Anda di halaman 1dari 14

Penhargaan

Dalam kerja kursus ini, saya telah lebih mengenali peringkat perkembangan guru
dan cara untuk memajukan kerjaya guru dengan teliti melalui membaca pelbagai
maklumat sama ada daripada internet ataupun buku. Dengan mengetahu cara untuk
memajukan kerjaya guru, ini membantu saya dalam masa depan saya untuk
menjadikan sendiri sebagai seorang yang profesional dalam bidang pendidikan.
Selain profesional sendiri, kerja kursus ini juga dapat membawa perubahan
sistem pendidikan negara kita menjadi baik. lmpian saya sebagai guru tidak hanya
untuk mendidik anak murid kelas saya dengan baik, tetapi berharap semua anak murid
di negara ini dapat dididik dengan baik. Dengan ini, negara kita akan terjadilah negara
yang maju, yang boleh bersaing dengan negara lain, yang tiada gelapan dalam
masyakat. Pengaruh dadah akan menjadi sifar, budaya kuning dan budaya rasuah tidak
akan wujub lagi di negara kita. Tambahan masalah perpaduan di negara juga akan
diselesaikan dengan pendidikan yang baik kepada anak murid kita.
Dengan itu, saya amat berterima kasih kepada penyelaras khusus ini dengan
memberi satu peluang yang baik keapda kami untuk meningkatkan profesional sendiri.
Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah saya kerana selalu membimbing kita
dalam tugasan dan sentiasa memberikan ilmu kepada kita agar menjadi seorang guru
yang berkualiti. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih
kepada rakan kelas saya kerana membantu saya dalam pencarian maklumat dan
perbincangan kerja kursus.
Sekian terima kasih.

1.0 Tajuk

Kertas Cadangan Peningkatan Kualiti Guru




2.0 Matlatmat

Meningkatkan Kualiti Guru Untuk Kebaikan Sistem Pendidikan Negara




3.0 Rasional

Untuk menbangunkan sistem pendidikan negara, guru memainkan peranan yang
penting. Guru sebagai pendidik di sekolah juga adalah bakal pentadbir di bawah
jabatan pendidikan negara. Oleh itu, kualiti guru harus sentiasa dipertingkatkan bagi
mewujubkan sistem pendidikan yang dapat mendidik anak murid menjadi pemimpin
yang hebat, menjadikan negara yang mampu bersaing dengan negara lain.



4.1 Objektif

Kertas Cadangan ini bertujuan untuk:


1) Menjadikan satu panduan kepada guru untuk lebih mengetahui jalan kerjaya
guru.
2) Memberi hala tujuan yang jelas bagi guru yang mahu meningkatkan profesional
guru

5.0 Latar Belakang

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah
negeri kerana guru merupakan pendidik bagi bakal pemimpin sesebuah negara.
Dengan ini, status guru sepatutnya menjadi satu kerjaya yang amat dihormati dalam
masyarkat seperti masyarakt menghormati kerjaya doktor, penguam, jurutera. Akan
tetapi, apabila kerjaya guru dibandingkan dengan kerjaya yang disebutkan tadi, status
guru adalah amat rendah.
Perkara ini boleh berlaku adalah disebabkan ramai guru tidak menitik berat
tentang apakah itu pendidikan. Ramai guru yang sudah menjadi guru sudah kehilangan
pengajaran yang mereka dapatkan daripada lPG. Selepas keluar menjadi guru sebenar,
ramai guru tidaklah lagi menggunakan ABM dan hanya mengulangi pengajaran yang
bosan dan bersifat mesin. lni menyebabkan masyarakat akan memberi satu pandangan
kepada guru - " guru hanya pekerjaan yang senang, hanya cakap dan memberi
arahan". Masyarakat tidak akan ketahui betapa pentingnya kewujuban guru sehingga
wujubnya ramai guru yang cukup pakar dalam bidang pendidikan guru.
Dengan adalahnya guru pakar ini, pendidikan negara akan berubah menjadi baik
kerana sistem pendidikan negara dirancangkan oleh orang yang benar-benar tahu
apakah itu pendidikan. Disebabkan guru pakar ini telah melalui perkembangan
peringkat guru sejak peringkat pertama iaitu peringkat novis, beliau sudah tentunya
memahami keadaan pendidikan di negara dan tahu cara untuk mengatas masalah yang
telah ditimbulkan.
Oleh itu, kertas cadangan ini adalah sangatlah penting untuk melahirkan bakal
guru-guru pakar demi perubahbaikan sistem pendidikan di negara kita.

