Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2


Selamat Pagi, Salam 1 Malaysia, Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan sk jelai 1. Dihormati
Encik AzmiPenolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum
Yang Dihormati Encik Masaud bin Baharom, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Yang Dihormati Encik Mohd Tahir bin Haji Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum.
Guru-guru Kanan Bidang, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi.
Terlebih dahulu saya berasa gembira kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini
sempena Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat skj1 bagi tahun 2014.
Sememangnya, kita sebagai rakyat di negara ini sangat bertuah kerana terus dikurniakan suasana
kehidupan yang aman, harmoni dan sejahtera.
Guru-guru dan murid sekalian,
Pada tanggal 31 Ogos 2014 nanti, genaplah negara kita menyambut kemerdekaan untuk kali ke-57.
Namun, saya percaya, dalam usia kemerdekaan yang baru melebihi setengah dekad, masih terdapat
sebilangan masyarakat khususnya golongan generasi muda yang kurang arif mengenai peranan dan
erti sebenar kemerdekaan yang telah dikecapi ini.
Pada zaman kini, erti kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata-
mata malah, kita seharusnya sentiasa peka dan menghindari penjajahan yang lebih merbahaya iaitu
penjajahan mental melalui pengaruh-pengaruh budaya serta amalan negatif yang berasal dari Barat.
Jika dibiarkan, tentu negara kita akan dijajah sekali lagi meskipun bukan secara fizikal tetapi
impaknya dilihat agak setaraf dan mungkin lebih parah. Saya sememangnya tidak mahu perkara itu
berlaku khususnya dalam kalangan murid-murid.
Biarlah kita terus menanam semangat kemerdekaan melalui cara pemikiran minda kelas pertama
sekali gus mempertahan kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh para pemimpin negara yang
terdahulu.

Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya berasa bangga dengan amalan budaya budi perkerti yang
tinggi yang telah berjaya menyatupadukan seluruh rakyat yang berbilang kaum sekali gus
mengekalkan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai.
Kedaulatan yang kita nikmati inilah yang telah membolehkan negara kita membangun dengan
pesatnya. Pelbagai infrastruktur dan kemudahan awam yang baik disediakan untuk keselesaan
rakyat jelata.
Lebih-lebih lagi kebijaksanaan para pemimpin dalam menyatupadukan rakyat sehingga akhirnya
masyarakat di seluruh negara hidup dalam suasana aman dan harmoni.
Murid-murid sekalian,
Tahukah anda bahawa sebelum merdeka, tahap pendidikan penduduk Malaysia berada dalam
keadaan daif dan sangat ketinggalan jauh? Tidak kelihatan bangunan sekolah-sekolah yang cantik
dan bersih seperti sekarang. Kebanyakannya, dibuat daripada kayu papan dan kelihatan usang.
Matapelajaran yang diajar pula sekadar untuk membolehkan rakyat tahu membaca. Tiada buku
rujukan disediakan dan kebanyakan ilmu yang dituntut adalah bergantung kepada pengetahuan guru
yang mengajar. Masyarakat kita kebanyakannya tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka
ke sekolah. Ini kerana kedaifan hidup menjadikan mereka tidak berkemampuan untuk menampung
perbelanjaan persekolahan anak-anak.
Setelah 56 tahun merdeka, keadaan ini sudah jauh berbeza. Sekolah-sekolah dibina di seluruh
pelusuk negara dalam keadaan tersergam cantik dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti
perpustakaan, asrama dan bilik komputer. Malah pendidikan telah menjadi sesuatu yang wajib
kepada ibu bapa. Bantuan buku teks diberi kepada yang memerlukannya. Guru-guru yang mendidik
mempunyai pengetahuan yang luas dan kurikulumnya diperkemaskan bukan sekadar untuk
membolehkan rakyat membaca tetapi menjadi modal insan yang menyumbang kepada
pembangunan negara. Sesungguhnya, kita mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan
Kemerdekaan Peringkat skj1 bagi tahun 2014 ini supaya rakyat terutamanya warga skj1 akan lebih
memahami, menghayati erti kemerdekaan dan mendalami maksud tema kemerdekaan pada kali ke-
57 ini iaitu di sini lahirnya sebuah cinta. Oleh itu, sekali lagi saya ingin menyeru kepada murid
sekalian marilah kita bersama-sama berjuang untuk terus mengekalkan kemerdekaan yang kita
nikmati sekarang ini. Manfaatkanlah segala pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang
program ini berlangsung. Para hadirin sekalian,
Oleh itu, kehadiran kita semua pada pagi, ini bukan hanya mewarnai program ini atau sekadar mahu
bergembira bersama-sama rakan-rakan, tetapi adalah untuk menggambarkan betapa bangganya kita
dan cintanya kita kepada tanah air. Ia bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, bukan setakat
meneriakkan laungan Merdeka, tetapi memahami, menghayati dan menterjemahkannya dalam
kehidupan seharian.
Para hadirin sekalian
Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan
tahniah kepada ahli jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan Majlis
Pelancaran Bulan Penghayatan Kemerdekaan Peringkat Skj1 bagi tahun 2014 dan menyeru agar
mengibarkan Jalur Gemilang di semua tempat yang sesuai.
Semoga langkah tersebut akan menyemarakkan lagi semangat patriotisme kita kepada tanah air
tercinta ini. Saya difahamkan ahli jawatankuasa penganjur telah membuat persiapan dan persediaan
yang begitu rapi sejak beberapa minggu yang lepas. Mari kita berikan tepukan yang gemuruh kepada
ahli jawatankuasa penganjur.
Sesungguhnya, kerjasama baik yang telah ditunjukkan ini juga boleh diterjemahkan dalam program-
program akan datang, lebih-lebih lagi dalam memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan
mempertahan kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai ini.
Sehubungan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan
Kemerdekaan Peringkat bagi tahun 2014.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai