agar generasi hari ini sentiasa bertenaga untuk menyumbang kepada
pembangunan negara.

CONTOH KARANGAN SUMBER Cikgu Anelyza SPM
1. CARA-CARA MENINGKATKAN KUALITI HIDUP
- Peningkatan kualiti hidup rakyat merupakan antara ciri sesebuah negara yang menuju ke
arah
kemodenan dan kemajuan yang mapan. Hal ini disebabkan kemodenan dan kemajuan
sesebuah negara
tidak bererti sekiranya kualiti hidup rakyat masih ketinggalan zaman.
- Kualiti hidup biasanya dikaitkan dengan penyediaan infrastruktur sosial dan fizikal oleh
pihak pentadbir
di sesuatu kawasan. Walau bagaimanapun, persekitaran yang baik tidak membawa maksud
kualiti hidup
juga baik kerana hal ini juga turut berkait dengan penerimaan atau penolakan dan tindak
balas penduduk
terhadap persekitaran yang disediakan.
- Semua pihak termasuk individu, keluarga, masyarakat, dan kerajaan perlu bersinergi dan
memainkan
peranan secara bersepadu bagi meningkatkan kualiti hidup di negara ini dan seterusnya
mencapai aspirasi
negara ke arah Wawasan 2020.

Isi-isi penting:

1. Membina keluarga bahagia
- Setiap individu dalam keluarga perlu memainkan peranan masing-masing untuk
mewujudkan kehidupan keluarga yang harmoni, saling bertoleransi, dan saling
menghormati.
- Ibu bapa berperanan untuk menyediakan sumber kewangan yang mencukupi bagi
memenuhi keperluan anak-anak dan keluarga mereka secara umumnya. Ibu bapa perlu
mempunyai pegangan hidup dan sebaik-baiknya bertunjangkan didikan moral dan ajaran
agama kerana mereka turut berperanan untuk menanamkan asas-asas didikan moral dan
ajaran agama ini dalam diri anak-anak.
- Datuk dan nenek pula menguatkan asas binaan keluarga bahagia lagi dengan mendidik
cucu cicit mereka agar menghormati ibu bapa, adik beradik, orang tua dan sesiapa sahaja
sebagai suatu cara hidup berkomuniti.
- Setiap aktiviti juga dilakukan bersama dengan keluarga seperti makan bersama-sama,
melakukan aktiviti riadah bersama-sama dan sebagainya. Dengan ini, keluarga yang
bahagia dapat dilahirkan.
- Keluarga bahagia sememangnya melambangkan kualiti hidup masyarakat yang baik
kerana individu daripada keluarga bahagia biasanya akan dapat mengelakkan diri
daripada terjebak dalam kancah negatif selesaikan masalah melalui perbincangan
keluarga dan sebagainya.
2. Menambahkan ilmu pengetahuan
- Penguasaan ilmu pengetahuan melambangkan kualiti hidup yang baik. Setiap individu
perlu mengejar dan menambah ilmu setinggi yang boleh supaya tidak menjadi seperti
katak di bawah tempurung.
- Hadis bermaksud Carilah ilmu hingga ke negara China menunjukkan bahawa ilmu
ada di mana-mana dan tuntutlah ilmu setinggi yang boleh. Ilmu yang dituntut pula tidak
terhad kepada cabang ilmu sains dan teknologi sahaja malah dalam pelbagai bidang ilmu
supaya insan berilmu yang terhasil merupakan insan yang kamil dan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
- Individu yang berilmu akan membentuk masyarakat yang berfikiran rasional, berinovasi,
dan berdaya saing setanding dengan masyarakat berilmu di negara-negara maju. Individu
yang berilmu dapat mengangkat martabat diri, keluarga, dan meningkatkan taraf hidup
supaya keluar daripada kepompong kemiskinan apabila mendapat pekerjaan yang baik
ataupun menjadi usahawan yang berjaya. Malah, Malaysia akan mempunyai aset modal
insan bagi mentransformasikan negara ini bagi mencapai taraf negara maju menjelang
tahun 2020 dan masyarakat yang dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan bersatu
padu selaras dengan aspirasi konsep 1 Malaysia. Jadi, jelaslah bahawa kualiti hidup dapat
ditingkatkan melalui penguasaan ilmu.

3. Menjana pertumbuhan ekonomi negara
- Pertumbuhan ekonomi negara turut melambangkan peningkatan kualiti hidup.
Individu dan masyarakat termasuk golongan wanita perlu aktif dalam memberikan
sumbangan bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini bertujuan supaya setiap
tenaga kerja yang masih aktif di negara ini dapat digembleng dalam setiap sektor
ekonomi sama ada dalam bidang pertanian, perindustrian, pelancongan, pengangkutan,
dan banyak lagi.
- Pihak kerajaan pula memainkan peranan penting dengan menyediakan pelbagai dasar
seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Industri Kecil dan
Sederhana, dan Pelan Transformasi Ekonomi Negara bagi menarik pelaburan dari dalam
dan luar negara untuk menanam modal dan menyediakan ruang niaga yang kukuh bagi
masyarakat Malaysia sendiri.
- Hal ini jelas menunjukkan bahawa pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktif
dalam pembangunan negara bagi menjamin kesuburan pertumbuhan ekonomi. Seterusnya,
kualiti hidup rakyat dapat ditingkatkan kerana pihak kerajaan akan mempunyai dana yang
kukuh untuk menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur kepada rakyat semula.



4. Penggunaan sistem pengangkutan mesra alam
- Alam sekitar yang bersih mencerminkan kualiti hidup yang sihat. Oleh itu, kebersihan
dan kecantikan alam sekitar perlu dijaga. Oleh itu, penggunaan sistem pengangkutan
yang mesra alam adalah perlu untuk mengurangkan pencemaran di negara ini. Hal ini
demikian kerana asap daripada cerobong alat-alat pengangkutan yang ketinggalan zaman
merupakan antara faktor utama pencemaran alam terutama di bandar-bandar besar seperti
Kuala Lumpur, Shah Alam, George Town, dan Johor Bahru.
- Setakat ini, tidak banyak sistem pengangkutan yang mesra alam digunakan di Malaysia
cuma KLIA Ekspres dan penggunaan minyak NGV perlu diperluas kepada penggunaan
enjin kenderaan elektrik seperti di negara China.
- Alam sekitar yang bersih akan mengurangkan risiko penyakit kualiti hidup meningkat.

Penutup:
- Terdapat banyak cara yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian kita.
- Pelbagai pihak perlu bekerjasama untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di negara
ini.
- Aspirasi negara dapat direalisasikan dengan mudah dan tidak menjadi seperti angan-
anganMatJenin























2. AMALAN RUMAH TERBUKA
(TEMA) Rumah terbuka atau open house sudah menjadi lumrah pada sambutan
perayaan di negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Natal dan juga Hari
Raya Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga
seluruh lapisan dan pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang
menjadi amat sinonim dalam kehidupan mereka. (ISU) Kerajaan Malaysia pada tahun
2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum atau agama dianggap sebagai
perayaan utama negara yang diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan
pusat dan kerajaan negeri. (ARAHAN) Menyedari kesungguhan kerajaan untuk
menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional, persoalan yang sering berlegar-
legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan amalan rumah terbuka?
(ISI 1) Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan
kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota
masyarakat di negara kita. (MENGAPA) Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat
memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka
memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang
harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan
ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat,
perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada
pembangkang atau kerajaan. (BAGAIMANA) Jadi, setiap kaum seperti Melayu, India,
Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa
sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi. (KESAN) Sehubungan dengan
itu, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan yang lebih
harmoni. (PENEGAS) Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan
melalui amalan rumah terbuka.
(ISI 2) Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat
serta pemimpin sendiri, amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum
memahami budaya kaum-kaum lain. (MENGAPA) Mereka hanya akan merayakan
perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga
agama. Amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain,
memahami antara satu sama lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang
rakan-rakan mereka sendiri. (BAGAIMANA) Sebagai contoh, orang-orang India, Cina,
Iban, Kadazan dan sebagainya merayakan sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan
orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. (KESAN) Hal ini dapat membantu mereka
mempelajari budaya dan adat kaum lain serta budaya yang sihat juga dapat diwujudkan
dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung
semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. (PENEGAS)
Pendek kata, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini.

(ISI 3) Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri, penganjuran rumah-
rumah terbuka juga merupakan persembahan kepada pelancong asing yang datang
melancong di negara kita. (MENGAPA) Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk
melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga dapat mengalami dan
memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa
menyambut perayaan kaum masing-masing. (BAGAIMANA) Kerajaan melalui
Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan
negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia semasa Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari Gawai, Deepavali dan Krismas.
(KESAN) Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-perayaan yang terdapat di
Malaysia akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka
sekembalinya mereka ke negara asal mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri
pelancongan negara. (PENEGAS) Izharlah bahawa konsep rumah terbuka dapat
memberikan persembahan yang harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup di bawah payung keharmonian.

(ISI) Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam
hubungan kekeluargaan. (MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya
amalan rumah terbuka ialah amalan ini merupakan medan pertemuan yang paling sesuai
untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini
amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan
padu, bukannya semakin layu dan pudar. Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan
silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang
kepada generasi akan datang yang semakin tidak mengenali sanak-saudara mereka.
(BAGAIMANA) Semasa menghadiri rumah terbuka, mereka akan beramah mesra dan
dapat melepaskan kerinduan di samping mendapat perkembangan terkini antara satu
sama lain. Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam
pertemuan ahli keluarga ini. (PENEGAS) Ringkasnya, hubungan kekeluargaan dapat
diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka dibudayakan.
(PENUTUP) Bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka lebih banyak
membawa kebaikan kepada negara dan masyarakat. (CADANGAN) Oleh itu, konsep
rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini
tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan ini akan mendatangkan keburukan atau
sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah
sudah siap baru pahat berbunyi apabila menganjurkan rumah terbuka. (HARAPAN)
Jika amalan murni ini dibudayakan sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan
Satu Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Walaupun
negara kita merupakan satu titik kecil di dalam peta dunia namun usaha kerajaan untuk
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan kepada mata
dunia.
3. CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN
(TEMA) Dalam meniti arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan
merupakan pelapis dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara kerana ahli
pujangga pernah berkata bahawa generasi berwawasan sebagai pemangkin
pembangunan negara. Generasi berwawasan dapat ditafsirkan sebagai golongan muda
yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju selaras dengan
saranan yang terkandung dalam Wawasan 2020. (ISU) Dewasa ini, isu generasi
berwawasan telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kita. Isu generasi
berwawasan menjadi amat penting untuk diberikan perhatian dan tumpuan yang
sewajarnya kerana mereka merupakan nadi negara. Oleh itu, usaha untuk melahirkan
remaja yang berwawasan semakin diberikan keutamaan. (ARAHAN) Persoalannya,
apakah ciri-ciri seseorang remaja yang dikategorikan mempunyai wawasan?
(ISI 1) Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang
maslahat untuk menelurkan remaja yang berwawasan. (MENGAPA) Intelek merupakan
faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Remaja yang
mempunyai ilmu pengetahuan yang mencakupi semua bidang dapat membuat penilaian
dan keputusan yang bijak dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan onak dan
duri ini. (BAGAIMANA) Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba
ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya
ilmu sains dan matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku , melayari
lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. (KESAN) Ketekunan dan
inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi
gelaran katak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang
cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan
segala impian mereka. Oleh itu remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang
mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme.
Ingatlah peribahasa, Ikut hati mati, ikut rasa binasa. (PENEGAS) Tegasnya, remaja
yang berwawasan sentiasa memastikan dirinya tidak jemu menimba ilmu untuk memiliki
mentaliti kelas pertama.
(ISI) Selain itu, remaja yang berwawasan juga perlu sentiasa dinamik dan
progresif dalam menjalankan sesuatu tugas. Dinamik dapat diertikan sebagai perubahan
yang lebih baik daripada sebelumnya. (MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana
negara yang pesat membangun seperti Malaysia memerlukan generasi yang memiliki ciri-
ciri ini untuk mencapai kemajuan dalam setiap aspek. (BAGAIMANA) Individu yang
dinamik tidak memiliki ciri-ciri negatif seperti berputus asa sebaliknya bersemangat
tinggi. Dalam mengejar kejayaan, individu yang berwawasan seharusnya gigih
menghadapi cabaran tanpa berputus asa kerana tiada kejayaan yang datang bergolek bak
kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
(KESAN) Ekoran daripada itu, remaja yang dinamik dan progresif sudah pasti dapat
mencapai cita-cita yang diimpikan. (PENEGAS) Pendek kata, remaja yang berwawasan
sudah pasti akan memastikan dirinya berubah untuk memajukan diri dan negaranya.
(ISI) Dalam nada yang sama, remaja yang berwawasan perlu berkreatif dan
berinovatif untuk memacu kegemilangan negara. (MENGAPA) Hal ini terjadi demikian
kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru
dapat mengecap kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba akan menikmati buah kejayaan
yang manis. (BAGAIMANA) Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya
berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa
harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak
mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan mat
jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. (KESAN) Dalam
konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan,
kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika
berkhayal di awang-awangan, pastikan kita mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas
kelak. (PENEGAS) Sesungguhnya, pemikiran yang kreatif dan inovatif merupakan ciri
remaja yang berwawasan.
(ISI) Jika kita telusuri dari dimensi yang berbeza, remaja yang berwawasan
seharusnya cinta akan negara. (MENGAPA) Remaja yang berjiwa patriotik ini akan
menjadi bakal pemimpin yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara. Sebagai
bakal pemimpin negara sudah pasti mereka perlu sentiasa berusaha untuk memelihara
imej negaranya daripada tercemar dan menjadi bahan cemuhan masyarakat luar.
(BAGAIMANA) Oleh itu, mereka haruslah menghormati lagu kebangsaan negara iaitu
lagu Negaraku dan mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.
Mereka tidak akan sekali-kali menjadi pengkhianat negara dan tidak akan melibatkan diri
dalam gejala sosial yang akan mencemarkan imej negara. (KESAN) Jiwa patriotik
remaja yang menebal ini akan menjamin keharmonian negara dan sekali gus berupaya
menjaga maruah negara di pentas global. (PENEGAS) Ringkasnya, remaja yang
berwawasan sentiasa bersemangat patriotik untuk mengekalkan keharmonian dan
kedaulatan nusa tercintanya.
(PENUTUP) Sebagai intihanya, terdapat banyak ciri yang memaparkan
seseorang remaja itu mempunyai wawasan yang tinggi. Remaja sebagai tunjang yang
bakal menerajui kepimpinan negara kita harus terlepas daripada belenggu angkara sosial.
Generasi yang berwawasan menjadi akar pada pertumbuhan dan pembangunan modal
insan yang menjadi agenda utama negara kita. (CADANGAN) Oleh itu, golongan remaja
perlulah sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri sebelum terlewat bak kata
pepatah, sesal di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Golongan remaja kita perlulah
melakukan anjakan paradigma untuk menjadi remaja kelas pertama dan memangkinkan
kecemerlangan negara. (HARAPAN) Diharapkan kelahiran remaja berwawasan dapat
merealisasikan segala aspirasi negara di samping dan menyerbakkan keharuman negara
kita di persada antarabangsa.
4. AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
(TEMA) Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan
yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara
contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa
mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh
tertentu pula. (ISU) Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan
ini, gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. (ARAHAN) Oleh
itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