6.1 Program Esei

Teori peringkat perkembangan guru terdapat 2 jenis, iaitu perkembangan
keprihatian ( Fuller, 1969) dan lima peringkat perkembangan guru (Trotter, 1986).
Dalam kertas cadangan ini, saya akan cuba mengabungkan kedua-dua teori ini untuk
menganalisiskan model perkembangan kerjaya guru.
Menurut Trotter, peringkat perkembangan guru terdapat 6 peringkat iaitu
peingkat novis, novis lanjutan, cekap, berkesan, mahir, pakar. Guru bagi setiap
peringkat mempunyai tugasnya yang harus dilaksanakan. Untuk meningkatkan
peringkat sendiri, guru harus berusaha meningkatkan pretasi sendiri terutama
meningkatkan kemahiran sendiri dalam bidang pengajaran. Berikutlah cadangan saya
terhadap guru untuk berjaya dalam setiap peringkat dalam model perkembangan
kerjaya guru.



6.2 Guru Novis dan Novis Lanjutan

Selepas kami mengaji di lnstitut Pendidikan Guru, kami akan dihantar ke sekolah
sebagai guru yang sah. Pada masa itu, kita akan memasuki peringkat guru novis. Guru
novis adalah guru yang baru memasuki ke alam pendidikan. Biasanya guru ini
merupakan guru yang masuk ke alam pendidikan tidak lama daripada 3 tahun. Guru ini
masih tidak dapat menjalani tugas sekolah dengan baik kerana pengalaman yang tidak
mencukupi. Walaupun kami telah diberikan ilmu tentang teori pendidikan semasa di lPG
dan menjalankan praktikum, tetapi pengalaman ini masih tidak mencukupi untuk kami
menjalani tugasan kami dengan baik dan senang. Pada peringkat ini, guru haruslah
berusaha untuk memahami dan melaksanakan tugasan yang diberi dengan penyeliaan
dan bimbingan daripada guru besar dan guru yang berpengalaman. Dalam peringkat itu,
keupayaan menyelesaikan masalah amat penting. Guru haruslah sentiasa memikirkan
cara untuk mengatasi masalah yang disebutkan berikut :

a) Masalah pengetahuan kandungan pedagogi

b) Masalah komunikasi dengan murid dan rakan pekerja

c) Masalah pengajaran dan pembelajaran penggunaan teknologi maklumat

d) Masalah menaik taraf kedudukan sekolah

e) Masalah pengurusan sekolah dan bilik darjah

f) Masalah yang timbul di kalangan masyarkat (ibu bapa)


Untuk mengatasi masalah ini, guru haruslah sentiasa meningkatkan pengetahuan
sendiri dengan sentiasa merujuk kepada rakan pekerja yang berpengalaman tinggi dan
cuba mendapatkan pengalaman mereka. Selain daripada bimbingan guru
berpengalaman, guru novis juga dapat meningkatkan diri dengan menghadiri ke kursus
yang dapat menbantu menyelesaikan masalah yang disebutkan di atas. Antaranya
adalah :

a) Ceramah pengurusan bilik darjah

a. Ceramah ini seperti tajuk "cara mengawal kelas dengan berkesan", "cara
menwujubkan kelas bermesra" agak sesuai diikuti. Melalui cemahan ini,
guru dapat tahu tentang cara untuk mengawal kelas dengan lebih
berkesan. Jika seseorang dapat mengawal kelas dengan berkesan,
pengajaran dapat dijalankan dengan sempurna, ini dapat membantu
pembelajaran murid.
b) Program masyarakat

a. Guru ini juga boleh mengikuti program seperti gotong-royong di
masyarakat untuk mengaratkan perhubugan dengan penduduk di tempat.
Penduduk yang datang mungkin terdiri daripada ibu-bapa murid. Guru
dapat mendapatkan maklumat daripada murid dengan lebih senang
kerana sudah rapat dengan ibu bapa murid.
c) Kem yang berkaitan dengan pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan
kandungan, pengetahuan pedagogi
a. lni lebih kurang sama dengan ceramah pengerusan bilik darjah, hanya
yang berbeza ialah program ini dijalankan dengan penglibatan guru
secara langsung dengan program ini. Dalam sesi ceramah, guru hanya
duduk dan mendengar pemberi ceramah. Tetapi dalam kem, guru dapat
mengakplikasikan apa-apa yang dipelajari dengan segera dan mendapat
komen daripada semua orang. lni akan banyak membantu guru yang
menghadapi masalah tentang teknik pengajaran.



d) Ceramah tentang cara komunikasi yang berkesan

a. Cara berkomunikasi yang berkesan amat penting untuk guru. Sebagai
guru, guru haruslah dapat berkomunikasi baik dengan murid dan guru
serakan kerana ini dapat mewujubkan suasana mesra terhadap guru
tersebut. Dengan mendengar ceramah ini, guru dapat lebih memahami
apa-apa yang sesuai dibuat semasa berkomunikasi dan apa-apa yang
dilarang buat. lni dapat membantu meningkatkan perhubungan guru
dengan sesiapa sahaja.




Dengan menghadiri program atas, kebolehan guru dapat dipertingkatkan untuk
membantu mereka mengatasi masalah yang timbul dalam pekerjaan mereka. Selepas 3
tahun di sekolah, guru akan semakin biasai dengan keadaan sekolah dan akan
bergerak ke peringkat guru novis lanjutan. Guru novis lanjutan adalah guru yang telah
menbiasai keadaan sekolah tetapi masih dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan
menyelesaikan masalah yang ditimbul di sekolah. Oleh itu, guru novis lanjutan masih
harus mengikuti kursus yang dicadangkan di atas.














6.3 Guru Cekap

Selepas 5 atau 10 tahun, guru novis lanjutan akan bergerak ke guru cekap. Guru
cekap bermakna guru yang sudah dapat menguasai cara penyelesaian masalah. Pada
tahap ini, guru cekap akan sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawap sebagai
penyelia dan pembimbing yang minimum ke atas guru novis dan guru novis lanjutan.
Mereka tidak akan menghadapi masalah bagaimana untuk mengatasi masalah, tetapi
menghadapi masalah bagaimana untuk meningkatkan lagi pretasinya. Antaranya :
a) Bagaimana meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran murid dan
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran
b) Meningkatkan kualiti pengurusan

c) Meningkatkan pretasi staff sokongan

d) Membuat "action research" bagi meningkatkan pretasi murid atau kualiti
pengajaran

Bagi guru cekap, guru ini telah menpunyai satu motivasi yang tinggi untuk berubah
cara pengajarannya menjadi lebih qualiti inilah agak berbeza dengan peringkat novis
dan novis lanjutan yang mengutamakan cara penyelesaian. Untuk meningkatkan
pretasi guru cekap, satu cara yang amat berkesan adalah guru haruslah sentiasa
membuat "action research". "Action research" merupakan satu kaedah penyelidikan
yang bersifat saintifik. Dalam "action research", guru akan mengumpulkan maklumat
dan menganalisiskan maklumat yang dikumpul. Dengan ini, guru dapat mengetahukan
keadaan pretasi sendiri dengan lebih teliti dan tepat. lni agak membantu untuk
peningkatan pretasi guru cekap. Untuk membuat satu penyelidikan yang berkesan dan
berkualiti, guru cekap haruslah menghadiri ke kursus untuk mengetahu cara
penyelidikan.

6.4 Guru berkesan

Selepas guru cekap mencapai kejayaan yang bagus dalam peningkatan pretasi
sendiri, guru cekap akan bergerak ke peringkat guru berkesan. Guru berkesan adalah
guru yang bengalaman luas dan mampu menyelia dan membimbing guru lain.
Antaranya penolong kanan guru besar adalah guru berkesan iaitu guru DG 48. Selain
menyelia dan membimbing guru, beliau juga dapat melakukan educated guess dalam
organisasi. Untuk menjadi seorang guru berkesan yang bagus, dia hendaklah
mempunyai kebolehan pentadbiran terutamanya dalam :

a) pentadbiran dalaman,

b) pengurusan konflik,

c) team building

d) kreatif dan inovasi

e) relationship dan networking

f) interpersonal pengurusan berkesan


Untuk mendapat kebolehan di atas, guru berkesan haruslah menghadiri kursus yang
berkaitan dengan pengurusan kumpulan. Dengan menghadiri kursus ini, guru berkesan
akan lebih tahu akan cara bagaimana untuk mengatasi masalah semasa berlakunya
konflik dengan guru lain ataupun konflik antara guru dengan guru. Guru berkesan
haruslah sentiasa tahu untuk membina semangat pasukan di sekolahnya untuk
memastikan semua guru mempunyai satu matlamat yang sama. Dengan adanya
matlamat yang sama, masalah penimbulan konflik juga akan dikurangkan kerana
kesefahaman yang kuat antara satu sama lain.