(ISI) Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil
makanan yang seimbang. (MENGAPA) Tubuh orang yang mengamalkan pemakanan
seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. (BAGAIMANA)
Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau
mengandungi kolesterol yang tinggi. (KESAN) Dengan cara itu, penyakit berbahaya
seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan
kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. (PENEGAS) Jadi, izharlah
bahawa pemakanan yang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan
yang ceria dan sihat.
(ISI) Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah.
(MENGAPA) Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang
kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan
peluh. (BAGAIMANA) Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat
mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Seseorang itu boleh
bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau
berenang. (KESAN) Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya
pemikirannya juga cerdas kerana badan cergas, otak cerdas. (PENEGAS) Tegasnya,
aktiviti beriadah dan bersukan dapat menjamin kesihatan seseorang.

(ISI) Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara
berkala. (MENGAPA) Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu
seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik.
(BAGAIMANA) Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung
koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui
peralatan moden dalam bidang perubatan. (KESAN) Dengan cara itu, langkah pemulihan
akan dapat dilakukan dengan segera kerana alat-alat perubatan moden dapat mengesan
sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru tengadah. (PENEGAS)
Ringkasnya, seseorang itu akan senantiasa memastikan dirinya sentiasa sihat dengan
mendapatkan pemeriksaan doktor secara berjadual sebelum kudis menjadi tokak.

(ISI) Akhir sekali, setiap individu perlu menjauhi gaya hidup yang negatif dan
tidak sihat seperti pengambilan alkohol yang banyak, ketagihan rokok dan juga
pengambilan dadah atau pil-pil perangsang. (MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian
kerana amalan gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan kesihatan dan mengancam
nyawanya atau nyawa orang lain. (BAGAIMANA) Pengambilan alkohol dan dadah akan
mendedahkan badan kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti obesiti,
kencing manis dan kesihatan mental. Selain kita, setiap orang juga perlu menjauhi amalan
mengunjungi rumah pelacuran atau tempat-tempat maksiat bagi mengelakkan diri
daripada jangkitan penyakit kelamin dan HIV Aids. (KESAN) Tahap kesihatan rakyat
yang baik dapat menjamin maruah diri dan meningkatkan produktiviti negara.
(PENEGAS) Pendek kata, seseorang yang mengimpikan kehidupan yang sihat akan
memastikan dirinya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

(PENUTUP) Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat dapat dipraktikkan
dengan banyak cara. Amalan-amalan ini memang perlu dijadikan budaya untuk
melahirkan rakyat yang sihat. (CADANGAN) Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah
mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya
langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang
sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat
yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama ibarat
yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. (HARAPAN) Semoga kempen
kerajaan iaitu kempen Rakyat Sihat Negara Maju dapat direalisasikan kerana rakyat
yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang
produktif.






































5. KEJAYAAN MALAYSIA DALAM PELBAGAI BIDANG
(TEMA) Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai
kejayaan luar biasa dalam pelbagai bidang. (ISU) Kalau dijejaki atau ditelusuri, begitu
banyak kejayaan membanggakan dicapai dan dilakukan rakyat Malaysia dalam rentang
masa 55 tahun kemerdekaan negara. Kejayaan-kejayaan luar biasa yang dicapai selama
ini telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Hal ini menunjukkan
bahawa rakyat Malaysia mampu menandingi kejayaan yang ditempa oleh orang Barat
yang jauh lebih maju daripada kita. (ARAHAN) Persoalannya, apakah kejayaan-
kejayaan yang diraih oleh nusa tercinta ini?
(ISI 1) Tidak dapat dinafikan bahawa bidang perusahaan automobil merupakan
mercu kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia. (HURAIAN MENGAPA)
Kejayaan ini telah menandakan bahawa negara Malaysia berupaya mengeluarkan kereta
sendiri setanding kereta asing. (CONTOH BAGAIMANA) Di Malaysia, terdapat dua
buah syarikat yang menghasilkan kereta nasional iaitu Syarikat Holdings Bhd (PROTON)
dan Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (PERODUA). Teknologi industri
berat yang diusahakan oleh rakyat Malaysia ini membolehkan kereta nasional dieksport
ke luar negara seperti Australia, Singapura, United Kingdom dan sebagainya.
(HURAIAN CONTOH KESAN) Perusahaan ini secara tidak langsung telah dapat
meningkatkan pendapatan negara kita. (PENEGAS) Tegasnya, bidang automobil negara
menjadi salah satu mercu kejayaan negara.
(ISI 2) Selain itu, kejayaan Malaysia turut dapat dilihat melalui pembinaan
bangunan yang menjadi kebanggaan negara. (HURAIAN MENGAPA +
UNGKAPAN) Pembangunan negara yang bergerak pantas bagai belut diketil ekor dapat
dilihat melalui pembinan bangunan-bangunan yang tinggi terutamanya di ibu kota
metropolitan, Kuala Lumpur. (CONTOH BAGAIMANA) Pembinaan bangunan
pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS
merupakan bangunan mercu tanda kemajuan negara di Malaysia. Kedua-dua bangunan
tersebut terletak di Kuala Lumpur. (HURAIAN CONTOH KESAN) Ciri-ciri istimewa
kedua-dua menara ini telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan
menarik banyak pelancong asing melancong ke negara Malaysia sepanjang tahun.
(PENEGAS) Pendek kata, pembinaan bangunan yang tersergam gah telah membuktikan
kejayaan negara dicapai.
(ISI 3) Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila kita
berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan MEASAT
II. (HURAIAN MENGAPA & CONTOH - BAGAIMANA) Pelancaran satelit ini
menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit
angkasanya sendiri. Bukan itu sahaja, program penghantaran angkasawan negara yang
pertama iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah berjaya
mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. (HURAIAN CONTOH KESAN)
Program ini telah menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar mata
pelajaran sains dan teknologi. (UNGKAPAN MENARIK) Melalui program tersebut,
pelajar sekolah dapat menimba ilmu sains tentang angkasawan dan memupuk minat
mereka untuk menceburi dalam bidang angkasawan sejak kecil lagi kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. (PENEGAS) Sesungguhnya, penerokaan negara dalam
bidang angkasa lepas juga merupakan salah satu kejayaan negara yang patut dibanggakan.
(ISI 4) Kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa nama
Malaysia di seantero dunia. (HURAIAN MENGAPA) Di Malaysia, terdapat sistem
pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), Sistem Transit Ringan (LRT), KTM, PUTRA, monorel, Lebuh Raya Utara-
Selatan dan Terowong SMART. (CONTOH BAGAIMANA & KESAN) KLIA ialah
lapangan terbesar di negara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan yang
terpenting di rantau Asia Tenggara. Selain itu, sistem pengangkutan seperti Sistem
Transit Ringan (LRT), KTM, monorel dan PUTRA menjimatkan masa, wang dan tenaga
kepada pengguna dan pelancong asing menuju ke destinasi mereka. Perkembangan
teknologi yang semakin canggih membolehkan Terowong SMART dibina untuk
menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur. (PENEGAS) Ringkasnya,
kecanggihan sistem pengangkutan dan perhubungan negara turut menjadi kayu ukur
kejayaan negara pada alaf ini.
(ISI 5) Kejayaan negara yang seterusnya ialah kejayaan dalam bidang sukan.
(HURAIAN MENGAPA) Sukan negara semakin rancak apabila banyak atlet negara
yang berjuang bermati-matian untuk mengharumkan nama Malaysia di persada
antarabangsa. (CONTOH BAGAIMANA) Pemain sukan wanita yang terkenal di
Malaysia ialah ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David. Kini, Datuk Nicol
merupakan pemain skuasy wanita nombor satu di dunia. Selain bidang skuasy, nama
pemain badminton di Malaysia juga terkenal di dunia, khasnya Datuk Lee Chong Wei.
Datuk Lee Chong Wei merupakan seorang pemain badminton profesional di Malaysia.
Beliau selalu menyertai pertandingan badminton di dalam atau di luar negara Malaysia
dengan keputusan yang cemerlang. (PENEGAS) Jadi, izharlah bahawa peningkatan
pencapaian yang cemerlang oleh atlet-atlet negara berjaya menempa nama Malaysia di
seantero dunia.
(PENUTUP KESIMPULAN ISI-ISI) Sebagai konklusinya, sudah terang lagi
bersuluh bahawa negara kita telah meraih kejayaan dalam pelbagai bidang yang
menakjubkan. Pencapaian yang menakjubkan dalam bidang perusahaan automobil,
pembinaan bangunan pencakar langit, bidang aeroangkasa, bidang pengangkutan dan
perhubungan, dan bidang sukan membolehkan rakyat negara kita bertanding dengan
kejayaan yang ditempa oleh orang Barat. (CADANGAN) Oleh itu, rakyat Malaysia harus
bersikap sedia menghadapi segala cabaran untuk mencapai Wawasan 2020. Dengan itu,
rakyat Malaysia perlu berusaha gigih, bangga dan memberikan sokongan sepenuhnya
kepada pelbagai pihak untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang. (HARAPAN)
berharap agar kejayaan luar biasa ini juga dapat membangkitkan semangat rakyat
Malaysia agar lebih berani untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
bangsa-bangsa maju lain di dunia.