6.3 Guru Mahir

Selepas guru berkesan sudah mahir dalam bidangnya, dia akan menerima
perubahan ke pangkat lain, iaitu guru mahir. Guru mahir biasanya menerima pangkat
DG52 dan merupakan pangkat seseorang guru besar di sekolah. Sebagai seorang guru
besar atau pengetua, beliau haruslah mempunyai kebolahan pengurusan dan
kepimpinan yang dapat membawa perubahan kepada suatu organisasi. Antaranya
kebolehan :

a) pengurusan organisasi,

b) System thinking,

c) Change Management


Untuk membawa perubahan yang positif, guru mahir haruslah menguasai
kebolehan ini dengan menghadiri ke kursus:

a) Pengurusan organisasi yang berkesan

a. Kursus ini adalah kursus yang dapat memberi ilmu kepada guru mahir
mahir agar dapat mengurus guru junior dengan baik. Setahu kita, guru
mahir memegang peranan penting dalam mewujubkan satu organisasi
yang berjaya. Jika mahu menguruskan organisasi dengan berkesan,
pengurus haruslah tahu tentang cara bagaimana menguruskan sumber
tenaga. Guru mahir haruslah cekap dalam memilih sesiapa yang dapat
menguruskan program yang dijalankan di sekolah, dan juga memberi
tugasan sekolah dengan adil kepada semua guru. Dengan menghadiri
kursus ini, guru mahir juga dapat mengetahui cara untuk memimpin
sekolah ke arah gemilang.

Dengan mengikuti kursus yang dicadangkan di atas, guru mahir dapat sentiasa tahu
cara yang berkesan untuk menguruskan organisasi sekolahnya dengan berkesan. Guru
mahir iaitu guru besar memainkan peranan yang sangat penting kerana beliau
memegang kuasa yang paling tinggi dalam sesebuah sekolah. Jika guru besar tidak
dapat menguruskan sekolah dengan baik dan tidak dapat membawa sekolahnya ke
arah yang betul, semua murid dan guru di sekolah tersebut akan dipengaruhi dengan
kesan yang buruk.














6.4 Guru Pakar

Peringkat selepas guru mahir adalah guru pakar, dan guru pakar ini adalah guru
yang paling tinggi dalam peringkat perkembangan guru. Tugas guru pakar adalah
menjadi konsultan dan merangka strategi yang komperhensif dan melaksanakan latihan
tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Kebolehan yang harus berada
di guru pakar adalah stategi pemikiran. Beliau haruslah menpunyai pemikiran yang
dapat meningkatkan kejayaan satu organisasi dan mengubahkan kursus-kursus latihan
bagi menyempurnakan kualiti kursus.
Bagi guru mahir, beliau haruslah sentiasa berkaitkan diri dengan program
pengembangan guru berkualiti dan guru besar berkualiti kerana beliau merupakan
pengurus yang akan memberikan kesan yang besar terhadap kursus yang disediakan.
Jika kursus yang disediakan boleh membawa kesan yang positif kepada penyerta
kursus, namun peyerta akan mendapat kemajuan yang diingini. Sebaliknya, jika kursus
yang disediakan tidak membawa makna dan memberi taklimat atau ilmu yang silap,
peyerta akan membawa mesej ini balik ke sekolah dan mengakplikasikan mesej yang
silap ini. Cuba bayangkan, jika perkara ini berlaku, bidang pendidikan mesti akan
menghadapi cabaran yang besar. Oleh itu, guru pakar haruslah sentiasa mengaji balik
apa-apa yang dirancang supaya dapat memberi kesan yang baik.

7.0 Penutup

Sebagai hujung kata, kertas cadangan ini telah menunjukkan definisi yang teliti
tentang peringkat perkembangan guru dan disertai cadangan yang dapat diikuti oleh
guru pelbagai peringkat untuk memajukan diri ke peringkat yang seterusnya. Saya
berharap kertas cadangan yang disediakan ini dapat membantu bakal guru yang akan
masuk ke arena pendidikan.
Saya juga berharap bidang pendidikan di negara kita akan berubah dengan
kualiti guru dipetingkatkan. Jika kualiti guru dipertingkatkan, murid yang dididik akan
menjadilah pemimpin yang berkemampuan untuk membentukkan negara kita menuju
ke arah yang gemilang. Jika kualiti guru dipertingkatkan, negara kita dapatlah
mengatasi pelbagai masalah dengan mudah kerana pemikiran yang berpositif, dan
selalu bertindak pantas yang diberikan kepada murid oleh guru.
Sekian, terima kasih.

8.1 Bibliografi


1. Brent Davies & Linda Ellison. (2004) Strategi Memasarkan Sekolah, Kuala
Lumpur: lnstitut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
2. Sonia Blandford. (2004) Mengurus Pembangunan Profesional Di Sekolah, Kuala
Lumpur: lnstitut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
3. John West-Burnham. ( 2009) Mengurus Kualiti Di Sekolah, Kuala Lumpur: lnstitut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad
4. Sonia Blandford. ( 2008) Mengurus Sumber Di Sekolah, Kuala Lumpur: lnstitut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad